Monday, September 17

Cerita Ramadhan - Kanak-kanak dan Aku

Aku sempat berterawih di kampung last weekend. Seronok juga dapat berjumpa 2-3 orang kawan-kawan lama. Sempat la bersembang benda-benda standard macam;

Kerja mana?
Bila nak kahwin?
Pakai kereta apa?
Cuti raya berapa lama?

Bla..bla..bla..

Pakcik-pakcik yang masih kenal aku pula akan hanya komen satu perkara.

“Tak kecil-kecil badan kamu ye…”


Dalam hati dia mungkin ayat tu ada sambungan,

“Kalau kurus sikit boleh jadikan menantu”


Aku hanya membuat jangkaan. Assumption base on cara dia tengok diri aku. Hahahaha....

Lucky me, aku managed to meet 2 of my closest childhood friends. Kami sama-sama ponteng puasa. Sama-sama pergi mandi parit dan belajar hisap rokok. Tempat simpan rokok adalah diatas pokok kelapa sawit. Antara pelepah dengan pelepah. Letak disana, rokok tidak akan basah dan budak-budak lain pun tak tahu. 2 orang rakan aku ini memang betul-betul sekepala dengan aku. Aku masih ingat salah seorang dari rakan kami beraya di hospital, bukan kerana dek main mercun. Tapi kebodohan dia melompat dari menara masjid ke bawah. Tingginya equal to 2 storey building kot, dia patah kaki, then raya kaki bercement. Bengong betul dia dan kami. Berbuka di masjid adalah aktiviti wajib, seronok rasanya makan ramai-ramai. Berebut kuah, berebut peha ayam dan berebut timun dalam acar. Belum azan lagi kami dah duduk dan ready untuk makan. Memang tradisi masjid kampung aku, kami makan nasi sebelum sembahyang maghrib. Sebelum masuk waktu ada wirid, ada doa panjang then kena tunggu 2-3 minit sebelum mereka pukul bedok. This 2-3 minit very crucial, this the time to snatch the best piece of chicken dan untuk kumpul cincau dari dalam air bandung. Hahahaha…. Seronok…

Sambil lepak depan masjid tunggu mak aku, aku tersenyum dengan dua orang rakan aku sambil bercerita pasal kenakalan kami dulu. Seorang dah jadi taukeh kedai runcit yang diwarisi dari arwah bapa dia, dan seorang lagi kerja swasta di Teluk Intan, Aku tidak pasti aku perlu gembira atau sedih melihat aksi kanak-kanak yang bermain dihadapan kami. Saling tidak tumpah aksi mereka seperti kami. Ada yang mencuri kueh yang disediakan untuk orang lepas habis terawih, ada yang bawa lari buah kurma dari bilik store, ada yang pakat-pakat sorokkan basikal member, dan ada yang sibuk mengintai ke arah bahagian perempuan mungkin untuk intai member sekolah. Aduhai… sebiji macam kami dulu. Kami tidak termakan pujukan tv atau komputer seperti kanak-kanak di kota. Kami juga rasa seronok bila berada dikawasan masjid.

Memamg perangai kanak-kanak tidak akan berubah walau dah lebih sepuluh tahun ke?

Atau kampung aku sahaja yang immune dari kemajuan?


10 comments:

Fid said...

dood
hahahahaaa
aku zaman kanak2 dulu pun aku suka gi masjid tapi aku paling ' sedih' kalau kena terawih sampai habis..aku nak buat 8 je..kahkahkahkah...
lps tu aku suka sgt2 mkn 'mo-re'(org kg aku panggil mkn lps terawih tu)
feberet aku sup daging ngan kobis mkn ngan nasi putih...
(sesungguhnya minat sungguh aku kepada makanan patutlah sehat senantiasa)
dan aku suka bila turn family aku (datuk aku..mak bapa aku makcik pak cik aku) punya mo-re
nanti ramai2 kumpul kat umah datuk aku masak beramai2...mmg family kitaorg suka sangat wat mo-re nasi daging....ishh dah lama masa berlalu..kg tu pun dah susah utk aku jejak lagi..dah tak de apa2 lagi di sana melainkan kisah duka...uhuks...

Anonymous said...

Zaman kecik aku pon tak kurang besnye..cume takdela nakal sgt10X mcm incey aku betul ni..tapi yg pasti mak dia selalu cite kat aku..Incey Aku Betul ni bagus budaknya..kecik2 dah pose..smpai terbalik biji mata..kelaporan tahap gaban..hahahaha..lawak tol!

ok..masa kecik2 dulu, aku mmg suke ikut mak aku g terawih..baris ramai2 grup budak2 kat blakang.
solat smbil jeling2, cubit2, gelak2..budak2 ler katekan..nak sronok je tahu..

pastu kene kacau ngan budak2 laki termasuk sepupu sepapat aku..dulu surau kat kg aku papan..so, divider utk org laki n pompuan ada lubang tau..leh intai2 n cuit2 org sebelah..yg paling sadis..depa budak2 laki ni..suke cuit2 smpai terkene muka time sujud..dah batal air semayang aku..hahahah..
lepas moreh, mesti g main bunga api, balik dari surau masing2 ngan lilin yg letak dalam tempurung kelapa..bila grup kami lalu..terang je jalan..dulu, tak semua org ade elektrik kat umah masing2..
hehe..adui..bila ingat2 balik..ramadhan mmg bes..bulan yg selalu ditunggu2..

hmm..zaman budak2 yg akan datang ni..ntah camnela ek depa punye pengalaman di bulan ramadhan..mesti tak sama mcm kita2 dulu...:-)

sukun said...

Oiiii.
aku dah tak boleh komen.
space dah penuh.

Anonymous said...

incey Sukun..
nak space byk..g blog ko sendirila..hahahha

Anonymous said...

aku harap budak tu jd baik mcm ko bila besar2 nanti..

aku juga harap mereka tak ikut tabiat merokok ko..hehe..jgn mare.aku mmg anti rokok gile

Mr. Right said...

Fid,
Kampung aku pun panggil mo-re. Aku rasa semua tempat panggil cam tu. Mmg best, lepas penat2 sembahyang ada makan2.

Rose,
Intai2 sampai cuit2 lagi. Ganas lawak bebudak Ganu ye.

Sukun,
Alhamdullillah.

ano-ano,
Betul, aku mmg baik. :)
Kau tak suka rokok ke tak suka perokok?

Fid said...

dood walaupun ko tanya ano-ano..aku nak jawap bg pihak aku...
(ntah apa2)
aku tak suka asap rokok...
hehehehee
tapi kalau asap curut rasa cam sedap plak bau dia hahahaha
bengong!

lankapo said...

masa puasa dulu suka pergi terawih, naik basikal tua bapak aku. masa terawih suka main kat belakang, bila imam bagi salam jerk terus duduk tahiyyat akhir berlakon konon-konon semayang jugak. pastu toleh kat belakang sambil geleng-geleng kepala haaha padahal badan berpeluh-peluh

pastu abih terawih main mercun,letak belerang dalam kepala paip, ikat dengan kain pastu baling ke udara. pastu lari bertempiaran takut kena kepala..

those dayss,,,

Anonymous said...

aku tak suka dua2

Anonymous said...

huh ! naseb baek aku masih kanak2 lagi ..
boleh lah puas2 enjoy !

bak kate nora danish "kita enjoy!"
hahaa

Total Pageviews

. page counter