Friday, August 21

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Every year, macam juga kebanyakkan (if not all) blogger Melayu, aku akan buat satu posting untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada member-member.

Ini posting ‘Selamat Berpuasa’ tahun-tahun lepas…

http://www.akubetul.com/2007/09/ramadhan-al-mubaraq.html

http://www.akubetul.com/2008/08/selamat-hari-merdeka-dan-selamat.html

Ini pula posting lain yang related dengan bulan puasa. Kepada pembaca-pambaca baru blog ini boleh la tengok-tengok posting berikut…

http://www.akubetul.com/2007/09/cerita-ramadhan-tak-puasa.html

http://www.akubetul.com/2007/09/cerita-ramadhan-kanak-kanak-dan-aku.html

http://www.akubetul.com/2007/03/hukum-akal-vs-hukum-tuhan.html

http://www.akubetul.com/2007/09/cerita-ramadhan-benarkah-syaitan.html

Salam Ramadhan kepada semua. Tahniah sebab dipanjang umur untuk jumpa Ramadhan tahun ini. Semoga kita semua akan fully utilize peluang yang Allah beri kepada kita. Kalau ada sesiapa yang ada berniat baik (berhenti merokok, nak pakai tudung, nak stop beli nombor ekor), esok adalah perfect day to start.

Tahun ini adalah tahun pertama aku berpuasa sebagai suami. Lucky (or not so lucky, tak tahu lagi) first time juga akan berpuasa dengan anak kecil. Maybe lebih senang untuk bangun sahur, lebih sukar nak berbuka dengan kawan-kawan, lebih senang nak memberi alasan kepada jemputan berbuka yang boring, lebih sukar nak tidor sepanjang hari cuti… and banyak lagi kemungkinan yang akan aku jumpa jawapannya in the next one month or so.

Selalunya bulan puasa aku akan kurang berjalan, kurang meeting luar, kurang out station, kurang site survey or site visit, masa lebih banyak dihabiskan depan PC or dalam surau (tidor). Sadly surau baru office aku belum siap, so most probably this year akan dihabiskan depan PC. Only next week sahaja ada beberapa trip penting kena pergi. Then, memang akan duduk office. So, most probably akan ada banyak sikit posting di blog ini berbanding bulan-bulan lain. Mungkin macam bulan ini la kot, mungkin ada 2-3 posting seminggu. Aku juga perhatikan every year bulan puasa internet user akan bertambah. Maybe sebab ramai tak pergi lunch, so mereka duduk depan PC and layan internet.

Bulan Ramadhan memang bulan yang menyeronokkan, ada pesta makanan dimana-mana, ada banyak aktiviti ibadat beramai-ramai yang kita boleh join (terawih, berbuka, moreh, ceramah, derma, dan macam-macam lagi). Pada aku pula yang paling best adalah everyday hidup kita ada target. Instead of boring daily task samaada related to kerja or peribadi, kita semua muslim ada target yang kita sama-sama ingin capai. Iaitu untuk tunggu tibanya azan solat marghrib everyday.

Semalam boss aku tanya apa bezanya Ramadhan dengan bulan-bulan lain selain daripada aktiviti tidak makan dan minum di siang hari. Kepada yang belum tahu, boss aku seorang Chinese beragama Christian yang kuat pegangan agamanya. So, aku percaya dengan umurnya yang lebih 40 years old for sure dia dah tahu, maybe dia sengaja nak test aku.
“During one month of Ramadhan for us Muslim, there are numerous discounts and offers…”
- Jawapan aku.

Aku terangkan yang mana dosa-dosa lama akan dapat ‘diskaun’ masa bulan Ramadhan, jadi ramai yang memohon ampun dari tuhan time bulan puasa. Banyak juga offer untuk pahala-pahala baru, maksudnya kalau pahala biasa dapat 10 markah, during ramadhan dapat double or triple jumlahnya.

Harap-harap jawapan aku betul lah tu. Bangga tu jawapan aku creative aku rasa. So, kalau salah, malu pada diri sendiri la.

Cakap dah macam ustaz tapi aku sendiri berat nak pergi terawih. Antara reason utama aku malas nak join jemaah surau untuk terawih adalah :


1. Makan Macam Ular Sawa
Kalau ada occasion-occasion seperti majlis buka puasa, gathering rakan sekolah, berbuka dengan family ramai-ramai or simply jadi rambang mata di pasar ramadhan memang senang kena penyakit ni. Bila dah makan macam orang gila time berbuka… lepas isya’ memang berat je mata. Rasa nak tidor je... then akan keluar niat “tidor dulu, bangan tengah malam nanti terawih la sorang-sorang“... and I dont have to tell you guys what actually happen. Jangan kata terawih, subuh esok pun belum tentu bangun.


2. TV
Musuh utama sembahyang terawih la ni. Malam memang banyak rancangan-rancangan best. Perut kenyang, buat air… duduk depan tv memang nikmat. Sedar-sedar dah tengah malam.


3. Bola
Sepatutnya part of TV, tapi bola memang special case la sikit. Kalau ada game bola BPL awal, member-member racun ajak pergi tengok confirm tertinggal terawih. Tengok kat kedai mamak lak tu, memang ada macam-macam makanan yang dari siang tadi asyik teringat je. Hancur terawih…


4. Persiapan Raya
Ini terutamanya orang perempuan lah. Sibuk buat kueh, buat baju anak, buat langsir, buat macam-macam lagi. Siang kerja or konon-konon takde tenaga, jadi malam lepas perut kenyang akan start buat segala jenis benda.


5. Kerja
Berbeza dengan persiapan raya, kerja maksudnya memang kerja untuk cari rezeki. Ini memang tak boleh elak lah. Kalau kerja kilang, ikut shift contohnya. Mana sempat nak kejar terawih berjemaah. Kena buat sorang-sorang lah. Tapi kalau sekadar meeting, discussion, maybe boleh arrange lepas terawih or petang before berbuka. Kalau buat lepas terawih, boleh terus berdiskus sampai sahur. Esok pagi boleh masuk lambat… ermm…

Ok… aku harap dengan memberitahu alasan-alasan aku untuk tidak berterawih berjemaah, rakan-rakan kat sini boleh jadikan iktibar dan rajin-rajin pergi terawih. Boleh ke macam tu? Boleh la kot….

Malam ni lepas terawih aku nak lepak dengan kawan-kawan sampai sahur (main badminton, pingpong, lepak kat mamak). Esok pagi aku naik bas ke Terengganu (tidor sepanjang hari dalam bas), then sampai dah dekat nak berbuka. Lepas sahur esoknya, aku balik kesini bersama wife dan Amzar Rafiq dengan flight.

Doakan perjalanan aku selamat pergi dan balik.

9 comments:

FFMS said...

selamat berpuasa.
i'm ur silent reader selama ni.
sy suka blog awk.

semoga ramadhan kali ni akan lebih mematangkan kita.

sebab2 malas nak pegi terawih tu, agak boleh diterima la..

sy pun kdg2 mcm tu.hehe.

teruskan menulis.
sy setia membaca. ramadhan kareem.

Mrs Nurul said...

ok, selamat pergi dan selamat balik!!

terawih jgn buat2 lupe!!

neewa76 said...

Selamat berpuasa mr right and family....semoga puasa ni membawa krahmatan dlm hidup semua umat islam...power jwpan ko pd bos ko tu...heeeee

Bonda Irfan said...

slmt brpuasa...this year aku pn berat skit g teraweh..siapkan hantaran nk kawen...huhuhu

Ab Razak Hj Ahmad said...

Selamat Berpuasa...

err... last EPL season Liverpool cuma kalah 2 kali je... This season baru main 3 game dah kalah 2 kali... apa cerita...???

lankapo said...

abikhsan - aku dah agak dah..akan ada yg reply cenggitu....

bfore that..selamat berpuasa yer..semua.

liverpool sudah kurang sengat..mampukah bangkit selepas ini

Mr. Right said...

Fatin,
Lepas ni jgn jadi silent reader lagi ye. Jadilah reader yg bising2 pula. Salam kenal..

neewa76,
Tima kasih. Komen yg mana ntah sebelum ni, ko minta aku carikan jodoh. Offer still buka ke?

anggerik ungu,
Siapkan hantaran? Wah... kawin ujung tahun skrg dah nak siapkan? Ish..ish... gi terawih tu dulu dik.

abikhsan,
Ini lah cerita hindustan!

lankapo,
Mampu. Kalau tak mampu, aku support la Burnley pulak!

Anonymous said...

Keje shift bukan yg keje kilang jer ... org IT pun ada keje shift ... :)

Abu Khalid said...

Selamat berpuasa

Tinggal 10 hari je lagi :(

Total Pageviews

. page counter