Monday, November 27

E-Book: How to Make Money on the Internet….

Aku cukup menyampah dengan e-book macam ni. Kalau mereka semua bagus sangat, ada macam-macam idea nak jana wang dari internet, mengapa mereka perlu tulis dan jual e-book macam tu? Bagi free je lah. (Benda free orang takkan hargai and amalkan? Try la bagi dulu..see how la…)

Tsunamiwang, MasKawin, Idea Bisnes Luar Biasa.

Macam-macam lagi tajuk muncul macam cendawan lepas hujan. Idea Bisnes Luar Biasa… hahahha… dia ada banyak idea, tapi sibuk tulis buku buat apa? Funny, right? Tak semua benda mat salleh buat kita patut buat.



Print Screen dari tsunamiwang.com’s f.a.q.

Kakitangan serta anak didik dia tak berminat start business online ke? Kenapa mereka kena kerja dengan dia? Or maybe kakitangan dia belum lagi baca ebook dia kot, takde duit nak bayar RM50.00.

Berapa banyak bisnes dalam internet yang diusahakan oleh orang Malaysia dari kalangan geng-geng yang aktif dalam mempromosikan e-book tersebut?

  1. www.CheapersCover.com
  2. www.patiperfume.com
  3. www.pelamin.net
  4. www.eCoverStudios.com

Itu sahaja (or maybe ada 2-3 lagi yang aku tak jumpa), selain dari itu majoritinya semua bisnes yang sama, bisnes jual idea. Or in more beautiful words ‘Information Industry’. Aku rasa jumlah ‘Internet Guru’ di Malaysia melebihi bilangan active business website itu sendiri. Pelik kan. Team Saifulsham, Irfan Khairi, Hafiz Latib (malaysiapal), Zamri Nanyan, Mohd Suhaimy (maskahwin), Tazilan Ibrahim (ideabisnessluarbiasa), ramai tak?

Modus Operandi mereka:

  1. Bagi e-book atau apa-apa bahan free melalui email (untuk dapatkan email kita)
  2. Start promoting semua jenis e-book lain or any other product belong to them or somebody else (affiliate) direct to our email’s inbox using ‘newsletter’
  3. Promoting same materials, but latest version.
  4. Jika mereka dah cukup kukuh, akan mula anjur seminar, bengkel dengan yuran ratus-ratus ringgit.

Maybe aku tak berhak untuk mempertikaikan usaha mereka, kerana aku sendiri tak tahu macammana nak cari duit online. Sedangkan mereka semua dah buktikan mereka berjaya. Tapi aku rasa tak salah untuk aku menyampah dengan sesetengah dari hasil kerja mereka, kan? Yeah.. tak salah…. Menyampah macam mana pun aku tetap beli/curi/download e-book mereka, sebab kat Malaysia ni mereka je yang aku tahu dah berjaya cari duit ikut internet.

12 comments:

Unknown said...

aku pon jrg beli buku kat kedai buku .. selalu aku usya buku jer kat kedai buku ..then download ebook kat internet ..tp mslhnyer .. lenguh siut nak ddk dpn pc lamer nak bc ebook

Anonymous said...

Hidup dalam dunia.. jangan jadi orang yang sombong & bodoh..

walikard said...

Ada yang saya setuju, ada yang tak...berilah pertimbangan yang sewajarnya....apapun, saudara berhak menyatakan pendapat saudara. Paling penting, berpegang teguhlah dengan pendapat saudara, selagi ia tak dibuktikan salah oleh orang lain :-)

Anonymous said...

Apa salahnya share idea?

Anonymous said...

macam mana Melayu nak maju..? nampak orang lain berjaya, cakap macam macam... baik bisnes offline atau online, sama saja mentality sesetengah orang Melayu... walhal banyak lagi orang bangsa lain di Malaysia yg buat benda yang sama... tengoklah siapa yg dikomen kat dalam artikel tu... orang Melayu juga yang kena, bukan?

Anonymous said...

Memang la saudara tidak tahu pasal bisness online yang dibuat oleh anak didik mereka yang saudara nyatakan, kerana saudara tidak benar-benar menyertai mereka. Saya yakin jika saudara menghadiri salah satu seminar anjuran mereka, saudara akan terkejut melihat betapa ramainya peniaga internet dengan pelbagai website yang menarik. Ok? saudara tidak 100% betul untuk tulisan ini. Salam

Mr. Right said...

Thanks Saiful,
Terkejut aku ko tak letak apa2 link, just nama je. Since, selalunya org cam kau ni ada website and bisness online sendiri, kira2 mcm inner circle la. Aku ni kat luar ring. Kalau aku yg guna internet everyday pun have no idea kat mana website pernigaan menarik milik anak didik mereka, maksudnya tak cukup bagus la tu..! Kan...?

Anonymous said...

aku support ko...memang xede untongnye sume ni...hampeh....

Anonymous said...

erm..mr right..tak semua ebook ni sampah walaupun hakikatnya hampir semuanya sampah.haha... mrk citer hebat carik duit kat tenet la apa la. tp knp masih jual ebook yg rege nya lg mahal dr harga buku yg btul punya. ala...buku yg pakai kertas pun tk mahal mcm ebook mrk.

aku bukan anti kat mrk sbb aku pun usahawan internet mcm mrk walaupun tak terkenal mcm mrk tp aku kaya. haha....

Anonymous said...

Kamu 100% tidak betul untuk tulisan ini...

Bagaimana mereka ingin memberikan percuma???

Berapa banyak masa dan kajian yang mereka(internet marketers malaysia)lakukan...dan dlm masa tersebut berapa banyak duit yang mereka habis??

Baiklah..saya tanya dengan jujur...bolehkah anda menulis cerpen 50 mukasurat dan mengedarkan secara percuma??

Sudah tentu tidak berbaloi bukan...idea anda,cerita anda...senang2 orang nak baca.

Saya ada satu link menarik...anda boleh lihat sendiri..

http://blog.mindvalley.com/2007/04/18/why-are-we-on-a-malaysian-reality-tv-show/

Mr. Right said...

Anonymous 1,
Bukanlah takde untung lansung, aku just menyampah sedikit dgn dorg. Ada juga kebaikkannya ebook dari dorg.

Shah,
Totally agree with u.

Anonymous 2,
Aku faham pasal mereka patut charge for their ebook. Cuma aku sedikit menyampah dengan cara mereka promosikan ebook tersebut. Dan ada yang ebook sampah tapi dijual berpuluh-puluh ringgit.

ko just comment pasal 'bagi ebook free' tapi ko kata aku 100% tak betul. Ada banyak lagi subtopic dalam article tu yang ko tak comment. Cammana boleh kata aku 100% tak betul?

Again, aku nak cakap.. if ada org tak sependapat dengan aku, maksudnya dia yang salah..ahahhaha :).


All,
Please at least letaklah nickname. Or promote ur blog here by putting ur blog url. Hahhaa.... susah lah nak tulis Anonymous 1, Anonymous 2, Anonymous 3.. boring siot..

Noor Ariffshah said...

Ada yang bagus dan ada yang sampah. Terpulang pada kita. Bagi saya risiko membeli e-book dari internet adalah dengan hanya berpandukan sales letter sahaja. Jika sales letter mereka mengancam dan memikat hari, mereka akan membeli dan jika e-book yang di jual adalah sampah, alangkah membazirnya. Jadi lawati blog ini (review mengenai e-book2 tulis oleh orang Malaysia sendiri). Sila beri pendapat anda sendiri mengenai e-book2 tersebut.
http://carie-book.blogspot.com

Total Pageviews

. page counter