Jom lupakan pasal politik. Aku yang minat pun dah naik muak. Sana-sini pasal politik. Dah habis pilihanraya umum pun masih panas lagi cerita politik. Beberapa negeri belum ada menteri besar. Barisan kabinet pun belum tahu. Lembab betul…
Friday night kalau aku free aku suka layan Raja Lawak Astro. Musim pertama dulu pun aku follow sikit-sikit. Walaupun dari awal majority peserta bukan buat lawak, tapi melakukan aksi memalukan diri sendiri atas stage. Namun bila dah penghujung, peserta-peserta hampeh dah terkeluar, perserta yang tinggal memang berjaya mencuit hati. Sehinggakan satu tahap aku rasa mereka lebih bagus dari barisan juri. Aku tidak pernah menonton Harun Salim Bachik atau Zaibo buat stand up comedy. Kalau ada pun acara selingan masa persembahan lagu di TV1, itupun memang ntah apa-apa. Tapi sesetengah peserta Raja Lawak lebih berkualiti dari mereka. Mungkin juri-juri pun sedar perkara ini, sebab itu lah mereka tidak komen lebih-lebih. Sekadar memuji dan menyimpulkan persembahan peserta, itu budak sekolah rendah pun boleh buat.
Masa musim pertama dulu, aku suka melihat Zizan dan Johan bersaing. Dari awal lagi aku rasa mereka berdua bakal jadi juara. Tapi ntah macam mana tetiba Yus muncul juara. Mungkin Astro pun pelik, sebab tu mereka berikan job sebagai pengacara Raja Lawak musim kedua ini kepada Zizan dan Johan. Walaupun kadangkala mereka berdua over sedikit semasa mengacarakan rancangan tersebut, namun keseluruhannya tidak mengecewakan. Musim ini pula, pada awal lagi semua orang sudah nampak Nabil akan jadi champion. Bekas officeboy tu memang berbakat. Jarang-jarang dia gunakan lawak bodoh, jarang-jarang dia blur atas stage dan yang penting selalunya dia akan buat penonton gelak sepanjang masa. Aku confuse juga bila tahu dia hanyalah mat dispatch, kerana dia nampak lebih bijak dari itu. Mungkin dia ni tergolong dalam jenis budak-budak nakal yang bijak masa sekolah dulu. Kalau siapa tengok 2nd lawak masa grand finale hari itu mesti setuju dengan aku yang Nabil memang bijak. Persembahan yang simple dan bersahaja. Dengan tajuk “Cerita Saya” dia boleh cerita kisah hidup dia dari kanak-kanak sehingga tua dan bercucu. Sempat selitkan usikan terhadap Mila AF5 dan penaja hadiah, Tan Choong Motors yang sponsor Nissan Latio 1.8. Bijak… bijak.
Aku harap peserta Raja Lawak Astro akan tubuhkan kumpulan lawak. Aku dah menyampah dengan tagline Senario, “Kumpulan Lawak Nombor Satu
Harapnya Nabil tidak besar kepala. Belajar dari Zizan dan Johan bagaimana nak jaga imej. Pastinya bapa saudara Johan, Salleh Yaakop ada memberi nasihat yang berguna kepada dia untuk kekal lama dalam industry ini.
Kepada sesipa yang tidak tahu lansung apa aku cerita diatas. Atau terlepas menonton Raja Lawak Astro. Bolehlah search YouTube. Ramai manusia-manusia rajin yang rakam dan post disana.
Selamat maju jaya kepada Nabil and the geng.
Kalau ada mat salleh celup yang cakap Raja Lawak tak best, standard kampong.
Sekarang korang boleh concentrate Akademi Fantasia 6 pula, aku tidak minat muzik sangat.