(aku dah letak gambar disini tadi, then aku delete… tidak sampai hati) Semua orang memperkatakan pasal kes Nurin. Everywhere, sambil berbuka puasa sambil lepak-lepak disurau tunggu terawih, dalam email, dan tentunya di blog. Aku pada mulanya malas nak tulis cerita ini, kerana tiada apa nak diperkatakan. Tragis, sedih, pilu geram, marah… semua ada. Aku percaya semua orang juga ada perasaan sebegitu. Malah, Pak Lah pun melahirkan rasa sedih campur marah. Pak Lah yang cool pun kata dia marah, memang binatang orang itu.
Nampak tak?, aku pun menyamakan penjenayah itu dengan makhluk Allah yang tidak boleh befikir, binatang. Ramai orang menggunakan perumpamaan sebegitu, binatang punya pembunuh…! Disini, aku ingin meminta maaf bagi pihak manusia kepada semua jenis binatang didunia. Betul-betul minta maaf. Kami manusia terlalu keji dengan menyamakan penjenayah itu sebagai binatang. Aku rasa binatang paling bodoh pun tidak akan melakukan perkara-perkara terkutuk tersebut. So, definitely that psycho not deserve to be call as animal. Again, kucing, anjing, beruk, tikus…. Aku minta maaf, kadang-kadang manusia hilang pertimbangan dan hilang idea untuk express perasaan kami.
Kemudian ramai menyamakan penjenayah itu sebagai iblis, syaitan… degawan. Hahaha… Mungkin boleh diterima cadangan tersebut. Walaupun rata-rata ulama kata bulan Ramadhan syaitan diikat. Dan jika dibaca dari sini (‘Syaitan’ Dalam Al-Quran), aku tidak nampak pula janji Allah yang syaitan itu akan menyeksa, mendera atau membunuh manusia apatah lagi kanak-kanak yang tidak berdosa. Syaitan hanya berupaya menghasut, mempengaruhi, mendesak, menipu, mempermainkan… semuanya aktiviti bukan physical. Jadi tidak adil juga kita namakan penjenayah itu sebagai syaitan, kerana dia MUNGKIN lebih teruk perangainya dari syaitan yang dilaknat Allah. Selain polis kita, syaitan-syaitan semalaysia pun sedang menjejaki dia, untuk dijadikan ketua atau sumber rujukan, mungkin. Mungkin syaitan dan iblis semua turut bangga kerana dengan menyamakan penjenayah itu dengan mereka kita seolah-olah menaikkan taraf mereka. Nampak imej kejam dan keji mereka meningkat.
Kenapa aku sibuk nak jelaskan yang penjenayah itu bukan binatang dan bukan syaitan? Kerana aku nak ingatkan semua orang yang membunuh, yang mendera, yang belaku kejam itu adalah manusia. Makhluk tuhan yang ada tangan, ada badan, ada nyawa, macam kita. Saling tak tumpah seperti kita. Jangan sibuk menuduh sana sini, sedangkan penjenayah itu adalah dikalangan kita.
Dia berkemungkinan besar seorang yang gila dan bodoh. Gila dalam erti kata suka melihat manusia lain menderita dan sukakan perhatian. Mungkin dia sedang tersenyum atau tergelak melihat liputan meluas suratkhabar dan television berkenaan isu ini. Kalau dia seorang yang jahat semata-mata, tidak mungkin dia biarkan mayat Nurin dijumpai. Dibiarkan didepan kedai untuk dijumpai oleh orang ramai. Jadi sememangnya penjenayah itu gila dan bodoh. Ingat, dia adalah MANUSIA (macam kita) yang gila, bodoh dan terpedaya dengan mainan syaitan.
Tidak kurang pentingnya, kita harus ingat. Dia manusia, kita juga manusia. Tidak mustahil jika kita tidak menguatkan diri kita dari sekarang, kita juga akan terjerumus ke lembah penghinaan sebegitu satu hari nanti. Ke lembah nafsu, lembah tipu daya syaitan dan lembah kedaifan. Mungkin masa kes-kes sebegini (rogol, dera kanak-kanak) yang dulu, penjenayah itu sendiri rasa sedih dan marah seperti kita. Tapi kini, dia bertukar menjadi mangsa hawa nafsu sendiri. So, aku sendiri tidak mahir ilmu agama untuk memberi nasihat, tapi rasanya rata-rata semua orang tahu bagaimana untuk tidak menjadi sahabat syaitan dan memdekatkan diri kepada tuhan. Kita semua tahu, cuma ada macam-macam alasan kita berikan kepada diri sendiri untuk menjadi bodoh. Na'uzubillah.
Cukup...tidak perlu kita fikirkan lebih jauh. Tidak perlu menangis. Tidak perlu terus menerus geram dan emosi. Selepas solat, disamping doa-doa lazim seperti kesejahteraan ibu bapa, kemakmuran umat Islam dan kesihatan diri sendiri, lepas ini selitkan doa agar penjenayah itu diberkas polis. Satu Malaysia nak lihat wajah manusia keji itu. Insyallah jika semua umat Islam berdoa, nescaya Allah akan makbulkan. Amin…..
Seharian aku kehulu kehilir, penat. Dahaga gila. Aku nak pergi berbuka sekarang. Air...aku perlukan air. Hahahahha....
9 comments:
Uik, ada amaran sebelum komen. Hihihi...
Apa2 pun bro, aku suka pandangan kau tentang isu ini. Kita jgn hanya tahu bersedih dan beremosi sahaja. Kita perlu ambil pengajaran.
betul ckp ko tuh!!
setan pun x buat 'bnde bkn2' cmtuh kat budk kecik..
pahal la lahanat tu sanggup...
hangin tul aku.rse cam nk mencarut je tp klu mencarut pun bkn dpt ape..
sme2 la kita amik pengajaran!
dood
org samakan dgn binatang ..bkn nak kutuk binatang just nak gambarkan stupidity manusia penjenayah itu..binatangkan tak de akal....(tapi hakikatnya mereka ada juga perasaan)
macam kes bapa kucing makan anak2nya la..ahaks...
org umpamakan penjenayah mcm syaitan laknatullah sbb syaitan tu jahat...mmg diakui jahat..
cuma penjenayah makhluk ALlah yg dinamakan manusia( an nas) ni mmg mudah sgt syaitan goda mudah sgt down grade diri jadi syaitan jadi binatang..(sebaik2 kejadian adalah manusia)
Jadi...Seruan aku...Kita (kes aku aku ibu) ko suatu hari nnt Insya Allah akan jadi bapa akan ada anak....Tugas kita..kita didiklah anak kita jadi manusia yang insan bukan manusia yg an nas...
Jadi step pertama kita nak bentuk amanah Allah kepada kita agar membesar menjadi insan berguna adalah kita hidangkan/jamu dia dengan 'air azimat' yang Allah bekalkan buat dia ...susu ibu....(bleh juga aku relatedkan dgn susu ibu)
Walaupun anak dah besar panjang..Kalaulah masa bayinya kita tak bg dia hak dia (susu ibu-kes mak dia sihat kalau mak dia meninggal ka sakit ka lain kisah ya)..kalau anak kita hanya sekadar an nas...dia buat salah...salah itu kitalah puncanya...beratnya tanggungjwp...
(choppp..dah lari tajuk ka?)
Peranan kita...kita seboleh2nya jangan wujudkan/lahirkan penjenayah...
elop,
sorry i got no blog..so no id what so ever..;p
anyway, this case remind me of the US famous serial killer Ted Bundy. maybe the victim is different but yet the method is same. those kind of people are sick and sadis!
It just too bad and sad knowing that we are no longer living in the safe enviroment or community.
-Ipof lads-
Dunia dh xde tempat yg benar2 selamat....so, take a good care every time...
Kes kat Sabah and Johor (adik Nurul) last few years.. bila berlaku semua orang marah.... diam kejap... ada lagi beberapa kes tak ingat actual fact) marah balik macam-macam statement keluar .... diam balik dan terkini kes adik Nurin... harap kemarahan ini berterusan dan bukan sekadar angin sepoi-sepoi bahasa...
Ya Allah selamatkan semua orang Islam kat muka bumi ni dari anasir-anasir jahat...
Boleh layan blog yang dibuat oleh Nurin's uncle
http://nurinjazlin.blogspot.com/
t-rex,
Orang ke dinasor ni?
poyotito's,
mencarut dpt kepuasan. Hahahaa..
fid,
setuju... kita jgn lahirkan penjenayah.
ipoh lads,
We never live in safe environment. Never once in our history.
You can put that 'ipoh lads' at [name column] after choosing [other] instead og google/blogger. :)
ramonez,
betul2.
ac,
betul. Yg kes kat sabah dan kat johor to both penjenayah ditangkap ke?
aku rasa..sape yg bunuh nurin ni tak waras kot..huhuh..if waras nak ke dia perlakukan budak kecik smpai camtu sekali..mmg tak patut! tak masuk akal!
lepas tgk gambar jenazah nurin masa 1st day kuar kat paper..menitik air mata aku nengok..camnela if jadi kat salah seorang anak buah aku?
uwaaa...tamooo..aku sayang anak2 buah aku!!
if lahanat yg buat benda2 kene tangkap..kasi cincang lumat2..biar takde upe dia langsung dah...HuH! Buduh Punye Olang!!
semoga dirimu berbahagia di syurga
Post a Comment