Aku kena ‘tembak’ 2 kali dengan peluru yang sama oleh 2 orang yang berbeza. Ada 2 orang tagged aku berkenaan 5 perkara yang orang tak tahu pasal aku.
http://penggila.com/?p=105
http://adar.blogmas.com/2007/08/30/5-perkara-yang-korang-tak-tahu-mengenai-adar/
Not sure who started the tag, not interested to find out pun. But, macam best je topic tag ni, aku layan je lah.
So, disini aku senaraikan 5 perkara tu.
1. Nama aku:
Nama dalam I.C – Affandi bin Mohd Isa
Member kampung panggil – Fendi
Member sekolah rendah panggil – Fendi
Member sekolah menengah 1 panggil – Fendi
Member sekolah menengah 2 panggil – Dood
Member university panggil – Dood
Officemate panggil – Fendi, Bob, Boss.
Aku prefer – Si kacak yang bijak… hahahha…
Affandi, sempena nama kucing family aku yang mati sebelum aku lahir. Sempoi gila arwah abah aku. Tapi dalam bahasa arab maksudnya, gelaran bagi mereka yang berkedudukan. Maybe macam Datuk or Tan Sri kot.
Dood, asalnya gendut…or Dut, try to be catchy sikit, tukar ke Dud. Cikgu told me Dud means useless. So, aku tukar ke Dood.
Bob, kenapa orang badan besar dipanggil Bob? Tahu apa pendulum? Pemberat bagi pendulum dipanggil Bob. Nampak tak kaitannya?
Boss, subordinate panggil aku bila nak bodek. Terutama time nak apply cuti atau nak minta sign claim form.
2. Aku Suka Memasak
Tak pandai, tapi suka.
3. Mak Aku Tailor
Dari darjah 1 sampai habis sekolah menengah, aku tidak perlu beli baju atau seluar sekolah, baju melayu, baju kemeja atau seluar slack. Mak aku adalah tukang jahit paling terror dalam dunia. 2-3 jam boleh siap sepasang baju melayu. Lagipun, susah nak dapat size aku di kedai.
4. Seumur hidup tidak pernah beli handphone. Semuanya orang bagi. Bagi atau tukar.
5. Lahir pada 15 September.
Dah dekat ni. Kalau sekarang bukan September aku dah letak point lain. So, harap-harap ramai yang ingat birthday aku. Jangan just wish, berikan hadiah. Yang mahal-mahal, yang ada class, yang berkualiti tinggi. Gunakan daya creativity untuk agak apa yang aku suka. Fikir luar kotak. Contoh; domain akubetul.com atau apa-apa e-book mahal dari ‘mahaguru’ online business di Malaysia. Hahahhaha…
Sepatutnya aku kena tag orang lain. Aku malas nak fikir. So, kalau member-member disini yang ada blog, rasa nak terlibat sila leave a comment. Nanti aku tag korang. Jangan malu-malu.
Kalau ada apa-apa lagi nak tahu pasal aku, sila tanya. Aku akan jawap, insyaAllah.
8 comments:
aku nak komen, tapi tak nak kena tag bleh?
Lagipun, aku kurang paham, apa uang di tag kan.
dood
tang nama [Dood, asalnya gendut…or Dut, try to be catchy sikit, tukar ke Dud. Cikgu told me Dud means useless. So, aku tukar ke Dood.]ni
aku pun kadang sampai le ni kalau cerita ttg ko kat hubby aku..aku masih guna gendut to address ko...
edi,
Boleh. Takde hal. Takde apa, tag ni kepada sesetengah org untuk promosikan site dia. Ada yang niat nak 'kenal2'. Ada niat nak 'pekena'. Mcm2 reasons.
Fid,
Cis... kuang ajor. Dood lah. Dood. Bukan gendut. Wei.. aku nak berbuka rumah ko, aku dtg ngn awek nanti, setkan time. Masak sedap2. Lepas makan kita g terawih sama2. Ok?
ha ha ha dah tua bangka pun nak hadiah ke.. ha ha ha
tapi betullah tu.. kalau orang bagi aku tag heuer pun aku terima gak ha ha ha.. yang penting yang kelas2 gitu!
"Tapi dalam bahasa arab maksudnya, gelaran bagi mereka yang berkedudukan. Maybe macam Datuk or Tan Sri kot."
geli tali pusat aku baca ayat kat atas.. aku ada la masa kelas mr SUDAD AL HARAN. ceh angkat bakul sendiri lak... angkat bakul sendiri maknanya bocor la bakul tu.
dood
hahahahaaaaa
ko nak berbuka kat umah aku?
buleh tp lambat sikit kot sbb umah aku le ni 'penuh'..parents aku ada la....
but kalo ko tak kisah aku ok jerk...
umah aku skrg kecik daa....kalau ko tak kisah gak ...silakan....
pendek kata..BOLEH....
anamiraa,
Hahaha... nak, mesti la nak.
Nordin,
Wei, bukan Sudad beritahu lah. Aku tengok kitab. :)
Fid,
Ok... nanti set. Parent ko dok sekali lama ke? Ala, rumah section 24 apa la keciknye. Ke ko nak kata aku besor tak muat rumah. Ni rasa nak marah ni.
Hehe en. nordin..
biarla dia nak angkut bakul sendiri..bakul dia..bukan bakul ko..mueheheh
fid,
umah kita dekat2 je..
jiran..hehhe..
skang parents duduk sekali ye?
Post a Comment