Thursday, August 27

Tribunal Tuntutan Pengguna

Semalam aku spend 4 jam di pejabat Tribunal Tuntutan Pengguna, dalam The Mall KL. Punya la panas hati aku, dalam surat tu cakap pendengaran kes aku pukul 10:30 pagi. Rupa-rupanya bijak pandai di sana inform semua orang untuk semua kes pukul 10:30 pagi. Jadi mereka akan panggil satu persatu kes. Aduhai… malang sungguh kes aku yang last sekali. So, end up start hearing pukul 1:45 tengah hari. Sadis... sadis.

Before anybody wonder, bukan aku yang buat tuntutan pengguna. Tapi pelanggan syarikat aku bekerja yang buat. So, aku mewakili syarikat perlu hadir dan menjawap tuntutan itu. Yup, it is a legal department job or paling jauh pun budak-budak Sales perlu attend sebab mereka yang deal dengan customer. Tapi sebagai bakal employee of the year 2009, aku sebagai engineer pula yang terpaksa defend company. Hahahha…. Employee of the year konon… tak pernah company aku bagi such award. Actually bukan lah kes yang besar, nilai tuntutan pun ratusan ringgit sahaja, entah kenapa Ah Beng tu sibuk bawa ke tribunal. After 20-30 minit berlawan cakap di hadapan hakim, proudly said tuntutan pengguna itu telah dibatalkan. Hahaha… Boleh consider company aku menang la kot. Or to be exact, aku menang… Hahaha… Berbaloi tunggu hampir 4 jam.

Since trial or hearing kes yang involve aku last sekali, then bulan puasa pula tu. Takkan la aku nak pergi kantin makan or jalan-jalan dalam The Mall. Jadi aku spend the whole 3 hours menunggu dalam bilik perbicaraan. It is a small room with only one hakim, one pembantu hakim, dan ada beberapa kerusi dihadapan mereka untuk penuntut dan penentang. Belakang penuntut dan penentang ada disediakan lebih kurang 7-8 row kerusi panjang untuk orang lain duduk. So, aku melepak disana dan dengar semua kes. Walaupun hati panas sebab menunggu, tapi aku perlu akui it is a interesting and informative 3 hours well spend. Banyak juga ilmu yang aku dapat pasal hak pengguna dan benda-benda yang perlu dititikberatkan semasa berurusan dengan peniaga. Aku nak share dengan kawan-kawan disini beberapa kes yang menarik. Aku rasa tak salah aku mention kes-kes tu disini, kan? Sememangnya ianya adalah public hearing dan sesiapa pun boleh datang tengok.


1. Gores & Menang
Ini kes standard, kes menang hadiah tapi still kena bayar duit. So, budak lelaki tu dah ‘kena tipu’ lebih dari 7 ribu ringgit. Penat penuntut dan penentang berhujah. Hakim diam je sambil menulis sesuatu atas kertas. Then, hakim dengan selamba je cakap.....
“Ini kes biasa, setiap minggu ada kes ini. Penentang, awak kena bayar semula semua wang penuntut. Penuntut awak mesti pulangkan semua barang yang awak menang. Kalau ada yang dah pakai, beli baru dan pulangkan semula”
Walaupun syarikat tu (penentang), try nak lawan. Hakim buat muka toya je. Hakim siap sound lagi, kalau syarikat tu berkeras tak nak bayar, dia akan panggil penguatkuasa dan suruh mereka siasat penipuan syarikat tu. Then, baru syarikat tu diam dan setuju nak nak bayar. Hakim sempat buat pesanan masyarakat lagi suruh orang lain jangan terpedaya dengan kes sebegini.


2. Renovate Rumah

Penuntut (tuan rumah) minta penentang (syarikat renovate rumah) pulangkan wang berjumlah RM17 ribu sebab kerja-kerja renovation yang bernilai RM25 ribu tidak siap selepas tempoh yang dijanjikan. Penentang memberitahu yang tuan rumah telah menambah-nambah scope of works setiap hari. Maksudnya janji awal nak repair dapur dan ruang tamu je, tapi tetiba lantai bilik air, pintu bilik tidor, piping air cond, dan beberapa benda lain pun kena buat juga. Sebab tu kerja asal tak siap. 2 kali hakim suruh mereka berunding kat luar dan beritahu jumpa pampasan yang sesuai. They failed to reach an agreement. So, hakim decided syarikat perlu bayar RM6 ribu secara ansuran kepada tuan rumah selama 24 bulan (RM250 per month). Tuan rumah tak puas hati, tapi hakim ingatkan dia yang urusan renovate rumah sepatutnya kena ada sebut harga, surat persetujuan sebut harga, dan sebagainya. Kegagalan itu membuatkan hak dia sebagai pengguna hampir tiada.

Lepas ni, kalau nak repair kepala paip pun aku akan minta plumber tu sediakan quotation.


3. Barang Hilang Di Hotel

Penuntut (pelanggan hotel) minta penentang (pihak hotel) bayar ganti rugi kehilangan barang dalam bilik dan barang dalam kereta yang diparking di hotel. Alasan pelanggan itu adalah kerana dalam bilik dia ada kunci kereta, so sebab barang-barang dalam bilik hilang sekali dengan kunci kereta then barang-barang dalam kereta pula kena curi. Lagi menarik, pelanggan tuduh kerosakan tingkap hotel yang menyebabkan bilik dia boleh dimasuki pencuri. Penentang memberitahu kawasan parking itu bukan milik mereka, ia adalah milik DBKL, jadi kehilangan barang dalam kereta tidak boleh diambil kira lansung. Then, kerosakan tingkat tidak boleh dianggap sebagai penyebab kecurian sebab polis belum habis siasatan. Hotel memberitahu mereka telah offer RM500 sebagai saguhati kepada penuntut beberapa hari selepas kes berlaku. Tapi penuntut tidak menerima tawaran mereka. Hakim memberi response yang kes ini tidak jelas, dan ia dibatalkan sehingga siasatan polis selesai. Kalau betul tingkap rosak menjadi punca kemasukan pencuri then baru boleh pihak hotel disalahkan, dan diarahkan bayar ganti rugi. Penuntut dengan muka selamba minta balik RM500 yang dia reject dulu. Then, pihak hotel pula membuatkan seluruh bilik ketawa bila mereka cakap tawaran dah jadi RM300 sebab RM2 ratus cost nak datang ke perbicaraan tribunal. Hahaha…

Hakikatnya memang kita tak boleh nak tuntut kehilangan barang dalam bilik hotel sebab semasa kita check-in kita dah sign surat yang ada mengandungi kenyataan bahawa barang-barang yang dibawa masuk adalah tangungjawap kita sepenuhnya. Cuma most prestige hotel will offer some token to the victim in order to make sure they will not tell everybody about unsafe situation di hotel tersebut.


4. Jual-Beli Rumah

Individu A jual rumah dia kepada individu B, then ada sedikit dispute. Maybe pasal deposit or something. Mereka berhujah dan berlawan cakap depan hakim for around 5-10 minit. Then hakim tu tanya untuk kepastian…
“Awak jual rumah?”

“… dan awak pembeli rumah?”
Dua-dua angguk….
“Ada mana-mana syarikat terlibat?.... awak pakai broker, agent?”
Dua-dua cakap tiada….
“Ini bukan kes pengguna, ini kena bawa ke mahkamah sivil…”
Hakim kemudian terangkan tribunal tuntutan pengguna cuma selesaikan kes yang melibatkan pengguna dan peniaga, pergaduhan individu dengan individu bukan dalam bidang kuasa mereka.


Ada beberapa kes lain yang tidak kurang menarik, terutamanya beberapa kes pasal repair kereta. Ada juga kes pekerja asing kena tipu, kes beli rumah kedai dan kes syarikat keahlian gym tidak mahu pulangkan deposit ahli mereka sebab barang-barang seperti towel, shampoo dan beg yang hilang. Macam-macam.

Aku cadangkan, kalau sesiapa free, boring tak tahu nak buat apa, boleh lah pergi dengar trial disana… banyak juga yang lucu dan pastinya penuh dengan informasi berguna sebagai menambah pengetahuan.

Semalam aku beli murtabak daging, tapi dagingnya sikit sangat. Bawang dan kentang je lebih. Boleh bawa ke tribunal ke tak? Hmmm...

16 comments:

marrang nung! said...

fuyoh!
menang kes tuh...
tp kes tu pihak ko memang betul ke atau ko pandai cakap dan putar belit?
sebab dalam mahkamah kan kalo pandai cakap ngan putar belit pon boleh menang... hehehe...
pasal kes murtabak semalam tu aku rase boleh bawak kat tribunal...
aku raser kompom ko menang & gantirugi sebanyak RM3.00 (harga murtabak)...
hahahaha

Ab Razak Hj Ahmad said...

Nice and good posting.

Aku cuma nak tambah or komen pasal sistem temujanji kat Malaysia perlu diubah or lebih sistematik. Bukan sahaja tribunal appointment, kes mahkamah, saman trafik, appointment doktor, land office and so on. Dah tahu ada 10 kes hari tu contohnya apasal dilonggokkan semua kena datang pukul 8.00..??? Pihak yang berkenaan kan boleh arrange jadual/ apoinment untuk sesuaikan masa.

Last but not least... most of the problem on this appoinment happened at government sector... Sorry again, I do not want to steal the lime light...

neewa76 said...

Hehehe...ayat last skali tu buat aku tergelak...try g buat tuntutan...klu menang aku pn nak g jgk...heeeee

Anonymous said...

Tahniah menang kes...& thanks for giving me some info pasal pengguna...baru aku tau kalau nak renovate rumah & takut kena tipu kena ada quotation.....anyway ko menang....tapi LIVERPOOL jd LOSERFOOL...apa barang....hahahaha...peace no war

Anonymous said...

Tahniah menang kes...& thanks for giving me some info pasal pengguna...baru aku tau kalau nak renovate rumah & takut kena tipu kena ada quotation.....anyway ko menang....tapi LIVERPOOL jd LOSERFOOL...apa barang....hahahaha...peace no war

kunyiil said...

hukum dunia apapon bley buat ...

kEy said...

menarik jugak ek mahkamah ni rupenye....ingatkan b0san!
ni yg nyesal xjd lawyer ni...

asal kes sndri xtulis, nak tgk la jugak sesi soal jawab tu cmne.

kal0 xslh la, pasal mls nak tgk balik n3 td, keje engnnr ek?
sempat plak main bl0g????

Mr. Right said...

marrang nung,
Mmg kes tu company aku patut mng. Tu la pasal, aku nak claim balik harga murtabak plus gantirugi2 lain. Maybe 2-3 juta kot.

abikhsan,
Alasan mereka lump sum kan semua appointment sekali sebab nak 'play save'. Sebab kalau ada yg tak dtg, pekerja tu tak wasting time.

neewa,
Kalau menang aku belanja semua org mkn murtabak.

ano1,
Liverpool = Loserfool alah... zaman aku sekolah menengah member2 kutuk pakai idea ni. Creative la sikit lagi. Hehe...

kunyiil,
Betul.

key,
Hehe.. tak boleh tulis. P&C. Takde lah, tak menarik kes ofis aku tu.

Yup, keja engineer mmg smpat berblog. Actually keja apa pun sempat nak berblog. :-). Sebab tak semestinya berblog time keja.

jenny said...

hi..tahniah menang kes..hope blm terlambat. :).sy TERRRBACA BLOG nie sb tgh cari sampel2 kes pengguna. anyway,very informative. :)

PEMBARIS_PATAH said...

SEKARANG YANG GIAT MENIPU DENGAN MODUS OPERANDI YANG SAMA ADALAH AREZZO...ramai mangsa dah..saper yang terkena plz gi tribunal.
aku percaya dengan kuasa tribunal seperti penulis blog ni..aku nak tolong sape yang terkena..pi lawat
http://www.arezzo-products.blogspot.com

MindaHana said...

well, saya pun tengah dalam prosedur untuk buat tuntutan juga...pasal kes renovation rumah yang tak jalan-jalan sampai sekarang (dah lebih 3 bulan)sedangkan deposit dah dibayar. how much? banyak la sebab konon polisi firma 70% daripada total cost. Sebab percaya dan kontraktor tu atas recomendation kawan, saya pun dengan senang hati pada masa tu, bayar la... and right now I want back my righ!

mujur semua benda yang dia nak buat, saya minta quotation..semoga kemenangan berpihak kepada saya...InsyaAlla...

Tq for the sharing...

Anonymous said...

fuhh bro,thanks la.sbb post benda important mcm nih.aku ada masalah dgn customer aku..dia ada order robot daripada company aku, dan dia dah byr deposit..dan aku x pernah mention pun bila robot tu boleh siap, tapi dekat 2 bulan baru siap dan aku dah hantar kat dia..time aku nak balik tu, dia bgtau robot dia x function, tapi yelah, masa tu pun aku dah on the way balik.dah jauh nak patah balik..bulan depannya plak, aku dtg balik nak amik robot tu untuk service.dan amik masa 3 bulan, sbb benda ni bukan ready made.tapi, tiba2 dia cancel plak nak beli dgn alasan kedai dia dah tutup.dan skank dia mintak aku byr balik duit dia sbb dia dah x pakai robot tu..aku malas nak pikir.dia siap nak amik peguam lagi tu..dan aku x pernah bg apa2 hitam putih mengenai dateline atau apa2 tarikh melainkan resit deposit sahaja aku ada simpan..bro rasa kan, sy bleh menang ke?sbb mcm x adil...dahlah modal kita dah kurkan, pastu pegi hantar plak kat dia, amik plak lagi.brg2 sume dah siap pasang dah..last2 dia yang x nak.nak duit dia balik..camner tu?tolong sy yer..

-anuar-

Anonymous said...

nk tya cket blh??sy ada beli kete baru tp kete tu ada problem...mmg cmpany tu dh solve mslh tu...tp now mcm2 jd kt kete sy...blh ke sy wat tuntutan???hu5...xtau la cara...

Fara said...

As salam. Looking for consumers who got cheated by insurance agents (PENIPUAN TUNTUAN & HAL EHWAL INSURANS), higher educational institutions (PENIPUAN IPT), private hospitals (KECUAIAN PIHAK HOSPITAL ATAU BIL RAWATAN MELAMPAU), daily consumers' products (BARANGAN ELEKTRIK, ELECTRONIC GADGETS, PERABOT, PAKAIAN, PERALATAN DAPUR, BARANG KEMAS, ETC) and automobile cases (PENIPUAN JUAL/BELI KERETA) for a TV interview recording in an informative program on consumers' rights. Also looking for workers/employee who got cheated by the company they're working for.

Program TV ini dalam Bahasa Melayu. Jika anda sudah buat aduan (tak kira masih dlm siasatan atau sudah selesai), kami mahukan pengalaman anda utk dikongsi bersama org ramai dalam menangani masalah penjual/peniaga/syarikat/majikan yg tidak bertanggungjawab.
Kami mahu Suara Pengguna didengari. Tlg hubungi saya di faraishak@gmail.com segera. Terima kasih.

Unknown said...

nk tnye pndapat sket..its about my intrnet...

sblum ni sy ngaja kt tampin, n9..during dat time, kpluan sgt pd intnet sbb slalu cari bahan utk bina modul pengajaran untuk bdk2 sijil n diploma kt kolej yg sy kerja..so im using yes (company internet), pakej yg unlimited..bila tanya pd agen tu, depa ckp if nk pndah just inform je centre update alamat.

bl sy bhnti kije, kmi bwk yes ke umah baru d sri kembangan, sbb ada kontrak 2 taun..bl d mklumkn y kmi bpndah, yes centre ckp kwsn kmi bkn under coverage n pkej y kmi guna x valid d kl n lmbh klang..so kmi ckp bnda ni x dmklumkn pn..tp depa ckp ada dlm term n condition, cuma dlm term n conditon tu x dinyatakn tmpat2 mne..

so skrg kmi bgntung pd intnet y sgt2 slow d teruk, sbb intnet mmg kperluan kmi tpksa guna mobile data hp utk dpt kn intnet y lbh laju tp sgt2 terbeban laa..

kmi nk terminate yes tp depa ugut utk bayar lg baki 8 bln y msh berbaki dlm kontrak....kira2 dlm rm1k jgk laa..

so soalan..apa cadangan y mgkin boleh kmi lakukan?? patut x buat repot pd tribunal pgguna...atau ape2 y releven utk kmi buat....

Anonymous said...

thank you atas maklumat yang berguna ni

Total Pageviews

. page counter