Showing posts with label kereta laju. Show all posts
Showing posts with label kereta laju. Show all posts

Monday, August 27

Kisah Kereta

New toy for me.....
To my old Wira, babye... thanks for all the memories 'buddy'....


Aku tukar kereta
Previously aku pakai Wira 1.6, tapi sekarang aku pakai Kembara 1.3. Kepada yang ada degree dalam PHD, penurunan CC tu bermaksud aku menurunkan ‘taraf’ aku. Selalunya makin lama orang akan main berduit dan akan pilih kereta yang berCC tinggi. From 1.6 to 1.8 or 2.something. But, aku memang jenis tak berduit dan tak tak mampu, so kepada yang dengki dengan aku (if any), anda semua boleh senyum sebab aku downgrade myself in term of kereta yang dipakai. Hoorey. Aku sedar semua masalah yang orang ceritakan pasal Kembara. Minyak banyak, cc kecil tapi body berat… bla..bla..bla.

Sometimes aku terfikir siapa kita perlu percaya dalam selok belok menjaga kereta? Seriously, kalau orang lelaki bijak macam aku pun boleh blur dan samar-samar dalam isu ini apatah lagi lelaki-lelaki nerd atau kaum hawa yang berkereta. We can’t trust our mechanic. I met that I believe the most honest mechanic ever, he told me it is a big mistake to trust any mechanic. Yeah, Cina tu sendiri mengaku jangan percaya profession dia, including diri dia sendiri. He gave me one critical calculation;

Sewa bengkel: RM 2,500
Pekerja: RM 5000 (2-3 orang)
Air + electric + Telephone: RM1,500
Lain-lain: RM1,000

Total: RM10,000

(Imagine, this only for very small bengkel with minimum numbers of workers)

Itu modal every month yang pihak workshop kena keluarkan. So, untuk pulang modal mereka perlu dapat around RM 400 per day, untung. Bukan collection tapi profit. Imagine, upah buka parts paling sukar dalam enjin pun cuma RM50 to RM100.00. If in average they charge RM40 for labor and consultancy, mereka kena dapat lingkungan 10 customer sehari to pulang modal sahaja. Ingat senang ke nak dapat 10 cars per day? It’s like one car per hour. Bulan puasa, sebelum hari raya, yess… they can even repair 30-40 cars per day. But, bulan-bulan biasa, susah. Sangat susah, tambahan lagi jika bengkel terletak di kawasan yang memang banyak kedai repair kereta. So, they have no other choice than to make as much profit from each customer.

Mungkin ramai pernah terkena macam aku, planning nak pergi tukar minyak hitam and oil filter. Minimum service lah. But end up tukar air filter, plug, cable plug, cable battery, ntah apa jenis belt dan macam-macam lagi.

“I cuma bagitahu maaa… you mau tukar, tak mau tukar, takpe…”

Ayat standard. Tapi dengan segala jenis bahaya yang dia akan mention, aku sendiri jadi takut dan akhirnya tukar segala-gala. Takde cash takpe, since they accept all kind of card.

Aku pun blur, siapa aku perlu percaya. Nobody. Member-member pun rata-rata cuma boleh buat jangkaan. Tidak berani memberi conclusion yang tepat dengan penuh keyakinan.

Customer Always Right.
Itu mungkin boleh digunapakai di kedai baju atau kedai makan sahaja. Tidak sama sekali di kedai repair kereta. Our knowledge pasal kereta will never reach level yang boleh lawan kata-kata mechanic.

Another fact adalah, most workshops pay their workers base on komisen. Maybe basic salary around 1 ribu, untuk dapat lebih workers tu kena pandai-pandai encourage customer untuk berbelanja lebih. Lagi la bahaya. My advise, sebelum repair kereta tanya dulu kedai tu gunakan concept apa. Kalau they pay their workers base on commission, memang bahaya. Since jumlah manusia yang bakal menipu kita makin ramai. Kalau gaji mereka fixed, hanya boss kedai sahaja yang mungkin menipu. Mechanic jujur yang aku selalu jumpa itu turut bercerita kepada aku dimana boss lama dia arahkan dia ‘gantikan’ break pad buruk semasa buat balancing tayar jika customer tak nampak. So, nanti mereka akan panggil customer tu dan tunjukkan dia perlu ganti break pad yang baru. Gile….kesian, kena tipu hidup-hidup. Break pad cap ayam pun paling kurang RM50-RM60. Itu paling cikai, yang beratus pun banyak.

E-Book Jaga Kereta.
Aku memang banyak idea, seriously. Bukan sahaja idea merapu disini tapi juga idea-idea lain. Salah satu idea cantik dari aku adalah menulis e-book panduan menjaga kereta. Aku sangat-sangat berharap kepada internet entrepreneur di Malaysia boleh tulis e-book pasal menjaga kereta. Complete guide how to maintain your car. Surely boleh untung. Kalau jual RM10.00 pun senang-senang boleh jual ke 1000 orang. Aku rasa ramai manusia macam aku yang blur perihal menjaga kereta. So, please… it’s a brilliant idea. Bukan susah pun, pergi ajak mechanic Proton atau Perodua joint venture. Tulis pasal, how to choose suitable car, jadual service, kerosakkan lazim dan beberapa points lain. Maybe 20-30 pages. Aku terjumpa e-book pasal nak buat sate, nak buat roti canai, cara nak buka syarikat. Alahai… lame… Cara Jaga Kereta 10 kali lebih berguna. Target market pun lebih luas. Kalau nak catchy sikit “Car Secret - Most Mechanic Refuse to Reveal” atau "Rahsia Yang Pomen Tidak Mahu Anda Tahu".

Aku dah lama nak buat but, malas… Hahahah…Tapi kalau within this few months aku tak dengar ada orang nak buat, aku akan usahkan sendiri. Ehem, korang semua wajib beli at least 2 copies seorang.

Wednesday, June 20

Need for Speed?

Perbualan aku dengan member kampong. Mat rempit yang dah berduit dan convert jadi kaki racing kereta.


Aku: Apasal kau suka sangat bawa kereta laju-laju? Apa untungnya?

Member: Ada macam-macam sebab… Kepuasan, kau akan rasa puas gila bila dapat test kepoweran kereta kau…lagipun..

Aku: Tak takut accident ke?

Member: Nanti dulu, itu baru satu sebab, sebab lain…. Aku boring drive atas jalan lama-lama. Orang lain pergi Ipoh sampai 2-3 jam. Gila ke apa. Kalau aku speed, tak ikut highway pun boleh sampai kurang dari sejam.

Aku: Tak kira apa sebab sekalipun, kau tak takut accident? Kau bayangkan kau bawa 140 atau 180 km/j, sekali tayar pecah, confirm mati. Takde patah-patah, memang sah mati.

Member: Kalau nak mati kat dalam surau boleh mati Fandi. Aku jaga kereta aku betul-betul. Cukup masa aku service, aku habis beribu bukan hanya nak kereta aku laju, tapi nak selamat juga. Aku pasang air bag pun dah dekat 2, 000. Aku bukan macam kau, malas jaga kereta.

Aku: Tak kisah la cam mana pun, masa time kau bawa laju-laju tu, kiranya nyawa kau dah bergantung kepada kereta kau. Memang kau control steering, tapi masih bergantung kepada tayar, enjin, break. Kira terletak pada kereta lah. Silap hari bulan memang mati.

Member: Kalau kau nak kira macam tu, office kau kat KL ada lift tak? Setiap kali kau naik lift nyawa kau pun bergantung pada machine lift tu. Lagi la, ntah siapa jaga maintenance lift tu. Kereta aku, aku sendiri jaga. Aku confident dia takkan apa-apakan aku. Lift yang kau naik tu kau pasti ke diorang jaga betul-betul?

Aku: Lift tu ada pihak bertauliah jaga.

Member: Masa kau mula-mula masuk U kat KL lagi aku dah start main kereta kau tau. Bukan takat pandai bawa je, setiap inci kereta aku, aku tau. Dekat 10 tahun aku asyik belek kereta je. Tak perlu tauliah untuk aku master dalam selok belok jaga kereta.

Aku: Kenapa kau tak pegi KL and join race yang betul-betul?

Member: Gila ke apa? Siapa nak percaya budak kampong macam aku ni? Lagipun kalau aku pergi sana siapa nak jaga mak aku?

Aku: Ha…! Ingat pula kat mak, masa racing tak ingat?

Member: Memang la aku ingat, sebab tu aku jaga keselamatan kereta. Semua orang tak nak mati.

Aku: Kalau kau bawa slow-slow, macam orang lain, rugi ke? Mungkin kau sampai lambat 1-2 jam, tapi kalau kau bertolak awal, masih sempat sampai ikut masa yang kau nak.

Member: Boring… atas jalan raya 2-3 jam. Mak aiih…boring gila. Lagipun kepuasan… kau faham erti puas tak. Macam beromen…. Kenapa orang buat sex perlu masukkan… bla..bla..bla…

Perbualan kami dah melencong jauh dan aku rasa tak releven dengan tajuk posting ini. Cepat, lambat, gear, minyak pelincir, steering dah carry totally different meaning. If you know what I mean. Hahahaha…..


Kesimpulan:

Aku –

Nerd, penakut, dah tua dan mungkin dah makin matang. Dulu pun aku kagum dengan mat rempit dan kaki racing.


Member aku dan semua geng-geng kaki racing haram atau mereka yang rasa bawa kereta laju -laju sebagai cool –

BODOH.

Total Pageviews

. page counter