Wednesday, December 31

Selamat Tahun Baru 2009

Year End Review…..

1. www.akubetul.com

Tahun 2008 ada sedikit perubahan pada blog aku ini. Design pun berubah. Dengan penuh hati-hati aku tukar template blog. Blogger buta I.T macam aku memang takut-takut nak ubah apa-apa. Takut terhilang semua.

Alhamdullillah, daripada blog ini juga aku dapat side income. Walaupun tak constant, ada bulannya banyak, ada yang beberapa puluh ringgit sahaja. Tapi continuously tak putus. Aku pun dah start jual banner space, bukan sekadar mengharapkan Nuffnang semata-mata.

Trafik pun kira ok lah. Average per day page view more than 1000. Majority visitor daripada search engine. So, kalau ada isu-isu besar macam Kes Saiful Bukhari Kena Liwat, Penipuan Ustaz Arief Cakra Alam, atau yang terbaru Blog Hina Nabi, visitor blog ini akan cecah 3-4 ribu sehari.

Tahun 2009 juga akan ada sedikit perubahan pada blog akubetul.com. Atas nasihat rakan-rakan dan wife aku, aku akan kurangkan mengutuk orang di blog ini. Ini related to fact that my wife pregnant and orang cakap tak baik bakal ibu dan bapa buat benda-benda macam itu. Last thing I want is people start cursing my wife and baby. So, aku terima nasihat tersebut dan akan kurangkan kutukan dalam blog ini. Aku pun tak rasa orang ramai suka aku mengutuk, kan?


2. Winner and Loser 2008

Aku malas nak komen internationally. Cukup sekadar menamakan Winner and Loser Malaysian.

Winner – Nicol Ann David
Tak perlu aku mention lagi rasanya. Kejayaan dia tahun 2008 memang menakjubkan. Dia menang semua perlawanan, merangkul semua jenis kejohanan yang disertai kecuali pertandingan berkumpulan. Imagine, dalam bidang yang dia pilih, seluruh dunia nobody manage to beat her. Berapa ramai rakyat Malaysia that good? Dia dah jadi icon kepada sukan squash. So, no doubt Nicol is truly Malaysian Winner for 2008.

Loser – Pak Lah
Sorry to say, UMNO and BN failure in March election memang disebabkan kegagalan Pak Lah. Aku tak pasti bagaimana dan kenapa, but kekalahan paling teruk dalam sejarah Barisan Nasional mesti disebabkan sesuatu. Dan aku rasa sebagai ketua dia patut dipersalahkan. Dia bakal berundur March 2009, kesian Khairy Jamaludin belum sempat menjadi orang paling kaya di Malaysia, pak mertua dia dah bersara. Selain daripada General Election failure, aku rasa ada banyak lagi decision kerajaan yang nampak tak profesional. Harga minyak yang macam yo-yo, cara handle kes-kes besar seperti Altantunya dan VK Lingam. Mungkin tidak adil meletakkan kesalahan 100% dibahu Pak Lah, but again aku rasa dia gagal as a leader. So, again minta maaf lah aku pilih Pak Lah sebagai Malaysian Loser 2009. Terima kasih diatas jasa yang diberi, now pass the baton to Najib dan jangan jadi Dr. M yang tak reti duduk diam lepas bersara.


3. Personal Life - Azam Tahun Baru

Ok, dengan penuh beraninya aku nak beritahu azam tahun baru aku. Insyallah end 2008 nanti aku akan tengok samada azam aku tercapai atau tidak. Aku tidak mahu jadi pengecut yang menjadikan ‘peribadi’ sebagai alasan untuk simpan azam kepada diri sendiri.

So, azam aku tahun 2008.
1. Nak berhenti merokok.
2. Nak kahwin.
3. Nak naikkan pendapatan bulanan aku at least by RM1, 500.00.
4. Nak bawa mak aku melancong.
5. Nak dapat 1000 page view per day for Akubetul.com

Cukup. Lebih-lebih nanti nampak ambitious sangat pula.
Itu azam yang aku setkan hujung tahun 2007. Dengan bangganya aku declare aku cuma gagal penuhi 2 daripada azam tersebut. Not bad, right? Kira ok lah tu… Aku gagal penuhi nombor 1 dan nombor 4.

2008 memang sangat bermakna dalam hidup aku sebab tahun ini aku beralih daripada bujang ke alam perkahwinan (azam nombor 2 aku tahun ini). And as a bonus my wife pregnant! Fuh!… macam tak percaya aku bakal jadi bapa, insyallah.

So, ini azam aku tahun depan.

1. Cuba penuhi azam tahun lepas.
2. Tambah pendapatan by RM 1000.00 per month.
3. Nak dapatkan 2000 visitors per day for Akubetul.com
4. Beli rumah.

Just like last year, cukup la sikit-sikit. Lebih-lebih nanti buat jadi bahan kutukan je. Aku ingatkan, pada aku azam tahun baru adalah untuk benda-benda specific yang kita nak capai. the folowing year. Bukan benda-benda normal macam nak jaga family, nak jadi kaya, nak jadi suami mihthali, tokoh bapa terbaik, nak perbaiki diri...etc. Itu bukan azam tahun baru, itu azam hari-hari!

Berakhirlah sudah tahun 2008... semoga 2009 akan lebih seronok, exciting dan mencabar... amin.


Update (Evening):


For those you lazy to go out and witness new year celebration. Chill out in front of your computer tonight and watch my company iptv page. Footage from One Utama (Selangor) and Queen's Bay Mall (Penang). Live feed start at 6:00 pm. They put a lot of effort for this project. Congrats...!


8 comments:

Anonymous said...

Bang, ni 1st time komen ni. Setakat ni gua just follow and read je and enjoy membaca penulisan bro. Aku stay shah alam gak sek7. Anyway, mmg btol kene jaga sikit laser n pedas tu bang sebab dlm tempoh pantang ni haha.

But, jgn ilangkan pedas n kritikan intelektual tu lepas dapat baby ok? tu aset tu n factor kenapa gua minat baca penulisan kat sini.

Tahniah Pakcik!

http://pops2dio.fotopages.com

Anonymous said...

K, Mr.Right..

Wish you all the best..amin..

Fara said...

Wow, Congrats to both of you on the pregnancy ... :-D

Mek Rose said...

mcam kenai je gambor2 yg Incey Aku Betul letak lam posting kali ini...keh keh keh

semoga ape yg diimpikan...akan tercapai..if tak tercapai..cuba lagi kan kan kan...hehheh

** kak fara..tq2..:-)

Its me said...

selamat tahun baru 2009

sumoga lebih

sukses sukses sukses

Bunga said...

hepi new year..
moga 2009 blog mr rite ni makin mantap
posting tu rajin2 la update yeh!

Anonymous said...

admire betul ngan pala otak lu berpikir..

jaga wife betul2 time2 awal ni..

hanya tu je doa gua pada lu...

Mr. Right said...

yusof erman,
Kutuk still kutuk, tapi berlapik sikit la kot. Jaga hati sikit, taknak bagi org sakit hati.

Lepas ni rajin2 la komen lagi k. Kalau nampak budak gemuk tengok game Liverpool kat Hakim Section 7, aku le tu, jgn segan nak tegur.

saudagarmadu,
All the best kepada kau dan perniagaan kau jugak.

fara,
Tima kasih kak fara. Apsal aku call Hamid dia tak angkat? sms pun tak reply.

rose,
Hehehe... gambor curik.

che-mie,
selamat.

Bunga,
Baik tuan!

ramonez,
Thank bro. Aku mmg risau je ni. Maklumlah takde pengalaman lagi.

Total Pageviews

. page counter