Showing posts with label azam tahun baru. Show all posts
Showing posts with label azam tahun baru. Show all posts

Wednesday, January 7

Poll Result (Reunion Sekolah) and New Poll (Tahun Baru)

Jarang-jarang aku busy awal tahun. Selalunya busy akhir tahun je. But sekarang kesibukan itu sambung terus dari hujung tahun ke awal tahun. Aduhai...

Kalau sesiapa dalam bidang broadband ini mesti tahu initiative kerajaan for broadband panetration di Malaysia. In summary, kerajaan mahu end 2010 50% of Malaysia household ada servis broadband. Broadband tau, bukan Internet. Jalur lebar… bukan jalur yang kecil (dial up, hotspot, wifi, etc) dan yang dikira adalah household, bukan office user, campus, mamak stall, etc. Current figure around 20%. Even Kuala Lumpur pun baru slightly more than 40%. Bayangkan betapa jauh lagi nak kena usaha. I believe most players dah push panic button. Takut...takut. Kalau kerajaan bagi target kat semua ISP, then sesiapa yang gagal reach target akan ditarik balik lisence, how? Fuh! Gilo....


Ok... biasalah, kadang-kadang aku suka merungut pasal kerja sekejap. Saja nak bagi korang 'kenal' aku sikit. Enough... nanti boss marah or orang menyampah.


Back to posting title, aku dah lupa pasal poll yang aku buat last month. Dah reach 100+ responsed. Jadi aku gantikan dengan poll baru.
Kalau sesiapa berminat boleh la check result poll lama. Panduan kepada sesiapa yang nak arrange reunion untuk member-member sekolah. Tidak seperti biasa, aku rajin sikit kali ni. Aku buat pie chart.


1. School reunion (40-50 people) paling best buat di....

Totallt agreed. Tepi pantai memang best. Macam-macam aktiviti boleh dibuat.



2. Bajet yang sanggup dibayar, per person...

Aku create poll tu masa petrol tengah mahal. Hahaha... Kalau tanya sekarang maybe ramai yang sanggup bayar more than hundred kot. Kan?



3. Berapa lama?

Fuh... ramai yang nak event sehari je ye. Ermmm... puas ke? Ada yang sanggup few hours je? Alahai... nak catch up pun tak sempat, apatah lagi nak jual MLM or minta tolong promote blog, kan? Hahahahha.....



4. Kalau dijemput, nak pergi?

Aku paling benci yang 14% tu. Apa kejadahnya nak bergantung kepada kedatangan? Kalau ramai tak datang so, kau tak nak datang ke? or kalau member-member rapat tak datang, kau pun tak nak join? Come on la... zaman budak-budak dah habis. Ingat kau too cool to mingle with nerd friends? Ntah-ntah budak nerd tu sekarang lagi berjaya dan lagi cool dari kau.

Aku dah buat poll baru. Mungkin sedikit terlambat sebab aku tanya pasal tahun baru dan tahun lepas.
Kalau rajin silalah participate.

Kalau aku tak reply email, tak jawap komen, tak layan YM sorry lah ye. Aku banyak kerja sikit. Next week free kot.

Wednesday, December 31

Selamat Tahun Baru 2009

Year End Review…..

1. www.akubetul.com

Tahun 2008 ada sedikit perubahan pada blog aku ini. Design pun berubah. Dengan penuh hati-hati aku tukar template blog. Blogger buta I.T macam aku memang takut-takut nak ubah apa-apa. Takut terhilang semua.

Alhamdullillah, daripada blog ini juga aku dapat side income. Walaupun tak constant, ada bulannya banyak, ada yang beberapa puluh ringgit sahaja. Tapi continuously tak putus. Aku pun dah start jual banner space, bukan sekadar mengharapkan Nuffnang semata-mata.

Trafik pun kira ok lah. Average per day page view more than 1000. Majority visitor daripada search engine. So, kalau ada isu-isu besar macam Kes Saiful Bukhari Kena Liwat, Penipuan Ustaz Arief Cakra Alam, atau yang terbaru Blog Hina Nabi, visitor blog ini akan cecah 3-4 ribu sehari.

Tahun 2009 juga akan ada sedikit perubahan pada blog akubetul.com. Atas nasihat rakan-rakan dan wife aku, aku akan kurangkan mengutuk orang di blog ini. Ini related to fact that my wife pregnant and orang cakap tak baik bakal ibu dan bapa buat benda-benda macam itu. Last thing I want is people start cursing my wife and baby. So, aku terima nasihat tersebut dan akan kurangkan kutukan dalam blog ini. Aku pun tak rasa orang ramai suka aku mengutuk, kan?


2. Winner and Loser 2008

Aku malas nak komen internationally. Cukup sekadar menamakan Winner and Loser Malaysian.

Winner – Nicol Ann David
Tak perlu aku mention lagi rasanya. Kejayaan dia tahun 2008 memang menakjubkan. Dia menang semua perlawanan, merangkul semua jenis kejohanan yang disertai kecuali pertandingan berkumpulan. Imagine, dalam bidang yang dia pilih, seluruh dunia nobody manage to beat her. Berapa ramai rakyat Malaysia that good? Dia dah jadi icon kepada sukan squash. So, no doubt Nicol is truly Malaysian Winner for 2008.

Loser – Pak Lah
Sorry to say, UMNO and BN failure in March election memang disebabkan kegagalan Pak Lah. Aku tak pasti bagaimana dan kenapa, but kekalahan paling teruk dalam sejarah Barisan Nasional mesti disebabkan sesuatu. Dan aku rasa sebagai ketua dia patut dipersalahkan. Dia bakal berundur March 2009, kesian Khairy Jamaludin belum sempat menjadi orang paling kaya di Malaysia, pak mertua dia dah bersara. Selain daripada General Election failure, aku rasa ada banyak lagi decision kerajaan yang nampak tak profesional. Harga minyak yang macam yo-yo, cara handle kes-kes besar seperti Altantunya dan VK Lingam. Mungkin tidak adil meletakkan kesalahan 100% dibahu Pak Lah, but again aku rasa dia gagal as a leader. So, again minta maaf lah aku pilih Pak Lah sebagai Malaysian Loser 2009. Terima kasih diatas jasa yang diberi, now pass the baton to Najib dan jangan jadi Dr. M yang tak reti duduk diam lepas bersara.


3. Personal Life - Azam Tahun Baru

Ok, dengan penuh beraninya aku nak beritahu azam tahun baru aku. Insyallah end 2008 nanti aku akan tengok samada azam aku tercapai atau tidak. Aku tidak mahu jadi pengecut yang menjadikan ‘peribadi’ sebagai alasan untuk simpan azam kepada diri sendiri.

So, azam aku tahun 2008.
1. Nak berhenti merokok.
2. Nak kahwin.
3. Nak naikkan pendapatan bulanan aku at least by RM1, 500.00.
4. Nak bawa mak aku melancong.
5. Nak dapat 1000 page view per day for Akubetul.com

Cukup. Lebih-lebih nanti nampak ambitious sangat pula.
Itu azam yang aku setkan hujung tahun 2007. Dengan bangganya aku declare aku cuma gagal penuhi 2 daripada azam tersebut. Not bad, right? Kira ok lah tu… Aku gagal penuhi nombor 1 dan nombor 4.

2008 memang sangat bermakna dalam hidup aku sebab tahun ini aku beralih daripada bujang ke alam perkahwinan (azam nombor 2 aku tahun ini). And as a bonus my wife pregnant! Fuh!… macam tak percaya aku bakal jadi bapa, insyallah.

So, ini azam aku tahun depan.

1. Cuba penuhi azam tahun lepas.
2. Tambah pendapatan by RM 1000.00 per month.
3. Nak dapatkan 2000 visitors per day for Akubetul.com
4. Beli rumah.

Just like last year, cukup la sikit-sikit. Lebih-lebih nanti buat jadi bahan kutukan je. Aku ingatkan, pada aku azam tahun baru adalah untuk benda-benda specific yang kita nak capai. the folowing year. Bukan benda-benda normal macam nak jaga family, nak jadi kaya, nak jadi suami mihthali, tokoh bapa terbaik, nak perbaiki diri...etc. Itu bukan azam tahun baru, itu azam hari-hari!

Berakhirlah sudah tahun 2008... semoga 2009 akan lebih seronok, exciting dan mencabar... amin.


Update (Evening):


For those you lazy to go out and witness new year celebration. Chill out in front of your computer tonight and watch my company iptv page. Footage from One Utama (Selangor) and Queen's Bay Mall (Penang). Live feed start at 6:00 pm. They put a lot of effort for this project. Congrats...!


Monday, December 31

Happy New Year 2008

Kalau masa zaman student dulu malam tahun baru memang aku nanti-nantikan. Dengan kawan-kawan kami akan pergi KL. First few years pergi naik motor, lepas tu naik public transport sebab malas nak layan roadblock. Lepas tu masa aku gila clubbing, memang happening la. 2 tahun rasanya, aku merasa meraikan tahun baru di club. Damn syok. But, dah tua-tua ni malas pula rasanya. Habis rajin pun malam ni aku akan cari port menarik untuk tengok bunga api. Dari jauh pun jadilah.

2007 antara tahun paling menarik kepada aku. Macam-macam benda best berlaku. 2008 pula akan menjanjikan tahun yang lagi seronok rasanya.

Secara ringkasnya entry ini aku cuma nak hightlightkan Winner and Loser pada 2007 dari kacamata aku. Dan sedikit azam tahun baru untuk dikongsi.


Winner: Squad Bolasepak Iraq.

They beat Asian giants to clinched Asian Cup. The team consist of all the ethnic in Iraq. They just gathered 2 months before the final, trains at hotel’s playground somewhere in Jordan. Against all odds, their fairytale end up in highest note possible. Mereka berjaya menaikkan taraf sukan ke tahap tertinggi. Rakyat Iraq bersatu menyokong dan meraikan kejayaan mereka. From Islamic prospective juga mereka berjaya memperlihatkan semangat juang, kekuatan minda dan perpaduan sesama muslim. Tidak seperti imej peperangan dan pergaduhan yang biasa diperlihatkan oleh media antarabangsa terhadap Islam. Alhamdullillah. Not to mention, they put other countries such as Malaysia in shame, with all the preparation and facilities pasukan kita hanya berjaya menconteng tahi ke muka kita semua. Laporan Soccernet pasal pasukan Iraq, disini.

"I want America to go out," – Iraq captain, after lifted the Asian Cup trophy.

How cool is that?


Loser: Kerajaan Junta Myanmar.

Ada banyak pilihan untuk Loser 2007. Sport wise, aku pilih team F1 McLaren. Perkara yang lebik buruk dari kekalahan adalah menipu untuk menang. And McLaren did just that. Padan muka kena denda 100 juta. But, biggest loser aku rasa adalah kerajaan junta Myanmar. Pada August lalu, sami-sami Buddha sudah tidak mampu melihat rakyat Myanmar ditekan dan diseksa terutama dari segi kewangan dan kebebasan, telah keluar berdemontrasi. Beribu monks turun ke jalanan dan menunjukkan keprihatinan mereka kepada scenario politik disana. Demontrasi oleh sami, tidak mungkin akan bertukar ganas. Daripada clip dan berita aku lihat rakyat yang lain tak join sangat, mereka cuma bertepuk tangan dan bersorak. How junta handle this? They shot the monks. How stupid is that? Ramai monks mati, angka sebenar tidak diketahui kerana system komunikasi yang dikawal rapi oleh tentera Myanmar. Aku juga rajin bersembang dengan pekerja Myanmar aku, dan dari cerita mereka aku sedar sememangnya kerajaan junta Myanmar kejam, bodoh dan tidak berperikemanusian. Perkara sebegini kadang-kadang membuatkan aku rasa beruntung sangat tinggal di Malaysia. At least kekejaman BN tidak menghalang aku dari cari rezeki. Laporan The Star pasal ini, here.

Ada macam-macam pendapat pasal azam tahun baru. Ada yang kata sia-sia, buang masa dan tidak kurang yang bersemangat membuat azam. Ala, New Year resolution just a target we set and tools to evaluate ourselves at year end. Ok la tu. Tahun lepas aku tak buat azam. So, tak boleh la nak check.

Ramai juga yang menjadikan azam sebagai bahan jenaka;

“Azam aku tahun ini nak merealisasikan azam tahun…
2000 dulu. Belum sampai lagi….”

“Azam aku tahun ni nak berbini 2.”

“My New Year resolution, I want
to comment others New Year resolution…”

Lame…seriously lame joke.

Ada juga azam-azam yang standard dan terlalu biasa:

  1. Nak kumpul duit banyak-banyak.
  2. Nak jaga berat badan.
  3. Nak kerja rajin-rajin.
  4. Nak kembangkan perniagaan.
  5. Nak naik pangkat.

Come on, all those thing sememangnya azam setiap hari kepada semua manusia. Orang sebegini confirm azam mereka tidak akan tercapai, nak buat azam pun tak tau, apa tah lagi nak naik pangkat.

Ok, dengan penuh beraninya aku nak beritahu azam tahun baru aku. Insyallah end 2008 nanti aku akan tengok samada azam aku tercapai atau tidak. Aku tidak mahu jadi pengecut yang menjadikan ‘peribadi’ sebagai alasan untuk simpan azam kepada diri sendiri.

So, azam aku tahun 2008.

  1. Nak berhenti merokok.
  2. Nak kahwin.
  3. Nak naikkan pendapatan bulanan aku at least by RM1, 500.00.
  4. Nak bawa mak aku melancong.
  5. Nak dapat 1000 page view per day for Akubetul.com

Cukup. Lebih-lebih nanti nampak ambitious sangat pula.

Kalau berani sila nyatakan azam korang. Kalau simpan je tak guna. Kurang thrill. Good luck.


SELAMAT TAHUN BARU 2008


Total Pageviews

. page counter