New toy for me.....
To my old Wira, babye... thanks for all the memories 'buddy'.... Aku tukar kereta
Previously aku pakai Wira 1.6, tapi sekarang aku pakai Kembara 1.3. Kepada yang ada degree dalam PHD, penurunan CC tu bermaksud aku menurunkan ‘taraf’ aku. Selalunya makin lama orang akan main berduit dan akan pilih kereta yang berCC tinggi. From 1.6 to 1.8 or 2.something. But, aku memang jenis tak berduit dan tak tak mampu, so kepada yang dengki dengan aku (if any), anda semua boleh senyum sebab aku downgrade myself in term of kereta yang dipakai. Hoorey. Aku sedar semua masalah yang orang ceritakan pasal Kembara. Minyak banyak, cc kecil tapi body berat… bla..bla..bla.
Sometimes aku terfikir siapa kita perlu percaya dalam selok belok menjaga kereta? Seriously, kalau orang lelaki bijak macam aku pun boleh blur dan samar-samar dalam isu ini apatah lagi lelaki-lelaki nerd atau kaum hawa yang berkereta. We can’t trust our mechanic. I met that I believe the most honest mechanic ever, he told me it is a big mistake to trust any mechanic. Yeah, Cina tu sendiri mengaku jangan percaya profession dia, including diri dia sendiri. He gave me one critical calculation;
Sewa bengkel: RM 2,500
Pekerja: RM 5000 (2-3 orang)
Air + electric + Telephone: RM1,500
Lain-lain: RM1,000
Total: RM10,000
(Imagine, this only for very small bengkel with minimum numbers of workers)
Itu modal every month yang pihak workshop kena keluarkan. So, untuk pulang modal mereka perlu dapat around RM 400 per day, untung. Bukan collection tapi profit. Imagine, upah buka parts paling sukar dalam enjin pun cuma RM50 to RM100.00. If in average they charge RM40 for labor and consultancy, mereka kena dapat lingkungan 10 customer sehari to pulang modal sahaja. Ingat senang ke nak dapat 10 cars per day? It’s like one car per hour. Bulan puasa, sebelum hari raya, yess… they can even repair 30-40 cars per day. But, bulan-bulan biasa, susah. Sangat susah, tambahan lagi jika bengkel terletak di kawasan yang memang banyak kedai repair kereta. So, they have no other choice than to make as much profit from each customer.
Mungkin ramai pernah terkena macam aku, planning nak pergi tukar minyak hitam and oil filter. Minimum service lah. But end up tukar air filter, plug, cable plug, cable battery, ntah apa jenis belt dan macam-macam lagi.
“I cuma bagitahu maaa… you mau tukar, tak mau tukar, takpe…”
Ayat standard. Tapi dengan segala jenis bahaya yang dia akan mention, aku sendiri jadi takut dan akhirnya tukar segala-gala. Takde cash takpe, since they accept all kind of card.
Aku pun blur, siapa aku perlu percaya. Nobody. Member-member pun rata-rata cuma boleh buat jangkaan. Tidak berani memberi conclusion yang tepat dengan penuh keyakinan.
Customer Always Right.
Itu mungkin boleh digunapakai di kedai baju atau kedai makan sahaja. Tidak sama sekali di kedai repair kereta. Our knowledge pasal kereta will never reach level yang boleh lawan kata-kata mechanic.
Another fact adalah, most workshops pay their workers base on komisen. Maybe basic salary around 1 ribu, untuk dapat lebih workers tu kena pandai-pandai encourage customer untuk berbelanja lebih. Lagi la bahaya. My advise, sebelum repair kereta tanya dulu kedai tu gunakan concept apa. Kalau they pay their workers base on commission, memang bahaya. Since jumlah manusia yang bakal menipu kita makin ramai. Kalau gaji mereka fixed, hanya boss kedai sahaja yang mungkin menipu. Mechanic jujur yang aku selalu jumpa itu turut bercerita kepada aku dimana boss lama dia arahkan dia ‘gantikan’ break pad buruk semasa buat balancing tayar jika customer tak nampak. So, nanti mereka akan panggil customer tu dan tunjukkan dia perlu ganti break pad yang baru. Gile….kesian, kena tipu hidup-hidup. Break pad cap ayam pun paling kurang RM50-RM60. Itu paling cikai, yang beratus pun banyak.
E-Book Jaga Kereta.
Aku memang banyak idea, seriously. Bukan sahaja idea merapu disini tapi juga idea-idea lain. Salah satu idea cantik dari aku adalah menulis e-book panduan menjaga kereta. Aku sangat-sangat berharap kepada internet entrepreneur di Malaysia boleh tulis e-book pasal menjaga kereta. Complete guide how to maintain your car. Surely boleh untung. Kalau jual RM10.00 pun senang-senang boleh jual ke 1000 orang. Aku rasa ramai manusia macam aku yang blur perihal menjaga kereta. So, please… it’s a brilliant idea. Bukan susah pun, pergi ajak mechanic Proton atau Perodua joint venture. Tulis pasal, how to choose suitable car, jadual service, kerosakkan lazim dan beberapa points lain. Maybe 20-30 pages. Aku terjumpa e-book pasal nak buat sate, nak buat roti canai, cara nak buka syarikat. Alahai… lame… Cara Jaga Kereta 10 kali lebih berguna. Target market pun lebih luas. Kalau nak catchy sikit “Car Secret - Most Mechanic Refuse to Reveal” atau "Rahsia Yang Pomen Tidak Mahu Anda Tahu".
Aku dah lama nak buat but, malas… Hahahah…Tapi kalau within this few months aku tak dengar ada orang nak buat, aku akan usahkan sendiri. Ehem, korang semua wajib beli at least 2 copies seorang.
25 comments:
ko nak wat e-book pasal keta? boleh caya ke?
kalo ko join venture dengan ah tuck car services and repairs hidup2 aku plak kene tipu ngan ko ... hahahahhahaha .....
kAU TuKAr kETA WIRA ngan KemBara??? Kau SEDAR x saiz badan Kau Tuu saiz apaAA? Tukar ngan MPV lah Atau SUV lah Baru NgaM.....
pelik ah ko mr right..
apasal tukat pd kembara?
org bg ko hadiah ke?
tak yah tunggulah wei...
terus je buat. aku pun tertunggu2 gak ebook jaga keta nih.
kawan pompuan aku lagi terer pasal kete dari aku. hampeh btul.
Mr Right,
Peduli je ape org kata.Saya pun pakai Kembara. Masa mula2 pakai..standard ayat.."kenapa beli kembara? makan minyak mahal...bla bla bla.."
What the heck...
-Ipoh lads-
dood
ko tukar kereta erk....
ala capoi nya mulut org sekeliling ko...ko cabaikan je....
mampos pi la ko nak tukar kereta apa pun duit ko bukan ko kebas duit diaorang....abaikan abaikan....
aku peliklah org yg suka kacau hal org ni...suka hatilah nak beli apa pun asalkan tak menyamun tak menyusahkan org lain....
aku lagi bengkek org yg beli kereta mahal2 sbb nak bergaya tp bab makan kedekut (aku tak abih2 cakap bab makan...hahahaa..sbb bg aku makan makanan berkhasiat tu penting....)
so bln posa nnt nak wat majlis berbuka kat mn ni?
Dood, ko jgn ckp je..hehe!! dulu nye bussines ape cite??hehe!! jgn la cepat beno give up ek!
nnt kalo ko buat e-book tu, aku nak booked satu..haha!! aku ni pun buta kereta gak :p
pedulik je ape org keliling ko ckp, asal ko tak nyusahkan org lain sudah..ok wat kembara..baru la mantap..bile nak bawak aku naik ni??haha!!
p/s: man u dah mula menunjukkan rentak..jaga2 la ek..haha!!
mr.,
Aku dah ajak ah tuck service and repair center. Dorg tak nak. Dorg cakap nanti tak untung la dorg if semua org terror pasal keta. Seriously, itulah jawapan dia. So, kena minta kerjasama dari mechanics bertauliah dari Proton, Perodua atau sebagainya. Org ramai pun akan percaya sikit.
ano,
Dah lah tak letak nama, kutuk aku lak tu. Mangkuk betul ko ni.
farhan,
A'ah, hadiah kepada diri sendiri.
zakzak,
Aku malas lah.
Ipoh lads,
Aku tak peduli pun. Mechanics paling jujur tu pun cakap Kembara OK. Dia kata dia pun jarang2 repair Kembara sebab jarang rosak.
fid,
Betoi...betoi. Makanan lebih penting. Amat penting. Hahahha... Berbuka puasa kat Kelana Seafood je lah. Dekat je pun. Lagi dekat ngn ofis aku.... hahahhaa..
Bad,
Aku malas la Bad. Pemalas sangat2.
M.U? Ok..ok.. tahniah collect 1st 3 points of the season. Nyaris2 jadi the worst start under Alex Fergusen in charge. Almost. Ala... tapi 2 hand ball dalam kotak penalti. Errrmmm... look like Moronho betul, there is 2 standard dalam awarding penalti dalam EPL. One against M.U and the other one toward M.U. Shhhiiiiittttt....
oi..
poyo siot
patut le lepak minum kejap pun gelabah
tak lock stering le
cis..cakap je la
aku tak lock stering le keta baru aku..cis
cis lagi..
"aku lagi bengkek org yg beli kereta mahal2 sbb nak bergaya tp bab makan kedekut"...awat? depa nyusahkan hang ka???
Aku still pakai Proton Saga 1.5 i yang warna Silver tu. Alhamdulillah dah habis bayar since 2000. Biar orang nak kata apai janji aku tak nyusahkan orang nak bayar bank atau maintain.
hi..
saya surf internet, dan jumpa blog ni. best la baca blog awak.
blog yang bagus dan yang penting 'berwarna-warni'. mmg banyak yang betul dari yang salah. tahniah.
"suka hatilah nak beli apa pun asalkan tak menyamun tak menyusahkan org lain...."
cakap tak serupa bikin la lu ni fid ... org bergaya dengan keta mahal pun bukannya menyusahkan ko pinjam duit buat downpayment ...
diorang kedekut makan pun bukannya ko yg lapar ... diorang yg lapar ... sukati diorang lar ...
aku tau ko bengkek sebab ko jeles kan ... mengaku jer la ... jadi cam dood senang ... mengaku jer jeles tgk org bawak keta mahal ... hahahahhaha
alhamdulillah dapat merasa keta baru.. tak semua orang boleh dapat macam hang ni..
Sukun,
Hahahaha....Dah mmg aku dok jauh masa situ, betul la lupa pakai steering lock.
ac,
betul2.
izpuri,
Tq. Mana ada salah..! Aku Betul lah... betul, betul, dan betul lagi. hahahaha...
mr.,
Betul, aku jeles. Mana dorg dapat duit? Kekadang aku tgk keta mewah, rumah besar aku assume duit haram je. Muahahhahaa..
anamiraa,
Keta 2nd baru.
memang pomen camgitu...selagi leh tapau $ customer selagi tu la derang akan tuko...tambah2 plak yg jenis xtau pe2 psl kete...hmmmmm lagi sedap la kena...so better belaja sket2 pasal kete...xla kena tapau lagi...hehehehehe
dood
aku pun selalu pk 'buruk' gitu gak...duit haram hahaa
btw kepada yg kata aku jeles kereta mewah tu...aku mmg bengkek org beli kereta mahal nak bergaya kedekut mkn sbb derang nyusahkan aku la..kalau tak nyusahkan aku aku tak sebut...
otak kalau dah dengki memang pk buruk je.
cakap banyak pun tak guna.
betul ker kembara kuat mkn minyak?
lagipun kereta wira tuh dah lama banyak sgt modifiednya..merasalah abg aku betul kereta baru...
Kapo,
Secara theory memang kuat makan minyak. Sebab CC kecik tapi badan berat. Aku maksudkan badan kereta berat, bukan badan aku. Hahahha...
Fid n Sukun,
Makan menjadi pulak korang ye.
eleh ... kalo diorang buat internet business korang bukannya tau pun ...
jangan pandang rendah kat org walaupun ko rasa gaji diorang kecik dari korang ...
mungkin bini dia jual nasi lemak ... mungkin dia buat direct selling ...
ader satu kes member akunyer member kerani jer ... tapi dia mmg kaki pancing maner jer ader tournament dia masuk .... boleh la jugak beli keta cam bebudak fresh grad ....
yg penting jangan pandang rendah kat org ok ...
aku panas hati, baru tadi aku terkena.tobat aku tak pergi kedai tu dah lepas ni..
niat cuma nak buat tyre rotation dgn alignment, end up habis RM540! Bila dia cakap kena tukar tu tukar ni, kalau tak tukar nanti brek tak makan, boleh jem bla2..naik takut aku jawabnya..
Kalau korang yang ada tinggal kat Bandar Baru Bangi, elakkan pergi kat kedai ni
PERFORMAX CAR CARE
2-G-01, JLN MEDAN PB 1, SEK 9, 43650 B. B. BANGI
(bersebelahan Bangi Kopitiam)
bangsat sungguh
huh...aku pun baru terkene tadi.Pasal skru kat tayar je sampai nak tukar absorber.Nasib baik aku berkeras cari kedai lain.Upah bukak pun dekat 44 ringgit.Lepas tu nak tukar break pad la..haram jadah.Saya pun pakai kembara.
Jaga2 pegi kedai ni.
WEELY AUTO CAR
Sekyen 15 Sebelah Nasi Beriani yang best kat Sekyen 15 ni.
Aku ada keta kembara juga. dalam tempoh 2 tahun da 3kali tukar rantai dalam gear box,sekali top overhaull pasal hilang power,ekzos merah. Lepas buat semua tu, sekarang ni enjin leaking, gear box leaking. nak hantar workshop lagi?? kos Kat Sabah ni bukan alang2. lagi pun kurang bengkel yang betul2 ariff masalah kembara ni.
saya pakai kembara jugak tapi konfius sikit macamana cara nak guna fungsi pacuan 4 roda tu... tekan butang mane...kat jalan raya boleh pakai ke 4wd tu atau pakai kat hutan jer?
kembara ok bro.. jgn risau hehehe....
setakat ni xde la masalah yg berat2 sgt... tukang repairnye kene betul la... hihi...
Post a Comment