Jadi, izinkan aku memberi sedikit ilmu subject Bahasa Melayu kepada rakan-rakan semua dan harapnya ada individu dari panel penulis skrip Astro terbaca blog aku ini.
Ini pantun:
Anak Ayam Berlari-lari,
Anak Ikan Berenang-renang,
Bukan Aku nak Menonjol diri,
Jangan Pula
1st rule of pantun, suku kata mesti antara 8-12. More or less, akan menyusahkan si pembaca. Then, hujung kata mesti sama bunyi dalam urutan:
………A
………B
……....A
………B
Inilah beza Pantun dan Syair, walaupun jumlah suku katanya sama atau lebih sedikit. Tapi aturan sama bunyi adalah:
………A
………A
………A
………A
Ini contoh Syair:
Tersebutlah Kisah Satu Cerita,
Di Sebuah Negeri Penuh Derita,
Nasib Rakyat Tidak Dibela,
Hanya Mengenyangkan Perut Mereka.
Info tambahan, Syair dan Pantun yang bagus bukan sahaja hujungnya sama, tetapi dibahagian tengah juga mesti sama.
Pantun:
…A…..B
…C…..D
…A…..B
…C…..D
Contoh:
Anak Ayam Berlari-lari,
Anak Ikan Berenang-renang,
Sungguh Geram Rasa Dihati,
Tidak Makan Nasihat Orang.
Nampak? ayAM… gerAM dan iKAN dan maKAN.
Pulau Pandan Jauh Ketengah,
Gunung Daik Bercabang Tiga,
Hancur Badan Dikandung Tanah,
Budi yang Baik Dikenang Juga.
Syair:
....A…..B
…A…..B
…A…..B
…A…..B
Rasa Nak Berang Sukar Disekat,
Bukan Senang Menjadi Rakyat,
Salah Canang Tangan Diikat.
Sekadar memberi contoh pantun dan syair 4 baris, ada pantun dan syair yang hanya 2 baris atau 6, 8, 10 baris. Ok… cukup pelajaran kita hari ni. Again, aku nak ingatkan jangan pula adik-adik jawap soalan exam base purely on this article. Aku tidak check dengan buku teks masa tulis posting ini.
P/S: Aku memang suka pakai pembayang pantun, anak ayam, anak itik, anak ikan, anak katak… Hahahhahahha….
8 comments:
dood
pandainya!
fid,
incey aku betul mmg pandai buat pantun..huhu..
kan dia penah menang satu bakul cokelat pertandingan pantun by SMS dari blog Jeff Oi..hehe..
tapi yg pasti..aku dah rembat satu bakul cokelat tu..kuang3x
sehati berdansa tu..camne pasangan Rai&Zain tu ramai sgt undi dia..padahal si Zain tu mcm kayuuu je menari..hahahha..sib si Anne n Wafi tak kuar lagi..depa mmg bes..sporting giler! aku sker this couple..
wah!!!
hebat le cikgu bm kau dulu.
apa nama dia?
ko memang bijak...pasal tu pon ko amik kesah..dasyat..pemerhatian ko pada tiap perkara memang hebat...aku pon layan gak..tapi xpasan plak pasal tuh...cikgu ramli ajo ko ke????
aku tau 'alkisah' pastu sambung 'thayyib' je...jgn marah ah bro!
Fid,
Aku mmg pandai pun. Hehhe.. Oi, kau antar anak kat sec 20 ye?
rose,
Ala, semua peserta badut lah. Maybe Vanida je yg boleh menari.
Sukun,
Lupa nama dia.
ramonez,
Aku bukan nak ambil kisah sangat. Cuma masa tu aku perasan, then tetiba pagi tadi teringat.
alongovtx,
Aku susah nak marah. Orang baik la katakan. :).
haha...pandai ko dlm pantun gn syair ni. bagus la. jgn pupus ditelan zaman sudah tinggalan nenek moyang kita ni.
aku bab2 ni mmg tak reti tp bini aku pandai. haha...
Post a Comment