Wednesday, September 19

Cerita Ramadhan: Benarkah Syaitan Dirantai?

Soalan
Penceramah selalu kata pada bulan Ramadan semua syaitan dirantai tapi saya lihat orang buat maksiat dan mungkar semacam je, macam mana tu ustaz?

Jawapan

Syaitan di rantai pula mempunyai beberapa makna tafsiran. Ada juga yang bertanya, jika syaitan dirantai pada bulan Ramadan, kenapa masih ada gangguan syaitan? Ada hamba Allah berkata bahawa dia nampak makhluk itu pada bulan Ramadan.


Makna syaitan dirantai:


1. Secara zahir iaitu memang syaitan dirantai sepanjang bulan Ramadan. Ia menjadi tanda kepada para malaikat dengan kedatangan Ramadan dan bertujuan mencegah syaitan daripada menganggu manusia Muslim.


2. Isyarat kepada banyak pahala dan kurang dosa.


3. Syaitan menjadi lemah pada bulan Ramadan dan kurang aktif.


* Petikan daripada buku Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang PUASA Tapi Anda Malu Bertanya, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.


- Copy and paste dari Bicara Agama, Utusan

Gambar from forwarded email. I think everybody received this picture every year.

Dari aku budak lagi aku musykil pasal perihal syaitan dirantai dibulan puasa. Akal kanak-kanak aku selalu berfikir, syaitan musuh Allah, kenapa Allah rantai dia dibulan Ramadhan sahaja, rantai lah forever. Tapi aku memang confident syaitan tiada masa itu, jika disuruh berjalan tengah malam ke kubur pun aku berani. But if we believe what reporter said, here, memang syaitan masih bermaharajalela. Maybe not in physical form but very much in our ownself. Itu bukan syaitan rasanya, itu nafsu serakah. Tapi binatang yang dilaporkan itu memang melampau, dia buat penderaan sexual keatas kanak-kanak tersebut sehingga mati. Gila... memang betul-betul gila.

Aku memang tidak arif agama, cuma cerita syaitan dirantai memang menarik untuk diperkatakan. Pada aku, apalah salahnya kita anggap sememangnya 100% syaitan dirantai sepanjang bulan Ramadhan. Jadi segala tindak tanduk kita purely influence by our own self. Maknanya, jika kita buat salah, engkar suruhan Allah, sememangnya NAFSU kita yang menyeru kita berbuat demikian. Bukan dengan godaan syaitan, bukan dengan bisikan iblis, bukan dek kerana tertipu dengan pujuk rayu makhluk dilaknat Allah itu. Jadi bila kita fikir sebegitu insyallah kita akan mampu melawan godaan tersebut, kerana ianya cumalah nafsu kita sendiri. Takkan sebahagian dari diri kita sendiri pun kita tak mampu lawan. Lemah sangat rasanya jika begitu.

So, even though ada cerita menarik di tv kita still akan mampu menggerakkan otot-otot untuk ke surau atau masjid berterawih. Dan walaupun ada pelbagai jenis juadah di pasar Ramadhan kita berupaya untuk memilih hanya untuk mengenyangkan perut, bukan memuaskan nafsu. Aku selalu setkan apa aku nak beli dahulu sebelum pergi bazaar. Nak selamat, setkan ikut harga. Let say, today aku akan spent maximum RM10.00. So, kalau dah beli ayam percik RM5.00 ada balance RM5.00 sahaja untuk kueh dan air. If terlebih juga, esok kurangkan ke RM8.00, then diteruskan sehingga tidak membazir.

Sama-samalah kita melawan NAFSU dibulan Ramadhan. Insyaallah.

Ada macam tazkirah di surau selepas terawih tak entry kali ini? :)



P/S: Aku tidak berani memberi contoh nafsu syahwat, since aku belum kahwin. Tapi yang dah kahwin tu surely you guys know better than me. Dare to share your experience? Heheheh...

15 comments:

Fid said...

laaa tak sempat aku nak baca comment yg dah kena delete tu

dood
aku pun dr kecik bln posa aku consider syaitan tak derk
mmg aku berani kayuh basikal pergi masjid cross kwsn kubur..hahaha(apa hallah takut benor ngan kubur ntah)

Anonymous said...

Alhamdulillah.. dapat jugak baca tazkirah... memandangkan kerajaan Selangor dah haramkan tazkirah buat kat surau...???

Anonymous said...

comment sapa yang kena delete tuh?
Aku tengok bulan posa dengan bulan tak posa ka, sama jer perangai manusia ni

Anonymous said...

aku..bulan pose tak rasa takut sgt sbb mmg dulu2 masa blajar, ustazah cakap setan kene rantai..so, dalam kepala aku..antu takde..hahahah..aku rasa semua org rasa camtu

tapi skang ni terbalik..aku tak takut antu..aku takut org..skang ni ramai benorr org jahat..
umah aku dah bape kali daa kene intai..sbb umah aku satu2nya umah anak2 dara kat taman tuh..yg lain semua umah bujang n org dah kawen..

Fid said...

rose
nampaknya ko kena kawen cecepat....horhorhorhor

Anonymous said...

fid,
mmg nak kawen..tapi tunggu org tu ler..masuk minang..heheheh

Mr. Right said...

fid,
Betul jugak, kenapa kita takut ngn kubur ye?

ac,
Mmg semua surau tak boleh ada tazkirah ke di Selangor? apa reasonnya ya?

edi,
Komen kawan aku. Saje suka2 delete, hajatnya nak delete forever, tapi terlupa. A'ah, sama je.

Rose,
Alaa.. intai2 apalah dorg buat. Tengok je. Hehehe.

Anonymous said...

Dood,

First ko kene bezakan org dah kawen dengan org belum kawen ..

Kalo org kawen beromen dikira ibadah dah org belum kawen romen plak adalah satu dosa ...

Syaitan akan berusaha untuk manusia melakukan dosa dan tak membuat ibadah ...

Point aku, kalo org dah kawen, mesti syaitan akan hasut supaya tak beromen suami-isteri - penatlah banyak keje lah, esok meeting la ... macam2 lagi la supaya mereka tak dapat lakukan ibadah ...

tapi kalo org belum kawen ... sorang dari johor sorang dari terengganu jumpa kat kl penat2 pun boleh beromen lagik ...

aper point aku tadi eh? adehhh ..

kalo ko nak cakap pasal nafsu syahwat semasa syaitan dirantai, lebih elok ko tanya org tak kawen cam ko ...

ada tak ko rasa cam nak comolot jer ngan awek ko masa bulan posa nih? lebih kurang cam tu la ... hahahahahha

Anonymous said...

To Mr and Mr Right

Orang dah kahwin pun kalau bersetubuh di siang hari di bulan Puasa pun berdosa tau. Si suami kena bayar kifarah:
- Merdekakan seorang hamba; or
- Puasa 2 bulan berturut-turut; or
- Bagi makan kat 60 fakir miskin

Tapi selain dari siang hari di bulan puasa kalu on je itu dikira ibadat especially malam Jumaat.....mmm mmm mmm mmm

p/s

Memang Selangor larang tazkirah kat Surau dan forced terawih 20 rakaat. Kalu ingkar duit moreh kena tarik balik... Tempat aku bantai jugak 8 rakaat...

Anonymous said...

satu aku nak tanya ... yg bayar kifarah tu ... or ke atau tak mampu?

maksud aku kene meredekakan seorang hamba dulu kalau tak mampu posa 60 hari kalo tak mampu bagi makan 60 fakir miskin ker?

atau pun kita boleh pilih mana2 yg berkenan di hati?

sajer jer tanya mana tau kalo terlajak ...

tapi kalo rasa dah nak terlajak ... silalah batalkan posa dulu sebelum beromen ... aku dah baca kat ruangan metro dr mashitah ...

kalo batalkan posa dulu peh tu baru beromen tak yah bayar kifarah ... ganti balik posa yg batal tu jer ...

Mr. Right said...

AC and Mr.,
Thanks for sharing your thought.

AC,
Surau tempat aku ni pun sempoi je buat 8. Aku dengar surau section 8, Shah Alam kena tutup sebab political influence. Confuse aku.

mr.,
Aku ada ternampak soalan kau kepada aku, my answer... YES. Hahahaaa...

Anonymous said...

To Mr,

Kifarah kena ikut turutan dari merdekakan hamba, takde baru puasa dan tak larat juga baru the third one. YB Dr Marshitah tersalah quote dalam jawapan dia kata dua-dua (suami-isteri) kena kifarah tapi sebenarnya hanya suami sahaja. Aku dah sent message kat dia suruh betulkan balik statement tu.

Tapi kalau dah tak tahan sangat batalkan puasa dulu. Tapi jangan sesengaja tak berpuasa tanpa sebab sebab berdosa. Aku kadang kala senyum sinis bila terima kad jemputan orang yang kahwin bulan Sya'ban... ha ha ha ha moga boleh kawal nafsu.

To Mr Right nak pilih tarikh kahwin bulan Syawal ke atas ya...

Sorry ya bertazkirah kat blog kau.

Anonymous said...

hahahhaha ...

satu mende yg aku suka kat ko ni dood, ko berterus terang .... aku suka tu ... hahahhah

bukan cam sesetengan org .. konon2 kapel tak pegang tangan, ni tak buat tu tak buat .... alih2 kantoi ader love bite kat dada ... ahahhahaha ...

comolot pun comolot gak ... jangan main hisap lidah kang batal plak posa ... hahahhahaha

Mek Rose said...

Ha??
comolot?
ish..ish..ish Mr. Right nihhh..ahukk!

Mr. Right said...

AC,
No hal. Sharing idea memang digalakkan disini. Terutamanya hal2 agama.

mr.,
Wei..wei.. aku cakap terasa nak buat, bukan aku ngaku buat. Lain tu... Hahahaha...

bulat,
Ish..ish.. tak baik ckp benda yr bukan2 bulan puasa ni.

Total Pageviews

. page counter