Wednesday, December 19

Sediakan Parang, Kapak, Pedang…

Kpd smua umat islam d msia, sediakn parang, kapak, pedang. Akn brlaku 1 prkara pnting. Kta smua kna sdia utk…
-
-
-
-
-

Sembelih Lembu, kerbau, unta..

Slmt Hari Rya Aidiladha

Sebahagian daripada SMS aku terima semalam…Siot je, aku ingat one of those ‘warning sms’ create by paranoid racist Malaysian.

Cuti lagi…

Start hari ini mungkin dah ramai yang bercuti. Aku sendiri start cuti hari ini sehingga lepas Hari Natal baru aku start semula kerja. Walaupun tidak semeriah Raya Puasa tapi kita semua umat Islam still bercuti, dan bangsa-bangsa lain pun akan menangguk dengan turut bergembira dengan cuti dari bekerja, salah satu keindahan hidup di Malaysia.

Ramai beritahu aku sambutan Hari Raya Haji di pantai timur lebih meriah compare to other states, but dengan ujian banjir dari Allah mungkin sambutan tahun ini akan kurang meriah.

Untuk melegakan hati, mungkin rakyat pantai timur boleh anggap mereka beruntung kerana Allah ‘ingat’ mereka. Aku pun selalu fikir sebegitu bila hadapi masalah, honestly aku memang rasa sedikit lega lepas fikir macam tu. Since sememangnya kita tidak mahu Allah ‘lupakan’ kita, walaupun kita tahu ianya mustahil. Tapi kadang-kadang aku memang seronok bila diuji. Aku rasa rapat dengan Allah. (Cukup la kot, nanti ada yang panggil aku ustaz…Hahahhaa…)

Baca page wiki ini jika nak tahu maksud Hari Raya Haji.
http://id.wikipedia.org/wiki/Idul_Adha

Bahasa Indons, but still boleh faham.

Sempena cuti dan berkat hari baik ramai juga orang akan berkahwin atau bertunang pada musim cuti Raya Haji. Salah seorangnya kawan baik aku, Lobo. Aku pernah cerita bagaimana mamat ni tolong aku dulu. Dua orang budak office aku juga rancang untuk bertunang pada hari raya ke 3. Aku nak ambil kesempatan ucap selamat bertunang kepada mereka dan semoga berjaya menempuh alam pertunangan dengan jayanya. Ada beberapa sahabat pula akan berkahwin, Aca from Sekolah Bainun and Fodi from SERATAS. Selamat pengantin baru aku ucapkan. All the best!

Most probably aku tidak update blog sampai Krismas. Unless aku ada free time di kampong dan rajin tunggu dial up 1515. So, lebih baik aku wish juga Merry Christmas kepada mereka yang sambut.


Kepada umat Islam lain…


Selamat Hari Raya Aidiladha


… dan kepada semua orang..


Selamat bercuti ...lagi


Sepatutnya title posting ni "Aku Ucapkan...". Takpe lah.

Pesanan terakhir, kepada sesiapa yang driving masa cuti ini, tolong baca posting ini: Kempen Keselamatan Jalanraya. Walaupun dah pernah baca, baca lah sekali lagi.

5 comments:

Anonymous said...

selamat hari raya aidiladha n selamat bertunang etc etc

Anonymous said...

Org smbut raye aji..tp si aku betul ni sambut tunang kt ganu. patut la banjir. Selamat Bertunang ..

Anonymous said...

Selamat hari raya untuk u jugak...

Anonymous said...

Rose org Ganu ke...???

Mr. Right said...

cik henr,
ano,
pembaca setia,

Selamat semuanya.

ac,
Yup...

Total Pageviews

. page counter