Friday, December 14

Aku Komen Isu Semasa

Dah lama aku tak komen isu semasa. Bukan aku tak nak, cuma aku busy dan tak sempat nak ambil tahu isu semasa. Busy with what? I myself have no idea. Work?, maybe. Next year gonna be really fun, December tahun lepas aku tidak tahu apa akan aku hadapi in January and February 2007, but this time around aku sudah boleh agak all the ‘fun’ for at least till June next year. Isn’t that cool? Ok enough with my work, aku tidak mahu menyusahkan rakan-rakan sekerja (kaki bodek, cock sucker, butt licker) yang akan terpaksa report kepada big boss kerana aku blog too details pasal kerja. Aku juga tidak mahu meletakkan big boss dalam keadaan serba salah samaada nak marah or pujuk aku. Hahahhaa…


1. Hindraf

Aku baru je kaji apa itu Hindraf like, 5 minutes ago. Aku tahu sikit-sikit je before this. My findings, they just plain stupid. Any movement yang memperjuangkan sesebuah agama dan bangsa secara extreme adalah tindakan bodoh. Any group of people yang blame others kerana diri mereka miskin dan ketinggalan adalah kumpulan manusia yang bodoh. Any individual timbulkan keseimbangan bangsa di Malaysia adalah manusia bodoh. So, for me Hindraf and any party who support them adalah BODOH x 3. As simple as that. Government use ISA to detain them...? Good, padan muka. Don’t get me wrong, some of Hindraf demands quite logic and reasonable, but mostly memang stupid dan melampau. And their execution, nampak sedikit radikal.

--------

Update(18/12/2007):

Member aku ada komen menarik pasal isu ini. Disini.

-------


2. Sea Games – Sepak Takraw

Kita tarik diri dari ambil bahagian kerana membantah penggunaan bola yang ada couting getah. Aku berbelah bagi dalam perkara ini. My patriotism, egoistic mind said, it is a good decision. We stamp our mark as strong and brave country. Nobody can push us around. Tetapi aku sedikit sedih kerana ketidakprofesionalan (confirm takde perkataan ini) persatuan sepaktakraw dunia, asean dan negara-negara anggota. Imagine, mereka gagal dalam menguruskan pasal bola, ini jelas memperlihatkan kelemahan orang-orang kita (Asia) dalam sport management. Ini juga sedikit sebanyak akan membantutkan usaha untuk mengembangkan sepak takraw ke peringkat lebih tinggi. It’s almost impossible now to see Sepak Takraw masuk Olympic Games.


3. Gempa Bumi

Recent days, 2 kali earthquake di Pahang. Gurauan rakan-rakan cakap ‘hantu’ disana sedih dengan kematian Uncle Lim. Hahaha… But seriously, antara tanda-tanda kecil kiamat adalah banyak berlakunya gempa bumi. So, negara kita yang tidak dalam lingkuan gempa pun dah terkena tempias. Walaupun duluuuu.. aku rasa sesiapa yang berada disempadan Indon selalu terasa cebisan gegaran bila Indon kena gempa, tapi kalau dah 3.2 scala Richter aku rasa kita kena fikirkan amaran Allah ini.


4. Gadis Malaysia Kena Tipu

Malas nak search, Siti Munirah dan few other ladies rasanya. Tapi cerita hampir sama, pergi oversea then kena tangkap sebab bawa dadah dalam beg. Beg itu diberikan oleh lelaki asing kepada mereka just before take off. How on earth mereka boleh kena tipu hidup-hidup macam tu? Aku tak familiar dengan boarding arrangement for international flight, tapi aku confuse macam mana beg tersebut boleh lepas checking di KLIA? Then, memang betul-betul tiada cara ke untuk bantu gadis-gadis ini legally? Can’t Malaysia government do something? Damn.. too many question dah. But, as everybody setuju aku harap gadis-gadis kita akan lebih bijak next time. Jangan terpedaya dengan kehenseman pemuda-pemuda asing dan terpengaruh dengan janji-janji manis keindahan bekerja di negara luar. Tak cukup cool ke kerja dalam negara?


5.
Noh Alam Shah Belasah Daniel Bennett.
Bukan cerita popular, cuma aku nak ambil kesempatan mengutuk kebodohan jiran-jiran kita. Noh Alam Shah adalah player bolasepak kebangsaan Singapore. Semasa game antara club, dia telah belasah rakan sepasukan kebangsaan beliau, defender import Daniel Bennett. Bodoh tahap lembu.

During the final minutes, Noh Alam Shah and Daniel Bennett tussled for the ball and Alam Shah kneed Bennett in the head. When Bennett was on the ground, Alam Shah kneed him once more. After he was dragged away, he returned and kicked Bennett in the head.”

Noh Alam kena ban from Singapore league for 1 year. But the best thing is, he can still play for national team. Stupid. Then, Fandi Ahmad yang sekarang jadi coach Pelita Jaya (club di Indonesia) nak import dia main disana. Noh Alam Shah bodoh, FA Singapore bodoh, Fandi Ahmad dan Pelita Jaya pun juga bodoh.


6. Big 4 Showdown.

Forget about national football team failure di Sea Games, this Sunday semua peminat bolasepak akan disajikan dengan 2 perlawanan gergasi EPL. Aku harap kedua-dua perlawanan akan menarik dan bukannya semua team main safe. Although still early to use the results as indicator siapa akan clinch the title, but obviously siapa yang menang akan dapat confident. If Liverpool won, kepada rakan-rakan penyokong lain, jangan la buka blog ini next Monday. Hahahaha…. Tapi kalau kalah… nope, tak mungkin. Kah..kah..kah.


7. Banjir.

Since government dah predict akan berlaku banjir, so aku rasa everything under control. Tapi ini membuktikan betapa lemahnya kita sebagai manusia. Walaupun kita dah tahu ianya akan berlaku, months back metrological department dah predict, but still nothing we can do to avoid it. Sedih juga dengar ada juga kemalangan maut. Aku juga susah hati ni, raya haji nanti aku ada ‘urusan penting’ di Terengganu, harapnya banjir akan segera surut. Some said, banjir adalah untuk membersihkan dosa. Betul juga kot.


Sorry, aku tidak tahu kalau ada isu besar lain yang aku tertinggal. As mentioned tadi, aku rasa aku banyak terlepas pandang. Aku malas nak komen isu politik macam Mat Sabu kena tangkap atau ahli parlimen kena buang dewan... boring pula rasanya tunggu pilihanraya umum ni. Ntah bila la BN nak 100% ready. Penakut!

Have a nice weekend.

12 comments:

Fid said...

raya haji nak gi meminang erk?
hehehe

Anonymous said...

Aku kerja carik makan kat Mhkmh Shah Alam so dah beberapa kali ler aku terserempak dgn group hindraf ni. Aku tak nampak yg datang tu pakaian compang-camping...tak nampak lak di mana kemiskinan mereka sbb yg dtg tu pakaiannya mcm bebudak melayu atau bebudak cina kita, yg aci-aci adalah nampak barang kemasnya..tapi kalau lah nak dibandingkan rakyat di negara INDIA yg kat kampung-kampung sana lagi la teramat daifnya...FIKIRKAN LAH....

Anonymous said...

Hindraf memang super duper bodoh.

Liverpool akan kalah. Tengok la rekod pertemuan. Liverpool tidak pernah score lawan m.u lebih dari 400 minit. Benitez tidak pernah menang dengan m.u.

mr. right,
Kenapa kau suka dengan perkataan bodoh?

Anonymous said...

Setuju dengan zamzam ala kazam.. MU pasti mengamuk di Anfield mlm ni.... Go Tevez, Go Rooney and Go Ronaldo...

p/s and Go Chelsea for belasah Arsenal

sorry ya off topic..

lankapo said...

wah, sudah ada gua.com punya add..itu sudah masyuk..

ronaldo vs gerrard, kita tgk saper yg kena?

Unknown said...

Tak mau ucap tahniah kat aku ka? We defended well.

lankapo said...

"If Liverpool won, kepada rakan-rakan penyokong lain, jangan la buka blog ini next Monday. Hahahaha…. Tapi kalau kalah… nope, tak mungkin. Kah..kah..kah"

mm bro skrg sudah kalah camner? kawan UK konon hahah haha

tak per champion league buleh lagi kot

dgr2 Benitez takder fund utk january transfer heheh

azli said...

beb, dah kalah ni.. apemacam?? jadi tak g ganu?? kot merajuk sebab dah kalah..

Mr. Right said...

Seronoknya rasa menjadi penyokong bolasepak. Malam kelmarin tak tidor lena, termimpi-mimpi pasal Liverpool-M.U game, siangnya tak senang duduk, dan hours before game start aku dah melepak di mamak. Hampir bergaduh dengan sekumpulan pemuda yang 'booking' table untuk kawan. Dia ingat kedai mamak tu club malam kot. Walaupun dalam bilik aku ada tv dan astro, but watching Pool game with friends and rival supporters memang best gila. Rasa macam di stadium. Tekanan masa perlawanan, peluh mengalahkan player. The whole experiance simply marvelous.

Pasal game.... tight game, sesiapa pun boleh menang. As Kata Tak Nak said, M.U defended superbly expecially 2nd half. Mereka bertahan macam game cup final.

Hope better luck next time.

Anonymous said...

Mana Badrul tak komen ke game MU menang semalam...???

Mek Rose said...

Lalalalalal...lilililili...

Huhuhuu...Lalalala..

Liverpool..jgn putus asa..
tahun depang ade lagik..

Lalalala....

Anonymous said...

chelski nak belasah arsenal...semalam tgk arsenal je cam nak belasah chelski tu..sib baik je ref tu asyik tiup wisel je...kalu tak mesti chelski fan dah tak bole cakap ape2 dah pagi ni...:D...hahahahaha...anyway gunners still on top of the table

Total Pageviews

. page counter