Showing posts with label movie preview. Show all posts
Showing posts with label movie preview. Show all posts

Wednesday, January 28

Geng the Movie... Pengembaraan Bermula (Filem Upin dan Ipin)

Movie Preview...

Bermula bulan puasa 2 tahun lepas adik beradik kembar Upin dan Ipin telah menawan hati jutaan kanak-kanak malah orang dewasa di Malaysia. Animasi yang sangat-sangat cantik, gelagat lucu mereka, jalan cerita bersahaja, lawak-lawak standard dan suara-suara cute Upin, Ipin dan kawan-kawan mereka memang cukup menghiburkan. Aku sedar kehadiran mereka pun selepas tayangan di TV selesai, aku cuma tengok dari Youtube.

Dek kerana popularity dan kejayaan yang mereka kecapi, mereka mendapat kerjasama dan kepercayaan dari pelbagai pihak untuk meneruskan usaha memajukan filem animasi tempatan. Team yang bertanggungjawap produce Upin dan Ipin kini mengorak langkah dengan menerbitkan filem animasi: Geng the Movie. Watak Upin dan Ipin pun ada dalam filem tersebut.


Lihat sahaja agensi kerajaan dan pihak swasta yang menyokong mereka....


Last time sesebuah filem mendapat sokongan yang sebegini hebat adalah apabila Tiara buat Puteri Gunung Ledang.

Daripada sinopsis dan clip yang dipaparkan dilaman web rasmi filem ini, cerita Geng the Movie berkisar pasal pengembaraan remaja kota ke kampung dan cubaan merungkai misteri makhlus halus disana. Jalan cerita yang cukup bijak kerana, dengan melibatkan elemen hantu, graphic designer boleh exploitasikan kepakaran mereka secara maximum. Memang nampak ada banyak makhluk-makhluk aneh yang real dilukis oleh mereka.

Aku memang peminat filem animasi. Filem-filem animasi Hollywood semuanya aku tengok. So, aku memang bercadang nak tonton filem ini dipawagam nanti.

Sambil tunggu 12 February 2009, jom enjoy clip video filem ini.



Cool kan?

They just set a new standard for local animation film industry. Regardless what the ticket collection nanti, base on the video clip dan sokongan yang mereka terima, aku dah berani ucapkan congratulation kepada team Les' Copaque Production.


Office dan studio mereka di Sek 13, Shah Alam


Kedai makan mereka

Ramai juga budak kereta melepak di restaurant mereka sebab location yang strategik. Disebelah federal higway dan sedikit tersorok.

Lokasi office, studio, training center dan restaurant mereka. Gambar dari their official website.

Aku benar-benar berharap team Les' Copaque Production akan berjaya dengan Geng the Movie dan lain-lain project mereka dimasa akan datang. Aku pasti mereka sememangnya golongan Melayu yang kepala gila-gila. Asal usul nama company mereka pun kelakar, Les' Copaque adalah fancy spelling of popular Malay dialect 'Last Kopek'. Hahaha..... Maybe Upin dan Ipin adalah cubaan terakhir mereka selepas beberapa kegagalan.... dan nampaknya usaha mereka memang membuahkan hasil yang lumayan.

All the best to Burhanuddin Md. Radzi,Mohd. Nizam Abd. Razak, Muhammad Usamah Zaid, Mohd. Safwan Abd. Karim dan keseluruhan team LCP.

Total Pageviews

. page counter