Dah lama aku tak komen pasal sukan. Selalu je terlepas pandang. Tapi kali ini isunya agak menarik untuk dicelotehkan.
Isu kejatuhan prestasi pasangan badminton Koo Kien Kiet and Tan Boon Heong. Masa mereka menang All England dulu, aku kagum gila dengan mereka. Harapan aku masa tu adalah mereka akan berjaya menjaga imej, attitude dan yang penting jangan besar kepala. Aku suruh mereka belajar daripada Nicole Anne David bagaimana nak handle kejayaan, bagaimana nak mengekalkan prestasi dan tidak kurang penting bagaimana nak handle perhatian yang diberikan oleh pemain lain, wartawan dan peminat. Nicole simply the best dalam perkara-perkara sebegini.
Rexy menyalahkan social life Koo yang kononya melampau. Daripada gaya pun kita dah boleh agak yang Koo ini agak lebih stylo daripada Tan. Gaya rambut, character atas gelangang dan gaya dia jawap soalan reporter. Kepada sesiapa yang kenal Nicole David, mesti tersenyum bila membaca kenyataan dari Rexy itu. Kalau bercakap pasal soial life, berparti, hang around with friends Nicole tak kurang hebatnya. Jika kakitangan Equatorial Hotel, KL tidak professional dalam menyimpan rahsia memang kisah peribadi Nicole begitu menarik jika wartawan tahu. Nicole juga agak ‘liar’, seriously. Aku benar-benar pasti benda ni. Aku pernah beberapa kali melepak dengan beliau di pub dan disco. Seriously Nicole memang ‘gila’. Tapi ini membuatkan aku lebih kagum dengan beliau. Lepas habis gila-gila di pub, disco dan bilik hotel, Nicole akan kembali bekerja sebagai duta Malaysia. Dia benar-benar genius dalam menguruskan semua ini. Rakan-rakan Nicole juga cukup sporting kerana tidak pernah terdengar media menghidu kehidupan peribadi Nicole tersebut. Tapi, jika wartawan tahu pun, mereka tidak akan ambil peduli, kerana prestasi Nicole tidak pernah memalukan kita.
Jadi aku rasa somebody in SRAM or BAM, please….. please… ask Koo and Tan to meet Nicole and learn something from her. For the sake of ‘first gold in Olympic’ please ask Nicole to be Koo and Tan friends. Better if someone can possibly hook Koo Kien Kiet and Nicole together, last time I check, Nicole still single and available.
Imagine…
Hahahhaa…hahahhaha…. Nice couple, kan? Tapi Nicole tua dari Kien Kiet… takpe kot.
Selamat berhujung minggu…. Chow!
9 comments:
WHAT!! ngkau pernah lepak ngan dia...dia tu ex gurl fren aku...!!!
DOOD,
ko ade baca metro hari ni tak (sabtu 22 mac 2008), aku rasa ko ada baca psl menteri penerangan baru m'sia: datuk ahmad shabery buat cadangan nak buat semua blogger kat malaysia nie...nak dengar pandagan dan feedback dari korg le..aku rasa mesti dia ade masuk tgk web ko nie..
Komen pasal sukan.... Kau tak nak komen ke Pasal Perak dgn Kedah kena belasah dalam Piala AFC (ala-ala piala UEFA Cup la tu..)
Steve Darby cool aje accept kekalahan tapi Jurulatih Kedah bagi alasan tak biasa main atas padang tiruan....!!! What a joke....??? Dia orang training atas padang sawah ke...??? Also alasan dia orang keutamaan pada domestic challenge..
Atau lepas ni kau mesti komen menggila esok (24 March) pasal sukan itu pun kalau Liverpool menang dgn MU ha ha ha ha
~ did i ever tell you that Koo is cute? well...he is.
~ i kinda like Steve Darby, he's good at giving quotes. My fave quote after against Pahang game.
"it was a good game, appalling to my heart and i'm sure..Dollah's"
~ Stadium Kedah paling "full house" in history coz of free tixs?
~ac, i dont think dia menggila. heh
lepak ngan Nicole kat pub..disco pon nak bangga ke???
takyahla nak bangga2 leh lepak2 kat tempat2 camtuhh!
Teek - Memang dia tak menggila tapi mungkin dah 'gila' sikit kot pagi ni coz Liverpool kena belasah 0-3 dgn MU. Whatever la kan main 10, 11 or 12 org termasuk ref....
ehem, ehem. Aku tak kata apa> Aku bedehem saja.
nasir,
Duluuuu. Member dia, officemate aku. Sekarang dah tak lagi.
piye,
Aku takkan terlibatnya. Sebab aku tak join mana2 blogger union atau club. Mesti dorg contact presiden mana2 persatuan.
ac,
Steve Darby memang cool compare to Azrai Khor. Tapi jurulatih Kedah tu pandai bawa player muda. Dah mcm Wenger la pulak aku rasa.
teek,
Wahh... tak abis2 lagi minat laki mata sepet ke? Hahaha...
bunga,
Mana ada bangga. Cerita je. Buat maksiat takkan nak bangga kot.
ac and KTN,
Aku memang dah serik lah. Lepas ni, kalau Liverpool lawan M.U aku akan bet M.U menang. Liverpool memang tak mungkin boleh beat M.U. Ntah apa badi ntah. Lain2 team memang Liverpool boleh makan, but not M.U. Mungkin kena tunggu Sir Alex berambos dulu kot. Belum start game lagi player Liverpool dah tunjuk muka tak confident, maybe dorg pun dah tahu tak leh menang. HAhahaha...siot tul...!
ceh!takku sangka mr right suka lepak kat disko.
bawak2 la pi masjid lps nikah nanti.
gurau2 je..jgn mareee
Post a Comment