Bermula bulan puasa 2 tahun lepas adik beradik kembar Upin dan Ipin telah menawan hati jutaan kanak-kanak malah orang dewasa di Malaysia. Animasi yang sangat-sangat cantik, gelagat lucu mereka, jalan cerita bersahaja, lawak-lawak standard dan suara-suara cute Upin, Ipin dan kawan-kawan mereka memang cukup menghiburkan. Aku sedar kehadiran mereka pun selepas tayangan di TV selesai, aku cuma tengok dari Youtube.


Lihat sahaja agensi kerajaan dan pihak swasta yang menyokong mereka....
Daripada sinopsis dan clip yang dipaparkan dilaman web rasmi filem ini, cerita Geng the Movie berkisar pasal pengembaraan remaja kota ke kampung dan cubaan merungkai misteri makhlus halus disana. Jalan cerita yang cukup bijak kerana, dengan melibatkan elemen hantu, graphic designer boleh exploitasikan kepakaran mereka secara maximum. Memang nampak ada banyak makhluk-makhluk aneh yang real dilukis oleh mereka.
Aku memang peminat filem animasi. Filem-filem animasi Hollywood semuanya aku tengok. So, aku memang bercadang nak tonton filem ini dipawagam nanti.
Sambil tunggu 12 February 2009, jom enjoy clip video filem ini.
Cool kan?
They just set a new standard for local animation film industry. Regardless what the ticket collection nanti, base on the video clip dan sokongan yang mereka terima, aku dah berani ucapkan congratulation kepada team Les' Copaque Production.
Ramai juga budak kereta melepak di restaurant mereka sebab location yang strategik. Disebelah federal higway dan sedikit tersorok.
Aku benar-benar berharap team Les' Copaque Production akan berjaya dengan Geng the Movie dan lain-lain project mereka dimasa akan datang. Aku pasti mereka sememangnya golongan Melayu yang kepala gila-gila. Asal usul nama company mereka pun kelakar, Les' Copaque adalah fancy spelling of popular Malay dialect 'Last Kopek'. Hahaha..... Maybe Upin dan Ipin adalah cubaan terakhir mereka selepas beberapa kegagalan.... dan nampaknya usaha mereka memang membuahkan hasil yang lumayan.
All the best to Burhanuddin Md. Radzi,Mohd. Nizam Abd. Razak, Muhammad Usamah Zaid, Mohd. Safwan Abd. Karim dan keseluruhan team LCP.
All the best to Burhanuddin Md. Radzi,Mohd. Nizam Abd. Razak, Muhammad Usamah Zaid, Mohd. Safwan Abd. Karim dan keseluruhan team LCP.