Showing posts with label Karpal Singh Hina Sultan. Show all posts
Showing posts with label Karpal Singh Hina Sultan. Show all posts

Thursday, May 8

Aku Komen Issue Semasa – Faizal Tahir, Karpal Singh Hina Sultan, Raja Petra Kena Tangkap, Rasuah Bolesepak Malaysia

Mereka yang lama diblog ini tahulah, dulu aku suka buat posting macam ini. Aku lumpsumkan semua issue semasa dalam satu posting dan komen secara ringkas. Sebab utamanya adalah kerana terlalu banyak issue nak disentuh dalam satu masa dan aku malas nak perah otak berceloteh pasal satu perkara sahaja. Masalahnya, posting sebegini tidak search-engine-friendly, sebab title posting yang terlalu universal. Jadi solutionnya, aku letak semua issue kat dalam title. Saja nak try apa hasilnya.


Takpe lah, so… here it goes.


Faizal Tahir Menang Lagi

Lepas menang di Anugerah Planet Muzik rocker ‘kurang ajar’ ni dimurahkan rezeki lagi untuk menang 4 awards di AIM. Betul-betul murah rezeki mamat ni lepas kontroversi tayang dada dulu. So, lepas ni kepada artis-artis kita, kalau rasa-rasa nak cepat glamer pandai-pandailah cari peluang buka baju dan tayang dada. Aku syorkan penyanyi perempuan pula buat. Fuh… guarantee glamer gila. Kepada Faizal Tahir pula maybe lepas ni dia kena buka kasut atau buka seluar pula, haahahhaa… But seriously, aku tidak berapa suka gaya dia ‘show off’ di Planet Muzik atau di AIM. Dia macam besar kepala lah pula, bangga dengan rezeki lepas kontroversi.


Raja Petra Kena Tangkap


Aku tidak pernah minat kat tulisan dia. Kebanyakkan tulisan dia lebih kepada cerita khayalan dan tekaan melulu. The fact that he proud masa kena tahan lagi lah membuatkan aku sedikit menyampah dengan dia. BUT, aku still salute diatas keberanian dia. Dia seorang manusia yang berpendirian dan berpegang teguh kepada kepercayaan dia. Betul-betul anak jantan. Tak ramai manusia sanggup duduk dalam lokap berbulan-bulan dan reject bail yang hanya bernilai 5 ribu. Aku juga kagum dengan sokongan yang dia dapat. Bayangkan, beberapa jam kutian derma dilancarkan diblog beliau, dia dah kutip lebih kurang RM 30 ribu. Cool, kan? Aku juga tak berapa faham, Raja Petra kaitkan kes Altantunya dengan Najib dan wife dia, but how on earth dia kena charge ‘menghasut’ dan ‘menjejaskan keselamatan negara’. Bukan kah itu satu penyalahgunaan kuasa oleh TPM untuk kenakan Raja Petra? Atau dalam bahasa manisnya, tidakkah tindakan ini bermotifkan politik.

Youtube Dari Bro Roslan SMS: here


Karpal Singh Kurang Ajar

Cuba teka mana satu Karpal Singh?


Lepas Lim Kit Siang kurang ajar
, kini kawan dia pula. Salah satu kesan PRU 12 adalah politician hilang respect kepada sultan dan raja. Baik UMNO (di Perlis dan Ganu) ataupun DAP di Perak. Cuma kali ini aku betul-betul tak puas hati dengan Singh yang bangang dan kurang ajar. Kes melibatkan negeri Perak, Pengarah Jabatan Agama Islam, yang Singh dari Penang dan obviously bukan beragama Islam sibuk tu apahal? Dia tak sedar ke dia tu dah cukup glamer? Bagi la chance kepada lawyer-lawyer lain pula nak tunjukan taring.


Rasuah Bolasepak Malaysia

Damn… kualiti bolasepak Malaysia dah memang cam sial, main entah apa-apa, ada hati pula nak terima rasuah. Aduhai, pening aku. Yang lagi pelik, ada pula bookie layan liga tempatan, ada kaki betting taruhkan duit untuk game tempatan. Kalau dah tahi judi tu, apa pun jadi. Ramai cakap desakan hidup yang jadikan player ‘terpaksa’ terima rasuah. Kerana tahap professionalism persatuan bolesepak yang macam sial. Gagal jaga welfare player, gaji lambat, hutang beribu-ribu. Dah la tu, mansuhkan sahaja liga bolasepak tempatan, tak payah ada liga, tak payah ada pasukan bolasepak kebangsaan. Concentrate je kat sukan seperti hoki, badminton, renang atau sukan-sukan glamer yang kita tak cukup terror macam tennis, rugby atau sukan bermotor.


Chow…. Nak pergi setelkan masalah perkerja asing. Mereka bising tak cukup gaji sebab harga beras dah naik. Susah ni, nak kena jaga hati sebab ada diantara mereka yang hilang punca dek kerana tak tahu nasib family yang terkena taufan dinegara mereka. Walaupun banyak bantuan asing dah tiba, tapi sistem telecommunikasi mereka terputus, pekerja di Malaysia tak dapat nak contact saudara mara disana. Kesian...kesian.

Total Pageviews

. page counter