Monday, August 6

Mengumpat...

Hampir 4 hari aku tak update blog for various reasons. Aku tak ada idea what to blog about and also aku sedikit busy. Ok, to be honest damn busy. So, Aku Betul…! Di abandon kan sebegitu sahaja. As usual what blogger did, bila lama tak update they will write something long and interesting. I will try to do the same. Aku nak bercerita pasal MENGUMPAT.

Aku terfikir nak tulis pasal benda ni lepas melihat ‘aksi’ mak aku dengan rakan dia bersembang last weekend. Aku baru sedar, mengumpat memang aktiviti yang cukup menyeronokkan, kalau tak percaya cubalah try. First aku akan cuba huraikan maksud mengumpat.

Pada aku mengumpat adalah bercerita keburukan orang lain dengan tidak mendatangkan faedah yang nyata kepada pencerita atau yang mendengar cerita.

Aku rasa itu adalah definition yang paling jelas dan tepat. Kalau dalam buku rujukan sekolah, selepas definisi mesti ada contoh, jadi untuk lebih mudah faham aku juga akan berikan sedikit contoh;

A seorang peniaga
B adalah kenalan kepada A
C adalah kawan mereka berdua.

Jika B memberitahu A yang C adalah seorang yang susah mambayar hutang berdasarkan kisah-kisah yang pernah B alami, ini bukan mengumpat. Kerana informasi ini berguna kepada A agar berhati-hati semasa berurusan dengan C. Mungkin kita boleh namakan ia sebagai peringatan, pemberitahuan atau apa sahaja, but definitely bukan mengumpat. Kalau info itu tidak benar kita boleh namakan sebagai fitnah, but still bukan sejenis umpatan. Tetapi jika A yang bercerita kepada B kisah keburukan C, yang tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada B, confirm ianya ada umpatan. Fuh…! Contoh yang jelas lagi padat daripada aku.

Apa yang seronoknya mengumpat?
Memang naluri manusia akan rasa seronok apabila orang lain mempunyai sifat yang lagi buruk dari kita. Ini membuatkan kita nampak baik, bagus dan berada di status yang lebih tinggi. Jadi untuk mencapai status itu kita akan cuba pastikan semua orang tahu akan keburukan orang lain. With the intention of making we look damn good. Bila aku bercerita pasal seorang rakan aku yang kena tangkap basah, in what ever sense pun, sort like bercerita akan kebaikan aku yang tidak terjerumus dalam gejala tidak sihat sebegitu. Jadi sebab utama manusia mengumpat adalah untuk membuatkan hati sendiri puas melihat keburukan orang lain dan untuk menampakan diri mereka bagus. Ada juga alasan-alasan lain seperti, untuk menjadi iktibar, untuk melepaskan tension, untuk membuatkan semua orang peka dengan hal jiran tetangga atau rakan sekerja, untuk mengukuhkan pepatah ‘jaga tepi kain orang’ dan juga sekadar mengisi masa lapang. Apa alasan sekalipun aku tak nampak kebagusannya aktiviti mengumpat.

Ramai orang cakap mengumpat sinonim dengan kaum hawa. Eekkkk….! Damn wrong. Orang lelaki pun gila mengumpat. Cuma topic sahaja yang lain. Mungkin kaum ibu bercerita pasal rumah tangga jiran mereka yang porak peranda, tapi orang lelaki pula akan bercerita pasal kebodohan rakan mereka membeli kereta yang buruk atau pasal teman mereka dipermainkan oleh kekasih. Kita pusing belah manapun, ianya masih dikirakan mengumpat. Kerana mengikut definisi aku diatas, sememangnya informasi sebegini tidak menguntung si pencerita atau yang mendengar cerita.

Tetapi mengumpat memang seronok, aku juga sering mengumpat di blog ini. Sesetengah tulisan aku sekadar menceritakan keburukan orang lain. Mungkin aku beralasan untuk membuatkan rakan-rakan sedar atau sekadar berkongsi buah fikiran, tapi kadang-kadang memang niat utama aku adalah untuk mengaibkan pihak yang aku benci. Contohnya dalam tulisan DBKL Sucks atau 3 Stupidities in One Day. Kalau dikaji betul-betul MUNGKIN posting tersebut boleh dikategorikan sebagai umpatan. Selepas menulis ‘umpatan’ tu aku akan rasa seronok dan puas. Betul-betul puas, umpama melepaskan tension dan rasa kosong bebanan dah makin kurang. Aku tak bangga dengan tindakan aku, aku baru tersedar benda ini dan rasanya perlu dikawal tahap umpatan aku.


Ramai juga blogger lain yang tergolong dalam golongan pengumpat. Mereka tidak berniat untuk memperjuangkan apa-apa sekalipun. Mendedahkan keburukan kerajaan, pihak berkuasa atau celebrity akan membuatkan mereka puas. Beralasankan alasan yang sama seperti aku, konon-kononnya nak membuatkan rakyat sedar akan kelemahan pihak yang mereka benci, mereka sewenang-wenangnya mengutuk dan ‘melupakan’ niat suci mereka pada asalnya. Dengan nama-nama canggih, istilah-istilah sophisticated yang diberikan, padahal mereka simply seorang yang suka MENGUMPAT. Tiada bezanya mereka ini dengan makcik-makcik zaman dulu yang mengumpat sambil membasuh kain di sungai atau pakcik-pakcik yang mengumpat di kedai-kedai kopi.

So, kepada rakan-rakan disini. Cuba nilai diri sendiri adakah anda seorang pengumpat? Kalau rasa perlu diteruskan… suka hati korang lah. Aku bukan mak bapa korang untuk memberi nasihat.

Aku stop sini, aku dah pening. Bukan pening as konon-kononnya pening. But memang betul-betul sakit kepala. Tak tahu kenapa for past few days, pukul 4-5 petang aku akan mula pening kepala, sampai malam. Migrain…? Nahhh….


Semua gambar dari google image search.

7 comments:

Unknown said...

ko ni ngumpat kamal ker??

Anonymous said...

mengumpat mmg bes..iyer ler..keje tak mendatangkan pekdah..mmg le bes..setan pon suke kawan ngn org2 yg suke ngumpat neh..huhu

aku selalu gak jadi bahan umpatan. masa zaman skolah jeles aku leh main badminton, masa zaman aku kat IPT..jeles ngan aku selalu jadi Solo nasyid..zaman keje ni lak..jeles mcm2..kuang2..aku tak tahula ape deme ni suke norrr ngumpat aku..tak paham teman.
jeles sgt smpai tahap cipan kot? keh keh keh..so..the conclusion is..ngumpat adalah hasil daripada perasaan JELES!!..jelas n nyata! sbb aku pon ade gak ngumpat org..n yg pasti bila aku rasa jeles n jengkel ngan somebody..uhuhu..(Maknanya..aku pn salah sorang kawan setan)..kuang2

Anonymous said...

"ngumpat"...satu hiburan pada kita semua...xkan kita nk dok sorang2...kalo de kengkawan leh la bukak cite mcm2...maybe gak releasekan tension....bila kita leh gelak2 dengar umpatan tersebut....yg buruk kita jadikan sempadan yg elok pikir2kan...

Anonymous said...

Setuju ngan cik rose. Umat terjadi adalah kerana PHD yang tidak terkawal. Contoh, jiran sebelah beli sofa, pasti keluar ayat" alah beli hutang.." semata-mata untuk menenangkan hati sendiri.

Anonymous said...

aku memang dilahirkan berhati baik pekerti mulia itu pasal aku tak terlibat sangat ngan budaya umpat mengumpat.
terima kasih ibu!!
aku lebih suka mengeji secara berdepan atau pun memfitnah sekadar bergurau senda.

Anonymous said...

aku rasa kan dood, "mengumpat" pihak berkuasa dan kerajaan (parti pemerintah atau pembangkang) adalah dimestikan. (tapi aku nyampah gak kalau asyik burukkan org ayng mmg patut diburukkan tapi dia tak kasi tau pun what he's good at).

contoh eh.kalau la orang yg tau psl klang assemblyman tu buat istana takde permit, guna duit rakyat, tak hebahkan berita tu..takpe ke?
kalau la kan, kawan ko kat finance department tu tau yg company ko buat profit giler2 tp big boss tak kasi raise, bonus..malahan dood, dorg pi bli kete baru, renovate umah, p shopping sakan, tapi....org finance tu diam je, ko takpe ke dood?

:P

Mr. Right said...

nordin,
Siapa pulak Kamal?

Rose,
Sabar...sabar.

ramonez,
yup.. hiburan yang kadang2 boleh dapat dosa free.

edi,
Dengki mmg dah lama jadi 'kawan' org kita.

sukun,
kalau kau mulia, aku taraf wali la kot. Hahahhaa...

teek,
tengok apa niat juga. Kalau kutuk k'jaan sekadar suka-suka. Baik tak payah...

Total Pageviews

. page counter