Showing posts with label PRU 12. Show all posts
Showing posts with label PRU 12. Show all posts

Tuesday, March 11

Siapa Tipu Siapa?

Aku tidak akan menulis kutukan melampau terhadap pemimpin, ahli dan penyokong Barisan Loser Nasional lagi. Rakan-rakan penyokong BN yang baca blog aku menghantar SMS tidak puas hati. Ok. Sorry.

Kalau nak tiru gaya Budin dari Pi Mai Pi Mai Tang Tu, aku boleh cakap…

Piiiiirrrraaaaahhhhh…. Macam la kau bertanding. Sekadar ambil upah gantung bendera pun nak emotional ke?

Seriously, aku tidak sangka ramai kenalan yang baca blog aku. Salah satu sebab aku tulis blog adalah nak buat kawan baru, bukan nak hilang kawan yang sedia ada. Aku faham, time-time sedih ni memang ramai yang sentimental sikit.

Jadi… sebab tidak boleh kutuk BN, jom sama-sama kita berfikir. Kalau betul jangkaan aku ni, boleh sama-sama kutuk Suruhanjaya Pilihanraya.

Kajian ini dicetuskan setelah membaca tulisan KataTakNak pasal peratusan keluar mengundi yang menakjubkan di Jerlun.

Kalau ada masa free tolong buat apa yang aku akan suruh.

1. Pergi ke page ini:
http://pru12.spr.gov.my/spr/laporan/5_KeputusanKeseluruhan.php

2. Tolong fahami jadual disana.

3. Cuba check bagi setiap negeri untuk kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Aku tidak berminat dengan keputusan pilihanraya. Aku cuma minta korang check JUMLAH KESELURUHAN --> BILANGAN PEMILIH. Bahagian bawah kiri.

Sefaham aku, itu adalah jumlah pengundi berdaftar atau Registered Voters.

Jadual dibawah summarynya.

No.

Negeri

Parlimen

DUN

Perbezaan

1.

Perlis

120,081

120,081

0

2.

Kedah

865,468

873,684

8,216

3.

Kelantan

751,682

735,419

16,263

4.

Terengganu

521,597

521,597

0

5.

Penang

705,832

705,408

424

6.

Perak

1,196,160

1,196,160

0

7.

Pahang

603,242

603,242

0

8.

Selangor

1,565,553

1,536,111

29,442

9.

N. Sembilan

462,015

462,015

0

10.

Melaka

371,594

371,594

0

11.

Johor

1,279,119

1,312,121

33,002

12.

Sabah

752,132

786,142

34,010

Persoalannya sekarang, kenapa ada perbezaan jumlah pengundi berdaftar untuk Parlimen dan Dewan Undangan Negeri untuk sesetengah negeri?

Tidak mungkin pengundi tu berdaftar untuk mengundi Parlimen tapi tidak daftar untuk DUN. Tidak mungkin juga sebaliknya.

Betul tak?

Kalau tengok jumlah keluar mengundi keseluruhan bagi setiap negeri juga berbeza. Kenapa ya? Takkan la pengundi mengundi di Parlimen dan tidak mengundi di DUN atau sebaliknya. Dia simpan kertas undi kot.

Aku tidak ingin cakap ada penipuan dalam pilihanraya kali ini. Kalau betul-betul BN berpakat dengan SPR takkan la mereka ‘dibelasah’ oleh Barisan Alternatif.

Ada kemungkinan ke BA berpakat dengan SPR?

Mungkin juga SPR yang silap collect atau masukkan data.

Atau aku yang salah faham keseluruhan jadual itu?

Dulu aku ada lihat I.P address dari office SPR datang melawat blog aku. Mungkin ada diantara mereka yang boleh berikan sedikit penerangan.

Monday, March 10

Aku Komen Result PRU 12

Where to start...banyak gila benda boleh diperkatakan. Banyak peluang untuk mengutuk penyokong Barisan Loser and congratulates Pembangkang. I never dream this will came true, so I totally caught off guard. Like most of us...

2 days before general election, I wrote:

----------------------------------------------------

Jadi harapan realistik dari aku:

- PAS mengekalkan Kelantan.
- PAS ambil kembali Terengganu
- PAS mengejutkan UMNO Kedah or least nafikan 2/3 kerusi negeri disana.
- Keadilan dan PAS menang beberapa kerusi di Selangor.
- DAP berjaya malukan Gerakan di Penang.
…dan beberapa tokoh BN dimalukan. Sharizat, mungkin?

Itu sahaja. Dalam erti kata lain, aku mahukan Pembangkang yang lebih kuat tidak kira di Parlimen atau di Negeri.

-----------------------------------------------------

http://www.akubetul.com/2008/03/pilihanraya-umum-ke-12.html

Harapan tersebut sebenarnya umpama mengharapkan pasukan bolasepak kita layak ke World Cup. Seriously, even Opposition did not put huge hope beside Kelantan and Penang. So, Malaysia not just qualified to World Cup, but we go all the way and clinch the bloody Cup. Itu lah perasaan aku pada pagi 9 March 2008 semasa menunggu keputusan di rumah akak aku. Umpama meraikan satu impian yang selama ini aku ingat tidak mungkin berlaku. Akak aku orang kuat UMNO, so boleh bayangkan la perasaan aku masa tu.

Although Terengganu still under BN, but voters replace that in my dreams with Kedah, Selangor and my home state, Perak. And denied BN 2/3 in Parliament. Plus, not just Sharizat, but a lot more BN top guns dimalukan.

What more Opposition supporter like me could possibly ask?

To all voters (kecuali Johorian), terima kasih kerana menunaikan harapan aku dan yang paling penting terima kasih kerana menjadi rakyat Malaysia yang bijak dan berani. That the key main words, BIJAK dan BERANI.

Bijak kerana peka dengan perkermbangan zaman dan tidak diperbodohkan oleh barua-barua dalam BN. Berani kerana sanggup menghadapi risiko akan pemerintahan dibawah pembangkang (negeri) dan dibawah kerajaan persekutuan yang mempunyai Pembangkang yang kuat.

Sekali lagi… Tahniah kerana menjadi rakyat yang bijak dan berani.

Also in that 2 days before election posting aku ada beritahu aku benci DAP. So, honestly aku sendiri sedikit takut akan pengaruh DAP yang makin kuat. Aku benci dengan DAP kerana setahu aku DAP lebih racist daripada PAS, that the main reason. Aku tidak ada kawan daripada DAP untuk terangkan kepada aku pendirian mereka sebenarnya. So, aku still tidak pasti samada mereka betul-betul racist seperti aku sangka ataupun tidak. Hopefully not. But, as aku mentioned diatas, aku berani ambil risiko menguji DAP daripada melihat bangsa aku sendiri mencemar maruah bangsa dan agama aku.

Talking about Melayu, friends told me that as Malay aku perlu risau kerana orang Melayu sudah berpecah. Yes, deep in my heart aku memang sedikit risau. Tapi apa pilihan yang orang seperti aku ada? Takkan aku terpaksa bersatu dan terus menyokong kezaliman, kepincangan, kebodohan? I hope this general election will give UMNO a big lesson. Go and regroup your organization, buangkan segala anasir, campak jauh-jauh segala budaya haramjadah seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan politik anak beranak. Selepas lakukan itu, then pergilah cuba satukan semula orang Melayu. But, no pressure, jika korang lembab, slow macam siput babi, aku rasa PAS pun berkemampuan menyatupadukan orang Melayu.

I refuse to act like a political analyst by throwing my opinion about the PRU 12’s result. Aku boleh agak, assume, buat pelbagai assumption, but who I try to cheat? Like most of us, aku seriously have no idea what really happen. Why suddenly millions of people change their support? Change their trust? Change their political views? Nobody can come out with concrete answer. So, let leave it to professors from local universities and expert from political parties to do their research. I hope they will share their findings with rest of us. No way jurutera dan blogger suka-suka macam aku boleh kenal pasti apa sebenarnya yang berlaku.

Aku also refuse to keep my promise to kutuk Barisan Loser maksima lepas PRU 12 jika mereka ‘tewas’. Aku tidak sampai hati. Kawan-kawan daripada UMNO dan Gerakan nampaknya sedih teramat sangat. SMS yang dihantar dijawap oleh mereka dengan nada yang cukup pilu. Kadang-kadang aku terpaksa lap handphone kerana air mata aku menitik tatkala membaca SMS mereka. Ada juga yang pura-pura cool dengan berkata mereka suka ini berlaku, mereka sendiri mahukan perubahan. Teruskanla menipu diri sendiri…

Kepada semua loser-loser seluruh Malaysia… that’s include member of UMNO, MIC, MCA, Gerakan dan majority rakyat Johor….

EAT THAT SUCKERS…!

Janji… no more kutuk. Yeah right… Hahahaha…..

Ok… sebagai penutup, aku nak sertakan the best pasca PRU 12 SMS joke that I received:

Finally MCA and GERAKAN have merged with a new name – Liberated Association of National Chinese Alliance Union (LANCAU).

Banyak betul jokes aku terima pasal result PRU. Samy Vellu cari kerja lah. Pasal Azalina bakal ganti Sharizat dan pasal rumors yang konon-kononya syarikat kosmetik nak ambil Khir Toyo jadi consultant, buat product baru dari tempe.

Kah..kah..kah…kah…..bestnya berada di pihak yang menang. Hahahaha...

Aku harap pemimpin PAS, DAP dan PKR tidak terlalu suka macam aku. Mereka ada kerja yang perlu dijalankan, ada tugas yang perlu diusahakan, ada janji perlu ditunaikan dan ada dendam yang perlu diselesaikan. All the best...


P/S: Hope friends here understand, next few postings will also very much related to PRU result, I damn happy and so many thing to talk about. Jom enjoy bersama-sama aku.

Sunday, March 9

Ha..ha..ha...ha..hahahaha....!!

Harapan aku untuk PRU 12 tercapai.... alhamdullillah.....!





Next few days akan dipenuhi dengan posting kutukan terhadap Barisan Loser... Hahahahaha... Today aku nak menikmati keseronokan bergelar penyokong parti pembangkang. Macam tak percaya je melihat Seloka dalam posting sebelum ini menjadi kenyataan. Hahahahah....

P/S: M.U kalah dan Liverpool menang semalam... what a night...!

Friday, March 7

Seloka Pilihanraya II

Seronok aku baca Seloka Pilihanraya dari blog katataknak.blogspot.com. So, dengan tanpa izin beliau aku sambung seloka tersebut. Aku gunakan last paragraph dari seloka dia dan sambung disini. Enjoy...

Oh, kerri sayang menantu abah
Tolong lah abah yang dah nak rebah
Kepada rakyat tolong lah hebah
Janganlah pembangkang yang depa pangkah


Bukan aku nak sokong rasuah
Aku tak mampu semuanya nak terjah
Bukan mereka tak pergi sekolah
Semua pemimpin nak hidup mewah


Orang Putih ada pepatah
Hanya gigit yang boleh dikunyah
Tapi nafsu dah macam tong sampah
Asal boleh semuanya dijamah


Rakyat menderita apalah salah
Mereka tak makan pun aku tak kisah
Keringat mereka aku nak perah
Kekayaan negara aku nak ratah


Kalau rakyat rasa nak berubah
Aku gunakan pelbagai helah
Tak kira betul ataupun salah
Janji membolehkan aku tak kalah


Kadang-kadang aku baca Harakah
Takut juga rasa nak lelah
Adakah rakyat dah nak termuntah?
Melihat aku yang tak bermaruah


Rakyat dah minat puak sebelah
Aku harap mereka tak marah
Tapi menantu masih ambil mudah
Siapa bising Pemuda belasah


Sana
sini Samy diludah
Nak dia berhenti punyalah susah
Orang India dah berbelah-belah
Harapan aku dah makin punah


MCA-Gerakan baik tak pernah
Orang Cina dah mula berpecah
DAP kacau bagi lagi meriah
Aku dan BN dah makin gelabah


Harap rakan-rakan tidak menyerah
Suruh rakyat hati-hati memangkah
Biar mereka fikir yang sudah-sudah
Semua jasa yang pernah dicurah


Jasa aku semuanya 'indah'
Barang-barang dah tak murah
Harga tol pun tak mungkin rendah
Rasuah pula semakin bercambah


Duit berkempen berjuta sudah
Harta kerajaan habis dikerah
Semuanya mangsa nafsu serakah
Kalau kalah, mana aku nak pindah?


Keadaan makin riuh-rendah
Luka BN dah makin parah
Adakah mereka yang makin gagah?
Atau Barisan yang dah jadi lemah?


Semua pekong pembangkang dedah
Semua halangan mereka dah redah
Aku tahu langit tak selalunya cerah
Kini aku hanya berserah


Esok, jangan silap gambar rajah
Roket terbang tak tentu arah
Lupakan bulatan dan gelang getah
Undilah dacing walaupun nak patah


Gurau senda takkan nak kisah
Suka-suka hilangkan gundah
Jangan emosi, jangan melatah
Nukilan ini bukan dari Pak Lah


Aku harap tiada sesiapa yang take serius gurauan aku ini. Tonight aku akan balik kampung, tak sabar nak pangkah dan menconteng kertas undi esok pagi. Kepada yang travel balik ke kampung, hati-hati dijalanraya. Kepada petugas kempen, jangan lupa buka semula semua bendera, bunting, banner, tiang dan segala jenis 'sampah sarap' yang korang gantung sejak 2 minggu lepas. Kepada calon-calon pula harap akan kotakan janji bila dah menang. Kepada yang kalah... padan muka kau...! Hahahaha....

Thursday, March 6

Pilihanraya Umum ke 12

Kepada mereka yang tidak mendaftar mengundi, tidak mahu buang masa untuk fikir pasal politik. Atau berpendapat semua ahli politik sama busuk. Aku ada pesanan untuk korang semua - Kau bodoh. Sorry, lebih tepat dan indah aku cakap…kurang cerdik…!

This might be my last posting before the election day. I know, no matter what the hell I gonna write it will not effect your choice. I don’t think I’am good enough to influence voters. Sememangnya bukan niat aku tulis blog untuk pengaruhi orang, aku suka-suka tulis, mengisi masa lapang dan dapatkan sedikit side income. Thanks to all the reader, sekarang aku boleh belanja kawan-kawan minum teh tarik hasil dari duit iklan disini.

Tapi untuk memuaskan diri sendiri, aku still nak give some last words regarding PRU 12. Sepanjang berblog memang aku selalu sentuh pasal politic. Sebagai rujukan, jika ada masa terluang, boleh la baca posting-posting disebelah atas, kanan - “Bacaan Sempena PRU 12”. Semuanya berkaitan politic dan boleh dijadikan sedikit panduan.

Selepas pilihanraya umum, secara automaticnya akan berkuranglah cerita politik disini. Nak tulis apa kejadah lagi, pilihanraya bukan berlaku tiap bulan atau tiap tahun. 4 tahun sekali. So, tunggu la beberapa tahun lagi, panjang umur then kita berceloteh pasal politic lagi.

Sempena general election Sabtu ini, aku summarizekan cerita politic di akubetul.com.

Pendirian Aku.
Mungkin ada yang nak tahu dimana aku berdiri. Sebelah BN ke, sebelah Pembangkang ke, atau adakah aku pengecut dengan mengambil kedudukan atas pagar? Aku juga tidak mahu jadi blogger penakut yang konon-konon neutral. Tidak perlu berselindung.

- Aku sememangnya benci dengan semua pemimpin Barisan Nasional.
- Aku menyampah dengan semua anggota parti DAP.
- Aku sokong pemimpin Parti Keadilan Rakyat.
- Aku kagum dengan semua pemimpin PAS, termasuklah Mat Sabu.

Clear dah kot. So, jangan ada orang sibuk email aku dan kutuk. Kononnya aku talam dua-tiga muka. Di tempat aku nanti, ADUN Changkat Jong, PAS vs UMNO dan Parlimen Teluk Intan, MCA lawan DAP. Dah boleh agak kot macam mana aku mengundi nanti.

Harapan Aku.
Harapan Mat Jenin aku mahukan PAS menang majority dan ambil alih pemerintahan Malaysia. Aku bukan alim, jauh sekali layak jadi ustaz. Aku cuma confident pendekatan keIslaman yang dibawa oleh PAS boleh membenteras pelbagai masalah-masalah yang Barisan Nasional gagal selesaikan selama ini. Akhlak remaja, seks bebas, keselamatan jalan raya dan yang terpenting sekali gejala RASUAH dan PENYALAHGUNAAN KUASA. Aku juga tidak fikir PAS kekurangan cerdik pandai dan pakar ekonomi untuk merencana pembangunan negara. Aku juga rasa sistem pemerintahan Islam boleh digunapakai tidak kira zaman atau keadaan. Jika diterangkan betul-betul, non muslim pun pasti suka.

Tapi itu cuma angan-angan kosong, tidak mungkin PAS menang majority kerusi parlimen. Jumlah kerusi yang mereka tandingi pun tidak cukup. Jadi harapan realistik dari aku:

- PAS mengekalkan Kelantan.
- PAS ambil kembali Terengganu
- PAS mengejutkan UMNO Kedah or least nafikan 2/3 kerusi negeri disana.
- Keadilan dan PAS menang beberapa kerusi di Selangor.
- DAP berjaya malukan Gerakan di Penang.
…dan beberapa tokoh BN dimalukan. Sharizat, mungkin?

Itu sahaja. Dalam erti kata lain, aku mahukan Pembangkang yang lebih kuat tidak kira di Parlimen atau di Negeri. Aku tidak mahu Barisan Nasional sesuka hati mencabul kehormatan kita sewenang-wenangnya. Macam sekarang.

Jangkaan Aku.
Barisan Nasioanl menang besar… macam biasa. Secara detailsnya, segala harapan aku diatas kemungkinan besar tidak jadi kenyataan.

Sekarang, aku ada beberapa soalan ingin aku ajukan kepada penyokong Barisan Nasional. Beberapa soalan utama dan diselitkan dengan penerangan atau soalan sampingan.

1. Tak nampak ke BN memperkudakan RTM, TV3, dan semua media massa?
2. Tak nampak ke BN menyalahgunakan kemudahan kerajaan untuk gerakan jentera pilihanraya mereka?
- Kalau secara terang-terangan mereka boleh melacurkan media massa dan jentera kerajaan untuk kepentingan politik, tidakkah terfikir yang mereka boleh lakukan macam-macam salah guna kuasa lagi?

3. Tak kisah ke korang semua dengan rasuah yang makin bermaharajalela?
- Baca posting ini: Industry Rasuah Malaysia. Untuk tahu kedasyatan rasuah di Malaysia. Secara mudahnya, cuba fikir berapa belanja BN untuk PRU 12 ini? Mana sumber duit tersebut?

4. What the worst akan berlaku jika pembangkang Malaysia makin kuat?

5. Korang semua buta kayu ke tak nampak semua kepincangan dalam kerajaan Barisan Nasional?
- Memang barisan Pembangkang pun tidak perfect. Mungkin mereka pun akan jadi sebegitu teruk jika mereka memerintah atau jika mereka semakin kuat. Tapi jangan lah jadi pengecut dan takut dengan benda yang belum pasti.

6. Adakah korang semua lemah sangat sampai sanggup melihat semua jenis kezaliman semata-mata kerana nak jaga perut sendiri?
- Tidak takut api nereka ke? Jangan halalkan benda yang haram.

7. Tak cukup bukti penyelewengan SPR yang pembangkang tunjukkan? Bagaimana boleh mereka baru sedar penggunaan dakwat tidak diwartakan dalam perlembagaan? Bodoh ke pura-pura bodoh?

8. Tidak sakit hati ke korang semua melihat politik anak beranak, anak menantu dan sedara mara di halalkan oleh UMNO? Ini bukan lagi kronisme, tapi dah KERAbatnisme.
- Kalau orang Pelabuhan Klang pilih menantu Datuk Z, memang mereka buta tuli dan bodoh tahap kerbau..

Ingat, aku tulis posting ini bukan nak pengaruhi orang. Aku nak puaskan hati aku sendiri. Awal-awal lagi aku dah beritahu.

Apa akan berlaku lepas ini?
Kalau harapan aku jadi kenyataan, aku akan kutuk BN maksima. Aku suka, gelak sambil guling-guling. Kalau mereka menang besar pula, aku akan cakap mereka menipu. Standard la, aku kan penyokong parti pembangkang. Apa yang korang jangkakan? Hahahaha…

Kepada semua kaum hawa. Happy woman day. Kebetulan hari wanita sedunia jatuh pada hari pilihanraya. Read my last year entry to find more about International Woman Day (IWD).

http://www.akubetul.com/2007/03/today-is-international-woman-day-iwd.html

Selamat mengundi kepada kita semua yang bijak. (baca 1st sentence of this posting)…



Tuesday, March 4

Maksud Setiap Undian

Again, politic related posting. Sorry, just close the browser if you really sick with this topic.

Last weekend, as usual aku spend time melepak di bilik gerakan BN di tempat aku. Just nak kenal-kenal dengan jiran tetangga. Then, datang seorang pakcik yang claim diri dia ‘neutral’ but start mengutuk BN dan memuji PAS dalam setiap tutur kata. Aku seperti beberapa budak muda yang melepak disana, just ignorekan pakcik ni dan biarkan dia membebel seorang.

Tapi aku sempat curi-curi dengar satu point penting yang dia bualkan. Dia cakap kita akan berdosa jika undi BN kerana… bla...bla…bla.

Malam sebelum tidor aku terfikir semula perkara ini. Mungkin benar kata-kata pakcik tersebut. Maksud aku, mungkin benar kita akan berdosa jika mengundi seseorang yang sudah terbukti zalim dan jahat. Tidak kiralah BN atau BA. Tetapi ianya berdosa kerana kita bersubahat memilih pemimpin yang jahat, memilih pemimpin hanyalah salah satu fungsi atau makna undian kita. Betul tak?

Apakah lagi tujuan kita mengundi selain dari memilih pemimpin?

Ada…. Bergantung kepada keadaan dan niat.


1. Undi Protes.

Calon pilihan kita pernah memungkiri janji yang dibuat pada kempen pilihanraya yang lepas, YB tidak pernah tunjuk muka lepas menang last election atau YB tiba-tiba bertukar karaktor selepas dapat kerusi empuk. Jadi mungkin kita boleh mengingatkan beliau dengan memberi undi protes kepada lawan beliau. Percayalah, setiap calon terutamannya daripada BN akan membuat post mortem yang terperinci. Mereka akan kira undi bagi setiap peti undi. Ini akan reflect tahap
sokongan sesuatu kawasan. Kebiasaannya BN akan kaji juga jika ada sebarang perubahan mendadak dalam corak undian sesuatu kawasan. Segala isu-isu setempat akan cuba


2. Undi Berjaga-jaga.
Kita sedar calon yang kita sokong hampir pasti menang sesuatu besar. Sepanjang berkempen calon lebih banyak habiskan masa dikawasan lain dan hanya menghantar machai-machai dia mengendalikan gerak gempur. Kawasan kita adalah kubu kuat parti calon tersebut. So, possible kita vote lawan beliau. This just to make sure calon favorite tidak menang terlalu besar dan membuatkan dia mengabaikan kebajikan kawasan kita. Sometimes, it’s better to change our place from safe seat title to kerusi panas, supaya perhatian akan diberikan kepada kawasan kita sehingga tahap menteri. Ini juga salah satu point parti-parti pembangkang, mereka berusaha menidakkan 2/3 kemenangan kepada BN.


3. Undi Terima Kasih.

Walaupun kita sedar calon pilihan kita bukkanlah seorang pemimpin yang baik. Namun mungkin
kita memberikan undi kepada beliau sekadar ingin mengucapkan terima kasih terhadap apa-apa jasa beliau kepada kawasan kita atau kepada diri kita secara peribadi. Kita orang Melayu terkenal dengan sifat mengenang budi dan suka berterima kasih. Tidak salah rasanya, so teruskan je.


4. Undi Jaga Perut
Arwah abah aku sepanjang 25 tahun berkhidmat dalam tentera tidak pernah melihat kertas undi. Menurut rakan-rakan dalam tentera dan polis pula, mereka terpaksa mengundi parti yang menjadi pilihan bos masing-masing. Aku tidak tahu kebenaran kata-kata mereka. Kepada para usahawan juga aku rasa undi mereka adalah undi terpaksa. Undi yang terpaksa diberikan kepada sesuatu
parti kerana ingin menjaga perut mereka dan keluarga. Semua orang sedar undi kita bukan rahsia, mereka mempunyai cara untuk tahu siapa yang kita undi. Kan?


5. Undi RM150
Lebih kurang sama dengan Undi Terima Kasih, cuma ini lebih bangang. Kepada so called ‘pengundi luar’, UMNO ada sediakan RM150 sebagai ‘upah’ balik mengundi. Sekali lagi aku tidak pasti kesahihan perkara ini, tapi hampir semua rakan-rakan aku tahu akan kewujudan benda ini dan ramai juga yang pernah menerima ‘travel allowance’ tersebut. Jadi, kesimpulan manusia-manusia bangang yang menerima RM150 tersebut adalah mereka akan mengundi calon pilihan UMNO, kerana UMNO bagi RM150. Bodoh…! Cuba fikirkan, dari mana datangnya wang tersebut? Dari UMNO? UMNO dapat dari mana? Dari ‘sponsor-sponsor? Sponsor ini pula dapat duit tersebut dari mana? Fikirlah lagi jauh… Wang itu bukan datang dari langit. Bengong.

Jadi aku harap rakan-rakan disini sedar, undi bukan simply memilih pemimpin atau memberi kuasa kepada sesuatu pihak. Ada pelbagai lagi makna bagi setiap undian kita. Jangan pandai-pandai jatuhkan hukuman berdosa atau mendapat pahala dengan mengundi mana-mana pihak.

Tuesday, February 26

World Oldest Person

Notice: Posting kelam kabut... busy dengan kerja.

Edna (Scott) Parker (born April 20, 1893) is an American supercentenarian and currently the oldest recognized person in the world following the death of Yone Minagawa of Japan on August 13, 2007.

Aku copy dari page wikipedia.

Kita selalu dengar manusia mengimpikan nyawa yang panjang. Menikmati keindahan dunia sepuasnya. Dalam cerita purbakala juga banyak terdapat kisah orang jahat mahukan kuasa sakti untuk hidup selama mungkin. Immortality...

Jika ada rakyat Malaysia ingian mengetahui rahsia hidup lama, beratus tahun, tidak perlu mencari Edna Parker sehingga ke Amerika. Kerana sebenarnya kita ada manusia yang lebih tua dari beliau. No joke...

890211050014

Itu nombor IC beliau. Jika diikut dari no IC tersebut beliau lahir pada 11 February 1889. 4 tahun lebih tua dari Edna Parker. Nama beliau adalah Safiah Binti Ujang. Jika di check di page SPR:


So, aku harap pihak antarabangsa akan melihat rekod ini. Tahniah Malaysia...

Aku tahu ramai member-member disini tidak suka aku membebel pasal politik. Ramai sudah muak atau mual, mungkin. Sorry.

Aku pernah 'puji' SPR kerana kesilapan mereka dalam data entry process. Cis... aku menyesal. Aku tidak anggap SPR menipu dalam kes ini, aku cuma tak puas hati kenapa mereka tidak aware, alert dan melaporkan manusia tertua didunia berada di Malaysia? Pemalas betul.

Member emailkan info ini kepada aku, ada beberapa manusia berumur lebih seratus tahun lagi 'muncul' di Rembau. Di sana makanan semua berkhasiat kot. Siapa calon di Rembau? Jika tak tahu, baca posting sebelum ini.

Selamat berfikir...


Monday, February 25

PRU 12 - Kartun Pasca Penamaan Calon

Sorry, busy with office and personal stuff today, no serious writing...

I Really enjoying myself watching drama PRU 12. Balik kampong last weekend, dengar cerita dari member-member kampong, my sis, my bro... Syok..syok.... Tengok bendera party bersilang-silang sepanjang perjalanan dari Perak ke Selangor, tolong kawan panjat pokok untuk naikkan bendera. Damn... like a fiesta. Some say it is a democracy's fiesta... Maybe...

I summarized hari penamaan calon as pictures below. Enjoy...


Tidak puas hati senarai calon


Pakatan pembangkang, PAS - DAP - PKR


Datuk Ibrahim Ali - P22 Pasir Mas



Khairy Jamaluddin – P131 Rembau


Chua Tee Yong (BN) – P142 Labis

Roselinda Abdul Jamil - N46 Pelabuhan Klang

Awang Adek - Bakal Menteri Besar Kelantan?


And aku suka untuk mengajak friend here to read Visi dan Misi Radio Television Malaysia (RTM)

http://www.rtm.net.my/corporate/Html/bi/vnm.html

Tengok ayat terakhir,

To have an open and positive attitude.

Muahhahaahahha… RTM memang sial…

One last thing...

Semua orang UMNO cakap pemilihan calon dipilih personally oleh pucuk pimpinan party. Then, menteri besar dan ketua menteri silih berganti meeting dengan Pak Lah. Maksudnya Pak Lah kenal each calon personally. Ok... simple calculation, there is more than 700 seats, each seat surely Pak Lah kena kenal calon dan mereka yang berpeluang jadi calon. So, at least Pak Lah kena ingat, hafal dan faham around 1500 names, faces, their attitude, behavior, quality and so on. Rasa-rasanya boleh ke dia ingat? Dont think so... Patutla ramai orang UMNO tak puas hati, mereka sedar ada orang lain tolong ingat untuk Pak Lah.

Total Pageviews

. page counter