Saturday, September 27

Salam Lebaran

S
E
L
A
M
A
T

H
A
R
I

R
A
Y
A

A
I
D
I
L
F
I
T
R
I

M
A
A
F

Z
A
H
I
R

&

B
A
T
I
N
Confirm ini posting terakhir aku sebelum raya. Juga automatiknya jadi posting terakhir aku sebagai seorang bujang, insyallah. So, sekelian kalinya aku pesan berhati-hati dan berhati perutlah semasa memandu. Kalau ada saki-baki sopan dan santun dalam diri, tolong keluarkan masa memandu. Juga aku nak pesan supaya berjimat cermat time raya ni. Tak guna berlagak kaya dengan orang kampong. Jangan nanti lepas raya sengkek sampai nak makan pun terpaksa ikat perut.

Again, Selamat Hari Raya... dan jemput datang ke majlis aku nanti.

Aku juga nak minta maaf bebanyak kepada sesiapa yang aku ada buat salah. Tak kira in real life or di blog ini. Kat sini memang aku biasa kutuk orang. So, minta maaf kalau ada yang terasa dengan kutukan, teguran atau gurauan aku.

Kepada non-muslim, selamat berholiday lagi. Minyak dah turun harga, so boleh lah berjalan ke rumah member-member Melayu. Memeriahkan bulan Syawal.

Ok... itu sahaja. Most probably aku akan offline 1 minggu setengah.

Take care.....

Assalamua'laikum.


Thursday, September 25

Tradisi Membeli Kueh Raya

Puas hati aku. 3 daily updates in a row. Dekat-dekat nak raya ni fikiran makin free la pula. Semenjak dua menjak ni aku perasan posting aku makin jiwang. Pasal kahwin, pasal birthday, pasal puasa. Ini rasa nak buat posting kontroversi sikit. Hehehe….


Di suatu petang yang hening… di kawasan perumahan yang indah permai….




Mereka berdua terus bersembang dalam meneruskan perjalanan....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Inilah typical perbualan gadis Melayu zaman sekarang. Aku tidak cakap semua. Tapi majoritynya sebeginilah. Tidak minat nak buat kueh, tak minat nak ambil tahu dan meneruskan tradisi dulu-dulu. Mereka lebih minat pakai baju cantik-cantik dan bercerita pasal kereta, pasal handphone. Aku tidak berani cakap scenario ini salah… aku cuma pelik ianya semakin berkembang maju dan dipupuk tanpa segan silu oleh kita semua.

Berapa kerat je anak dara yang pandai dan mahu buat kueh raya? Isteri orang even kaum ibu pun ramai yang beli atau tempah sahaja kueh. Akhirnya nanti anak cucu kita akan anggap memang membeli kueh raya dari peniaga adalah tradisi turun menurun bangsa kita. Apa lah salahnya kalau pekerja perempuan dioffice bertukar-tukar kueh raya. Seorang buat sejenis, buat banyak la. Then distribute ke kawan-kawan. Saling tukar-tukar. Budget pun save, hubungan persahabatan pun akan lebih erat. Tapi apa nak buat… semua orang busy, tak sempat dan yang penting… tak minat. Kan?


Kontroversi tak posting ini? Sebenarnya dari sudut positive bagus juga, maksudnya orang kita dah makin kaya. Makin berada. Makin berclass tinggi. Buat-buat kueh raya sendiri ni bukat taraf kita lagi. Huhu..hu...

Kepada yang akan balik beraya awal (esok atau lusa), berhati-hati dijalan raya. Selamat Hari Raya aku ucapkan. Maaf zahir dan batin. There might be 1-2 posting before raya. Then aku akan offline for 1 week plus, untuk beraya dan berkahwin.


Footnote 1: Aku tahu tunang aku busy dengan persiapan kahwin, sebab tu tak sempat nak buat kueh raya.


Footnote 2: Footnote 1 atas tu bukan petunjuk yang aku bakal takut bini…hahahaha.. sekadar bukti aku seorang yang memahami.

Wednesday, September 24

Jemput ke Kenduri Aku

Fuh! 1st time dalam 2 bulan aku buat 2 posting dalam masa 2 hari. Ermm... so, sesiapa yang terlepas posting semalam pandai-pandai lah cari.

Aku rasa aku dah habis jemput semua rakan-rakan ke majlis kenduri aku lepas raya nanti. Majlis buka puasa tonight will be the last event.

So, sekarang aku nak jemput rakan-rakan disini pula. Seriously, aku bukan jemput sekadar melepaskan batuk ditangga. Aku memang seriously harap ada member-member online yang dengan penuh selamba datang ke kenduri aku nanti. Ini kad jemputan yang aku tujukan khas untuk korang semua.

Itu majlis di Terengganu. Pada 04 October 2008. Ini address penuh:

1510-H, Kg. Bukit Depu,
Jalan Pasir Panjang,
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu.

Kalau ada orang Kuala Terengganu or mereka yang beraya di Kuala Terengganu, boleh la datang. Kalau sesiapa yang tak de niat nak pergi Terengganu pun apa salahnya pergi, buat trip holiday ke Terengganu. Macam pernah aku war-warkan dulu, 2008 adalah Tahun Melawat Terengganu. Ada banyak aktiviti menarik. Pantai cantik, shopping batik, makan kepok lekor asli, ada macam-macam aktiviti kebudayaan, sukan air, sejarah.... tengok map kat bawah ni. Memang happening gila.



Bawah ni pula kat Teluk Intan.

Pada 11 October 2008. Majlis akan diadakan di hotel paling grand di Teluk Intan. Hotel yang tidak terkira bintangnya... Naik pening kepala aku kalau nak kira jumlah bintang hotel tu. Ini full address:

Hotel Angsoka,
No. 24, Jalan Changkat Jong,
36000, Teluk Intan, Perak

Ok, sebelum member-member buat apa-apa asumption, biar aku bagitahu dulu. Hotel tu bukanlah seperti hotel-hotel mewah kat KL ni. Hotel tu sekadar ada ruang makan dan tempat nak buat majlis sahaja. Click la nama hotel tu untuk pergi tengok website mereka. Wasatiah je rupa websitenya pun. Kenapa aku tak buat kat rumah? Tak buat kat dewan?. Seriously, kalau aku ada jawapan dah lama aku tulis. Semuanya aku serah kat family, ntah kenapa lah mereka pilih buat kat hotel tu. Aku sendiri tak faham. Member-member aku tengok nanti mesti pelik. sebab jarang-jrang rasanya aku buat decision pelik macam itu. Takpelah... kat mana pun majlisnya still makan, sanding, salam-salam.... ambil-ambil gambar.... balik. Sama je...Takpelah, banyak complaint pun nanti orang cakap aku tak reti bersyukur pula.

Kalau diTerengganu ada tahun melawat Tereangganu dan kerajaan negeri dan pihak swasta arrange macam-macam acara menarik. Di Teluk Intan yang hanya 2-3 jam drive dari Klang Valley ada salah satu keajaiban dunia. Macam Menara Pisa. Orang luar panggil Menara Condong, tapi kami orang Teluk Intan gelarkan menara tu as Jam Tinggi. Musim cuti ni boleh la bawa family korang witness keajaiban dunia ini sambil-sambil datang kenduri aku.

Menara Pisa and Menara Condong, Teluk Intan. No different, right?

Ok, joke aside. Mana-mana member aku yang aku terlupa jemput, terlepas pandang. Sila lah datang juga. Since jemputan kat blog ini merangkumi semua pihak. Tak kira member aku, member lama, member baru, stranger, online friends... semua sekali lah...Kalau tak cukup nasi nanti, aku belikan korang ayam KFC or aku jamu je kueh raya dengan air sirap.

Kalau sesiapa tak dapat datang, just doakan majlis aku berjalan lancar.

Terima kasih....Chow....

Tuesday, September 23

Nama-nama Menarik Member Aku

Last few weeks, aku busy distribute kad kahwin. Contacted member-member lama, call mereka, jemput ke kenduri aku, minta alamat, post kad. Benda-benda standard la. Aku gunakan juga time majlis berbuka puasa untuk edarkan kad.

Yang menariknya, macam juga geng-geng lain terutamanya lelaki, kita ada nama gelaran or nickname yang kita bagi kat kawan-kawan. Aku plan nak tulis nama betul dalam kad kahwin, nak nampak official lah sikit kononnya. Memang pecah kepala nak ingat semula nama betul mereka. Kalau nama Johari, kita panggil Joe or Kamaruddin panggil Din, takpe lah… At least dekat-dekat dengan nama betul. Ini tidak, nama pelik-pelik and not related to their real name at all. Reason behind their names pun kadang-kadang pelik dan… ermmm… menarik.

Let reveal some of the interesting names yang aku percaya will not offending any individual…. hopefully.


Li Tongkang

Seriously aku have no idea how on earth mamat ni dapat nickname sebegini unik. ‘Li’ adalah nama betul dia, Azli, but Tongkang… Aku mamang takde idea.


Pinky
Ni adalah nama gelaran pemilik bisnes photography Melati Puteh. Masa zaman sekolah dulu, member aku ni kurus melidi badan dia. So, member-member panggil dia Pinky sempena Pink Panther. Hahaha….


Chalok

Dia ni senior aku kat universiti dulu. Posting ini: Proton di Syiria, gambar-gambar tu semua Chalok yang bagi aku. Dia sedang kerja disana. Dia orang Melaka, so nickname dia Chalok. Punya lah tak creative super senior aku dulu.


Pohang

Sorang lagi senior aku dulu. Dia dapat nama Pohang sebab masa lecturer (or pegawai JPA) tanya student apa mereka tahu pasal Korea, member aku ni jawap Pohang Steelers. Referring to club bolesepak yang pernah datang Malaysia dulu. So, member-member terus panggil dia Pohang. As simple as that.


Ben

Talking about simple, this one totally opposite. Although nick dia sound simple, Ben. But wait till you hear the origin of that nick. Member sekolah aku ni nama dia Yuszaimee. I don’t know why, but he ask us to call him J. Dia cakap member-member sekolah lama dia panggil dia J. Since J sound too cool, we call him Jamban. But, we realize kejam sangat panggil dia macam tu. So, we stick with Ben, ending of jamBAN. Got it? Pelik kan? But that the story….


Lat Pau

Hahahha…. Memang lucu. Sorry, aku dah lupa nama betul member sekolah aku ni. Dia ada satu tahi lalat besar kat muka. So, kami panggil dia Lat masa masuk form 1. But, aku tak ingat bila, masa form 1 or form 2, masa study sejarah ada watak nama Lat Pau. Kapitan cina ke atau nama Chinese newspaper, tak ingat dah. Tapi yang pasti since then instead of simple Lat we call him Lat Pau.


Ana

Ini budak lelaki, bukan perempuan. Another interesting story. Nama betul member aku ini Hadi. Dia bekas pelajar sekolah agama. So, masa sessi kenalkan diri student baru, dia referkan diri dia as ‘ana’ instead of ‘saya’ masa atas stage. Sejak itu kami panggil dia Ana. One simple mistake, dia dah dapat nama gelaran.


Man Badang
Aku baru kenal member ni. Takde idea aku kenapa member panggil dia Man Badang. Maybe dia kuat kot… or… donno. Cuma yang pasti, dia memang kuat bekerja. Siang kerja di kilang, malam berniaga baju bundle pula di Klang. Fuh…!



Gagak
Ini nama member kepada member aku. Aku tak hantar kad kat dia pun. Cuma aku tertarik dengan nama dia. Dia benci dengan gagak, ironically friends call him Gagak. Ada ke patut? Menurut ceritanya dia dari kecil akan cuba bunuh burung gagak everytime ada peluang. Maybe dia benci dengan bunyi burung gagak or dengan rupa mereka yang hitam legam.

Ok… dah la kot. Before aku carried away dan tulis nama member-member lain yang lebih ‘menarik’ dan boleh buat mereka marah. Aku pun tak mahu membuatkan kehadiran ke kenduri aku berkurangan sebab posting ini. Better aku stop. Hopefully, names yang aku mention kat atas tak marah… kalau ada salah informasi tolong betulkan….

Aku percaya member-member kat sini pun surely ada nickname member yang pelik. Share la…

Chow….

Thursday, September 18

Poll Result and New Poll - Kahwin

Seperti biasa, bila poll aku cecah more than 100 responses aku akan tamatkan dan ganti dengan poll baru. Poll yang lepas aku tanya pasal bulan Ramadhan dan Syawal. Actually aku surprise juga since just after one week poll tu dah received 100 responses, since aku busy aku biarkan ia running till today. If sesiapa interested, below adalah result setelah 142 orang menjawap.

Suka aku tengok ramai yang start puasa penuh sejak sekolah rendah lagi. But yang menariknya, aku ada member yang dari kecil jarang tinggal puasa tapi bila dah besor gajah ni cukup liat nak puasa sebab pengaruh kawan-kawan. Aku juga suka sebab ramai orang macam aku rupanya, wajib bersahur. Mungkin ramai yang nak dapat pahala sunat sahur, tapi aku the main reason sebab aku taknak jadi mayat bergerak disiang hari. Tapi last week aku lupa bangun sahur sehari, still ok lah. Cuma, macam aku mention sebelum ini, aku akan stay di surau dari sebelum zuhur sampai asar.Hahahha... ramai orang belasah je bajet masa pergi bazar ramadhan. Patutlah peniaga-peniaga ramai yang belasah je letak harga makanan.

Fuh... majority more than 70% prefer makan masakan ibu dan isteri. Bagus..bagus. Although aku tersilap sebab tak tanya 2nd choice. Tapi still ada yang prefer makanan bazar compare to even buffet hotel... pelik. Bajet raya pula ramai yang tak letak target, errmmm... tak plan pembelajaan ke? Hampeh....

Ok... itu poll lama, aku dah letak poll baru. Ini aku suka ni, belum pun aku post posting ini. Dah ada orang response poll tu. Poll tu pasal kahwin, since macam member-member kat sini semua tahu, Insyallah aku akan lansungkan perkahwinan lepas raya nanti. So, saja nak compare apa yang aku sedang lalui dengan mereka yang pernah kahwin atau tahu pasal perkahwinan base on pengalaman family atau kawan-kawan. Tolong share dengan aku. Aku tanya soalan-soalan basic pasal umur, bajet dan yang aku still considering... tempat honeymoon. So, help me out here.

Sikit pasal perkahwinan aku. Aku dah call member-member untuk minta alamat dan jemput ke kenduri aku. Satu group lagi aku akan jumpa weekend ini untuk berbuka puasa dan bagi kad. So, kalau sampai next week ada member aku yang belum dapat pangilan dari aku. Tolong contact aku, maki aku sebab terlupa pasal kau. Kalau tak pun, sms atau miscall aku, then bila aku call balik, korang diizinkan untuk marah aku. Then aku akan teruskan dengan rutin menjemput ke kenduri aku. Fair deal kan.... Bukan senang orang boleh marah dan maki aku depan-depan tau. Boss aku pun jarang-jarang dapat chance macam tu. Boleh la contact 0162266654 or my 012 number.

Ok... chow.

Monday, September 15

Today My Birthday

Since today birthday aku, so posting hari ini totally pasal aku. Tiada masalah negara, tiada komen pasal isu semasa, tiada lawak-lawak jenaka. 100% pasal aku. Walaupun ada orang email, minta aku komen pasal recent scenario involving ISA detainees. Tapi aku malas, malas nak penatkan kepala. Maybe esok lusa….

Nyanyi dulu…..

Allah selamatkan aku….
Allah selamatkan aku….
Allah selamatkan Fandi…
Allah selamatkan aku….


Lagu orang putih pulak….


Happy birthday to me…
Happy birthday to me…
Happy birthday to Fandi…
Happy birthday to me…

Hahahha… macam budak-budak.

Pedulikan, tak salah rasanya aku nak celebrate birthday aku sendiri di blog aku sendiri. Honestly, masa budak-budak pun aku tidak pernah sambut birthday. Sebenarnya, semenjak ada awek dan kerja di company sekarang baru aku merasa celebrate birthday, sebelum tu tak pernah pun.

Macam aku war-warkan minggu lepas, hari ini birthday aku. Ramai member aku yang ambil cuti bila tiba birthday mereka. Aku malas nak cuti, weekend pun aku dah boring dok rumah tak buat apa. Better aku datang office, siapkan kerja (hope my boss read this) dan update blog.

Last year, aku gunakan duit dari iklan Nuffnang dan aku beli domain akubetul.com sempena birthday aku. Aku anggap ia sebagai hadiah dari reader blog ini kepada aku. Betul la kan, since aku dapat duit tu sebab reader rajin datang blog ini dan ada yang berminat untuk click iklan, so duit tu consider hadiah, upah, bayaran daripada pembaca kepada aku. Register domain hanya USD10 sahaja. This year sebab rezeki dari iklan pun dah sedikit bertambah, so aku belikan diri aku hadiah yang sedikit mahal menggunakan duit iklan.

Sepasang suit hitam. Blazer, kemeja dan seluar panjang. Aku tempah di Teluk Intan last few months. Semuanya RM600. Aku anggap ianya hadiah dari pembaca blog ini sebab again, 100% bayaran untuk suit itu aku gunakan duit dari sumber iklan disini. So, thank you guys.

Lepas habis duit Nuffnang aku gunakan untuk suit tu, aku simpan pula untuk hadiah perkahwinan nanti. Tengoklah apa aku akan beli untuk diri aku yang akan aku anggap hadiah dari korang semua.

Birthday aku tahun ni best sebab beberapa perkara. 1st, last Saturday aku attend majlis buka puasa anjuran Nuffnang kat The Apartment di KLCC.

Gambar atas, aku curi dari mana, lupa. Atas tu gambar aku lepak hisap rokok dengan celebrity blogger Muzaffar dari sultanmuzaffar.blogspot.com memang cool, kurang bercakap....banyak fikir kot. Yang bawah dari blog redmummy.com (celebrity blogger). Aku dok semeja dengan Mira (Redmummy), aku tak suka sangat dia. Sebab aku rasa dia sombong dan berlagak, but hubby dia cool. Juga jadi smoking buddy aku malam itu.

Jemputan makan free, bodoh la aku tak pergi. Kat sana aku jumpa ramai bloggers, ada yang glamer dan ada yang baru nak naik. Aku selalu percaya dah tua-tua ni malas nak buat member baru. Aku confident better aku jaga sahaja kenalan yang dah sedia ada daripada tambah kenalan-kenalan baru dan start all over again process mengenali hati budi manusia lain. But semenjak dua menjak ni tanggapan aku dah sedikit berbeza. Aku suka pula buat kawan baru. Kenal dan belajar benda-benda baru. Malam tu aku kenal ramai juga bloggers, sorry kalau tak termention kat sini. Kalau aku mention 2-3 orang, nanti yang lain kecil hati. Nak mention semua, mustahil lah. Baru kenal, dah kecil hati tak best.... kan?

Itu 1st reason aku suka time birthday tahun ini.
2nd, masa tengah makan dan bersembang dengan geng bloggers, aku dapat beberapa sms daripada rakan-rakan. Dimulakan dengan SMS kutukan yang aku terima pukul 7:50 dan diakhiri dengan SMS sedih pada pukul 9 lebih. Hahahah… Sedih tu maksudnya member aku yang sedih sebab team bola yang mereka sanjung-sanjung sangat tersungkur di bumi Anfield. Hahahhaa.. Steven Gerrard dan kawan-kawan bagi hadiah birthday best pada aku tahun ni. Diaorg sepak bontot Manchester United 2-1.

Berbatov konon… pppiiiiiiirrrrraaaaahhhhh! To M.U fans, doa la banyak-banyak supaya Ronaldo sihat cepat dan tak injured lagi. Kesian aku tengok (replay) player M.U main macam budak sekolah rendah tengah padang. Hahaha…. Yup, dah 4-5 tahun kami tak menang lawan M.U… but that fact does not make M.U players less motivated, infect maybe mereka lagi bersungguh nak jaga record. But apakan daya… Kesian…kesian…kesian…. Dah la kalah, player kena gantung….. kesian… ada player yang injured…. Kesian…kesian. Itu belum Torres main lagi tu…. Hahahhaa….. Again, Berbatov konon…. Hahahahhaa….

Fergusen salam tak ikhlas... Hahahahha.... LOSER...!


Malam ni nak berbuka dengan tunang aku. Mesti dia belanja aku makan sedap-sedap. Best…best.


Kalau ada sesiapa nak bagi hadiah, contact email aku. Ingat, hadiah yang mahal-mahal, yang ada class dan yang best-best sahaja. Kalau sekadar kad, pen sebatang, atau pemotong kuku, takpe lah. Simpan je lah… Hahaha… kidding.

Chow….

Thursday, September 11

Aku Komen Politik Semasa

Semalam hari paling memenatkan dalam bulan puasa tahun ini bagi aku. Pergi site, bekerja tengah panas. Haus gila… air pipe nampak macam manis dan baru keluar dari freezer. Badan aku dah makin mengada… sial betul. Tapi, as funny as it sound, bila dah berbuka rasa extra puas compare to normal day yang mostly aku spend duduk dalam office.

Ok, stop talking about my boring life. Aku promise sepanjang Ramadhan akan dikurangkan posting kutukan, makian dan yang sewaktu denganya. Kurang sopan la kan. But when I want to talk about politic, susah untuk tidak mengutuk. So, aku spend some time and prepare this for your guys…. Harap pahala puasa aku tidak tinggal senipis kertas A4 70 gram hari ini. Enjoy….


He started it… by stop thinking for few minutes and being too honest…




He spotted the chance and open C4…



…. While Ramadhan for some Malaysian not as hot as it should be.



But, more than 1/3 of Barisan Nasional leaders play hide and seek with Anwar and flew to Taiwan…



He saw not a tiny little problem with that….


And that my friend is the summary of Malaysia current political scenario, stupid but yet amusing.


Footnote 1:

All the words inside the callouts box are purely fabricated by me base on newspapers report. To find the exact vocabulary please search Utusan, TheStar or NST archive section.

Footnote 2:
I wrote the Footnote 1 not to cover my ass, I seriously mean it. Yeahhh…. Right…!

Monday, September 8

Kepala Otak Jammed

Last week aku cuma mampu update blog sekali sahaja. Aku rasa I should stop apologizing for not updating this blog frequently, orang pun dah boring kot baca alasan aku. Busy…busy…busy. Maybe aku tak busy physically, tapi kepala otak aku yang busy. Takde banyak masa untuk berfikir pasal blog. Macam-macam benda kena fikir dan ada banyak benda kena setelkan. Sedaya upaya aku try not to update blog with crappy posting atau simply post forwarded email yang setiap hari singgah di inbox email.

Ok… seperti biasa paragraph atas tu adalah sessi aku whining about my personal life. And as usual, I don’t think ramai orang interested to know more about it. Semua orang ada masalah sendiri yang sudah, sedang dan akan diselesaikan. Right?

Inspired by my experience last week, aku nak campak idea untuk selesaikan antara masalah terbesar negara kita. Jumaat lepas aku nak berbuka dengan abang aku di rumah dia di Ulu Klang. So, lepas kerja aku drive ke rumah dia dari Petaling Jaya. Imagine, from PJ ke Ulu Klang aku terpaksa habiskan lebih dari dua jam. Panas je hati aku terpaksa berbuka dalam kereta. Nasib baik sempat singgah Petronas beli air juice oren dan kacang. Aku tersangkut dalam jem di beberapa tempat. Perjalanan dari PJ ke Ulu Klang ambil masa yang hampir sama dengan perjalanan aku balik kampong ke Teluk Intan, ada ke patut? So, biar aku try bagi suggestion cam mana nak settelkan masalah jalan jem especially time bulan puasa. Macam biasa idea aku ada yang logic dan tidak kurang yang mengarut, dan melampau. Ada yang serious dan tentunya ada yang mampu buat korang at least tersenyum.


1. Kereta Dijalanraya Ikut No. Plate

Dah lama aku fikir benda ni. Bunyi macam mengarut tapi aku rasa ada juga logicnya. Kerajaan patut hanya benarkan kenderaan persendirian berada dijalanraya mengikut nombor plate. Pada hari ganjil (1,3,5…. haribulan) hanya kereta bernombor pendaftaran ganjil sahaja should be on the road. Sama seperti pada hari genap hanya plate kereta persendirian genap sahaja yang kita patut lihat diatas jalan. Dengan cara ini orang ramai akan TERPAKSA menggunakan public transport atau berkongsi kereta untuk pergi dan balik kerja. Kita semua sedia maklum rakyat Malaysia memang suka dipaksa dalam apa hal sekalipun. Bagi mereka yang betul-betul mampu sahaja yang akan membeli lebih dari satu kereta. Mungkin peraturan ini boleh diapply hanya untuk jalan-jalan penting yang selalu sesak. Aku percaya dengan cara ini at least ¼ kereta akan berkurangan di jalanraya.


2. Non-Malay Cooperation.
Last Friday masa tersangkut dalam jem aku tengok kiri kanan bukan semuanya orang Melayu. So, aku harap non-Malay boleh bagi chance kepada kami yang nak berbuka puasa untuk memiliki jalanraya dari pukul 5-7 petang disepanjang bulan puasa ini. You guys maybe can stay kat office till night, or hang out di mamak, shopping complex atau kat mana-mana dulu. Tidak perlulah sama-sama rushing untuk balik rumah. I know, no way government can impose such rule. Ultra sensitive non-Malay akan marah, merajuk, sedih dan mungkin ada yang akan mengamok. So, aku sekadar minta tolong kepada my Chinese and Indian friends to re-schedule your plan just during this Ramadhan month.


3. Pakat-pakat Berbuka di Office
Aku tidak simply suka-suka minta orang lain (non-malay) to adjust their lifestyle for me. Aku sendiri pun akan cuba tidak menyesakkan jalanraya everyday. So, aku minta kepada orang bujang seperti aku yang tidak ada komitmen dirumah, lebih baik berbuka di office atau kawasan yang berdekatan. Biarkan mereka yang sudah berumah tangga untuk balik berbuka dengan keluarga. Tidak perlulah bertungkus lumus meredah jem sekadar nak beli nasi bungkus di bazaar ramadhan dan makan seorang diri di rumah. Better kau berbuka dengan stranger di kedai makan or memeriahkan majlis berbuka di masjid dekat dengan office.


4. Laporan Trafik Yang Lebih Bagus
Disemua radio station ada laporan traffic. Yang bestnya setiap hari akan cakap benda yang sama. “Jalan sesak di sini, sini, sana, sana, situ, situ”. Memang everyday jalan yang sesak adalah jalan yang sama unless ada accident, traffic light rosak atau ada roadblock kerana perhimpunan haram. So, aku rasa radio station should upgrade their traffic report. Instead of just tell us mana jalan jem, lebih baik beritahu laluan mana yang patut diambil. Kadang-kala ada pendengar yang beritahu alternative route, tapi radio station should equip themselves with such information and help road user exact detail on how to avoid traffic jem. Better kalau ada radio station yang memang dedicated to help us dalam hal ini. Maybe nama radio station tu taffic.fm or freeflow.fm.


5. Improve Public Transport
Ok, semua orang tahu fact ini. Even Pak Lah dah test dan masukkan benda ini dalam bajet next year. Tapi aku rasa solution yang lebih drastic diperlukan. Contohnya, sediakan perkhidmatan bas percuma untuk laluan penting. Disepanjang highway, seperti NKVE, KESAS dan Federal Highway sepatutnya disediakan bas percuma. Bas-bas tempatan juga boleh diberikan percuma. Kalau kerajaan tidak mampu subsidikan maybe costnya boleh dimasukkan dalam cukai pintu, cukai jalan or apa-apa cukai. Pakar-pakar pengiklanan juga boleh membantu dengan mengexploitasikan jumlah penumpang yang ramai dan menggunakan keuntungan untuk cover cost operasi. Apabila sudah disediakan public transport percuma, bas berbayar tidak harus dihapuskan. Sebaliknya tambangnya maybe boleh dinaikkan. Bas berbayar ini akan menjadi pilihan mereka yang berstatus tinggi atau mereka yang nak berlagak. Berikan pilihan kepada pengguna, samada nak naik bas free yang sesak atau bas berbayar yang lebih selesa. Aku percaya choices sebegini akan mampu mengurangkan traffic jem.


6. Waktu Kerja yang Pelbagai
Tidak salah aku rasa kalau pejabat tak kira swasta atau kerajaan mempelbagaikan time masuk dan balik kerja. Communication antara offices bukan berlaku setiap masa. Sekarang ni most offices masuk kerja within 8:00 am to 9:00 am, maybe waktu itu boleh diextendkan lagi dari pukul 7:30 ke pukul 10 pagi. Jadi waktu jalan jammed akan distretchkan 3 jam lagi untuk pergi dan balik kerja. Kalau takut synchronization antara pejabat terganggu, maybe time bekerja boleh disamakan mengikut sector.


Ok stop here. Takde idea lagi dah, tolong throw your opinion kalau ada yang menarik. Chow… nak kembali membebankan kepala otak aku dengan real life problem. Seronoknya…

Tuesday, September 2

Poll Result and New Poll (Ramadhan)

Seperti biasa, when my poll at the right hand side reached 100 responses I will stop and display new poll. Previous poll received 116 responses, since it is not very interesting topic so, it took almost 2 months to complete. Kalau poll pasal politic beberapa minggu dah dapat beberapa ratus responses.

Ok, so if anyone interested, here the result from previous poll.

Surprisingly 80% of this blog reader is not my real-life friends. Aku selalu ingat kawan-kawan aku sahaja yang baca blog ini, rupanya tidak. Almost all my friends know about this blog and ramai juga yang aku rasa responded to this poll tapi still only cater 20% of overall reader, meaning aku ada potential to double or triple numbers of my friends if aku usahakan untuk mengenali semua pembaca blog ini. Interesting…

Remaining of the poll is about broadband, in particular for Malaysia. Nothing surprise me, majority of Malaysia Internet user subscribes to TM Net line, most of them feel the line just OK since they only use it for basic broadband applications and nobody really sure whose to blame for our slow moving broadband technology.

That result from previous poll that I mentioned took almost 2 months to receive 100 responses. Sebelah kanan tu dah ada poll baru. First, aku nak minta maaf kepada non-muslim sebab that poll only for muslim. Kalau still interested to response, answer la on behalf of your friend. Ask your friend the same question and exploit the answers here.

Before aku suruh orang lain jawap biar aku beritahu jawapan aku dulu.

1. Bila Start Puasa Penuh?
Aku duduk kampung. So, masa sekolah rendah lagi aku dah berjaya puasa penuh sebulan. Tak silap aku masa darjah 2 atau 3. Parent tidak berikan hadiah apa-apa pun, cuma reward yang paling best adalah berlagak dengan kawan-kawan, member sekolah dan member kampung. Boleh brag berbulan-bulan even bertahun tu.

Typical ayat kutukan:

“Ala… kau tu puasa pun tak penuh ada hati nak ________”

Blank space tu boleh diisi dengan pelbagai perkataan, contoh:

1. mengorat perempuan…
2. menang main guli…
3. jadi Ultraman…
4. katam Quran dulu dari aku…

So, memang seronok boleh puasa penuh dan ada kawan yang gagal puasa penuh. Boleh kutuk sampai next year. Hahaha....


2. Bersahur?
Yes, aku mesti bersahur. Kalau gagal bangun sahur siangnya aku akan rasa nak mati…tidak semestinya aku makan bersungguh time sahur. Selalunya memang makan bersungguh macam nasi, roti, mee, etc. But kalau tak sempat buah kurma, air susu, biskut or even air kosong pun jadi lah. But aku mesti sahur. If aku gagal bangun, siangnya pasti aku akan tidor hampir sepanjang hari. Kalau hari kerja aku akan pergi sembahyang zuhur dari pukul 12 tengah hari hingga 3 petang. Akan berlaku lah perang dengkur antara aku dengan beberapa pak guard di surau. Hahaha…


3. Bajet Bazar Ramadhan.
Aku jarang set bajet. But on average aku akan habiskan around RM10-RM20. Air RM2, main course (nasi, mee, bihun) RM5, 2nd main course (murtabak, roti john, rojak) RM3, kueh muih (popia, karipap, roti jala) RM2, lain-lain (buah, kurma, taufufa, ayam percik) RM3. So total belas-belas ringgit. Talking about bazaar ramadhan, semalam aku dengan member-member pergi bazaar di Stadium Shah Alam. Di area Shah Alam, sanalah bazaar paling besar dan happening. Seronok juga jalan-jalan melihat gelagat manusia mengikut nafsu.

Cuma aku still tak faham dengan perangai perempuan-perempuan bodoh yang datang ke bazaar dengan pakaian seksi. Bazaar Ramadhan di Shah Alam confirm yang datang majoritinya Melayu yang sudah penat berpuasa sepanjang hari. Kalau bazaar di Petaling Jaya atau Teluk Intan memang banyak non-Malay share the food fiesta, tapi di Shah Alam memang 100% Melayu. Memang ramai orang perempuan tak kira anak dara, bini orang atau makcik-makcik yang tanpa segan silu tayang dada, betis, perut masa membeli belah di bazaar. Aku tidak berani menyentuh status puasa mereka, tapi tindakan berpakaian sexy di bazaar ramadhan memang menunjukkan mereka kekurangan sel otak. Sebelum aku menambah dosa dan mengurangkan pahala puasa dengan mengutuk, lebih baik aku move to next point.


4. Best Food for Buka Puasa

This one no doubt la… my mum’s the best. Mak aku bakar ikan, gulai tempoyak, sotong masak merah, sambal tempoyak, kerabu… Fuh. Memang sedap gila. Next weekend aku nak balik kampong nak berbuka 2 kali dengan mak aku. Kalau dirankingkan, maybe aku prefer Seafood Steamboat better than buffet.


5. Bajet Raya
Aku jarang setkan bajet. Semenjak kerja, aku tidak limitkan pembelian baju, kasut, seluar hanya time raya. Jika perlu aku beli dan jika ada duit lebih, aku beli je. For Raya, aku akan beli kain baju Melayu beberapa puluh ringgit dan bagi mak aku jahitkan. Maybe sepasang kasut baru dan beberapa t-shirt. Tidak pernah lebih RM500.


That’s it, answers to my own poll. So, please spare your time and take part dalam poll terbaru aku.



Total Pageviews

. page counter