Today will be the last day berkerja. Ramai akan cuti 3 hari. Balik kampung, pergi makan angin, pergi shopping. Menikmati nilai kemerdekaan. Malam ni pula ada concert, ada bunga api, ada temasya. Budak muda ramai akan bergembira. Lambang kita dah merdeka, boleh buat apa sahaja, boleh bergembira. Pekerja-pekerja asing pula akan menikmati kemodenan ibu kota dengan melawat KLCC, KL Tower, Eyes of Malaysia..etc. Bukti kita ni rakyat yang baik, benarkan orang asing tumpang sekaki kemerdekaan kita. Kita dah cukup berpengalaman, 50 tahun. Kalau manusia, dah bercucu, mungkin bercicit. Kalau rajin, nak compare ini list tahun kemerdekaan negara-negara lain. - here. Simple comparison, Ghana juga merdeka 1957, aku rasa aku lebih rela tinggal di Malaysia compare to Ghana.
Time cuti, hits blog aku akan kurang, maksudnya tak ramai orang masuk. Tak ramai orang guna internet dirumah. Masing-masing gunakan internet free di office. Jadi instead of post entry pasal kemerdekaan esok, the exact date. Aku choose to sent it today.
Aku tak reti nak tulis pasal ERTI KEMERDEKAAN. Pada aku merdeka simply means bebas, tiada orang kongkong. Tiada orang boleh tonjol kepala atau fikiran aku. Erti yang lebih mendalam, lebih puitis, lebih memenatkan kepala otak, aku tak tahu. Aku tidak cukup jiwang untuk mendalami benda tu.
Aku biasa kutuk ‘Malaysia’ di blog ini. Aku kutuk pemimpin. Aku kutuk squad bolasepak. Aku kutuk pemerintah. Aku kutuk macam-macam. Walaupun aku tak directly kutuk Malaysia. Tapi virtually, aku kutuk benda disekeliling aku, benda yang kena mengena dengan Malaysia. Adakah aku kutuk meaning aku tak sayang? Gilo. Tak sayang Malaysia habis tu nak sayang negara mana lagi. Sedih aku dengar blogger yang konon-konon cool dengan menulis mereka fed up with Malaysian and mereka ingin hidup di luar negara. Bodoh. Malas aku nak bagi link percuma kepada blogger bangang macam ini. Ada. Percayalah ada. Pada mereka, rakyat Malaysia bodoh, pemimpin kita bodoh, semuanya bodoh. Aku pun kadang-kadang fikir macam tu, tapi solution aku bukanlah dengan bercita-cita nak keluar dari Malaysia. Itu solution pengecut. Solution mereka yang konon-konon rasa cool, too cool to be Malaysian. Solution aku adalah dengan make fun about them. Blog pasal kebodohan mereka dengan harapan mereka akan sedar, akan jadi bijak… macam aku :).
Aku tidak tahu kenapa aku sayang Malaysia. Silap, aku tahu… aku rakyat Malaysia jadi kena lah sayang Malaysia. Takkan rakyat Malaysia nak sayang Benin pula. Maksud aku, aku tak tahu apa yang boleh dibanggakan pasal Malaysia.
Dulu aku ada tulis puisi, konon-konon nak masuk pertandingan kemerdekaan. Tapi puisi tu terhilang sebab PC office aku bertukar menjadi machine yang bodoh. Puisi tu lebih kurang macam ini.
Aku Sayang Malaysia
Main bola Brazil lah ligat
South East Asia Thailand pula hebat
Malah Singapore pun kita gagal sebat
Bolasepak bukan lah penambat
USA negara terkaya
Saham sana jatuh… Kita pun terkena
Mereka boleh main matawang kita
Ekonomi, kita bukan kuasa
Sungguh indah Gunung Fuji
Sungguh cantik pantai Hawaii
Kota Paris syurga membeli
Pelancongan kita belum hebat lagi
Di Asia Jepun termaju
Industri, electronic mereka peneraju
Kita masih kehilir kehulu
Nak lawan kemajuan kita tak mampu
Hidup majmuk aman damai
Pelbagai kaum tidak bercerai
Benarkah sebegitu permai?
Rasanya kerajaan tipu orang ramai
Rahsia kita adalah perpaduan
Tiada bos, tiada orang suruhan
Padahal itu semua hanya rekaan
Di parlimen, di kedai kopi, ada pergaduhan
Aku tak puas hati dengan pemerintah
Otak mereka layak dijual murah
Perlu dicuci, perlu dibedah
Keringat rakyat habis dikerah
Tiada alasan boleh diberikan
Tiada nilai boleh dibanggakan
Tiada sebab boleh digunakan
Tiada apa-apa boleh dikatakan
Tapi aku Sayang Malaysia.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan…
9 comments:
bebaskan juga minda dari budaya asing yg kotor....
Selamat Hari merdeka...jgn lupa live frm Dataran Merdeka esok...im joing merdeka parade representing my co for Tunku Abd Rahmna era...:D...go sime go..
slmt merdeka semua.
aku akan blk perak ari ni krn nenek bini aku akan berkahwin.
hehe...nape? tak percaya? nenek bini aku akan berkahwin blk gn bekas suami dia.
hrp2 kekal smpi ke kubur.
ramonez,
Setuju. Tapi macam mana? Apa tu budaya asing? Apa yg kotor? Apa yg bersih. Grey sangat, aku sendiri blur.
softie,
Jadi mascot ke?
shah,
Insyallah, aku pun balik kg malam ni. Sambut merdeka dengan mak sambil tengok tv and dengar mak aku mengumpat semua jiran dan sedara mara. Indahnya.
Ucapkan tahniah aku pada opah kau.
Jd head of contingent....:P
dood
aku dah cuti hari ni
company 'baik hati' bg cuti.Tapi hubbyku tak cuti lg.Malam ni kami balik kg ambik parents aku meh sini....nak bawa jumpa doktor...
jammed tak erk?
hahahaha
aku mmg suka kalau dok luar negara tapi bukan nak dok selama2nya aku nak dok macam 2-3 thn then balik then pergi lagi...then balik...hahahaa
setakat pengalaman aku la...kalau dok oversea kejap2 ni rasa nak balik malaysia mmg gile2 punya..tp kalu yg jenis tak de jati diri tu lain cerita laaa
Dood...terlewat sikit le tp still nak comment,
Yg nak lari dr Malaysia tu aku rase baik kite HALAU je. Cari makan kat sini tp hati kat tepat lain...piiirah. Mcm kalau dia duduk kat overc dia bagus. Otak letak kat lutut la diorg ni.
Aku on sayang MALAYSIA yg aku benci pemerintah je.
softie,
Wahh... tak penat ke?
fid,
Company penjajah ko pun baik ye. Bagi cuti awal.
red,
Nanti dorg dok oversea dorg akan kata org sana pula bodoh. Mungkin dorg patut dok dlm hutan sorg2.
All,
Aku celebrate merdeka dalam keta on the way balik rumah. Sempat singgah Sabak Bernam tengok bunga api. Then, sampai teluk intan ada bunga api lagi.
Malaysians celebrate this event traditionally.
Post a Comment