Mesti ada, kalau tak ramai pun mesti ada yang nak tengok komen aku pasal kemenangan Malaysia atas Myanmar malam tadi. Good. Mereka main seperti yang aku hendak. Macam harimau, macam budak-budak yang suka main bola. Dah berpuluh tahun asyik menganjurkan je, akhirnya menang juga.
Aku harap squad bolasepak kita buktikan ini bukan janji palsu. Ini bukan sandiwara. Ini bukan one night stand. Ini bukan Hafiz Hashim menang All England. Aku juga berharap newspaper jangan puji mereka sangat. Bergembira secara wasatiah sahaja. Ucapkan tahniah dengan peringatan. FAM pula… ahh.. malas ulas pasal organisasi bodoh ini. Menang pingat emas di Korat nanti baru aku kembali letak 100% kepercayaan pada mereka semula. Sekarang ni lebih baik aku sokong
Aku tak pergi stadium semalam. Aku pergi main badminton, dan tengok live telecast di kedai mamak. Aku tak pergi sebab luka dalam hati aku belum pulih (aku jiwang?) dan aku suka main badminton. Tambahan pula aku terror main badminton. Kalau ada kejohanan badminton untuk peserta 100 kg ke atas, seluruh
Ok, ini posting ke 199 Aku Betul…! Ngam-ngam posting ke 200 nanti adalah posting pasal Merdeka. Aku tengah fikir nak tulis apa.
Update (tengah hari):
Keratan dari myMetro. Click untuk besarkan.
Selangor pula dapat nama. Sialnya. Aku bukan nak main semangat negeri. Tapi Safee Sali lahir sahaja di Kajang, tapi asal Tapah. Family semua di Tapah. Abang dia dorm mate dan classmate aku masa di sekolah. Aku baru call abang dia tadi, suruh sampaikan tahniah aku dan kawan-kawan kepada Safee. Aku sempat pesan suruh adik dia jangan nakal sangat, asyik nak pukul orang je. Rupanya itu habit dia dari kecil. Mak dia sendiri selalu nasihat. - Hehehee... dah menang time tu la nak ngaku kenalan. Tak, aku sendiri baru teringat benda ni.
11 comments:
hehe...aku pun suka badminton sbb aku cuma pandai sukan yg guna tanggan mcm badminton gn bola tampar. wakil sekolah tu.
Bola pun aku ada main, siap ada team tp lepas pakai cermin mata semua sukan aku stop. mmg tak leh nak main dgn pakai cermin mata.
Dood, aku tag ko kat sini http://adar.blogmas.com/2007/08/30/5-perkara-yang-korang-tak-tahu-mengenai-adar/
mr right..apa pendapat ko sathinatan naik pangkat utk match qualifying WC?
FAM naikkan pangkat dia je ke?ke naik pangkat skuad sekali?
pening ah FAM ni..
apapun aku rasa skuad ni better ambik tempat skuad senior..jauh beza cara diorang main.bg pencen je la kat anak2 buah norizan tu!
kalo ko masuk sekolah sukan dulu mesti ko tak gemuk cam skang ni ... hahahahhha
Bila malaysia menang malam tadi, terus aku teringatkan kau. Skuad yang ini menampakkan kesungguhan. Haap nanti bila dah jadi skuad senior, jangan main cam senior pulak.
xde yg bagus sangat la instead forward je yg sharp shooter sket...dari segi basic masih takuk lama...
- passing ntah ke mana
- dh dpt bola xtau arah tuju
- back up xde kalo member dpt bola. main la basic circle..
- xleh tahan pressure(kena pressure je sepak mula la nth ke mana2)
- skill ngelecek xde langsung
anywaz congrat malaysia...
-
Tahniah kepada mr right yg tak pegi stadium menonton Malaysia menang semlm...ketidak hadiran anda n kawan anda tuh membuat kan feng shui kemenangan berpihak pada Malaysia..hehehhe...jgn menyesal ye
Shah,
Pakai la contact lenses.
Farhan,
Naik pangkat squad bawah 23 jadi squad senior bukan benda baru. Dulu Allan Haris dah buat. Player senior sekarang semua bawah jagaan dia dulu. Dulu pun mereka power, mereka semangat, mereka bermati-matian. Tapi dah senior, dah gaji berpuluh ribu jadilah macam skrg.
mr.,
Mungkin.
edi,
Yup. Kesungguhan. Itu sahaja yang kita nak. Tak lebih, tak kurang.
ramonez,
Betul. Aku setuju. Bukan semua player, tapi majority macam tu.
Softie,
Aku tak kisah pun, sebab aku suka main badminton. Dan kalau betul sebab aku tak pegi Malaysia boleh menang, aku rela tak pegi stadium sampai tua.
dood safee sali tu adik rosli sali ke?
kawan ko tu kawan aku juga ke..ke hanya kawan ko?
aku mcm hilang ingatan la...
Kau nak makan free? Siapa belanja.... Myanmar belanja kau ke. Kau jugak yang cakap Myanmar busuk makan biawak. Bila bab makan free yang busuk pun jadi wangi. Mamat 'biawak' tu ke nak belanja kau...?
Myanmar nak belanja kau makan kan Restoran eksotik ke...????
x blh lps smgt kenegerian dr bola msia ni..
Peteh Ganu Peteh!
fid,
A'ah.
ac,
budak2 aku betting ngn budak Myanmar. Belanja makan tgh hari. Konon2nya dorg nak ajak aku sekali if Malaysia menang. Tapi end up, budak Myanmar tu takde duit, so dia belanja sorg je.
pauhfc,
A'ah. Dah team bola kita dibezakan ikut negeri.
Peteh Ganu Peteh...! Kalahkan Kedah. Biar Perak belasah korang di final piala m'sia nanti. Hahhahaha...
Post a Comment