Tuesday, November 28

Cetak Rompak

“U.S. copyright industry reports that Malaysia has become the most significant producer/exporter of pirated optical disc entertainment software in the world. The U.S. copyright industry estimated its losses in Malaysia at approximately $188 million in 2004.” – USTR 2005 “Special 301” Annual Review of IPR Protection

Tapi kita sebenarnya tidak perlukan orang US punya report untuk menggambarkan betapa teruknya cetak rompak kat Malaysia, kan. Boleh katakan 99% dari rakyat Malaysia tahu mana nak cari VCD, DVD and CD cetak rompak. Tak kiralah cakera padat hiburan atau software computer. Aku tidak mempunyai idea and tidak pandai nak komen pasal cd perisian computer atau software ni, sebab aku pun jarang beli. Buta I.T macam aku pinjam atau minta tolong kawan-kawan je nak install apa-apa. Tapi kalau cetakan untuk hiburan maybe aku ada satu jalan penyelesaian yang menguntungkan semua pihak.

Semua orang tahu, sebab utama kita (memang kita semua beli pirate cd kan) ‘menyokong’ industri cetak rompak ini sebab wang. Perbezaan melampau harga cetak rompak and original yang mendorong kita pergi pasar malam beli movie James Bond terbaru. Tengok wayang kat Cineleisure (sebelah The Curve) kena bayar RM11.00 satu ticket. Kalau tunggu VCD or DVD original confirm harganya around RM39.90 or more. Tapi beli daripada Bob (taukeh VCD kat Section 17, Shah Alam) aku dapat RM4.00 untuk VCD and kalau tunggu ‘DVD Copy’ maybe RM8.00. Kalau harga VCD atau DVD just twice daripada cetak rompak version, maybe kita akan consider untuk appreciate hasil usaha mereka menerbit segala hasil seni tersebut, kan. Tapi scenario sekarang tidak. Imagine, kita dapat kualiti audio dan videa yang bagus Cuma dengan harga let say, RM15.00 or less. Tak tahu la orang lain, tapi aku akan beli yang original.

Tapi fakta ni semua orang dah tahu, kerajaan, pengeluar CD, penggiat seni, kita semua dah tahu. Persoalannya macam mana nak kurangkan harga. Individu yang terlibat menerbitkan lagu atau filem ramai. Semua penat lelah mereka perlukan bayaran. Aku dapat satu idea, maybe not the best but of cause worth trying lah.

..Advertisement..

Kita pulangkan balik harga CD tu pada badan korporat. Bayangkan dalam setiap VCD movie yang original, beginning and ending ada iklan Petronas, KFC, TMnet atau Proton. Mungkin kita akan fast forward bahagian itu masa 1st time kita nak tengok movie. But for 2nd or 3rd time, kita akan terpanggil juga untuk menonton iklan-iklan tersebut. Aku tidak terlibat dalam bidang pengiklanan, but aku dengar they pay a lot for airtime kat tv. So, why not make this home entertainment materials pun kita libatkan dalam this million ringgit advertisement industry? Same concept maybe kita boleh apply for Audio CD, or even Software CD, but the advertisement format maybe we need to discuss more lah.

Simple calculation:
1 cd masukkan 10 iklan. Each iklan for RM20,000.00 so dapat RM200,000.00. If they produce 25,000 copies kita dah save RM8.00 per copy. Again, aku tak penah kerja dalam advertisement firm, so numbers tu memang totally rough figure la.

3 comments:

Unknown said...

Aku teringat time zaman dulu , zaman tape besar nak mampus .. byk iklan yg kuar tuh arak jer ... aku tak tau ler diorang copy gak ker citer dgn iklan tuh sekali atau memang diorang carik insiatif utk cari untung dgn ajak company2 advertise gak dlm tuh .. tapi skang ni aper yg aku nampak .. cara lain diorang pakai ..ader lah dptkan penaja utk movie tuh .. yang aku paling perasan sekali klu ko tgk drama jepun ..time ending dier byk giler penaja ..padahal x nampak pon dalam drama dier highlightkan sgt bende tuh ..

Anonymous said...

Idea bagus. Tapi macam pernah jumpa je VCD ada iklan. Tapi kat mana ye?

Anonymous said...

Aku pakai autocad pirate ..ofis kena rush autodesk ada sapa boleh tolong advise.... tolong email kat nahnu05@yahoo.com ....

Total Pageviews

. page counter