No doubt aku antara blogger last yang tulis pasal kematian MJ. Bukan lah maksudnya aku baru tahu, just aku tak berkesempatan nak komen. On that day, impossible kalau ada orang tak tahu. Semua radio station di dunia putarkan lagu-lagu dia. Laman Twitter, Google News, laman Digg dan aggregators yang lain semua penuh dengan article pasal kematian MJ. Kalau ada still yang cuma tahu pasal kematian MJ after 24 hours, either dia tidur lebih sehari or dia sedang jungle tracking or mountain climbing.
Ramai yang menyampah dengan sanjungan yang dia terima lepas mati. Sebab masa hidup kononya dia asyik kena cemuh je. That totally a wrong statement. Masa hidup pun dia dapat sanjungan. Cuma, memang mustahil lah media nak buat positive coverage pasal dia sepanjang hari seperti hari kematian dia dan kawan-kawan dia nak buat dedicated speech tiba-tiba sahaja sedangkan dia tercongok masih hidup. Semasa hidupnya pun, masa buat concert, masa buat rakaman video clip, masa buat tour, press conference dan sebagainya memang dia mendapat perhatian dari jutaan peminat yang sentiasa sanjung dia. So, not that people just sanjung dia lepas dia mati. So, tak perlulah rasa jijik atau menyampah dengan sanjungan yang dia dapat sekarang.
Cuma, satu benda yang aku kesian pasal dia adalah dia tak dapat merasai nikmat ‘sanjungan di hari tua’. Celebrity tak kira dia barat or locally, bila dia bersara, dah tua, dah tak larat nak main game show biz, selalunya akan dapat sanjungan yang tidak berbelah bagi daripada media dan peminat. Sekejam-kejam media barat pun they still hormat orang tua. Maksudnya let says MJ hidup for another 10 or 20 years, most probably that time dia dah bersara, tak menari lincah lagi, tak dok busy tukar style hidung, tak involve dalam scandals dan sebagainya. Masa itu pun media pasti tidak akan hentam dia seperti sebelum dia mati dulu. Instead media pastinya akan layan dia dengan penuh hormat, kisah-kisah kontroversi akan dilupakan, dia umpama akan diampunkan. But, since MJ mati before retired jadi dia tak merasa nikmat sanjungan sebegitu.
Aku nak join argument samada MJ the greatest singer of all time atau tidak, walaupun aku memang tidak minat muzik sangat, MJ pun aku bukanlah one of his fanatic fans. Abang aku dulu sekejap penah gila dengan MJ, so adalah beberapa koleksi album dia di rumah aku dulu. Memang aku percaya dia adalah penyanyi paling popular sepanjang zaman. Maybe not the best, but definitely paling popular.
1. Album Thriller dia jadi album paling laku dalam sejarah. Believe me that record will stay forever. Nobody will be able to break the record. Mungkin ada penyanyi yang lebih popular dari MJ nanti, but with advance communication technology, online download, torrent dan sebagainya, record penjualan hardcopy album Thriller akan kekal sampai bila-bila.
2. Another reason dia penyanyi paling popular adalah hakikat nobody will be able to sing his song with different style. Lagu-lagu dia too familiar to our ears till if we hear other version we will straight away reject.
So, base on those two simple facts aku percaya MJ adalah penyanyi paling popular sepanjang zaman.
Ok, sebenarnya aku tulis article ni sebab aku nak predict what gonna happen next. Maksudnya apa lagi yang manusia akan buat untuk tunjukkan sanjungan kepada MJ dan mungkin ada juga yang akan ambil kesempatan untuk meraih popularity daripada lambang sanjungan yang bakal mereka pamerkan.
1. Documentary
Just hours after he dies, channel-channel news and entertainment antarabangsa dah start buat documentary pasal dia. Next, aku percaya National Geography or E! akan buat a complete documentary pasal MJ. Documentary berjam-jam hanya nak kupas pasal kehidupan MJ yang penuh misteri.
2. Filem
Sooner or later pasti ada pihak yang akan buat filem pasal MJ. Nak cari pelakon mungkin kena buat casting berbulan-bulan or maybe years. Since in every single country in this world ada MJ wanna be. Ada pertandingan tiru gaya dia, so memang beratur panjanglah orang berebut nak lakonkan watak MJ kalau ada pihak yang buat filem.
3. Artwork
Daripada lukisan, arca, patung, sehingga lah ukiran pasir dan ukiran patung kecil dalam pin. Semua penggiat seni akan cuma mengabadikan sanjungan mereka kepada MJ dalam pelbagai bentuk. Kalau hasil seni yang mereka buat nampak cantik dan sukar untuk ditiru artist tersebut akan dapat instant fame.
4. Annual Event
No doubt, setiap tahun akan ada hari memperingati kematian MJ. Tidak mustahil kalau ada pihak yang usulkan diadakan hari MJ sedunia, macam hari Mandela, hari Gandhi dan sebagainya.
5. Email Berantai
Dah mula pun sedikit. Lepas ini akan ada banyak lagi email-email berantai pasal MJ. Mungkin banyak pihak terpanggil untuk buat analisis sendiri pasal kematian dan kehidupan dia.
Gambar-gambar MJ yang aku dapat daripada forwarded email.
Punca Kematian
Berita terbaru mengatakan confirm MJ dibunuh. Family MJ percaya ada pihak yang bunuh MJ untuk merebut harta MJ. Tapi daripada satu forwarded email, ada artikel tulisan seorang pak arab yang mengatakan kematian MJ adalah komplot pihak ‘atasan’ yang tidak mahu MJ meneruskan niat beliau untuk mengadakan konsert terakhir di London. Menurut ceritanya, di hujung konsert itu nanti MJ akan mengumumkan beliau sudah memeluk agama Islam dan beliau akan beralih arah kepada menyanyi lagu-lagu dakwah seperti rakan beliau Yusuf Islam. So, pihak berkenaan tidak mahu ini berlaku dan bertindak dengan membunuh MJ. Wallahualam…
6 comments:
aku ada dgr dia nyanyi lagu nasyid,mmg sedap.
terlalu byk kontraversi dan misteri tk tahu nk percaya mana satu.
tapi video klip dia mmg best
Saya kagum dgn tulisan, ulasan dan perbincangan sdr yg saya rasa penuh ilmiah. Tulisan- tulisan sdr amat berbeza dengan sesetengah tulisan bloggers lain yg setengah masak atau memang mentah.
Tahniah, dan teruskan.
Assalamualaikum..
Aku memang dah lame ikot blog hang tapi xpernah comment, pernah kot sekali, xingat..aku memang suke bace je..
pepun, aku nak ucap terima kasih, blog hang memang dah jadi salah satu bahan bacaan aku, kekadang bile aku klik xde post baru rase macam tunggu next issue untuk fav magazine la camtu...
Aku peminat MJ, xla fanatik, tapi aku minat..Pasal die bukan best singer but most popular memang teramatlah aku setujunye..
Haa last sekali congrats dah dapat baby,
doa2kan aku lak murah rezki pasni..
adios..
Hasil tulisan bro memang mempersona. Rasa macam nak teruskan membaca. Bro memang the true bloggers la!
Pasal MJ, akhirnya abang dia buat kenyataan yang dia dikebumi ikut cara islam kan?
lankapo,
Betul ke dia nyanyi lagu nasyid tu?
jue,
Terima kasih. Aku pun suka pembaca yang rajin bagi response. Semangat sikit nak menulis lagi.
zam,
Terima kasih la bebanyak. Dulu memang aku rajin post artikel. Satu masa dulu setiap hari ada posting baru. Tapi sekarang bebanan kerja membuatkan aku terpaksa post beberapa posting je seminggu. Last month lagi teruk, satu posting seminggu. Busy dgn kerja plus anak. Thanks again.
Mantra,
Wah... true blogger ye. Tima kasih. Jgn puji lebih2 aku riak nanti.
A'ah, abg dia announced dia dikebumikan ikut cara islam. Alhamdullillah.
yg nasyid tu bukan suara dia..tu zain bikha..suara seolah2 MJ
Post a Comment