Monday, June 9

Design Baru, Poll Baru, Aku Tetap Sama...

Notice: Posting santai, malas nak bebankan kepala….

Sebagai membuktikan yang aku ini baik hati, boleh terima pendapat orang lain dan tidak besar kepala, aku mengubah design blog ini. Aku memang malas nak buat sebab honestly aku memang tak pandai, so aku takut kalau-kalau everything hilang. Tapi since poll result menunjukkan ramai yang nak design blog ini diubah, aku pun ubah lah.

Tanpa banyak soal, tanpa banyak complaint, aku harap korang just accept design baru ini. Ramai-ramai cakap “Wah… cantiknya, kemas, tersusun, nampak professional”…. Aku pakai blogger template yang mamat Indonesia ini buat: http://www.isnaini.com/. Dah lama aku perhatikan blog template ini, bila aku tengok member aku pakai di http://kaizerz.blogspot.com/ bertambah suka aku dengan template tu. So, again, without much complaint I hope you guys boleh terima design baru ini. Penat aku copy and paste code tu.

Result lain dari poll tu…

Aku buat conclusion, ramai reader suka article padat berkaitan apa juga isu yang aku tulis sendiri. Ok, noted dan aku akan cuba tulis article banyak-banyak lepas ini.

Majority tidak kisah aku letakkan iklan diblog ini. Wah, ada juga yang minta no bank akaun aku. Kepada yang benci iklan-iklan disini, sorry la apa nak buat dah memang adat berblog sebegitu. Bak kata blogger kapitalis Melayu, Alang-alang Tulis Blog Biar Sampai Buat Duit….

So, sempena design baru ini. Aku ada buat poll baru. Boleh la tolong jawap kalau ada masa free.

Chow, aku nak tidor… mengantuk tengok bola.

P/S: Title posting macam tagline iklan. Hahahahaa....

3 comments:

Anonymous said...

Ala Dood...
Blog baru tak best la..nampak mcm skema jer..tak FUN la camnih..

-Ipoh Lads-

Mr. Right said...

ipoh lads,
Aku memang skema pun. Takpelah, nanti2 aku tukar lagi. Kata orang kena tukar selalu blog layour, ubah aliran fengsui...

Mek Rose said...

ok ape layout skang..
i like...:-)

Total Pageviews

. page counter