Thursday, May 8

Aku Komen Issue Semasa – Faizal Tahir, Karpal Singh Hina Sultan, Raja Petra Kena Tangkap, Rasuah Bolesepak Malaysia

Mereka yang lama diblog ini tahulah, dulu aku suka buat posting macam ini. Aku lumpsumkan semua issue semasa dalam satu posting dan komen secara ringkas. Sebab utamanya adalah kerana terlalu banyak issue nak disentuh dalam satu masa dan aku malas nak perah otak berceloteh pasal satu perkara sahaja. Masalahnya, posting sebegini tidak search-engine-friendly, sebab title posting yang terlalu universal. Jadi solutionnya, aku letak semua issue kat dalam title. Saja nak try apa hasilnya.


Takpe lah, so… here it goes.


Faizal Tahir Menang Lagi

Lepas menang di Anugerah Planet Muzik rocker ‘kurang ajar’ ni dimurahkan rezeki lagi untuk menang 4 awards di AIM. Betul-betul murah rezeki mamat ni lepas kontroversi tayang dada dulu. So, lepas ni kepada artis-artis kita, kalau rasa-rasa nak cepat glamer pandai-pandailah cari peluang buka baju dan tayang dada. Aku syorkan penyanyi perempuan pula buat. Fuh… guarantee glamer gila. Kepada Faizal Tahir pula maybe lepas ni dia kena buka kasut atau buka seluar pula, haahahhaa… But seriously, aku tidak berapa suka gaya dia ‘show off’ di Planet Muzik atau di AIM. Dia macam besar kepala lah pula, bangga dengan rezeki lepas kontroversi.


Raja Petra Kena Tangkap


Aku tidak pernah minat kat tulisan dia. Kebanyakkan tulisan dia lebih kepada cerita khayalan dan tekaan melulu. The fact that he proud masa kena tahan lagi lah membuatkan aku sedikit menyampah dengan dia. BUT, aku still salute diatas keberanian dia. Dia seorang manusia yang berpendirian dan berpegang teguh kepada kepercayaan dia. Betul-betul anak jantan. Tak ramai manusia sanggup duduk dalam lokap berbulan-bulan dan reject bail yang hanya bernilai 5 ribu. Aku juga kagum dengan sokongan yang dia dapat. Bayangkan, beberapa jam kutian derma dilancarkan diblog beliau, dia dah kutip lebih kurang RM 30 ribu. Cool, kan? Aku juga tak berapa faham, Raja Petra kaitkan kes Altantunya dengan Najib dan wife dia, but how on earth dia kena charge ‘menghasut’ dan ‘menjejaskan keselamatan negara’. Bukan kah itu satu penyalahgunaan kuasa oleh TPM untuk kenakan Raja Petra? Atau dalam bahasa manisnya, tidakkah tindakan ini bermotifkan politik.

Youtube Dari Bro Roslan SMS: here


Karpal Singh Kurang Ajar

Cuba teka mana satu Karpal Singh?


Lepas Lim Kit Siang kurang ajar
, kini kawan dia pula. Salah satu kesan PRU 12 adalah politician hilang respect kepada sultan dan raja. Baik UMNO (di Perlis dan Ganu) ataupun DAP di Perak. Cuma kali ini aku betul-betul tak puas hati dengan Singh yang bangang dan kurang ajar. Kes melibatkan negeri Perak, Pengarah Jabatan Agama Islam, yang Singh dari Penang dan obviously bukan beragama Islam sibuk tu apahal? Dia tak sedar ke dia tu dah cukup glamer? Bagi la chance kepada lawyer-lawyer lain pula nak tunjukan taring.


Rasuah Bolasepak Malaysia

Damn… kualiti bolasepak Malaysia dah memang cam sial, main entah apa-apa, ada hati pula nak terima rasuah. Aduhai, pening aku. Yang lagi pelik, ada pula bookie layan liga tempatan, ada kaki betting taruhkan duit untuk game tempatan. Kalau dah tahi judi tu, apa pun jadi. Ramai cakap desakan hidup yang jadikan player ‘terpaksa’ terima rasuah. Kerana tahap professionalism persatuan bolesepak yang macam sial. Gagal jaga welfare player, gaji lambat, hutang beribu-ribu. Dah la tu, mansuhkan sahaja liga bolasepak tempatan, tak payah ada liga, tak payah ada pasukan bolasepak kebangsaan. Concentrate je kat sukan seperti hoki, badminton, renang atau sukan-sukan glamer yang kita tak cukup terror macam tennis, rugby atau sukan bermotor.


Chow…. Nak pergi setelkan masalah perkerja asing. Mereka bising tak cukup gaji sebab harga beras dah naik. Susah ni, nak kena jaga hati sebab ada diantara mereka yang hilang punca dek kerana tak tahu nasib family yang terkena taufan dinegara mereka. Walaupun banyak bantuan asing dah tiba, tapi sistem telecommunikasi mereka terputus, pekerja di Malaysia tak dapat nak contact saudara mara disana. Kesian...kesian.

15 comments:

Anonymous said...

SAYA membaca kenyataan Karpal Singh di dalam akhbar-akhbar tempatan yang mempertikaikan keputusan Sultan Perak di dalam kes yang melibatkan pertukaran Datuk Jamry Sury, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak dan kemudiannya mempersoalkan titah Yang di-Pertuan Agong.

Beliau mengingatkan pihak istana Perak supaya memahami kuasa terhad raja-raja dan dilaporkan berkata “rakyat kini tidak lagi hidup dalam zaman feudal.”

Bagi saya perkataan sebegini merupakan tindakan memperlekeh-lekehkan kewibawaan sultan dan istana. Karpal Singh dilaporkan menambah lagi bahawa “Sultan Perak sendiri pernah jadi Ketua Hakim Negara, takkan tidak sedar kes ini.” Ini lagi satu perbuatan yang memperkecilkan kebijaksanaan dan kearifan tuanku sultan.

Saya berasa sangat terluka dengan kenyataan Karpal Singh ini.

Karpal Singh juga dilapor menyatakan bahawa kerajaan negeri tidak sepatutnya dipengaruhi istana, dan “Arahan Sultan Perak supaya Jamry dilantik semula adalah tidak sah mengikut undang-undang…” Karpal Singh melalui kenyataan ini telah menyalahkan Sultan Perak di dalam hal ini dan secara langsung menganggap bahawa titah baginda itu tidak mengikut undang-undang.

Dalam kenyataan peguam terkemuka, Datuk Muhammad Shafee Abdullah (Utusan Malaysia, 7 Mei 2008) beliau dilaporkan telah berkata bahawa tindakan di bawah Akta Hasutan boleh diambil ke atas Karpal Singh sekiranya ramai orang Melayu dan pemimpinnya terluka dan marah dengan kenyataan pemimpin DAP itu.

Saya mendapati ramai pemimpin Melayu dan juga orang Melayu melalui media dan juga perbincangan persendirian telah menyuarakan perasaan ketidaksenangan, terluka dan marah terhadap kenyataan Karpal Singh tersebut.

Berpandukan kenyataan Muhammad Shafee itu, saya menyarankan supaya pihak-pihak yang berkewajipan di dalam menegakkan keadilan di negara ini dengan segera mengambil tindakan sewajarnya, demi untuk mengelak daripada api kemarahan tersebar lebih luas.

Sekiranya Karpal Singh telah melanggar undang-undang dan Perlembagaan negara, maka beliau patut dihakimi dengan segera. Tiada siapa pun terkecuali daripada tindakan undang-undang sekiranya melakukan kesalahan.

Karpal Singh juga dilaporkan telah menimbulkan soalan tentang siapa yang menyediakan titah ucapan Diraja Yang di-Pertuan Agong. Karpal Singh telah mempertikai kewibawaan Seri Paduka dan institusi raja apabila beliau menimbulkan soalan sebegitu.

Apabila Yang di-Pertuan Agong melafazkan titah maka itulah yang ingin dititahkan oleh Seri Paduka dan rakyat tidak perlu menyoal siapa yang menyediakan titah itu. Apabila Karpal Singh menyoal seperti itu, maka dengan jelas beliau mempersoal keupayaan Seri Paduka untuk berfikir sendiri. Ini dalam fikiran saya, adalah satu perbuatan merendahkan kedaulatan dan martabat Seri Paduka.

Kalau kita hanya heboh-heboh sahaja dalam media tentang sebarang perbuatan yang melanggar undang-undang, Perlembagaan atau tatasusila, tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan yang konkrit, maka rakyat mungkin akan hilang kepercayaan kepada keupayaan pihak-pihak berkuasa yang dipertanggungjawabkan oleh rakyat untuk membendung perkara-perkara yang boleh mendatangkan musibah dan keamanan negara.

Zackos

Anonymous said...

Komen aku, aku suka dengar lagu Faizal Tahir je tapi aku tak suka orangnya. Bayangkan masa hari dia habis 'edah' tu boleh posing mulut ternganga dengan gaya maut camtu.... Hampeh.... Tapi dia better dari Fiq dari segi penampilan....

Pasal bola, banyak team yang tak bayar gaji on time. Bayangkan kalau tunggakan sampai 4 bulan... tak boleh aku bayangkan. Pengalaman aku kerja dah 10 tahun baru sekali gaji masuk lewat 1 hari punyalah kecoh sampai HR kena tutup... Aku terpikir baru lewat 1 hari... tapi pemain bola ada tak dapat gaji sampai 4 - 6 bulan.....

Anonymous said...

Relax la Zacko,

Cuba berfikir di luar kotak.Sayang sangat melayu ke?Berkenaan isu mempertikaikan keputusan sultan tu,apakah saudara telah lupa apa yg berlaku kat Terengganu?Kenapa tak ambil tindakan kepada Rosol Wahid yg terang2an mengatakan" Kami Nak Idris " Bukankah dia mempertikaikan keputusan sultan.Begitu juga Peguam Negara membuat kenyataan bahawa Agong tak berhak campur tangan dalam isu perlantikan MB Terengganu.Ini dikira menghina Sultan jugak ni.

Apa yg pasti,ini sebenarnya bola tanggung utk puak2 yg kalah tu untuk membangkitkan sentimen perkauman dan meraih sokongan melayu supaya menyokong mereka.

Sultan Perak bukan jenis cepat melatah.Dia seorang yg amat bijak.Begitu juga dengan Raja Nazrin dan kita sepatutnya menyerahkan kepada paduka sultan utk menyelesaikan masalah tersebut.

Tapi apa yang pasti saudara masih mempercayai surat khabar "MSM".Bahaya tu.Maklumat dan beritanya dikhususkan untuk menghuru-harakan Pakatan Rakyat melainkan saudara sebahagian dari Mainstream itu.

JOE SCAPULA.

Anonymous said...

Setuju dengan Joe Scapula (orang Itali ke atau Sepanyol).

Kes Terengganu, bukan setakat tolak calon sultan tapi lupa ke pasal banner yang dipasang oleh pengikut Ideris Jusoh. Sama juga dengan isu kat Perlis... Ya memang Melayu mudah lupa. Lagi satu mungkin orang lupa yang zaman Dr. M pernah ada cadangan dan resolusi untuk mengurangkan/ menghapuskan kekebalan raja-raja. Itu tak dikira biadap atau kurang ajar ke... Bisalah kalu PR yang buat salah.....

Anonymous said...

hurm....
aku neh minat faizal tahir and aku ase ape yang dier wat tuh tak der la melampau sangat...
and kalo ade orang yang kate melampau, okie fine die dah mengaku salah n mintak maaf pon aite....
so ape salahnye kite bagi dier peluang skali lagi....
macam karpal neh aku memang palang dier dari dulu lagik...
dier neh dah nyanyuk gamaknyer...
tu yang men lepas cakap jer apr yang dier ske...
ahahahhaa.....
pasal bola la plak...
aku memang kesian gle kat diorang..
aku tak slahkan player kalo men macam haram....
cuz diorang tak penah nak dapat hak diorang on time...
so maybe diorang tak bersungguh men cuz hak diorang tak diambil peduli sangat...
aku ase kalo sume sistem dalam persatuan bola negeri n FAM sendri teratur n tersusun rapi, insyaallah kualiti bola sepak kiter tak jatoh merudum sampai macam tuh skali...
sume berpunce dari orang dalam gak...
panjang lak celoteh aku kali neh...


P/s: Memang nak konsentret piala thomas tapi lambat sket kot cuz nak konsentrat kat BPL ngan champ league... lalala.... ;p

Anonymous said...

a) Faizal Tahir menang - Ok ape..better than CT ular tedung tu..(refer pada fashion dia..hehehe)

b) Karpal Singh hina sultan - Dont worry,Perak got Sultan-with-brains.

c) Raja Petra kena tangkap - apa dah jadi dgn "kebebasan bertulis" ??? semuanya propaganda..

d) Rasuah Bola sepak Malaysia - the living proof of man stupidity. Besar mana la sgt dunia bola sepak Malaysia ni sampai bole dijadikan bahan rasuah..

-Ipoh Lads-

Anonymous said...

Kbanyakan artis kat m'sia ni aku cuma minat lagu dan bukan artis itu sendiri.Lagu sedap aku layan .so, xpayah lah bukak baju, bukak mulut untuk aku.Pada aku faizal tahir layak menang.Itu shj.

Karpal seperti dah nyanyuk. Bila dia bercakap cuba ko tgk mata dia.Mcm berputar..
Ini masalah Sultan dgn Karpal..Kita diam jer..
Aku tgk bukan Karpal je yg menghasut tapi org-lain-yg-beria-nak-masuk-tv pun sama.2 kali 5 daa..quack-quack.

Aku tak suka bola sepak sejak bbrapa tahun yg lalu.Tapi aku suka isu rasuah.Kesimpulannya, rasuah ada di mana-mana.

Raja Petra vs Najib & Rosma, wahhh..aku kagum. Siapa yg menang agaknya?

Anonymous said...

TATKALA mengikuti perkembangan isu ahli politik pembangkang yang bersikap 'kurang adab' dengan pihak istana, terlintas di fikiran saya, ke mana perginya prinsip Rukun Negara yang kita amalkan selama ini?

Sebagai warga negara Malaysia, kita sudah tentu sedia maklum bahawa rangkap pertama Rukun Negara ialah "Kesetiaan ke- pada Raja dan Negara". Jadi, mengapa ter- dapat segolongan pihak yang berani untuk mempamerkan sikap yang tidak sepatutnya kepada ketua negara apalagi sultan dan Yang di-Pertuan Agong, yang sepatutnya kita hormati, sanjungi dan sayangi?

Jika kita ambil contoh, orang muda menghormati orang tua, pekerja menghormati majikan, pelajar menghormati guru, anak mentaati ibu bapa apatah lagi hubungan rakyat dengan raja, yang seharusnya ditaati dan disanjungi.

Ini adalah tuntutan alam (nature). Apa akan jadi kalau anak tidak lagi mentaati ibu bapa, orang muda tidak mengendahkan orang tua atau pekerja tidak hormat pa- da majikan? Jawapannya tentu kita sedia maklum.

Inikan pula apabila rakyat menunjukkan kebiadapan pada rajanya. Apa kesannya pada sistem raja berperlembagaan yang kita pegang selama ini.

Tambahan pula, Malaysia sejak dulu mengamalkan sistem beraja bagi memayungi rakyat jelata. Malah, raja berperanan luas dalam bidang keagamaan dan ketenteraan.

Jadi tidak sepatutnya ada suara yang membelakangkan peranan tersebut.

Tindakan yang tegas patut segera diambil oleh pihak berkuasa seperti mendakwa mereka yang terlibat di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau menggubal undang-undang khusus bagi mencegah daripada ada lagi yang 'mulut celupar' menghina institusi beraja.

Kita sepatutnya mencontohi Thailand yang tidak akan kompromi dalam melindungi institusi beraja. Di negara itu, misalnya, seorang warga asing telah dipenjarakan hanya kerana menconteng gambar raja mereka.

Dakwaan bahawa Malaysia bukan lagi hidup di zaman feudal sama sekali tidak ber- asas. Sistem beraja merupakan cara pemerintahan yang telah lama diamalkan di negara ini dan telah banyak berjasa kepada kedaulatan, kemakmuran dan kesejahteraan negara Malaysia yang berbilang kaum.

England dan Jepun adalah antara negara beraja yang terus kukuh di persada dunia dan terus digeruni atas kestabilan ekonomi dan kesejahteraan rakyatnya.

Daulat Tuanku

zackos

Mr. Right said...

Zackos,
Aku setuju dengan majority points ko. Kalau rasa nak tulis panjang2, bagitau lah. Boleh aku jadikan satu posting penuh. Hahaha...

ac,
Fiq hilang mana hah? Dulu nampak cam mantap.

Betul, gila kalau 4 bulan tak dapat gaji. Balik kg dok ngn mak la aku.

joe,
Aku suka sebab ko puji Raja Nazrin. Kau tak defend Karpal kan? Ko just cakap di Ganu ngn Perlis pun lebih kurang sama, tul tak?

lalala.inc,
Aku dah malas nak komen pasal bola, expecially bolasepak Malaysia. Sekali lagi kau mention pasal M.U, Champ League, EPL/BPL... aku akan delete komen kau. Hahahahha...(joking)

ipoh lads,
Hahahhaa... fashion ular tedung. Muhahaha.. dia terpengaruh dengan lagu Anita Sarawak kot. Tapi memang pelik tudung CT, macam watak Star Wars pun ada.

kangaroo,
Adakah Pak Lah yang aturkan agar bloggers (raja petra) lawan Najib? Jeng..jeng..jeng...

zackos lagi,
Yup, Thailand adalah contoh terbaik. Dorg respect raja gila2. Nothing to do with agama pun.

Anonymous said...

at some point, i do agree with KS. Bukannya MB pecat Mufti Perak ke apa, MB pecat Pengarah, who is a civil servant. By right, MB can fire any civil servant. With that, i disagree with KS yang suka buat "nasi tambah", he should've keep his statement short and simple, he didn't need to go overboard with "this is not feudal anymore". And, of course, Sultan can reinstate and retract back whatever decisions being made by anyone.

Let's put that aside, these case i think made people at large hate, annoy and angry ,more with the govt. Full of BS la dorang ni. Berlumba-lumba buat laporan polis, kononnya utk nampak sebagai hero di mata orang melayu, berlumba-lumba buat laporan polis utk sucking up, licking arses of their leaders. Didn't they realised that what happened at Terengganu, the banner against the AGONG, statement made by PM at F1 race were thousand fold worse?!

i do wish the opposition do police reports on that incident. In fact, they can and this is a good opportunity to do any sort of press conference, but i think the oppositions are not as stupid as the govt, and they don't want to drag this stupid problem more than necessary.

bodoh.

Anonymous said...

Sokonh TEEK 200%.Mr Double Right!!


Joe Scapula.

Mr. Right said...

Joe Scapula,
Bagusla kau berbaik-baik dengan Teek tu. Dia pun single and available lagi. Hahaha..

To defend MB Perak decision, aku terbaca di Harakahdaily yang MB Nizar sebenarnya belum hantar surat rasmi pemecatan Pengarah tu. Dia just made few phone calls. How the phone calls leak to media, tak payah penat2 nak teka lah. MB Nizar memang nak seek Sultan Perak consent before come out with official letter.

Anonymous said...

apakah perlu ko dibelasah dood?

in the spirit of MB Perak's case, anggap saja undi ku untuk mu "ditarik balik".

bina badan said...

apa yg aduka tu tulis...memang biadap....biadap terhadap sultan tu aku no komen..tp biadap terhadap islam tu....budak ni mcm dah terpesong akidah...

____________________________________
dapatkan panduan bina otot badan lelaki percuma disini

Anonymous said...

FAIZAL TAHIR : Janganlah mudah melatah. dia tunjuk dada je. auratkah dada itu??
KARPAL SINGH: Doa je supaya dia cepat mati. biar dia tau azab kubur.
RAJA PETRA : Kebebasan bertulis wajar diberi, namun jika melibatkan sentimen yang akan memporak-perandakan keharmonian, ia wajar disekat.
SULTAN : Jangan sesekali menghina sultan melayu. Ini lambang ketuanan melayu. dah la melayu xramai, berpecah, org melayu plak sibuk nak jatuhkan melayu. bila melayu dah tak memerintah negara ni, tau lah korang rasa. merempat di bumi sendiri.

Total Pageviews

. page counter