
Report by Utusan here: Gaji 2 Kali Sebulan Mula Ogos
Aku tidak nampak kebaikan gaji dibayar 2, 3 atau 4 kali sebulan. Kalau gaji dibayar ikut minggu, aku setuju. Macam player bolasepak Eropah, since kalau dibayar sekali seminggu, selepas setahun kita akan untung 1 bulan gaji.
Berbalik kepada gaji kekitangan kerajaan dibayar 2 kali sebulan, pada pertengahan dan penghujung bulan. Potongan KWSP, cukai pendapatan dan lain-lain akan dilakukan pada pembayaran hujung bulan.
Kebaikan
Kerajaan peka kepada masalah kakitangan kerajaan dan membantu untuk manage aliran tunai mereka. Jika diberikan sekaligus, kemungkinan pada hari ke 20, gaji sudah habis dan rakyat akan merana. Bijak…bijak….
Selalunya pekerja makan gaji akan bergembira sekali sahaja iaitu pada hujung bulan...tapi kini mereka akan tersenyum 2 kali sebulan. Seronoknya…
Kepada peniaga pula, sebelum ini most monthly promotion dipusatkan pada hujung dan awal bulan sahaja. Kini mereka boleh mengadakan promosi pada tengah bulan dan sekaligus menambahkan sales.
Tunang aku, seorang kakitangan kerajaan selalu belanja aku makan ikan siakap masak 3 rasa every time dia dapat gaji. Nampaknya ada chance aku makan ikan tu dua kali lepas ni. Hahaha...
Keburukan
End of the month pekerja kerajaan akan dapat separuh gaji, tolak KWSP, tolok cukai dan tolak pemotongan lain. Most loan seperti rumah, kereta, credit card, personal loan dan bill seperti electric, air dan telephone juga perlu dijelaskan pada awal bulan. Hahahaha… maksudnya sementara menunggu second payment pekerja kerajaan kena ikat perut lah. Mungkin lebih dari 10 hari pekerja kerajaan perlu berjimat cermat.
Kesimpulan
Pak Lah anggap government servant bengong, lemah, bodoh, tak reti urus kewangan peribadi sampai tahap kerajaan terpaksa tolong uruskan. Kita bukan merujuk kepada pengurusan kewangan yang besar seperti pengurusan credit control, investment juta-juta atau saving hari tua (KWSP), tapi ini cuma gaji bulanan. Pak Lah merasakan kerajaan perlu pusing semula kebelakang (zaman 60 dan 70 an) dan menyibuk dalam urusan kewangan peribadi mereka dengan memberi separuh gaji pada tengah dan hujung bulan.
Pandangan Peribadi
Kesian government servant dapat big boss yang kurang mempercayai kebolehan staff dia sendiri dalam menguruskan gaji bulanan. Kesian juga kepada rakyat

