Sunday, February 15

Jom Belajar Nama-nama Pokok

Posting bodek boss tak boleh dibiarkan lama-lama dia muka depan. Nanti ramai orang menyampah. So, terpaksalah aku cepat-cepat buat posting baru.

Seronok pula jadi photoblogger. Lepas try sekali hari tu, masa aku cuba berenang merentasi Selat Melaka. Rasa macam best pula. Memang senang rupanya jadi photoblogger ni, snap gambar banyak-banyak dan post kat blog. Cuma mungkin sebab aku tak cukup jiwang dan seni untuk menilai hasil kerja mereka, sebab tu aku rasa senang.

Sessi photoblogger kali ini aku nak ajar nama-nama pokok kat Malaysia. Since, aku tahu most people not aware rupa pokok, cuma tahu makan buah sahaja. Atau lebih tepat, mengenal batang-batang pokok. Sebab ini bukan gambar keseluruhan pokok, cuma gambar batang dan label untuk membukti pokok apa. Bukan aku main belasah je.

Tanggungjawap aku sebagai photoblogger baru untuk ajar anak bangsa aku mengenal pokok-pokok yang akan menjadi warisan kita kelak.. cewah!

Semua gambar aku letak watermark 'www.akubetul.com'. Yela, manalah tahu kot-kot ada orang curi. Tapi kalau betul-betul nak gambar pokok tu untuk projeck subject Alam dan Manusia kat sekolah atau kajian pokok kat university, email lah aku. Aku leh bagi. Atau korang curi kat sini dan suruh budak-budak terror photoshop delete watermark tu.

So, here we goes....
Kita mulakan dengan pokok paling senang dulu. POKOK PISANG. Kalau tak kenal pokok pisang dah kira kronik. Kat mana-mana boleh kita jumpa.



Seterusnya, pokok yang menghasilkan raja buah. POKOK DURIAN. Tengok pada batang pokok tu, ini still anak pokok durian. Kalau pokok durian asli (bukan pokok durian kahwin), ambil masa berbelas tahun nak jadi matang dan hasilkan buah.



Next, pokok yang banyak kat Ipoh... kot. Sebab sana banyak jual buah limau bali. POKOK LIMAU BALI. Mungkin asalnya pokok ni dari Bali.



Kalau tadi asal dari Bali mungkin ini dari Kepulauan Jawa. Seterusnya, pokok yang buahnya menjadi bahan utaman masakkan rakyat Malaysia. POKOK ASAM JAWA. Pokok ni besar, kalau kat kampong-kampong budak-budak takut, sebab berjuntai-juntai. Nampak macam pokok berpuaka je.



Pokok ini aku rasa mungkin tak ramai tahu rupanya. POKOK GAJUS. Buahnya or bijinya yang dijual dapat packet tu memang sedap. Kalau yang salut dengan honey tu... fuh!.



POKOK CEMPAKA. Mesti lagi ramai orang tak tahu rupa pokok ini kan?. Menurut ceritanya, kulit pokok ini boleh buat ubat macam-macam penyakit.



Pokok yang semakin popular sekarang kerana akarnya. Berlambak-lambak syarikat keluarkan air minuman campur akar pokok ini. POKOK TONGKAT ALI. Aku ada baca somewhere, khasiat utama tangkat ali bukan untuk 'kuat' tapi untuk sakit demam.



Seterusnya, ini gambaran atas sebatang pokok. Mungkin juga pokok ni belum matang stil peringkat remaja. Nak tahu pokok apa? Kot-kot ada pakar pokok boleh recognise nama pokok ni just dengan tengok daun-daun dan dahan-dahan. Tahu?

-
-
-
-
-
-
-
-

POKOK BONGOK?!!. Ok... seriously this first time aku jumpa pokok ini. Siapa lah bagi nama pokok ni? Sampai hati dia bagi nama Pokok Bongok.


Kalau ada yang nak tahu, semua gambar pokok aku ambil dari Kota Mahsuri, Langkawi. Pokok Bongok tu mungkin memang bongok sebab masa nak balik, wife aku ambil gambar pokok tu sekali lagi, wife aku nyaris terjatuh. Sebab tu la kot orang namakan pokok tu pokok bongok.

10 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

wei..kesian nama pokok tu..kenapa diletakknya pokok bongok? Takder nama lain ker?

Anonymous said...

aku rasa dapat nama sebab jadi kes cam wife hang le dood..dia nak terjatuh lepas tu dia maki..bongok punya pokok..sbb tu le dapat nama pokok bongok tu kot..cam cite melaka dapat nama le lebih kurang..:D

sukun said...

apsal tak masukkan pokok bernama mohamad bin mat arifin??

Anonymous said...

memang banyak pokok yg nama pelik2kan..baca jelah keratan kosmo! kat bawah ni:-

""KUALA TERENGGANU - Namanya agak pelik - pokok celaka.
Tetapi ramai yang tidak tahu ia ialah sejenis tumbuhan liar yang dipercayai boleh dijadikan ubat untuk wanita menjarakkan kehamilan.

Rahsia mengenai pokok yang banyak tumbuh di hutan Terengganu terutama di daerah Kemaman itu didedahkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said semalam.

Menurutnya, walaupun nama pokok itu 'celaka' namun menurut orang tua ia amat mujarab dan diakui oleh ramai wanita mampu menjarakkan kelahiran anak.

"Oleh itu, para penyelidik dan saintis dari institusi pengajian tinggi awam di negeri ini diminta menjalankan penyelidikan bagi memastikan khasiat sebenarnya.

"Kerajaan negeri sedia membiayai kos penyelidikan kerana pokok ini jika terbukti mujarab bakal mengubah wajah negeri Terengganu sebagai sebuah pusat pengeluar ubatan tradisional utama," katanya di sini semalam.""

erm abg sukun tu buah ke pokok ye?

Anonymous said...

Hahahaha... pokok apakah itu encik sukun? Pokok sukun adalah...

Anonymous said...

hehee...ader ritu cakap takyah taruk nama kat gamba dlm blog, kononnyer takkan ade sape nak copy gamba kite...ni ader lak caption tu ape kes...wekkk!

Bunga said...

wah
dah lame tak jenguk blog ni
bz maa
Banyok benor bengkel & seminar kena handle

ape? pokok bongok??
wahahaha. ade gak ke nama pokok camtu ye.

patutla ko letak caption aku betul tu ye..sbb takde muka ko.
sbb aku pun rasa takkan ada org nak curi gambor2 yg ade muka ko mr. right..

hak hak hak..jgn mare..gurau2 jek

Mr. Right said...

shaffik,
Pokok pun nak kesian ke? Heheh...

piye,
Mungkin la. Sesiapa lepak dekat ng pokok tu asyik jatuh je.

sukun,
Ko kena bezakan pokok, dahan, daun, kayu dan buah. Lain2 tu.

ano,
Pokok celaka? Wah... lagi tragis nama pokoknya.

skynett,
Pokok sukun sama cam pokok nangka ke?

aku youjie,
Aku maksudkan gambar yg ada muka aku. Sebab takkan org nak gambil gambar muka aku, aku bukan selebriti. Dan takde kot org nak aniaya aku. Ini gambar2 pokok, maybe ada org nak buat lawak ulangan kat blog dia. Aku pernah kena dulu. :)

Bunga,
Lama tak nampak. Busy ye.. bagus2.

Anonymous said...

Ko super imposed gambar ni yer? Power n rajin giler ko.. Pokok Bongkok tu.. hehehe

Total Pageviews

. page counter