Showing posts with label malaysian politic. Show all posts
Showing posts with label malaysian politic. Show all posts

Friday, May 29

Know How vs Know Who – Mana Lebih Penting?

Serious posting. Posting kutuk Mangkuk tak boleh biar lama-lama, nanti aku kena belasah. Bahaya rupanya penyokong Mangkuk ni. Ganas-ganas…

Businessman, those yang biasa join government tender, involve in writing proposal to government or any other big multi national company, politician turn businessman or the other way round – Semua golongan ini faham maksud posting by just reading the title.

Aku nak cerita pasal persoalan biasa yang bermain di fikiran ahli-ahli perniagaan. Mana yang lebih penting dalam dah start or maintain satu-satu business, know how or know who? I know, again when come to this kind of argument the simplest answer will always be BOTH! Ok lah, memang paling bagus kalau ada dua-dua, but aku nak tanya mana yang lebih penting or in other words, kalau kita nak jayakan sat-satu business project, element yang mana lebih besar portionnya, kenal orang atau tahu cara buat.

Let’s define both phrases first…

Know How
Skill, knowledge and experience required to execute any particular task. Also we can include ownership of the equipment, materials and tools to implement the project. We are talking about project manager, coordinator, engineer, scientist, skill workers, problem solving person, etc.

Know Who
Relationship, network, connection, affiliation or what ever other term we want to use to describe association between those we want to built the project with those who want to approve, make use of the completed assignment and those who hold the pay cheque. Now we are referring to politician, government leaders, officers, high rank manager, etc.

I believe everybody know there are two ways to become millionaire. First, sell 1 million items to one million buyers with RM1 profit margin each item. Second method is sell 1 item with RM1 million profits to one single buyer. To sell 1 million items, we need promotion, marketing, good business plan and a lot more, but to sell to one buyers of cause easier. And in Malaysia one of the main ‘buyer’ and the easiest to convince is Malaysia Government, kan? Semua orang tahu kalau dengan kerajaan kita boleh mark-up gila-gila, even 300%-500%. Businessman nak jadi jutawan bukan kira halal-haram. Asal boleh untung, mark-up je….They will come up with all kind of excuses, admin fee lah, consultant fee lah, late payment fee lah untuk menghalalkan business deal mereka. Reason aku cakap pasal government sebab ‘Know Who’ always related to government project, government officer, political leaders and so on, although padahal nak supply barang between private sectors pun banyak melibatkan benda-benda ini. Tapi again, remember kerajaan adalah ‘syarikat’ yang paling kaya di Malaysia. Kita selalu assume they have infinity amount of money, and think it deeper its kinda true sebab mereka collect tax from all of us monthly! So, most of my points later will be referring to government related project.

Jom discuss simple pro and cons and later make a conclusion.


Know How


Kalau kita benar-benar arif perihal satu-satu project memanglah mudah untuk expedite the whole plan. Kita yang memang pandai bidang tersebut akan cari jalan agar project tersebut berjalan lancar dengan kos yang minimum tanpa mengabaikan kualiti.

Kalau kita tidak pandai, kita kan terdedah kepada penipuan, kesilapan dan seterusnya kegagalan.

But, to gain this knowledge it required a lot of efforts, time consuming and of cause bright mind. Tidak semua orang dikurniakan kebolehan sebegitu.

Contoh orang yang ‘Know How’ yang kaya raya banyak kita boleh lihat dalam industry I.T. Bill Gates, Steve Jobs, kat Malaysia pula peniaga macam Irfan Khairi, dan ramai lagi founder-founder company I.T related macam e-pay, Jobstreet, K-One, Skali yang aku tak ingat nama dan malas nak search. Most of them memang pandai I.T, mostly programmer yang tulis program dan gunakan untuk buat bisness.


Know Who

Kalau kita kenal pihak yang nak bayar kita atau pihak yang dapat benefit daripada project tersebut, seterusnya dapat sokongan mereka ini akan memudahkan satu-satu project terlaksana. Mudah untuk terlaksana kerana ianya senang untuk kita nak jelaskan kebaikkan, faedah, kos yang diperlukan dan lain-lain hal dengan mereka.

Also, kepada golongan yang jahat, senang nak share keuntungan daripada project dengan pihak yang meluluskan project in term of rasuah, bonus, hadiah, holiday trip, consultant fee dan macam-macam cara lagi.

But to ‘Know Who’ bukan lah perkara mudah. Ada pelbagai cara nak ‘kenal’ orang. Institusi pengajian seperti sekolah dan university adalah cara paling popular. Ada sesetengah government agencies control by MCKK old boys, ada pula kementerian yang dijaga oleh bekas penuntut UiTM dan jangan terkejut ada beberapa sector perniagaan di Malaysia dimonopoli oleh bekas student MRSM. Believe me, it is happening now.

But to gain people trust is not an easy task also. Of cause we can always ‘buy’ the trust. Tapi kalau untuk peniaga jujur, it is damn difficult. Perfect example (intention to said aku adalah orang jujur, hahahha)… aku try nak jumpa pengarah satu department kerajaan. Imagine, aku try set appointment from last year! Masa aku nak kahwin bulan 10 tahun lepas, aku first call dia. Memang lah aku tak kacau everyday, but once a week aku akan try call, nak set appointment. Alasan seperti busy dengan seminar, tender, meeting sana, meeting sini, kursus, dan paling best… Cuti! Holiday sepanjang schoold holiday. Hanya this morning aku berjaya jumpa dia for 15 minutes. Boss aku gelak je, dia cakap ‘ let me know if you need any help’. Aku tahu, dia bermaksud political connection lah tu. But aku malas nak pakai link politic di Selangor sebab semua orang tahu pegawai kerajaan still ramai yang support Barisan Nasional but state government under Pakatan Rakyat. So, it is a suicide move kalau guna mana-mana links pun. One way or another akan ada orang benci.

Adilnya, aku kena listkan contoh orang yang telah berjaya tapi tidak begitu pandai tentang bidang yang dia ceburi. Macam menyindir lah pula, so better aku tak nyatakan walaupun ada beberapa nama yang terfikir. Mudahnya, masa persidangan UMNO lebih molek pergi persidangan PEMUDA UMNO. Most of familiar faces there, kaya raya dengan hanya jual ‘kenalan’.

So, aku dengan penuh confidentnya buat conclusion di Malaysia memang ‘Know Who’ lebih penting dari ‘Know How’. Like it or not just accept it. Sebab tu kita boleh lihat orang buta i.t jadi director, even ceo syarikat telecommunication dan mamat lulusan finance lead engineering firm jadi consultant kepada government- linked-company.

One of the main reason Know Who penting di Malaysia sebab income politician tidak sebesar mana. Pak Menteri kita nak mempunyai gaya hidup yang sama dengan pak menteri dari negara maju, so since gaji mereka tak cukup nak cater their lifestyle, they have to become businessman. They want to have their own yatch, plane… ada hobi pelik-pelik macam collect kereta mewah, atau melancong. Bila politician jadi businessman, then start la pasang cronies, proxies, kerabat, dan sebagainya. Di USA or UK contohnya, one book wrote by politician boleh jual millions copies dan membuatkan mereka tidak perlu venture dalam business-business lain. But sadly, not here in Malaysia.

Jadi contohnya, kalau nak propose agar semua masjid dan surau di Malaysia ada website sendiri. Semua website dihostkan di satu syarikat dan dikawal selia oleh jabatan agama Islam. Website ini juga akan jagi virtual community center for jemaah masjid berkumpul secara maya. Content wesbite AJK surau boleh update sendiri with template yang disediakan. Each site aku propose for let say, RM1000. Ada at least 5000 masjid dan surau registered, so easily aku boleh collect RM5 million, not include maintenance fee. With cost around half of that amount, then aku buat at least RM2 million profit. Remember aku memang tidak mahir nak buat website, jadi in order to kick start aku tidak perlu cari syarikat atau individu yang pandai buat website, syarikat hosting, pakar i.t… instead aku kena kenal dengan ustaz-ustaz di JAKIM, IKIM atau agensi-agensi yang berkenaan. Kenal mereka dulu, berkawan, ajak minum, main golf sekali, join ceramah agama, sembahyang kat masjid negeri… then maybe after few months baru aku propose. Kalau mereka agreed, barulah aku cari pakar-pakar i.t untuk tolong aku.

This scenario good or not? you guys decide lah. That a whole discussion all together. Ada baik dan buruknya aku rasa. Maybe next time...

Buat website for masjid dan surau, it is not a bad idea, kan?

Chow… nak pergi call kawan-kawan UMNO…kot-kot ada yang kena sesiapa di Jabatan Perdana Menteri, ada project nak propose. Hahaha….boleh untung 2 juta ringgit, mesti mata terbeliak.

Selamat berhujung minggu!

Tuesday, January 13

PAS HAMAS... UMNO FATAH

Notice: Sorry aku tinggalkan blog ini hampIr seminggu. Aku busy dengan kerja di offce dan aku juga balik kampong bercuti ke Kuala Terengganu dan Kelantan.

So, bila dah sampai Kuala Terengganu memang tak boleh lari dari berfikir pasal politik sekarang ini. Inspired by comment left at my simple-daily updated-less picture-fast loading-new blog (Short Talk). Aku tulis pantun ini. Sesiapa yang dah lama baca blog aku memang tahu aku kadang-kadang suka buat entry sebegini.

Ini bermula bila Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mustafa Ali berkata kalau kita lihat scenario politik di Palestin, kita boleh kaitkan watak HAMAS dan PAS hampir serupa dan UMNO mirip parti yang digulingkan, FATAH. Antara points yang disamakan adalah kedua-dua party adalah party politik yang dianggotai oleh orang Islam tapi sekian lama tidak sehaluan. HAMAS dianggap party Islam extreme oleh ramai pihak luar dan FATAH merupakan sebuah party politik yang dibuktikan mengamalkan amalan rasuah dan penyelewengan kuasa.

Samada dakwaan Mustafa Ali itu releven atau tidak aku malas nak ambil pusing. Kalau difikir-fikirkan ada juga logiknya.

So, here my latest seloka base on that statement….

PAS HAMAS…. UMNO FATAH.

PAS = HAMAS,
UMNO = FATAH,
PAS BERKIAS,
UMNO BERMADAH.


PAS = HAMAS,
UMNO = FATAH,
PAS TERLEPAS,
UMNO MERIAH.


PAS = HAMAS,
UMNO = FATAH,
PAS TEWAS,
UMNO MEGAH.


PAS = HAMAS,
UMNO = FATAH,
PAS LEMAS,
UMNO RATAH.


PAS = HAMAS,
UMNO = FATAH,
PAS ULAS,
UMNO MELATAH.


PAS = HAMAS,
UMNO = FATAH,
PAS CERGAS,
UMNO SUSAH.


PAS = HAMAS,
UMNO = FATAH,
PAS PULAS,
UMNO GELABAH.


PAS = HAMAS,
UMNO = FATAH,
PAS KERAS,
UMNO LEMAH.


PAS = HAMAS,
UMNO = FATAH,
PAS KILAS,
UMNO ACAH.


PAS = HAMAS,
UMNO = FATAH,
PAS LIBAS,
UMNO PATAH.


PAS = HAMAS,
UMNO = FATAH,
PAS PUAS,
UMNO PARAH.


PAS = HAMAS,
UMNO = FATAH,
PAS KUPAS,
UMNO MELUDAH.


PAS = HAMAS,
UMNO = FATAH,
PAS HEMPAS,
UMNO TADAH.


PAS = HAMAS,
UMNO = FATAH,
PAS RAMAS,
UMNO PERAH.


PAS = HAMAS,
UMNO = FATAH,
PAS TEBAS,
UMNO REBAH.


PAS = HAMAS,
UMNO = FATAH,
PAS RAMPAS,
UMNO MARAH.


PAS = HAMAS,
UMNO = FATAH,
PAS BERKIPAS,
UMNO BERTELAGAH.


…dan yang penting…..


PAS = HAMAS,
UMNO = FATAH,
PAS TERAS,
UMNO WADAH.


This just another I try to be funny and creative kind of posting. Aku tak berniat nak jadikan isu peperangan di Palestin sebagai bahan gurauan, sekadar berseloka dan ajak semua orang berfikir. Dalam lucu pun kadang-kadang ada isinya.
But, please do not take this seloka too seriously dan kalau ada salah eja minta maaf. Aku tulis pun kelam kabut. Aku juga masih belum berkesempatan nak reply email dan reply komen. Tunggu aku free sikit dari kerja.

Tuesday, October 21

Soi Lek Talk About Openness, Kangkung & Belacan

Dalam subject Bahasa Melayu kat sekolah dulu ada belajar pasal read between the lines. Maksud tersirat namanya kalau tak salah aku. Meaning, maksud-maksud yang hendak disampaikan oleh penulis tapi diselindungkan. Maksudnya, penulis… arrgghh.. korang faham maksud aku.

So, aku nak try cari ‘maksud tersirat’ yang Deputy President baru MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek cuba sampaikan dalam article laporan TheStar ini. Sorry lah, kalau ada orang berpendapat pandangan aku sedikit racist.

Itu artikel penuh laporan berita yang memetik beberapa kata-kata Soi Lek.


First aku nak sentuh pasal kata-kata ini:


Don’t worry Datuk Seri, we all or at least majority of MCA members memang open minded. They chose you instead of the others prove memang mereka open. By choosing “porn actor” seriously show they love transparency and openness.


Then aku nak cari maksud tersirat from this two paragraphs.


First, contradictory from my friend advice, kankung actually is a healthy food. Base on Soi Lek’s ‘experience’, aku juga percaya kangkung tidak memberi kesan kepada kemampuan sex lelaki. So, bolehlah aku suruh isteri aku masak kangkung banyak-banyak. Sebab aku memang suka makan kangkung tapi member cakap kangkung tak bagus untuk orang baru kahwin. Member-member aku tahu apa, Soi Lek adalah seorang doctor yang telah membuktikan kelakiannya pada semua orang yang lucky enough dapat tengok video dia. So, I put my trust on Soi Lek dan everyday aku makan kangkung. Kangkung pun murah, kalau kat kampong aku dalam parit depan rumah pun aku boleh jumpa kangkung.
2nd, Soi Lek juga bagi pesanan. Jangan masak kangkung banyak sangat dengan belacan. Ini dah jadi serious isu. Kangkung referring to his tag team with Tee Keat, as explain in 2nd paragraph above. So, dia cakap both of them cannot mingle too much with ‘belacan’. Who he referred as ‘belacan’? From my view, belacan maksudnya Melayu. Since selalu aku dengar even dalam drama or filem orang kita buat lawak macam ni:

Pelakon: Alaaaah, kau tak payah la nak berlagak macam mat salleh. Jangan la nak pura-pura suka makan cheese, kalau dah belacan tu belacan juga.

Sebagai menunjukkan ada orang Melayu yang berlagak sombong nak jadi orang putih.

Ok, from political point of view pula, in particularly dalam BN, Melayu bermaksud UMNO. UMNO memang kadang kala berbau busuk macam belacan but still berguna kepada orang yang suka makan (nak kenyangkan perut). So, jelas dan nyata lah Soi Lek tak suka bekerjasama too much with UMNO.

Maybe lepas ni Soi Lek akan perkenalkan menu baru, pizza kangkung or kangkung kari.

Apa pun, all the best to doctor, cum ‘porn star’ to unite Chinese community since sekarang nampaknya Gerakan dah semakin open menerima non-Chinese in their leadership rank.

Wednesday, August 27

Landslide Victory by Anwar Ibrahim ... And the Countdown Begins.

Macam pernah aku cakap dulu. Analisis keputusan pilihanraya memang senang. Sama macam analisis perlawanan bolasepak. Damn easy for us to figure out what went wrong and what makes one side better than another.

Ada macam-macam andaian, UMNO tentunya akan buat kaji selidik yang terperinci kenapa mereka kalah teruk. Akan keluarlah puluhan kalau tidak ratusan alasan. Bloggers pun dah ramai yang bertukar jadi pakar analisis politik dengan memberi pandangan mereka. Ada yang radikal sehingga mengatakan Anwar berjaya dapat sokongan Chinese sebab Anwar dah plan dengan menyuruh Tan Sri Khalid umumkan pasal quota non-bumiputera di UiTM dan ada yang lebih Islamic dengan mengatakan Anwar bijak kerana memanggil orang kuat PAS seperti Nik Aziz dan Hadi Awang untuk menepis isu moral yang sedang Anwar hadapi.

Aku cuma nak komen pasal 2 alasan dari berpuluh yang telah dinyatakan oleh pakar politik tak bertauliah di Internet.

Antara reason terkuat Anwar menang adalah kerana penduduk sana mengenang jasa Anwar kepada mereka. Semalam aku tidor 4 pagi sebab bersembang dengan member-member UMNO Shah Alam yang baru balik dari Permatang Pauh. Menurut mereka memang ramai makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang cakap tidak mungkin mereka akan undi BN sebab Anwar tolong anak mereka jadi cikgu, Anwar pernah tolong gantikan atap rumah mereka yang kena ribut, Anwar derma basikal kepada anak mereka untuk pergi sekolah dan macam-macam jasa lagi yang Anwar pernah buat. It is a norm for human being expecially in Malays culture to remember and repay any deeds yang pernah diterima. Ini bukan perkara baru, ramai pemimpim ternama membuat benda yang sama. Tengku Razaleigh, Sharir Samad, Rafidah Aziz, dan ramai lagi. No matter what issue or scandal they involve nationally orang kampong would not care less. For them wakil rakyat mereka telah banyak membantu mereka dan mereka yakin usaha itu akan diteruskan. So, cubalah letak Haron Din pun bertanding di Kuala Kangsar, confirm Rafidah akan tetap menang tidak kira la berapa banyak AP kereta import yang dia songlap atau berapa banyak share syarikat milik kerajaan yang dia passing ke kerabat dia. So, factor jasa Anwar itu nothing we say more lah. Happy juga aku dengar Anwar seorang pemimpin yang berjasa dan rakyat Malaysia adalah golongan yang mengenang budi.

Satu lagi reason utama Anwar berjaya belasah BN di Permatang Pauh adalah harapan yang diberikan oleh beliau. Beliau berjanji yang dia akan jadi Perdana Menteri Malaysia selepas 16 September 2008 (sehari lepas birthday aku). Iaitu selepas 31 (bukan lagi 30, sebab Zulkifli Nordin dah atau akan keluar PKR) member of parliament BN akan lompat party. Anwar berdentam-dentum menjanjikan pelbagai ‘kesenangan’ kepada rakyat Malaysia. Dari segi ekonomi, perpaduan, keadilan, rasuah dan beberapa janji lagi. Forget all those promise, temptation to get Prime Minister from their own kampong too hot for Permatang Pauh folks to ignore. Memang syok la kalau dapat Perdana Menteri dari kawasan kita. Sedikit sebanyak mesti akan dapat tempias pelbagai imbuhan dan popularity.

Yang menjadi persoalannya sekarang adakah Anwar mampu untuk menunaikan janji untuk mengumpulkan cukup ahli parlimen? We will never know the answer before 16 September (one day after my birthday). So, just wait and see lah.

But, persoalan yang nampaknya aku seorang terfikir adalah, adakah PAS sanggup menerima taktik Pakatan Rakyat yang merasuah (wang atau jawatan) kepada ahli parlimen yang bakal lompat parti? Adakah PAS sanggup menggadai imej keislaman yang dibawa selama ini? Adakah PAS sanggup bersongkongkol dengan pakatan ‘jalan belakang’ menubuhkan kerajaan?

Aku memang betul-betul tak setuju dengan tindakan ‘membeli’ ahli parlimen. Apalah salahnya Anwar stop here dan menjadi ketua kepada pembangkang yang kuat di parlimen? Dengan barisan tokoh-tokoh yang ada dalam barisan pembangkang aku rasa rakyat Malaysia dah boleh tarik nafas lega. Kerajaan Barisan Nasional tidak boleh lagi sewenang-wenangnya memperkutak-katikkan kita semua. Pembangkang yang kuat ada untuk check segala tindak tanduk mereka dan balancekan apa yang berat sebelah. Cukup lah… Anwar cakap dia telah maafkan majority pihak yang involve framed him pada hujung tahun 90an. Jadi kenapa perlu nak jadi PM lagi? Mungkin tidak semua, tapi banyak juga janji-janji yang dilontarkan masa berkempen boleh dilaksanakan jika duduk di pihak pembangkang.

Tapi siapa aku nak nasihatkan seorang pemimpin berjiwa besar macam Anwar Ibrahim. Seorang genius politic yang telah merasa main semua jenis permainan politik. Aku cuba harap Anwar tidak terlalu tamak dan haloba. Cerita-cerita yang mengaitkan beliau dengan anasir-anasir luar tidak semua kita boleh campak ke laut. Kalau ikut logic akal pun, mana PKR dapat dana untuk sponsor kempen pilihanraya?

So, macam title posting ini. Countdown ke 16 September 2008 (sehari lepas birthday aku) bermula sekarang. Bukan sahaja Malaysian, malah cerita Anwar menarik perhatian dunia luar juga. Macam aku cakap tadi, aku harap Anwar tidak akan jadi PM simply because aku tak suka idea PAS terlibat dalam aktiviti keji dan juga aku believe Anwar and Pakatan Rakyat boleh memainkan peranan yang lebih baik sebagai pembangkang.



Countdown counter ini aku kira sehingga tengah malam 16 September 2008 (sehari selepas birthday aku). Kalau tidak ada apa-apa announcement pasal Anwar ke Putrajaya sehingga countdown ini berhenti, maksudnya Anwar memang penipu. Kalau aku rajin aku akan letakkan counter ini di tepi blog ini, saja sebagai peringatan bersama.

P/S: 4 kali aku mention tarikh birthday aku dalam posting ini. Tak faham-faham lagi ke? Prepare kan hadiah yang mahal-mahal. Hahahaha….

Ralat:
Diatas aku ada mentioned yang YB Zulkifli Noordin sudah atau akan keluar parti PKR. Aku minta maaf, aku tertipu dek sms, email dan cakap-cakap kosong dengan member-member. Di blog beliau, ada penafian rasmi. <sini>. Thanks to few emails yang memberitahu.

Macam dalam paper la pula, ada ralat...:)

Tuesday, August 26

Kibar Jalur Gemilang Terbalik

Less than a week kita akan celebrate Merdeka. Kenapa tahun ini kurang meriah je sambutan? Kempen pun tak sehebat dulu, tak kira dari kerajaan dan syarikat swasta. Semua busy dengan politik kot.

Masa mula-mula ada ura-ura nak namakan bendera Malaysia aku ternanti-nanti dengan penuh semangat. Pastu masa sambutan merdeka tahun bila ntah, seperti biasa aku dengan member-member rumah sewa masa study pergi Dataran Merdeka, dan Dr. Mahathir umumkan yang bendera Malaysia officially akan dikenali sebagai Jalur Gemilang. Aku punya lah tak puas hati sebab pada masa tu terus terlintas kat fikiran aku singkatan kepada Jalur Gemilang adalah JALANG. JAlur gemiLANG. Tak mungkin aku seorang je terfikir sebegitu, kan?


Aku ada 2 Jalur Gemilang dalam kereta, aku keluarkan time tengok bola sahaja. Pernah sekali aku keluarkan masa nak buat lapik duduk masa repair tayar kereta.


Early August, blogger terkenal Kickdefella start a campaign to display Jalur Gemilang upside down. Gambar dibawah aku ambil dari blog beliau. Click gambar akan terus pergi ke posting yang beliau mulakan kempen tersebut.

Raising the flag upside down as a symbolic message to show Malaysia now memang dah terbalik dek kerana kepimpinan yang semakin teruk. Blogger tu cakap memang dah jadi tradisi pelayaran di laut mengibarkan bendera terbalik bagi menandakan mereka dalam bahaya, emergency atau memerlukan bantuan. So, secara simboliknya Sheih dari Kickdefella kata yang Malaysia kini dah semakin teruk dan umpama kapal yang didalam bahaya.

I would say campaign from Sheih mendapat sokongan yang tidak kurang hebatnya from a lot of bloggers. Sheih memang sudah terkenal, ada ramai follower and he also famous for few controversies before.

Blogs yang sokong cadangan Kickdefella

Sheih dari Kickdefella adalah seorang ahli atau bekas ahli UMNO tetapi accept offer to work for PAS led Kelantan government. Nobody can blame him, since dia dah fed up dengan UMNO dan dapat offer untuk menabur bakti dinegeri kelahiran beliau. Tentunya dia terima offer dari Nik Aziz dan Husam Musa tu.
Berbalik pasal bendera terbalik, semua orang BN hentam Sheih. Pemuda UMNO, pemimpin-pemimpin sehinggakan Perdana Menteri pun hentam dia. Ramai yang cakap dia kurang ajar, melampau dan ada yang mahu dia ditahan dibawah akta hasutan.

Ok… enough for introduction, now time for me to show my opinion regarding this issue. Aku tidak berapa setuju diterbalikkan bendera Malaysia. Sebab, betul dalam dunia pelayaran atau semasa peperangan raise flag upside down untuk dapatkan bantuan. But in our case kita inginkan bantuan daripada siapa? Kita kibarkan Jalur Gemilang terbalik untuk tatapan siapa? Kalau orang luar nampak, so, kita harapkan mereka akan hulurkan bantuan? Mungkin Sheih seorang penggiat seni (yup, he produced quite number of movies) so dia boleh nampak betapa indahnya simbolik itu. Dia juga rasa dengan menterbalikkan bendera boleh create awareness dalam masyarakat, at least dalam dunia internet. But again, most internet user in Malaysia adalah mereka yang sudah tahu Malaysia bukan dalam keadaan terbaik. Even UMNO supporters realize that fact. So, why bother raising the flag upside down? Jalur Gemilang tak salah, negara Malaysia tidak salah…


Sepatutnya, kalau nak tunjuk perasaan, nak lepaskan geram, nak create kesedaraan dalam diri rakyat Malaysia, terbalikkan lah bendera, symbol atau logo pihak yang dirasakan tidak betul. Pihak yang bertanggungjawap menjadikan Malaysia dalam keadaan yang Sheih rasakan perlu kibar bendera terbalik.


Contoh:


Malaysia tidak perlu diselamatkan, tidak perlu dibetulkan. Yang perlu diberi perhatian adalah mereka yang meminpin Malaysia tidak kira kerajaan atau opposition parties. So, aku rasa lebih baik kita upside downkan logo party politic daripada terbalikkan Jalur Gemilang.

Atau, kalau kita rasakan ada individu yang perlu disalahkan… perlu diselamatkan. Terbalikkanlah gambar beliau.


Contoh:



(Remaining of this blogpost except the last sentence should be read upside down, work only with Firefox. Pengguna I.E sorry bebanyak…..Baca dari bawah ke atas… downside up or upside down…)

˙snld ʞǝǝʍ ǝuo ʇsɐl ǝɥʇ ɹoɟ ɥnɐd ƃuɐʇɐɯɹǝd ıp uǝdɯǝʞɹǝq ƃuoloʇ ƃuɐʎ ɹǝqɯǝɯ-ɹǝqɯǝɯ ɥǝlo uɐʞɐʇıɹǝɔıp lɐʞɐq ƃuɐʎ ʞıɹɐuǝɯ ɥɐsıʞ ıɐƃɐqlǝd ɹɐƃuǝp ʞɐu uɐp ˙ıuı ɯɐlɐɯ lıɔǝʞ ɐʎɐɹuɐɥılıd ʇlnsǝɹ nƃƃunʇ ʞɐu ɹɐqɐs ʞɐʇ ˙˙˙ʍoɥɔ

˙ʇoʞ ɥɐp ʞo

ɹʞd ɔıɯ dɐp ɐɔɯ sɐd ouɯn

˙ıuı ʞılɐqɹǝʇ ɹǝʇɔɐɹɐɥɔ uɐƃuǝp ɹɐsǝq-ɹɐsǝq ɔıʇılod ıʇɹɐd ɐɯɐu sılnʇ uɐʞɐ nʞɐ 'os ˙ƃuıɥʇʎɹǝʌǝ ˙˙˙ɟo ɯɹǝʇ uı pɹɐʍʞɔɐq ʎɹʇunoɔ ɹno ƃuıʌoɯ uo uɐıɔıʇılod ɹno ǝɯɐlq plnoɥs ǝʍ ǝʌǝılǝq ı ǝɔuıs 'uǝɥʇ

˙ƃuılnɾ ıpɐɾ ɐʇɐɯ nɐʇɐ ɐlɐdǝʞ ʇıʞɐs uıɐldɯoɔ ƃuɐʎ ıɐɯɐɹ ʇnʞɐʇ nʞɐ ʇnq 'uʍop ǝpısdn ʇsodƃolq ǝloɥʍ ǝɥʇ ǝʇıɹʍ oʇ ƃuɐpɐɔɹǝq nʞɐ 'ʇsɹıɟ ˙uʍop ǝpısdn ǝlɔıʇɹɐ sıɥʇ ɟo ƃuıuıɐɯǝɹ ǝʇıɹʍ ı pɐǝʇsuı 'uʍop ǝpısdn ƃuɐlıɯǝƃ ɹnlɐɾ ɹno ǝsıɐɹ uɐʞɐ ʞɐpıʇ nʞɐ 'nɐılǝq ɐpɐdǝʞ uɐƃuoʞos ɐpuɐʇ ıɐƃɐqǝs os ˙uoıʇɐɹʇsnɹɟ sıɥ puɐʇsɹǝpun puɐ ʎɹǝʌɐɹq sıɥ ǝʇnlɐs ı ʇnq ˙uʍop ǝpısdn ƃuɐlıɯǝƃ ɹnlɐɾ ǝsıɐɹ oʇ uƃıɐdɯɐɔ ɐllǝɟǝpʞɔıʞ ɯoɹɟ ɥıǝɥs ʎq pǝpuǝɟɟo ʇıʞıpǝs uɐp nɾnʇǝs ʞɐpıʇ nʞɐ undnɐlɐʍ


Best pula rasanya tulis terbalik cam ni….

Monday, July 14

Bangunan Parlimen Kena Kepong

Sekali lagi Polis ‘kepong’ Kuala Lumpur. Dulu Dataran Merdeka, kali ini bangunan Parlimen pula. Dulu memang terang-terangan ada berita pihak nak adakan perhimpunan tapi kali ini cuma rumors. Sakit betul hati aku. Pagi tadi aku bawa kereta since petang ni planning nak main badminton dengan budak-budak office. So, aku keluar rumah pukul 7:30 pagi, aku sampai office pukul 9:30. Gila… dari Shah Alam ke Petaling Jaya ambil masa 2 jam. Kerja-kerja aku dibeberapa site pun terganggu, ada yang tidak lansung boleh sampai ke site dan ada team yang sampai dah tengah hari.

Aku tidak pasti nak marah pihak yang ura-uranya ingin adakan perhimpunan atau nak marah pihak polis yang mengambil langkah berjaga-jaga yang agak melampau. Everybody tahu police try to make public fuming with those who want to hold the gathering, by doing so we will not give them any kind of support. So, should we blame the organizer or police or Syed Hamid Alba? Kalau tak pasti, ambil langkah macam aku. Aku marah kat dua-dua pihak. Bengong…!


Yang pasti semua ini disebabkan oleh politic Malaysia yang semakin kucar-kacir, semakin teruk, semakin ntah apa-apa.


Beberapa hari lepas masa minum di kedai kopi dekat rumah aku, aku bersembang dengan pelayan kedai tu. Dia ajak aku join cawangan persatuan belia yang dia nak tubuhkan di kawasan rumah aku. Asalnya aku nak juga join, for the sake just nak bermasyarakat. Sama lah masa aku join dia gantung bendera BN bulan Mac dulu. But then, dia selamber je cakap,


“Nanti boleh la minta kau tolong tulis surat dan print, sebab kau ada laptop dan boleh print kat office, kan?”

Dalam hati aku jawap….simple je.


“K*** kau!”

Tapi sebab aku orang timur yang beradab, ayat yang terkeluar dari mulut aku lebih diplomasi dan beradap…


“Insyaallah…”

Bila dia terus ajak meeting pukul 9:30 malam tu, sekali lagi aku bagi jawapan yang sama. Tapi dalam hati aku dah cakap,


“No way aku akan lepaskan siri Monk untuk meeting persatuan belia”

Seriously aku kagum dengan manusia seperti mamat pelayan tu. Dia cakap dia kerja sebagai pelayan saja suka-suka. Dia sebenarnya broker project. Dia dapat project kerajaan, dia akan pass kepada contractor tempatan. At least that was his job masa BN memerintah Selangor lah, since dia ada jawatan dalam pemuda UMNO bahagian. Bila aku tanya kenapa tak cari kerja lain since mutually we know rezeki dia terganggu sebab PKR khabarnya ada geng-geng mereka sendiri yang ingin dikenyangkan. Dia boleh cakap…

“Susah lah, politik dah sebati dalam diri aku…”

Aku tak pasti nak gelak atau nangis masa dia cakap tu. Politik dah sebati dalam diri? What a creative excuse.


Waktu politik Malaysia berada pada imej yang paling bawah dalam sejarah pun masih ada manusia mengaku dia politician. Plus that the same guy yang hantar air kosong aku tadi. Sebab tu aku kagum dengan dia. Bukan aku nak kutuk profession pekerja kedai makan, but agak-agak lah kalau nak sembang pun. Jangan la nak cerita pasal Gunung Everest kalau Gunung Bubu pun kau tak tahu kat mana?


Lastly, aku ada saranan kepada kementerian dalam negeri. Next time kalau ada rumors atau khabar angin ada pihak nak adakan rally ke, tunjuk perasaan ke atau perhimpunan haram lagi ganas ke. Tidak perlu menyusahkan abang dan akak polis lagi. Kesian aku tengok mereka terpacak tengah panas macam orang bangang. Tak buat apa-apa, semua orang tahu their main objective just to prevent crowd to gather at the prime location and to make all of us furious with the organizer. And the ultimate aim is simply to eliminate that kind of gathering at all. So, next time just contact kementerian pertahanan. Segala jenis senjata, kereta kebal, MIG 29, Sukhoi dan kapal selam boleh ditayangkan pada umum.

(Penat buat pakai Word ni...)

Confirm lepas tu nobody dares to hold any kind of protest rally. Kita nak tengok berani ke tidak mat rempit dari PKR menjerit kalau dah muncung kereta kebal beberapa inci depan muka. Hahahahhaa….



P/S: Abang-abang dan akak-akak polis jangan marah aku pula. Nanti sia-sia aku kena C-4. Taaaabaaaabbbooom…!


Update 15/07/08:


Harap-harap jadilah. Just check TV listing malam ini....


Thursday, July 3

Poll Result and New Poll

Notice: Topik santai, dah penat berfikir pasal isu Anwar... hahahaha....

Kepada pengunjung baru blog ini, anda akan perasan akan sentiasa ada poll di sebelah kanan. Selalunya selepas mendapat 100 atau lebih peserta aku akan hentikan dan buat poll baru. So, below adalah poll result yang lepas selepas mendapat 117 responses.
Thanks.


Majority antara kita mempunyai pendapatan bawah RM2000 sebulan. Aku percaya, daripada result poll sebelum ini, majority pembaca blog ini adalah student atau mereka yang muda dan sedang membina karier. Good luck...! cuma aku suka mengingatkan bukan jumlah pendapatan yang penting, tetapi bagaimana kita manage dan membelanjakan pendapatan yang menjadi penentu. Kalau income below RM2000 jangan pula berbelanja seolah-oleh berpendapatan RM6000. Aku adalah antara orang yang paling tidak pandai menguruskan wang ringgit. If anybody interested to know my own salary (not income, hahahaha...) adalah between RM2001-RM 4000. Memang lah ramai orang fikir salary kinda private information. Tapi pada aku tidaklah taboo sangat. Aku boleh je share my exact salary with my close friends. Not with co-workers lah, since that will create unwelcome situation later in the future.


Walaupun ramai student membaca blog ini, tapi surprisingly tidak ramai menggunakan internet di kampus. Mungkin ramai yang ada internet line dirumah atau mungkin connection di campus hampeh. Kepada para pekerja macam aku pula, memang syok mengular depan PC. Since even kalau boss lalu dia akan ingat kita kusyuk bekerja walaupun kita sedang chatting atau update blog. For the record, my boss knew about my blog and he has no problem with it. Selagi kerja aku beres dia akan senyum je bila ada orang bercerita pasal blog aku di office.


Wah, ada juga penyokong fanatik UMNO datang, baca blog aku dan interested to answer my poll.

Since ramai yang interested pasal politik, either support Barisan Nasioanal or Pakatan Rakyat, latest poll aku disebelah tu 100% pasal politik. Hopefully ramai-ramai pakat jawap. Walaupun ada yang dah menyampah dengan politik, please answer and simply pick "Tak ambil peduli" for most of the questions.

Wednesday, July 2

Kes Anwar... Dulu dan Kini

Yesterday, this blog broke it highest daily visitor record, all because Malaysian eager to find out about a guy name Saiful Bukhari Azlan. I believe that name became most search keyword for the past two days in Malaysia. It will be too arrogant of me to just ignoring the latest Anwar Ibrahim’s political adventure. So, aku tulis seloka dibawah to welcome back ceritera Anwar, liwat dan konspirasi.


Dulu dan Kini…
(Yeah I know, title kinda lame)

Dulu...dia seorang Timbalan,
Kini... hanya pemimpin sanjungan.


Dulu... Sukma, Munawar, Azizan,

Kini... Saiful Bukhari Azlan.


Dulu... 3 laki 1 perempuan,

Kini... hanya pemuda tampan.


Dulu... Mahathir jadi tuduhan,

Kini... siapa pula gerangan?


Dulu... Reformasi diatas jalanan,

Kini... dunia cyber menjadi medan.


Dulu... lebam sebelah pandangan,

Kini... mungkin satu badan.


Dulu... politician nafsu haiwan

Kini... nafsu umpama syaitan.


Dulu... tilam jadi bualan,

Kini... apa pula akan dihumban?


Dulu... semuanya satu lakonan?

Kini... macam siaran ulangan
.

Dulu... kawan jadi lawan,

Kini... siapa akan ketawa sakan?


Dulu... hakim jadi sindiran,

Kini... terus jadi gurauan.


Dulu... satu dunia bagi tumpuan,

Kini... pasti lebih perhatian.


Dulu... ceramah celah perumahan,
Kini... stadium tempat syarahan.

Dulu... aku seorang graduan,

Kini... sudah ada pendapatan.


Dulu... aku tumpang kesian,

Kini... aku dah betul-betul bosan.


Orang cakap, kalau dan bosan, tak payah lah fikir. Biarkan sahaja ianya berlalu. Anwar bukan saudara aku pun, si Saiful tu pun bukan ada kena mengena dengan aku. So, biar lantak lah. Tapi takkan nak biarkan sahaja benda yang betul-betul busuk depan batang hidung.

Kalau Saiful tipu, maksudnya memang kejilah dia dan mereka yang suruh dia tipu, tak kiralah ‘mereka’ dari pihak mana. Anwar sendiri, Najib atau Pak Lah. Regardless what the reason but menggadaikan maruah orang lain untuk kepentingan politik, memang betul-betul keji dan sadis.

Kalau Saiful bercakap benar… Oh my God…Ahli politik sanjungan jutaan orang adalah seorang…. (I don’t think I should complete this sentence).

Comparing to Raja Petra affidavit against Datin Rosmah. That one straight forward. If Raja Peta betul, maksudnya our 2nd lady adalah seorang pembunuh kejam dan ganas. But if he lies, maksudnya RPK adalah manusia paling gila dalam Malaysia. Fame and popularity telah menggilakan dia.

So, untuk orang kebanyakkan seperti aku, I can just keep wondering and pray to God that the truth will be reveal. By the mean time, just try to enjoy or ignore the latest plot of this disgusting political sequel drama.

http://mob1900.blogspot.com/

Thursday, May 29

Ezam Masuk UMNO

Ok… seriously malas nak menulis. But then rasa macam nak komen je pasal Ezam masuk UMNO semula.

Since tengah mood seronok copy and paste gambar (read previous posting), aku terfikir nak susun muka-muka yang aku rasa ada memberikan sedikit makna.

Aku tahu gambar tu tak secantik yang ramai lagi blogger lain buat. Aku pun tak berniat nak berkecimpung dalam bidang ‘kutukan sinis melalui gambar’ secara serius.

Pada aku Ezam memang orang tiada penderian lah. Lompat, lompat dan lompat. Hampeh… Walau apa pun alasan, tak kiralah desakan hidup, nak memperjuangkan bangsa, nak tunjuk pandai atau apa sahaja. Tapi menjilat semula ludah…. Damn, malu siot. Dulu bukan main kutuk, buat laporan polis cukup punya banyak, hampir semua pemimpin BN beliau ada simpan 'rahsia ' mereka, konon....

This also show how desperate Pak Lah and geng to fight against Mahathir’s team. Bukan semua orang boleh submit borang keahlian UMNO kepada presiden party.

Lepas Pak Lah cakap nothing special about Ezam and UMNO will never offer any post, Hishammudin terus pergi jumpa Ezam. Hahaha... lawak badut apa mereka sedang pentaskan ni? Pergi check Utusan hari ini, ada both news.

Monday, March 24

Kesimpulan Pilihanraya Umum 12

Notice: Panjang… aku tulis masa weekend.

Back to politic. Sikit je lagi. Sort like a conclusion to 12th general election. Aku just nak listkan WINNER and LOSER of just concluded election. This list from my point of view, again kalau ada yang tak puas hati… lantak korang lah…!

WINNER

1. Rakyat.

Or should I say majority of rakyat semenanjung Malaysia. Although BN still managed to wins majority of Parliament seats, we knew most of those seats came from Borneo. Here, in peninsular majority menolak Barisan Nasional. Kita sebagai rakyat telah menunjukkan kuasa kita. Kita tidak lagi mahu pemimpin yang kurang ajar, pemimpin yang tamak, pemimpin yang malas dan pemimpin yang kita rasa tidak layak jadi pemimpin. Now government in particular Barisan Nasional sedar rakyat Malaysia tidak mudah diperkutak-katikan lagi.


2. Opposition Parties.

In parliament they still consider as oppositions, right? Without doubt, all PKR, DAP and PAS leaders hardly stop smiling from 9 March 2009 onwards. Denying BN 2/3 parliament majority and capturing 6 states including KL just like a dream come true for Guan Eng, Anwar and Hadi Awang. Although the wins come with more responsibility and challenge, at least now they have something in the hand that they can work with and ‘walk the talk’.


3. Alternative Media.

I’m referring to blog, website and one of the most powerful communication tool, SMS. Melawan media arus perdana yang mempunyai akses ke jutaan minda rakyat Malaysia bukanlah satu usaha yang mudah. Setiap hari di kaca TV, di newspaper even di iklan Yahoo Mail kita boleh lihat duit Barisan Nasional ditabur serta pengacara dan pembaca berita di TV dirogol mindanya. Tapi pendokong media alternative tidak kenal erti penat, lelah dan dengan tidak kurang rakusnya meneruskan usaha dalam memberikan berita yang mereka rasakan benar dan perlu diketahui oleh segenap rakyat. Just imagine, how almost all Indian rejected BN? Even dalam estate dan ditempat yang pendalaman mereka mendapat berita untuk menolak Samy Vellu and friends. How? Hindraf tidak selalu buat ceramah macam PAS, mereka tidak ada banyak laman web yang bantu mereka. SMS dan mouth-to-mouth communication telah berjaya dengan cemerlang disana.


4. Sistem Diraja
Aku bukanlah fanatic Melayu yang sanjung kerabat diraja terlalu tinggi. Aku cuma gembira melihat Sultan dan Raja Melayu disesetengah negeri handling the critical situation. Di Perak dan Selangor contohnya. Sultan Selangor dan Raja Nazrin secara bijak mahukan persetujuan bertulis dari setiap Ahli Dun untuk menyokong calon Menteri Besar. Di Perlis dan Terengganu pula Sultan telah memperlihatkan kuasa mereka. Mereka tidak hanya memainkan peranan kecil dalam drama yang ingin dipentaskan oleh ahli politik. Mereka kini sedar mereka boleh jadi pengarah walaupun bukan penerbit produksi.


5. Polis
Aku tidak dengar sebarang tindakan bangang dari polis sepanjang tempoh berkempen atau selepas pilihanraya. Rakan-rakan yang pergi ke bangunan SUK di Shah Alam juga memberitahu FRU dan Polis yang menjaga bangunan tersebut bertindak adil. Tidak sesiapa dibenarkan masuk dalam bangunan SUK. Tidak kira apa juga alasan, hanya setiausaha kerajaan negeri sahaja dibenarkan. Pihak Polis juga tidak mengizinkan perhimpunan yang ingin dianjurkan oleh UMNO di Penang dan Perak.


LOSER

1. UMNO
Walaupun semua party component BN kalah banyak kerusi, namun UMNO merasa bahang yang paling teruk. MIC, Gerakan dan MCA hampir semua pemimpin tertinggi berjanji akan bersatu dan akan concentrate to built their image back. Ong Ka Ting even volunteers not to hold any minister job so he can focus to help MCA. Samy and long time foe, Subramaniam bersalam dan berjanji akan bekerjasama membantu MIC untuk mengembalikan kepercayaan orang India. But for UMNO, bukan sahaja calon popular mereka kalah, tapi pergolakan pasca pilihanraya nampaknya tidak kurang hebatnya. Ramai pemimpin tidak puas hati, Pak Lak tidak dihormati, dan yang penting mereka berani melawan sistem diraja kita. Kalau Ong Ka Ting tak mahu jawatan menteri, pemimpin UMNO berkeris dan bergolok berebut. Mungkin ombak tsunami terakhir kita akan lihat di perhimpunan agong UMNO beberapa bulan lagi.


2. Bekas Menteri Besar Melayu.

Aku maksudkan bekas menteri besar seperti Khir Toyo, Tajol Rosli dan Mahadzir Khalid. Maybe the professionalisms show by Koh Tsu Koon yang membuatkan menteri besar lain looks bad. Koh Tsu Koon dengan machonya facing hundreds of reporters on the result night. Then he acts like a host to Lim Guan Eng bila musuh politiknya itu datang ke pejabat menteri besar dan bila pergi ke upacara angkat sumpah. Tsu Koon tidak pernah lari dari media. Aku tidak pula melihat bekas menteri besar Melayu dari Perak, Kedah dan Selangor melakukan perkara yang serupa. Khir dikatakan menghilangkan diri beberapa hari sehingga tercetusnya sms lawak untuk mencari beliau. Malu sangat ke? Teruk sangat ke untuk mereka bertindak seperti Tsu Koon dan menerima kemenangan parti lain? Bak kata kawan aku, kalau Khir, Tajol dan Mahadzir benar-benar anak jantan Melayu mereka patut tunjukkan kejagohan kalau tidak, potong dan simpan saja anu masing-masing. Shahidan dan Ideris Jusuh lagilah teruk, rakan separti pun dia tak boleh terima.


3. Suruhanjaya Pilihanraya
Walaupun pasukan aku sokong menang, aku tidak percaya pengadil kali ini bertindak seadilnya. SPR masih belum jelaskan beberapa isu penting. Kenapa mereka baru sedar penggunaan ink tidak diwartakan dalam perlembagaan? Pengundi berumur seratus tahun yang ramai sehingga pecah record dunia. Khairy tiba-tiba boleh mengundi di Rembau sedangkan dia pengundi berdaftar di tempat lain beberapa bulan sebelumnya. Kenapa petugas pilihanraya tidak serahkan borang 14 kepada agent Cikgu Bad di Rembau? Kenapa jumlah pengundi DUN dan Parliament tidak sama?


4. Pak Lah
Pusing ikut belah mana sekalipun, aku tidak boleh lari dari melihat Pak Lah antara biggest loser dalam PRU 12. Dia gagal dapatkan kepercayaan, kerjasama dan pengaruh dari segenap lapisan ahli UMNO dan BN. Selepas pilihanraya nampaknya beliau semakin goyah. Mungkin benar kata sahabat aku…



Tunku Abdul Rahman – Bapa Kemerdekaan





Tun Abdul Razak – Bapa Pembangunan






Tun Hussein Onn – Bapa Perpaduan






Tun Dr Mahathir – Bapa Pemodenan





Datuk Seri Abdullah Ahmad Badwi – Bapa Segala Loser…!



Harapnya tiada lagi berita-berita menarik pasal politik yang aku terpaksa komen. Seriously dah malas…

Total Pageviews

. page counter