Monday, March 17

Nabil Raja Lawak Astro

Jom lupakan pasal politik. Aku yang minat pun dah naik muak. Sana-sini pasal politik. Dah habis pilihanraya umum pun masih panas lagi cerita politik. Beberapa negeri belum ada menteri besar. Barisan kabinet pun belum tahu. Lembab betul…

Friday night kalau aku free aku suka layan Raja Lawak Astro. Musim pertama dulu pun aku follow sikit-sikit. Walaupun dari awal majority peserta bukan buat lawak, tapi melakukan aksi memalukan diri sendiri atas stage. Namun bila dah penghujung, peserta-peserta hampeh dah terkeluar, perserta yang tinggal memang berjaya mencuit hati. Sehinggakan satu tahap aku rasa mereka lebih bagus dari barisan juri. Aku tidak pernah menonton Harun Salim Bachik atau Zaibo buat stand up comedy. Kalau ada pun acara selingan masa persembahan lagu di TV1, itupun memang ntah apa-apa. Tapi sesetengah peserta Raja Lawak lebih berkualiti dari mereka. Mungkin juri-juri pun sedar perkara ini, sebab itu lah mereka tidak komen lebih-lebih. Sekadar memuji dan menyimpulkan persembahan peserta, itu budak sekolah rendah pun boleh buat.

Masa musim pertama dulu, aku suka melihat Zizan dan Johan bersaing. Dari awal lagi aku rasa mereka berdua bakal jadi juara. Tapi ntah macam mana tetiba Yus muncul juara. Mungkin Astro pun pelik, sebab tu mereka berikan job sebagai pengacara Raja Lawak musim kedua ini kepada Zizan dan Johan. Walaupun kadangkala mereka berdua over sedikit semasa mengacarakan rancangan tersebut, namun keseluruhannya tidak mengecewakan. Musim ini pula, pada awal lagi semua orang sudah nampak Nabil akan jadi champion. Bekas officeboy tu memang berbakat. Jarang-jarang dia gunakan lawak bodoh, jarang-jarang dia blur atas stage dan yang penting selalunya dia akan buat penonton gelak sepanjang masa. Aku confuse juga bila tahu dia hanyalah mat dispatch, kerana dia nampak lebih bijak dari itu. Mungkin dia ni tergolong dalam jenis budak-budak nakal yang bijak masa sekolah dulu. Kalau siapa tengok 2nd lawak masa grand finale hari itu mesti setuju dengan aku yang Nabil memang bijak. Persembahan yang simple dan bersahaja. Dengan tajuk “Cerita Saya” dia boleh cerita kisah hidup dia dari kanak-kanak sehingga tua dan bercucu. Sempat selitkan usikan terhadap Mila AF5 dan penaja hadiah, Tan Choong Motors yang sponsor Nissan Latio 1.8. Bijak… bijak.

Aku harap peserta Raja Lawak Astro akan tubuhkan kumpulan lawak. Aku dah menyampah dengan tagline Senario, “Kumpulan Lawak Nombor Satu Malaysia”. Dah sememangnya Senario satu-satunya kumpulan lawak yang ada memang lah mereka akan kekal nombor satu. Cecupak pernah try nak lawan, tapi mereka macam badut sarkas. Ntah apa-apa. Kalau Nabil bergabung dengan anak didik Apek Senario, seperti kumpulan Cham atau Mie (dari musim satu), confirm mereka boleh tewaskan Senario.

Harapnya Nabil tidak besar kepala. Belajar dari Zizan dan Johan bagaimana nak jaga imej. Pastinya bapa saudara Johan, Salleh Yaakop ada memberi nasihat yang berguna kepada dia untuk kekal lama dalam industry ini.

Kepada sesipa yang tidak tahu lansung apa aku cerita diatas. Atau terlepas menonton Raja Lawak Astro. Bolehlah search YouTube. Ramai manusia-manusia rajin yang rakam dan post disana.

Selamat maju jaya kepada Nabil and the geng.

Kalau ada mat salleh celup yang cakap Raja Lawak tak best, standard kampong. Cuba tengok Last Comic Standing, tidak la best mana. Lawak ulangan berpuluh-puluh kali dan lawak dari internet yang dipentaskan. Boring gila…

Sekarang korang boleh concentrate Akademi Fantasia 6 pula, aku tidak minat muzik sangat.

10 comments:

Mek Rose said...

Hehe..Sib baik Pak Bil yang menang..
Tak nak dah mcm tahun sudah..ade ke si Yus tu menang..Lawak ntah ape2..tak berkembang langsung..

NABIL mmg beS!!!

dulu..SMS = Semua mawi Sapu..kali ni plak..SNS = Semua Nabil Sapu

ngeh ngeh ngeh..

Anonymous said...

abg bil mmg best! abg bil mmg best! abg bil mmg best!
he's really genius

Anonymous said...

Pengajaran yg kita dapat adalah jangan memandang rendah kat org lain andai dia tu keje biasa2 jer ...

banyak faktor yg membuatkan seseorang tu tableh sambung study ... masalah kewangan, keluarga dan sbgnya ...

realiti hidup - anak org kaya yg dapat SPM pangkat 3 pun boleh amik degree (kat kolej cap ayam) ... tapi, anak org miskin yg pangkat 1 pun ada yg tak boleh amik degree kerana masalah kewangan dan keluarga ....

Mr. Right said...

rose,
Mungkin sebab tahun ini takde org yang meraih undi simpati macam tahun lepas.

ano,
Betul2.

mr.,
Kau pun betul jugak.

suraya said...

go bang bil n jozan..=)

Anonymous said...

commentary yg bagus... aku tak sokong kalau nabil combine dgn cham etc etc utk buat satu kumpulan lawak... nabil kena terus market diri dia sbg seorg stand-up comedian yg solo.

Anonymous said...

askum..semua. wa memang suke ar bang bil bibir tebal ni wat lawak. lawak dia memang bijhak maa.. wa tatak tahan gelak waktu itu nabil buat lawak kedua waktu si mela tu. wa salute maa sama dia punya performance. x mengecewakan wa yang saban hari menunggu prsmbhan dia maa.. lawak yang bijak r, sonang kato.. chaiyuk-chaiyuk anak kak jah!!!
Shin_Sawada...

_Vu-JiE_ said...

nabil memang best...
lawak2 dia memang menjadi..
kalau jd suami,, xpyh tolong kat dapur pn xper..
tolong buat lawak je la.. hahahaa..

Anonymous said...

Salam Nabil...
Mintak beri ucapan salam dengan betul. Pasal salam yang wak ucap tu maknya "CELAKA LAH KAMU". Lu fikir sendiri ajer. Tak betul pun main belasah jer.. tak caya tanya ustaz... apa lak doa kat penoton sedunia gitu..tak patut betul la....... Tolong minta maaf kepada semua...BETULKASN SEGERA

Anonymous said...

mmg lawak tol la ngan nabil nie.....mampu ceriakan seisi keluarga...terus kan usaha ek...

Total Pageviews

. page counter