Showing posts with label pilihanraya umum ke 12. Show all posts
Showing posts with label pilihanraya umum ke 12. Show all posts

Monday, March 10

Aku Komen Result PRU 12

Where to start...banyak gila benda boleh diperkatakan. Banyak peluang untuk mengutuk penyokong Barisan Loser and congratulates Pembangkang. I never dream this will came true, so I totally caught off guard. Like most of us...

2 days before general election, I wrote:

----------------------------------------------------

Jadi harapan realistik dari aku:

- PAS mengekalkan Kelantan.
- PAS ambil kembali Terengganu
- PAS mengejutkan UMNO Kedah or least nafikan 2/3 kerusi negeri disana.
- Keadilan dan PAS menang beberapa kerusi di Selangor.
- DAP berjaya malukan Gerakan di Penang.
…dan beberapa tokoh BN dimalukan. Sharizat, mungkin?

Itu sahaja. Dalam erti kata lain, aku mahukan Pembangkang yang lebih kuat tidak kira di Parlimen atau di Negeri.

-----------------------------------------------------

http://www.akubetul.com/2008/03/pilihanraya-umum-ke-12.html

Harapan tersebut sebenarnya umpama mengharapkan pasukan bolasepak kita layak ke World Cup. Seriously, even Opposition did not put huge hope beside Kelantan and Penang. So, Malaysia not just qualified to World Cup, but we go all the way and clinch the bloody Cup. Itu lah perasaan aku pada pagi 9 March 2008 semasa menunggu keputusan di rumah akak aku. Umpama meraikan satu impian yang selama ini aku ingat tidak mungkin berlaku. Akak aku orang kuat UMNO, so boleh bayangkan la perasaan aku masa tu.

Although Terengganu still under BN, but voters replace that in my dreams with Kedah, Selangor and my home state, Perak. And denied BN 2/3 in Parliament. Plus, not just Sharizat, but a lot more BN top guns dimalukan.

What more Opposition supporter like me could possibly ask?

To all voters (kecuali Johorian), terima kasih kerana menunaikan harapan aku dan yang paling penting terima kasih kerana menjadi rakyat Malaysia yang bijak dan berani. That the key main words, BIJAK dan BERANI.

Bijak kerana peka dengan perkermbangan zaman dan tidak diperbodohkan oleh barua-barua dalam BN. Berani kerana sanggup menghadapi risiko akan pemerintahan dibawah pembangkang (negeri) dan dibawah kerajaan persekutuan yang mempunyai Pembangkang yang kuat.

Sekali lagi… Tahniah kerana menjadi rakyat yang bijak dan berani.

Also in that 2 days before election posting aku ada beritahu aku benci DAP. So, honestly aku sendiri sedikit takut akan pengaruh DAP yang makin kuat. Aku benci dengan DAP kerana setahu aku DAP lebih racist daripada PAS, that the main reason. Aku tidak ada kawan daripada DAP untuk terangkan kepada aku pendirian mereka sebenarnya. So, aku still tidak pasti samada mereka betul-betul racist seperti aku sangka ataupun tidak. Hopefully not. But, as aku mentioned diatas, aku berani ambil risiko menguji DAP daripada melihat bangsa aku sendiri mencemar maruah bangsa dan agama aku.

Talking about Melayu, friends told me that as Malay aku perlu risau kerana orang Melayu sudah berpecah. Yes, deep in my heart aku memang sedikit risau. Tapi apa pilihan yang orang seperti aku ada? Takkan aku terpaksa bersatu dan terus menyokong kezaliman, kepincangan, kebodohan? I hope this general election will give UMNO a big lesson. Go and regroup your organization, buangkan segala anasir, campak jauh-jauh segala budaya haramjadah seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan politik anak beranak. Selepas lakukan itu, then pergilah cuba satukan semula orang Melayu. But, no pressure, jika korang lembab, slow macam siput babi, aku rasa PAS pun berkemampuan menyatupadukan orang Melayu.

I refuse to act like a political analyst by throwing my opinion about the PRU 12’s result. Aku boleh agak, assume, buat pelbagai assumption, but who I try to cheat? Like most of us, aku seriously have no idea what really happen. Why suddenly millions of people change their support? Change their trust? Change their political views? Nobody can come out with concrete answer. So, let leave it to professors from local universities and expert from political parties to do their research. I hope they will share their findings with rest of us. No way jurutera dan blogger suka-suka macam aku boleh kenal pasti apa sebenarnya yang berlaku.

Aku also refuse to keep my promise to kutuk Barisan Loser maksima lepas PRU 12 jika mereka ‘tewas’. Aku tidak sampai hati. Kawan-kawan daripada UMNO dan Gerakan nampaknya sedih teramat sangat. SMS yang dihantar dijawap oleh mereka dengan nada yang cukup pilu. Kadang-kadang aku terpaksa lap handphone kerana air mata aku menitik tatkala membaca SMS mereka. Ada juga yang pura-pura cool dengan berkata mereka suka ini berlaku, mereka sendiri mahukan perubahan. Teruskanla menipu diri sendiri…

Kepada semua loser-loser seluruh Malaysia… that’s include member of UMNO, MIC, MCA, Gerakan dan majority rakyat Johor….

EAT THAT SUCKERS…!

Janji… no more kutuk. Yeah right… Hahahaha…..

Ok… sebagai penutup, aku nak sertakan the best pasca PRU 12 SMS joke that I received:

Finally MCA and GERAKAN have merged with a new name – Liberated Association of National Chinese Alliance Union (LANCAU).

Banyak betul jokes aku terima pasal result PRU. Samy Vellu cari kerja lah. Pasal Azalina bakal ganti Sharizat dan pasal rumors yang konon-kononya syarikat kosmetik nak ambil Khir Toyo jadi consultant, buat product baru dari tempe.

Kah..kah..kah…kah…..bestnya berada di pihak yang menang. Hahahaha...

Aku harap pemimpin PAS, DAP dan PKR tidak terlalu suka macam aku. Mereka ada kerja yang perlu dijalankan, ada tugas yang perlu diusahakan, ada janji perlu ditunaikan dan ada dendam yang perlu diselesaikan. All the best...


P/S: Hope friends here understand, next few postings will also very much related to PRU result, I damn happy and so many thing to talk about. Jom enjoy bersama-sama aku.

Thursday, March 6

Pilihanraya Umum ke 12

Kepada mereka yang tidak mendaftar mengundi, tidak mahu buang masa untuk fikir pasal politik. Atau berpendapat semua ahli politik sama busuk. Aku ada pesanan untuk korang semua - Kau bodoh. Sorry, lebih tepat dan indah aku cakap…kurang cerdik…!

This might be my last posting before the election day. I know, no matter what the hell I gonna write it will not effect your choice. I don’t think I’am good enough to influence voters. Sememangnya bukan niat aku tulis blog untuk pengaruhi orang, aku suka-suka tulis, mengisi masa lapang dan dapatkan sedikit side income. Thanks to all the reader, sekarang aku boleh belanja kawan-kawan minum teh tarik hasil dari duit iklan disini.

Tapi untuk memuaskan diri sendiri, aku still nak give some last words regarding PRU 12. Sepanjang berblog memang aku selalu sentuh pasal politic. Sebagai rujukan, jika ada masa terluang, boleh la baca posting-posting disebelah atas, kanan - “Bacaan Sempena PRU 12”. Semuanya berkaitan politic dan boleh dijadikan sedikit panduan.

Selepas pilihanraya umum, secara automaticnya akan berkuranglah cerita politik disini. Nak tulis apa kejadah lagi, pilihanraya bukan berlaku tiap bulan atau tiap tahun. 4 tahun sekali. So, tunggu la beberapa tahun lagi, panjang umur then kita berceloteh pasal politic lagi.

Sempena general election Sabtu ini, aku summarizekan cerita politic di akubetul.com.

Pendirian Aku.
Mungkin ada yang nak tahu dimana aku berdiri. Sebelah BN ke, sebelah Pembangkang ke, atau adakah aku pengecut dengan mengambil kedudukan atas pagar? Aku juga tidak mahu jadi blogger penakut yang konon-konon neutral. Tidak perlu berselindung.

- Aku sememangnya benci dengan semua pemimpin Barisan Nasional.
- Aku menyampah dengan semua anggota parti DAP.
- Aku sokong pemimpin Parti Keadilan Rakyat.
- Aku kagum dengan semua pemimpin PAS, termasuklah Mat Sabu.

Clear dah kot. So, jangan ada orang sibuk email aku dan kutuk. Kononnya aku talam dua-tiga muka. Di tempat aku nanti, ADUN Changkat Jong, PAS vs UMNO dan Parlimen Teluk Intan, MCA lawan DAP. Dah boleh agak kot macam mana aku mengundi nanti.

Harapan Aku.
Harapan Mat Jenin aku mahukan PAS menang majority dan ambil alih pemerintahan Malaysia. Aku bukan alim, jauh sekali layak jadi ustaz. Aku cuma confident pendekatan keIslaman yang dibawa oleh PAS boleh membenteras pelbagai masalah-masalah yang Barisan Nasional gagal selesaikan selama ini. Akhlak remaja, seks bebas, keselamatan jalan raya dan yang terpenting sekali gejala RASUAH dan PENYALAHGUNAAN KUASA. Aku juga tidak fikir PAS kekurangan cerdik pandai dan pakar ekonomi untuk merencana pembangunan negara. Aku juga rasa sistem pemerintahan Islam boleh digunapakai tidak kira zaman atau keadaan. Jika diterangkan betul-betul, non muslim pun pasti suka.

Tapi itu cuma angan-angan kosong, tidak mungkin PAS menang majority kerusi parlimen. Jumlah kerusi yang mereka tandingi pun tidak cukup. Jadi harapan realistik dari aku:

- PAS mengekalkan Kelantan.
- PAS ambil kembali Terengganu
- PAS mengejutkan UMNO Kedah or least nafikan 2/3 kerusi negeri disana.
- Keadilan dan PAS menang beberapa kerusi di Selangor.
- DAP berjaya malukan Gerakan di Penang.
…dan beberapa tokoh BN dimalukan. Sharizat, mungkin?

Itu sahaja. Dalam erti kata lain, aku mahukan Pembangkang yang lebih kuat tidak kira di Parlimen atau di Negeri. Aku tidak mahu Barisan Nasional sesuka hati mencabul kehormatan kita sewenang-wenangnya. Macam sekarang.

Jangkaan Aku.
Barisan Nasioanl menang besar… macam biasa. Secara detailsnya, segala harapan aku diatas kemungkinan besar tidak jadi kenyataan.

Sekarang, aku ada beberapa soalan ingin aku ajukan kepada penyokong Barisan Nasional. Beberapa soalan utama dan diselitkan dengan penerangan atau soalan sampingan.

1. Tak nampak ke BN memperkudakan RTM, TV3, dan semua media massa?
2. Tak nampak ke BN menyalahgunakan kemudahan kerajaan untuk gerakan jentera pilihanraya mereka?
- Kalau secara terang-terangan mereka boleh melacurkan media massa dan jentera kerajaan untuk kepentingan politik, tidakkah terfikir yang mereka boleh lakukan macam-macam salah guna kuasa lagi?

3. Tak kisah ke korang semua dengan rasuah yang makin bermaharajalela?
- Baca posting ini: Industry Rasuah Malaysia. Untuk tahu kedasyatan rasuah di Malaysia. Secara mudahnya, cuba fikir berapa belanja BN untuk PRU 12 ini? Mana sumber duit tersebut?

4. What the worst akan berlaku jika pembangkang Malaysia makin kuat?

5. Korang semua buta kayu ke tak nampak semua kepincangan dalam kerajaan Barisan Nasional?
- Memang barisan Pembangkang pun tidak perfect. Mungkin mereka pun akan jadi sebegitu teruk jika mereka memerintah atau jika mereka semakin kuat. Tapi jangan lah jadi pengecut dan takut dengan benda yang belum pasti.

6. Adakah korang semua lemah sangat sampai sanggup melihat semua jenis kezaliman semata-mata kerana nak jaga perut sendiri?
- Tidak takut api nereka ke? Jangan halalkan benda yang haram.

7. Tak cukup bukti penyelewengan SPR yang pembangkang tunjukkan? Bagaimana boleh mereka baru sedar penggunaan dakwat tidak diwartakan dalam perlembagaan? Bodoh ke pura-pura bodoh?

8. Tidak sakit hati ke korang semua melihat politik anak beranak, anak menantu dan sedara mara di halalkan oleh UMNO? Ini bukan lagi kronisme, tapi dah KERAbatnisme.
- Kalau orang Pelabuhan Klang pilih menantu Datuk Z, memang mereka buta tuli dan bodoh tahap kerbau..

Ingat, aku tulis posting ini bukan nak pengaruhi orang. Aku nak puaskan hati aku sendiri. Awal-awal lagi aku dah beritahu.

Apa akan berlaku lepas ini?
Kalau harapan aku jadi kenyataan, aku akan kutuk BN maksima. Aku suka, gelak sambil guling-guling. Kalau mereka menang besar pula, aku akan cakap mereka menipu. Standard la, aku kan penyokong parti pembangkang. Apa yang korang jangkakan? Hahahaha…

Kepada semua kaum hawa. Happy woman day. Kebetulan hari wanita sedunia jatuh pada hari pilihanraya. Read my last year entry to find more about International Woman Day (IWD).

http://www.akubetul.com/2007/03/today-is-international-woman-day-iwd.html

Selamat mengundi kepada kita semua yang bijak. (baca 1st sentence of this posting)…



Total Pageviews

. page counter