Saturday morning sampai di tempat kerja aku dengar ramai member mengeluh jalan jem sebab ada demonstrasi lagi. Aku blur… member-member pun pelik sebab selalunya aku memang aware isu-isu politic sebegini. Tapi kali ini aku betul-betul tak tahu. No idea at all. Memang kebiasaannya aku tak bawa laptop pergi kerja pada hari Sabtu sebab konon-kononya nak buat kerja-kerja offline (claims, sign forms, kemas meja, check file, etc), so aku memang tak boleh nak online untuk check cerita tunjuk perasaan itu. Jadi aku bergantung harap kepada cerita rakan-rakan sahaja. Aku baru tahu rupa-rupanya ada golongan yang buat demo pasal nak minta mansuhkan ISA. Aku jadi katak bawah tempurung sebab Thursday and Friday aku bertungkus lumus, tak tidor more than 24 hours, siapkan satu submission. Actually start Wednesday lagi aku dah isolate myself dari orang lain sebab aku nak siapkan kerja itu. Jadi aku memang tak tahu menahu pasal akan ada demo kat KL hari Sabtu.
I’m not a big fan of so called street demonstration. Kalau kes-kes besar yang triggered by any important event ok lah kot. (Ex: BERSIH sempena general election). But minta mansuhkan ISA or few weeks before pasal menyokong or membantah penggunaan English in teaching Math and sciene. I don’t think necessary lah untuk adakan demo di jalanraya.
Ok, maybe in this particular case I’m a victim of government propaganda. Mungkin aku termakan hasutan dakyah-dakyah yang dipancarkan oleh media arus perdana setiap hari ke ruang tamu rumah kita. But lets admit it lah… street demonstration membawa banyak keburukan berbanding kebaikkan.
Kebaikan
1. Dapat apa yang dihajati or at least give certain amount of pressure.
2. Inform government we not weak dan boleh dimain-mainkan.
Keburukan
1. Jalan jem
2. Business terganggu
3. Public transport interrupted
4. Portray negative image to international media
5. Kerajaan ada modal nak burukkan opposition
6. Bazir wang rakyat (poster, baju, kain rentang, etc)
7. Bazir wang kerajaan (elaun polis, FRU, penyembur)
Mungkin ada yang cakap, tunjuk perasaan yang dianjurkan adalah demonstrasi aman. Pihak berkuasa yang jadikan ia ganas dan bertukar jadi rusuhan. Tidak mungkin polis boleh biarkan ribuan orang berjalan atas jalanraya yang sepatutnya jadi laluan kenderaan macam tu je tanpa sebagai sekatan. Seperti kata Najib semalam, nak berkumpul, nak berapat umum, biarlah di tempat yang betul. Dalam dewan, dalam stadium atas padang bola dan sebagainya. Bukan atas jalanraya, tepi rumah kedai dan dalam masjid.
Hakikatnya memang sukar untuk membuatkan kerajaan terima cadangan kita kalau kita salurkan menerusi tunjuk perasaan di jalanraya. The biggest demo ever adalah masa Anwar kena tangkap… hasilnya? Anwar still meringkuk dalam penjara. Then, melalui rundingan (I believe there must be some sort of negotiation), Anwar dibebaskan few years ago. So, ini membuktikan memang sukar nak ‘menang’ dalam pertempuran atas jalanraya dengan kerajaan Malaysia.
Kalau ramai dah tahu sukar nak menang kalau fight atas jalanraya, tapi kenapa masih wujudnya demo jalanan?
Jom kaji dari sudut beberapa pihak. Of cause terwujudnya tunjuk perasaan jalanan adalah adanya 3 element penting.
1. Initiator
2. Organizer
3. Participant
Initiator selalunya adalah those yang akan organize. Tapi tak semestinya, sometimes inititor adalah ahli politik peringkat tertinggi dan organizer adalah macai-macai mereka dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang mereka boleh tunggangi. Aku percaya most, if not all of the inititor not really want to fight for what ever they stated in the demonstration manifesto. Mereka mempunyai agenda mereka sendiri. Most probably agenda politic. Inititor ini adalah golongan bijak pandai yang tahu, there will be really slim chance to give enough pressure to government to accept their proposal through street demonstration.
1. Raih popularity
2. Naikkan imej diri sendiri
3. Tingkatkan rasa marah dan tak puas hati rakyat kepada kerajaan
4. Cover isu-isu lain yang menguntung ‘musuh’ mereka
5. Menguji kemampuan macai-macai
7. Gertak/usik/cubit/ kerajaan
Aku percaya itulah reason-reason utama kenapa inititor mencipta alasan untuk diadakan tunjuk perasaan atas jalanraya.
Organiser pula selalunya satu pertubuhan atau satu kumpulan manusia. Aku rasa reason utama mereka tolong organise sesuatu demo jalananan adalah :
1. Bodek boss masing-masing
2. Menambah sokongan kepada group mereka
3. Gila glamer
4. Cari duit (baju, topi, payung)
Maybe adalah beberapa kerat daripada organiser yang benar-benar ikhlas membantu kerana hati mereka yang suci murni. But aku percaya majoriti still mempunyai agenda peribadi dan bukannnya benar-benar nak memperjuangkan nasib orang lain.
Bagi paticipant pula… separuh yang hadir sebenarnya nak tengok what really happen. They not really into the demo pun. Sekadar nak jadi penonton sahaja. Daripada separuh yang benar-benar hadir nak menunjukkan perasaan atau berdemo pula, aku percaya 50% juga mempunyai agenda sendiri. Samada mereka dibayar, mereka berhajat nak jadi pemimpin (since memang trend nak jadi pemimpin opposition kena sertai demo), sekadar nak tambah pengalaman, dan beberapa silly reason lagi. Selebihnya pula, maybe few thousand lagi adalah golongan yang kena tipu. Mereka betul-betul datang dengan harapan kerajaan akan tunduk dengan desakan mereka dan terima cadangan mereka. Aku cakap mereka tertipu kerana organizer or rakan-rakan yang tipu mereka dengan berkata demo ini sangat penting, ada chance nak capai hajat, boleh buat kerajaan takut, dan macam-macam lagi.
Minda racist aku juga terfikir, kenapa dari dulu lagi demonstrasi jalanan, tunjuk perasaan, rusuhan... samada aman atau haram mesti orang Melayu yang bersungguh. Cina dan India sekadar tempek menempek sahaja.
Kesimpulannya, aku percaya majority yang initiate, yang anjurkan, yang urus dan yang hadir ke street demonstration mempunyai agenda mereka sendiri. Hanya segelintir daripada mereka sahaja yang benar-benar jujur dan percaya tunjuk perasaan akan berjaya mencapai apa yang diperjuangkan.
For me, kalau aku pemimpin pembangkang… better aku accept defeat in this battle since I know there is other war to be won. Kan?
8 comments:
Kali nie aku sokong tulisan hang. Kalau betul2 nak mansuhkan ISA tu tumpukan perhatian 200% dari sekarang macamana nak tumbungkan BN dlm next election. So bila Pakatan menang dan berjaya tubuhkan kerajaan persekutuan terpulanglah pada pakatan nak buat apa pada ISA tu. Kan senang tak yah nak berdemo2 bagai...
p/s - aku bukan pro govt nor pro pembakang.
aku pn x berapa gemar dgn demo2 ni...nampak sgt mcm samseng...yg buruk nama malaysia ni..malu oooo... (sorg kwn aku call kata sakit mata n tekak krn lalu bdekatan kawsn demo tu...cian dia)
Aku rasa sedih tengok ramainya melayu-melayu bodoh yang buat demo nie..bukannya kaum lain pun. Lagi satu, kenapa diorang tak buat demo kat Jln Bukit Bintang dan Petaling Street, tempat kaw orang cina berniaga? Takut kena pukul ker dek orang Cina ker? Yg pergi ngacau orang Melayu/Islam berniaga kat Jln TAR tue kenapa? Pergilah berhimpun kat Stadium Shah Alam tue kan senang, lepas tue buat press conference kalau nak sangat perhatian. Takde akal betul diorang nie.. Masa anak Nik Aziz kena ISA, tak pulak diorang buat demo macam nie...
aku mmg sokong tulisan ko.aku rasa orang melayu sekarang telah diperbodoh-bodohkan aje oleh org yg ada kepentingan.cuba tgk berapa ramai org melayu yg kena tangkap berbanding org cina ngan india.kenapa org melayu yg ramai yg buat demonstrasi? mungkin ada orang lain yang ketawa terbahak-bahak tengok orang melayu berpecah-belah ( mungkin ada agenda tersembunyi ).aku bukan anti cina atau india tapi aku sedih tengok org melayu sekarang.org melayu akan terus layu kalo x sedar dari sekarang.kita harus bersatu-padu walaupun berbeza fahaman politik.kita perlu hentikan demonstrasi,politik kotor,maki hamun,keji mengeji sebaliknya kita perlu bermuhasabah diri bersama-sama untuk memajukan bangsa, agama dan tanahair yang kita cintai ini...
salam...
aku sokong klau nak demo utk pacakkan hukum islam kat m'sia...
hehehe...
demo ni bagi aku keburukan paling utamanya,senang la ameno nak kondem pembangkang.pastu dibangkitkan isu ni sampai berkurun2,hari2 dok kuar tb3
ano1,
Kali ni ko sokong? Yang lain tak sokong ke tulisan aku? ahahah.. Tapi nak kalahkan BN dalam pilihanraya umum memang susah gila.
neewa76,
Kenapa la kawan ko dok pegi area tempat demo tu. Takkan dia taktau kot. Kesian..kesian.
ano2,
Betul tu. Pergi bayar kat KESAS then berarak lah dari Subang ke Bukit Jalil. Then berceramah sampai muntah dalam stadium tu. Kalau pengurusan stadium bagi lah.
ano3,
Sebab yang bersungguh anjurkan demo adalah PAS dan PKR. So ahli2 mereka yang rata2 nya Melayu pakat2 pergi lah. DAP dok menangguk je, mcm biasa.
de cle manto,
Aku pun sokong. Tapi adakah demo cara terbaik?
damiqula,
Betul. Makin byk modal dorg nak kutuk pembangkang.
setuju gn tulisan ko dood. kesian gak ahli2 parti yg ikhlas yg termakan janji2 manis pemimpim mrk.
depa tak tau mostly pemimpin2 ni tak kira la dr KERAjaan mahupun peBANGKANG, masing2 ada agenda masing2.
yg dok bawah2 ni je selalu diperbodoh2kan.
pemimpin pebangkang guna demo utk naikkan nama mrk.
manakala pemimpin UMNO guna duit utk naikkan nama mrk.
cara berbeza tapi matlamat yg sama. tak pernah ikhlas dlm perjuangan.
Post a Comment