Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Friday, March 7

Seloka Pilihanraya II

Seronok aku baca Seloka Pilihanraya dari blog katataknak.blogspot.com. So, dengan tanpa izin beliau aku sambung seloka tersebut. Aku gunakan last paragraph dari seloka dia dan sambung disini. Enjoy...

Oh, kerri sayang menantu abah
Tolong lah abah yang dah nak rebah
Kepada rakyat tolong lah hebah
Janganlah pembangkang yang depa pangkah


Bukan aku nak sokong rasuah
Aku tak mampu semuanya nak terjah
Bukan mereka tak pergi sekolah
Semua pemimpin nak hidup mewah


Orang Putih ada pepatah
Hanya gigit yang boleh dikunyah
Tapi nafsu dah macam tong sampah
Asal boleh semuanya dijamah


Rakyat menderita apalah salah
Mereka tak makan pun aku tak kisah
Keringat mereka aku nak perah
Kekayaan negara aku nak ratah


Kalau rakyat rasa nak berubah
Aku gunakan pelbagai helah
Tak kira betul ataupun salah
Janji membolehkan aku tak kalah


Kadang-kadang aku baca Harakah
Takut juga rasa nak lelah
Adakah rakyat dah nak termuntah?
Melihat aku yang tak bermaruah


Rakyat dah minat puak sebelah
Aku harap mereka tak marah
Tapi menantu masih ambil mudah
Siapa bising Pemuda belasah


Sana
sini Samy diludah
Nak dia berhenti punyalah susah
Orang India dah berbelah-belah
Harapan aku dah makin punah


MCA-Gerakan baik tak pernah
Orang Cina dah mula berpecah
DAP kacau bagi lagi meriah
Aku dan BN dah makin gelabah


Harap rakan-rakan tidak menyerah
Suruh rakyat hati-hati memangkah
Biar mereka fikir yang sudah-sudah
Semua jasa yang pernah dicurah


Jasa aku semuanya 'indah'
Barang-barang dah tak murah
Harga tol pun tak mungkin rendah
Rasuah pula semakin bercambah


Duit berkempen berjuta sudah
Harta kerajaan habis dikerah
Semuanya mangsa nafsu serakah
Kalau kalah, mana aku nak pindah?


Keadaan makin riuh-rendah
Luka BN dah makin parah
Adakah mereka yang makin gagah?
Atau Barisan yang dah jadi lemah?


Semua pekong pembangkang dedah
Semua halangan mereka dah redah
Aku tahu langit tak selalunya cerah
Kini aku hanya berserah


Esok, jangan silap gambar rajah
Roket terbang tak tentu arah
Lupakan bulatan dan gelang getah
Undilah dacing walaupun nak patah


Gurau senda takkan nak kisah
Suka-suka hilangkan gundah
Jangan emosi, jangan melatah
Nukilan ini bukan dari Pak Lah


Aku harap tiada sesiapa yang take serius gurauan aku ini. Tonight aku akan balik kampung, tak sabar nak pangkah dan menconteng kertas undi esok pagi. Kepada yang travel balik ke kampung, hati-hati dijalanraya. Kepada petugas kempen, jangan lupa buka semula semua bendera, bunting, banner, tiang dan segala jenis 'sampah sarap' yang korang gantung sejak 2 minggu lepas. Kepada calon-calon pula harap akan kotakan janji bila dah menang. Kepada yang kalah... padan muka kau...! Hahahaha....

Thursday, September 13

Berita Lucu Hari Ini

Aku tiada idea nak tulis blog, so aku buka laptop and baca online newspaper. Don’t know hari ini hati aku mudah tercuit atau memang berita-berita ini lucu.


1. Don’t Work, Have Sex
ULYANOVSK, Russia (Sept 12, 2007): The governor of a central Russian province urged couples to skip work today and make love instead.And if a woman gives birth in exactly nine months time - on Russia's national day on June 12 - she will qualify for a prize. - The Sun

To increase their province population, governor announced a ‘contest’ encourage parent dapatkan anak ramai. Gavernor suruh ponteng kerja dan melakukan hubungan seks, supaya 9 bulan lagi (June next year) bulan kemerdekaan Russia, mereka akan dapat hadiah jika anak lahir pada hari kemerdekaan. Is this funny or what? And we thought our leader stupid? Hahahaa…


2. Berbuka Puasa Ikut Bulu Roma Guru Agama
“Lebih pelik, bagi menentukan waktu berbuka puasa, pengikut hanya perlu melihat bulu romanya (Tok Pa) meremang sebelum boleh menjamah makanan.

“Amalan pelik itu disedari apabila mendapati penghuni di perkampungan itu sudah berbuka puasa lebih awal walaupun belum masuk waktu Maghrib.
- MyMetro

Boleh pula berbuka ikut bulu roma, hahaha… Memang sah la ikut laporan berita itu ahli-ahli kumpulan tersebut dah terkena ilmu hitam. Dah terang-terang berbuka ikut bulu roma salah, lucu dan tak masuk akal. Tak mungkin mereka boleh tertipu sebegitu sekali without black magic influence. Tapi memang banyak perihal ajaran sesat yang sedikit lucu. Have sex dengan anak pengikut, upacara ‘merasa’ bini orang lain, zikir laga-laga lutut, zikir sambil nyanyi… macam-macam.


3. Bukan Suka-suka Bercium
“Apa yang saya lakukan, bukan sekadar nak suka-suka, tapi disertai dengan perasaan. Saya tak boleh nafikan perkara itu.” – Ashraf told Bintang Popular

Rasanya semua orang terima email ada gambar Ashraf bercium dengan Bunga Cinta Lestari (Ini nama orang ke tajuk novel?). Dan ini berita last weekend. Aku sedikit memuji sikap Ashraf yang gentlement dan mengaku dia buat perkara tu. Cuma lucu sedikit pemilihan tajuk article oleh wartawan Bintang Popular. Aku ingatkan mereka bercium kerana berlakon ke, kerana terpaksa ke… sebab ditulis bukan 'suka-suka'. Tapi bukan 'suka- suka' pada dia bermaksud ciuman yang ‘disertai perasaan cinta suci murni’. Cewahhh… Hahahaha… Remaja kita pun akan pakat-pakat ikut.


Senang rupanya nak tersenyum... baca lah berita banyak-banyak.


Total Pageviews

. page counter