Showing posts with label local council election. Show all posts
Showing posts with label local council election. Show all posts

Tuesday, May 6

Pilihanraya PBT

Notice: Agak panjang jugak lah, baca time free.

To be honest, idea for this posting is not totally mine. Somebody ask me to write about this.

Aku bukan pakar sejarah, tapi daripada bacaan aku kononnya 40 tahun dulu pernah diadakan pilihanraya untuk memilih pihak berkuasa tempatan (PBT). Maksudnya, jika diambil contoh Petaling Jaya, Yang Dipertua, timbalan-timbalannya dan ahli majlis akan dipilih berdasarkan undi orang ramai. Daripada level ketua pengarah kebawah setiap jabatan masih lagi dikekalkan iaitu mengikut hierarchy organisasi, kerana mereka adalah kakitangan kerajaan.

Kali terakhir diadakan pilihanraya PBT adalah pada 1963. Sejarah pertama pilihanraya sebegini bermula pada 1857 di Georgetown, Penang. Selepas dihentikan pada tahun 1913, pilihanraya sekali lagi diadakan di Penang pada 1951, setahun kemudian majority daripada ahli majlis bandaraya Kualu Lumpur juga dipilih berdasarkan undian. Ekoran Peraturan Darurat 1965, pilihanraya PBT dimansuhkan. Ok, aku malas nak tunjuk pandai dengan salin semula sejarahnya. Sila baca cerita lengkap disini: Pilihanraya PBT Perlu Kajian Teliti

Simple analysis, jika pilihanraya PBT ingin dilakukan at least dua akta perlembagaan perlu dipinda oleh pihak persekutuan, bukannya kerajan negeri. Iaitu Local Government Act 1976 dan Akta Ibukota Persekutuan 1960 (Akta 190).

Ramai setuju pilihanraya peringkat kerajaan tempatan dijalankan. Ini bagi mengelakkan ahli politik meletakkan rakan, saudara-mara atau dalam kes di Kelang dulu, anak beranak sebagai ahli majlis. Ini juga membolehkan PBT, ADUN dan Ahli Parlimen saling mengawasi sesama mereka. Saling check mengcheck hasil kerja masing-masing. Satu guideline akan diberikan dimana mereka yang ingin bertanding jawatan ahli majlis PBT mestilah bukan seorang politician. Again, the idea is to make sure PBT boleh menjalankan tugas mereka seadilnya without interfere by political party.

In theory it is a great idea. Aku first terbaca idea ini di blog Shahir Samad last year. At first aku pun rasa ianya satu idea yang boleh dipertimbangkan. Since aku selalu berurusan dengan PBT, aku pun kadang kala fed-up dengan political influence dalam setiap decision yang ingin dibuat. Without elaborate deeper dan membuatkan aku kena buang kerja, enough said that at least kami kena let politician aware of our proposal, then baru pass to PBT. Aku percaya ramai lagi pihak yang ada experience sebegini. Orang kampong aku sendiri kalau nak ‘pecah’ grant tanah perlu dapat sokongan YB, nak dapat lesen berniaga ditepi jalan kena dapat sokongan YB, nak pinjam PA system milik PBT pun kena dapat sign YB. Perkara ini tidak patut berlaku kerana itu bukanlah bidang kuasa YB dan YB tidak kena mengena dengan pihak PBT. Jadi solution membuat pilihanraya PBT mungkin dapat solve perkara ini. YB juga tidak lagi sewenang-wenangnya boleh memperkutak-katik dan memperkudakan PBT seperti yang berlaku di Kelang dan aku rasa berlaku diseluruh negara.

Cuma aku curious sedikit, bagaimana nak pastikan mereka yang bertanding ahli majlis PBT bukan seorang politician? Now we will stuck at definitions of the word ‘politician’. Adakah mereka yang masih berjawatan dalam party politic consider as politician? Atau mereka yang sudah melepaskan jawatan still consider ahli politik? Atau mungkin sesiapa yang menjadi ahli sesebuah parti politik sudah dianggap politician. Aku sendiri kenal seorang yang berjawatan dalam sebuah party komponen BN yang sedang dalam process melepaskan semua jawatan. Dia confident there will be local council election di Selangor dan dia ingin bertanding. Bila aku tanya adakah dengan letak semua jawatan dalam parti sudah consider free?.... dia diam sekejap, then answer… maybe.

Pada hakikatnya aku tidak percaya lansung yang pilihanraya PBT boleh dijalankan without influence from political party at all. No way parti politik akan berdiam diri dan membiarkan pilihanraya PBT berjalan tanpa campur tangan mereka. Mereka bukannya bodoh, pekak atau bisu. Mereka sedar kepentingan menjadi ahli majlis, apatah lagi jika menjadi yang dipertua atau datuk bandar. Tentunya mereka akan hantar ‘wakil’ mereka untuk bertanding. Lagipun, if there any election, surely there will be campaigning period. How an individual can effort to spend money for that kind of election without political party involvement. Some say, maybe corporate body might sponsor that candidate. That worse, imagine jika Toyota berjaya hantar wakil jadi ahli majlis atau Datuk Bandar Shah Alam. Fuh… for sure the whole empty land di Shah Alam akan jadi milik Toyota, not to mention other bumiputera company yang sememangnya tamak dan pandai guna tanah dan kuasa. Aku juga teringat Mayor New York adalah seorang businessman yang spend billion of dollar to win the seat. Tapi adakah masyarakat kita sudah bersedia untuk perubahan sebegini? Ada ke dikalangan billionaire kita yang benar-benar ikhlas nak berkhidmat untuk masyarakat seperti mayor Bloomberg?

Aku juga tidak suka diadakan pilihanraya PBT kerana pada aku ianya hanya membazir. Seluruh negara ada tidak kurang 144 local councils, imagine amount of money will be spend to arrange election for each council. Millions? Or maybe billion jika dicampur dengan wang rasuah, saguhati, ‘project baru’, kontrak atau tender mee segera…etc. Hasilnya? Not much different from what happen now. Ahli politik masih lagi menentukan siapa yang bakal menang, samalah seperti sekarang dimana mereka yang pilih siapa menduduki kerusi ahli majlis, yang dipertua dan datuk Bandar.

My bold suggestion is to demolish ahli majlis PBT all together. Tidak payah ahli majlis, tidak perlu yang dipertua, datuk bandar and so on. Biarkan sahaja ketua pengarah setiap department yang jalankan tugas mereka. Mereka umpama kakitangan kerajaan yang lain, dilantik mengikut pengalaman, prestasi kerja, tahap bodek, kebolehan, jumlah bintang yang dikumpul dan seterusnya. Boss mereka adalah wakil kementerian yang berkenaan. Jabatan Informasi dan Komunikasi contohnya perlu melaporkan kerja ke Kementerian Tenaga dan Komunikasi dan seterusnya. Jika tidak mahu campur adukkan kementerian dengan urusan negeri mungkin setiap ketua pengarah tidak perlu ada boss. Mereka cuma perlu memberi laporan kepada menteri besar melalui Exco yang berkenaan. Selain daripada itu, Exco yang dilantik dari kalangan ADUN juga berperanan memastikan kerja PBT tadi dan menjalankan tugas mereka sebagai ADUN dengan menyalurkan masalah rakyat kepada PBT. Tidak perlu ahli majlis melakukan kerja tersebut. ADUN hanya berperanan sebagai medium perantaraan antara rakyat dengan PBT dan antara rakyat rakyat dengan kerajaan negeri.

Ok… maybe my stupid suggestion not sound solid enough, a lot more need to be finalize. Bottom line is aku tidak setuju dengan local council election since for me it will allow political party to arrange their own people inside PBT organization legally. Imagine the ciaos if ADUN milik PAS but ahli majlis won by somebody ‘sponsored’ by BN or vise versa.

Total Pageviews

. page counter