Thursday, March 27

Malaysian Silent Racism

Notice: Sensitive issue. Pandai-pandailah fahamkan dan jangan tinggalkan komen bodoh.

Suka atau tidak Malaysian is one damn racist country. All of us regardless our races, kita memang racist.

Semua orang enjoy mamak food, pembinaan masjid disebelah church, we celebrate pelbagai cuti perayaan, masing-masing ada kawan baik dari berlainan bangsa. All these do not prove that Malaysia is racist free country. Itu semua hanya perkara-perkara picisan. Trivia fact, sesuatu yang tidak penting. Pada hakikatnya kita memang racist.

Here my arguments.

Working Environment
How many times we saw employment ads by Chinese company stated they want fluent speaking Chinese language workers? All the time. Those who manage to sneak in and work for Chinese boss will also realize they have different salary scheme for Chinese and other races. That’s in corporate world, how about in government sector pula. Ohh… there are almost no non-Malays employees dalam kerajaan. Kalau ada pun berapa kerat sangat. Jangan nak tipu lah, pergi mana-mana bangunan kerajaan, boleh dibilang dengan jari jumlah pekerja bukan Melayu.


Entertainment Industry
Malays will always support Malays artist. Period. Ada la 2-3 muka penyanyi bukan Melayu yang berjaya curi-curi masuk, tapi sekali lagi boleh dibilang dengan jari. Biar aku cuba kira. Vince AF, Jaclyn Victor MI, Poetic Ammo, Francesca Peter itu sahaja. Aku tahu, even Sathia pun ada album, tapi aku bercakap pasal artis bukan Melayu yang popular dan berjaya menawan hati orang Melayu, tak ramai. Orang Melayu sukar nak terima penyanyi bukan Melayu. And how many non-Malay watch Malaysia made film? Kenapa? Sebab kita racist.


Business
Difficult or almost impossible for Malay to get good price from Chinese supplier and vise versa. No, that not myth or rumors. Itu memang true fact.Why? Because all of us racist.


Politic
Dengan still wujudnya parti berdasarkan kaum di Malaysia that a concrete prove that Malaysian memang racist. MIC will always fight for Indian community as MCA for Chinese and UMNO for Malays. Boleh ke Chinese nak masuk UMNO? Kenapa tidak boleh? Sebab kita semua racist.


News Headlines

Cuba baca laporan berita utama. Contoh:

“Chinese Guy Found Death”

“3 Exco Dari Bangsa Cina”

“Lelaki Melayu di Tangkap Membunuh Isteri”

Ok… that’s not the exact headlines, aku malas nak cari. But you guys mesti setuju dengan aku tajuk berita sebegitu pernah dilihat. Apa kaitannya lelaki yang dijumpai mati tu dengan bangsa dia? Kenapa bangsa exco tu yang diberi perhatian? Dan ada beza ke lelaki yang bunuh isteri tu kalau dia bukan Melayu? Nampak tak? Jangan salahkan wartawan, kerana itu kehendak public, pembaca, kita semua. Kita suka membaca berita pasal bangsa kita atau kegagalan bangsa lain. Betul tak? Kenapa? Sebab kita semua racist.


Sports
Mungkin tidak digembar-gemburkan sangat macam di negara luar, tapi sesiapa yang pernah pergi stadium bolasepak mesti pernah dengar macam mana orang Melayu kita kutuk player bola bangsa India. Aku yang bukan orang India pun pedih telinga dengar. Bigger picture pula, kita boleh lihat masih banyak lagi sukan di Malaysia yang dibahagikan secara tidak sengaja mengikut bangsa. Tidak ramai player Chinese dalam bolasepak, berapa kerat je Melayu masuk acara renang, sepaktakraw masih lagi hampir 100% dikuasai oleh Melayu sama macam basketball monopolize by Chinese selepas Sathiyaseelan bersara.


Government Campaign
Kerajaan dan NGO sibuk suruh kita bersatu padu. Lupakan perbezaan, fikirkan kesamaan. Jutaan ringgit dihabiskan supaya kita semua tidak bergaduh sesama bangsa. Kenapa? Kenapa perlu semua kempen ini? Sebab kerajaan dan NGO ini tahu kita semua racist dan perlu dibetulkan.


Ok… maybe sesetengah cerita diatas tidak 100% cause by racism. Mungkin ada factor-faktor lain yang menyumbang. Tetapi aku pasti kita rakyat Malaysia sememangnya racist. Cuma kita tidak berani mengaku dan masih bangga dengan keharmonian kita semua berbilang bangsa, kononnya.

Takpe lah, asal tiada kes bunuh-bunuh dan semua orang masih boleh hidup aman jom teruskan sifat racist senyap kita.

Cheers.


20 comments:

Anonymous said...

berani ko yek!

Anonymous said...

Mr Dooood,
hehe..yg ni aku setuju je...:-)apa pun soal racist ni masalah 'semulajadi'. kat mana-mana pun ada...cuma untungnya kat malaysia tak sampai 'tahap super' lagi berbanding tempat lain-ada yang berbunuh-bunuhan..harap-harap kita aman damai hingga hayat terakhir planet bumi..

Anonymous said...

nasir..

aamiiin..

Anonymous said...

i'm not..are you?

altho dood, certain points ko takleh pakai la. It's like saying i'm racist because i didn't use chopstick to eat. sungguh invalid ko ni dood :P

macam...malay/malaysian movies are ntt worth watching (except yasmin ahmad's which u dun like, re u racist dood? heh) coz either they are yukhy or nanti raya klua tv. Mostly yukhy. Or! you watch movies that you like la, you familiarized with..i bet chinese don't watch malay movies coz they are not familiar with the culture of everybody wearing wigs. *roll eyes* *cough*razakmohideen*cough*.

it's depends on how you interpret the situation. While you see it as racism, i didn't.

sebagai kata penutup, most "ol skool, in the govt" politicians not only stupid but racist as well.

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

susah2 sangat, keje jer ngan company mat salleh ... diorang color blind!

zewt said...

i like this site... will certainly come back for more... akubetul.com.... what a name!

nhanania said...

hhaha tegas siot..
erm sungguh teliti tul kajian ko tu..
anyway it give me new info..

Anonymous said...

i have to reply to "mr."

mat saleh are colourblind?! i do believe malaysians are colourblind as well. Mr. Right just blogged controversially in order to get hits, kan dood? ;)

it has nothing to do with what colour you are, what race you are or waht religion/belief you are. it is up to your opinions and individuality.

i've met very nice mat saleh, i've met very nice malaysias & other. But i've seen very nasty, harsh, cruel mat saleh as well. so no, being mat sallehs doesn't necessarily colourblind. see what happened to lewis hamilton? thierry henry? who are those hooligans?

again, i'm not stereotyping...it's all individual traits.

Anonymous said...

heh... heh... heh...
dari semua kate-kate mr right...
kesimpulannya....
Hanya Islam sahaja boleh menyatukan semua kaum... bangsa yang ada kt muka bumi nie...
kalu dok caye... buke semule kitab sejarah nabi Muhamad S.A.W

bye...

Mr. Right said...

ano,
Takde la berani sangat. Biasa2 je.

nasir,
amin...

tiang lampu,
amin...

teek,
Kau mmg la tak racist sebab kau minat ah beng...:).

mr.,
Not mat salleh company lah, but multinasional company. Like Panasonic, Intel, West D... aku rasa la kot.

zewt,
Thanks. This blog just like a child's plays compare to urs.

nhanania,
Mana ada buat kajian. Main belasah tulis ikut dalam kepala otak je.

teek,
No lah. Kalau aku nak hits aku tulis anything yang jadi berita panas. For example, that holland film 'FITNA' or gossip Ajai dengan beberapa perempuan.

ano,
Aku rasa agama lain pun tidak menggalakan pecah belah antara manusia.

All,
Again aku bangga sebab tiada komen2 bodoh. You guys semua rocks...!

Anonymous said...

Yang kau delete tu bukan komen bodoh ke...???? Apasal kau delete...???

Bunga said...

Hahaha..Komen ko ke Ac yang kene delete tu?
Yang buat ko Emo sgt nih? he He he

Racist?
yes..aku racist. Tapi betul la cakap Mr. Right, mmg wujud silent racist. sbb aku racist, tapi aku tak show off!
He He He..takpela..janji aku dan kejiranan aku hidup aman dan damai. even aku tak puas ati kat satu kaum itewww..:-D

Mek Rose said...

Incey AC..itukan komen dari 'author'(pengomen)...
bukan 'administrator'(Incey Aku Betul!) yang delete...kueng3x

aku tak penah keje ngan company bangsa lain selain melayu..so, tak dapat merasa camnoo la racist ni dalam alam kerja..ngeh ngeh

Anonymous said...

Teek,

Skop ko tu besar sangat ...
Aku cuma cakap pasal kalo Mat Salleh jadik Boss kat Malaysia ..

Dia tgk kita as coloured ppl ... tu je ... takde malay, takde chinese, tak de indian ... semua kita ni asian ..

so, bila interview keje ... diorang tak ler bias ... saper yg bagus diorang akan amik tak pilih color ...

Dood,
satu lagi company .. DELL ! :-)

Pak Din said...

Saudara,

Seperti yang saudara sedia maklum Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, perjuangan menuntut kemerdekaan ini bukan mudah dan penuh liku berduri. Penentangan bermula semenjak Kesultanan Melayu Melaka hinggalah penentangan terhadap Malayan Union yang merupakan kemuncak kepada perjuangan menuntut sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Penjajahan oleh Bangsa Portugis, Bangsa Belanda, Bangsa Inggeris, Bangsa Jepun, Bangsa Siam dan Pemberontakan 14 hari Parti Komunis Malaya telah melemahkan jati diri kita Bangsa Melayu. Selepas 50 tahun merdeka barulah kita berjaya memulihkan sedikit demi sedikit maruah diri dan keyakinan kita. Mengapa negara kita dijajah selama lebih 450 tahun? Seperti yang saudara sedia maklum, Zaman Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka merupakan kemuncak kepada kecemerlangan Bangsa Melayu itu sendiri, Melaka merupakan pusat perdagangan dunia pada suatu ketika dahulu, Bangsa asing sudah pasti tidak berminat untuk menjajah sekiranya Malaysia hanya sebuah negara kecil yang mundur dan tidak punya apa-apa. Saudara boleh melihat sendiri bagaimana Iraq dan Afghanistan dijajah tentera asing hanya disebabkan kekayaan hasil buminya. Kemakmuran dan kekayaan hasil bumi Tanah Melayu menyebabkan kebanjiran Imigran yang dibawa masuk dari Negara China dan Negara India untuk mengusahakan sektor perlombongan dan perladangan di Malaysia. Kebanjiran imigran ini telah menyebabkan kependudukan di Tanah Melayu bertambah berlipat kali ganda. Dan bertitik tolak dari sinilah bermulanya masyarakat majmuk berbilang kaum di negara ini.


Saudara,

Kita mesti sedar bahawa Kemerdekaan Tanah Melayu tidak mungkin akan dapat direalisasikan hanya dengan perjuangan dan komitmen Bangsa Melayu semata. Kemerdekaan menuntut penyatuan kesemua rumpun kaum yang terdapat di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Kemerdekaan negara kita ini merupakan titik tolak dalam usaha kita untuk membebaskan diri kita daripada aibnya menjadi bangsa yang dijajah. Tetapi ada satu bom jangka yang ditinggalkan oleh penjajah diakibatkan oleh dasar yang telah membelenggu kita selama ini iaitu ‘dasar pecah dan perintah’. Dasar yang ditanam oleh penjajah ini adalah untuk memecah-belah dan memisahkan Bangsa Melayu dengan kaum imigran dari Negara China dan India ini. Kemuncak kepada perselisihan inilah berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.

Kejadian 13 Mei 1969 telah mendedahkan barah yang terpendam selama ini. Dasar Pecah dan Perintah menyebabkan ketidak-keseimbangan ekonomi yang serius dan perasan curiga-mencurigai diantara Bangsa Melayu – Kaum Cina dan Kaum India di Tanah Melayu.

Adalah tidak begitu sesuai saudara melabelkan negara kita begitu ‘racis’ sekiranya saudara benar – benar memahami sedikit sejarah yang telah saya ketengahkan pada awal penulisan saya ini.


Saudara,

Berhubung ‘Working Environment’ saya bersetuju dari satu sudut dan tidak bersetuju bagi sudut yang lain pula. Jika kita lihat didada akhbar bahasa inggeris jelas dalam permohonan mengisi kekosongan jawatan jelas disyarakatkan perlu menguasai Bahasa Mandarin. Dan ada juga yang meletakkan syarat untuk bangsa tertentu sahaja yang boleh mengisi jawatan tersebut. Walaupun pelbagai alasan diberikan untuk menghalalkan tindakan ini sebagai contoh, sekiranya mengambil orang Melayu yang sudah pastinya beragama Islam perlu diperuntukkan waktu solat, tidak pandai bersosial dalam majlis anjuran syarikat dan pelbagai alasan lain. Ia merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh Orang Melayu untuk menceburi sektor swasta. Tetapi perlu diingat bahawa dalam kekurangan ini masih ada ruang untuk orang Melayu berjaya dalam arena ini tanpa menggadaikan maruah diri. Ramai anak-anak Melayu yang bekerja di syarikat bukan bumiputera dan berjaya menjawat jawatan yang selesa di dalam syarikat-syarikat tersebut.

Bagi sektor Perkhidmatan Awam pula, saya suka memetik penjelasan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Ismail Adam dalam Berita Harian 24 Disember 2007 “ Kerajaan tidak pernah mengamalkan sikap pilih kasih atau diskriminasi dalam pengambilan kakitangan baru, aspek utama yang diberi perhatian dalam pengambilan penjawat awam adalah merit atau kelayakan akademik, bukan kaum” dan menurut statistik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menunjukkan hanya 1.78 peratus kaum Cina dan 2.5 peratus kaum India daripada 486,802 individu yang memohon untuk menyertai sektor awam tahun lalu (2006). Adalah tidak adil saudara melakukan tuduhan yang melulu tanpa mengambil kira faktor-faktor yang dinyatakan seperti di atas. Kenyataan saudara ada berbau seakan-akan mempertikaikan kemampuan akademik orang Melayu ? Saudara, orang Melayu ramai yang pandai dan ada yang sudahpun bertaraf genius. Ada yang mencatat sejarah mendapat kelulusan berbelas-belas A1 dalam peperiksaan SPM dan sebagainya.


Saudara,

Berhubung ‘Entertainment Industry’ kenyataan saudara adalah ‘sedikit tidak masuk akal’ dalam pemahaman saya. Jika kita lihat, sememangnya industri muzik kita mengalami sedikit kegawatan semenjak kebelakangan ini. Anak muda kini lebih meminati muzik asing, bukan setakat tidak menyukai artis bukan Melayu malah artis Melayu pun susah nak cari makan ketika ini. Kebanjiran artis dari seberang dan barat seperti Kris Dayanti, Irwansyah & Acha, Melly Goeslow, Kumpulan Peterpan, Dewa 19, Sheila on 7, Gigi, Ungu, Samsons, The Lima, Ratu, Celine Deon, Justin Timberlake, Alicia keys, Simple Plan, Chris Daughtry, Backstreet Boys, Rihanna, Gwen Stefani, Beyonce, Shakira merupakan artis luar yang amat diminati oleh anak Melayu ketika ini, dimana lagu-lagu mereka ini menjadi siulan remaja dikala ini. Adakah ini juga suatu faktor ‘racis’?


Saudara,

Berhubung ‘Bussiness’ pula, seperti yang saya nyatakan seperti diatas, ‘Dasar pecah dan perintah’ yang diamalkan oleh penjajah Inggeris semenjak 1880-an telah mengkelaskan Bangsa Melayu sebagai Nelayan dan Petani yang mendiami kawasan kampung dan persisir pantai, Imigran China terlibat dalam sektor perlombongan yang mendiami kawasan pekan/bandar, Imigran India terlibat dalam sektor perladangan yang mendiami estet-estet. Maka pembahagian mengikut kaum yang dilakukan secara terancang ini menyebabkan masyarakat cina telah lebih awal menguasai bandar-bandar dan peluang-peluang perniagaan semenjak ratusan tahun dahulu lagi. Adakah logik dalam masa 50 tahun ia harus dan dapat diubah secara total? Adakah wajar ini yang dikatakan ‘racis’?


Saudara

Manakala bagi isu ‘Politic’ pula, saya suka merujuk kenyataan saya seperti di atas “Kemerdekaan Tanah Melayu tidak mungkin akan dapat direalisasikan hanya dengan perjuangan dan komitmen Bangsa Melayu semata. Kemerdekaan menuntut penyatuan kesemua rumpun kaum yang terdapat di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak”. Senario politik di negara ini melibatkan perikatan pelbagai parti politik, saya masih ingat sewaktu mengambil kertas Asas Politik Malaysia di UKM dahulu, saya didedahkan dengan istilah Politik Malaysia. Di mana tiada lagi parti politik di dalam dunia ini yang mempunyai perikatan parti politik sebesar Barisan Nasional. Yang kini jika kita lihat di pihak Pakatan Rakyat juga melibatkan perikatan lebih daripada 3 parti politik. Nama-nama besar tokoh yang memimpin kepelbagaian parti politik ini seperti Tunku Abdul Rahman Putra (UMNO), Tun Tan Cheng Lock (MCA), John A. Thivy (MIC), Lim Chong Eu (GERAKAN), Tun Mohd. Fuad Stephens (Sabah) dan Datuk Stephen Kalong (Sarawak) menunjukkan sikap tolak ansur yang tinggi di kalangan pemimpin negara di peringkat awal dalam menjayakan penubuhan Negara Malaysia. Sensitiviti mengenai isu yang melibatkan kaum, ras dan warna kulit bukan sahaja berlaku di Malaysia, pemberontakan George Speight di Fiji pada 19 Mei 2000, Pembunuhan Marthin Luther King Jr di AS, Pemisahan Negara Pakistan dan Bangladesh daripada Negara India adalah di antara contoh terbaik dalam memperkatakan isu ini.

Kedua-dua pihak, Kerajaan mahupun pembangkang sedang dan terus mencuba sedaya-upaya untuk menghapuskan jurang antara kaum yang berlaku di Malaysia. Berilah sedikit lagi masa kepada kedua-dua parti Kerajaan / Pembangkang untuk memakmur dan menyuburkan hubungan kaum di dalam negara ini. Jangan di sebabkan tangan-tangan kita yang menggongcang dan merosakkan jambatan yang cuba dibina oleh pihak kerajaan. Saudara, tidak baik baling batu sembunyi tangan, bachul tindakan sebegini.


Saudara,

Berhubung isu ‘Sports’ pula, mengapa perlu difokuskan kepada sukan tertentu sahaja. Dalam puluhan malah ratusan jenis sukan (termasuk sukan rakyat) mengapa 4 sukan sahaja yang dipertikaikan? Kalau dah orang Melayu sejak kecil suka bermain bola sepak takkan kita nak suruh orang Melayu main basketball? Dan begitu jugalah sebaliknya bagi kaum lain. Mengapa tidak diperkatakan mengenai sukan Badminton yang sememangnya melibatkan imbangan juara yang terdiri daripada berbilang kaum? Sukan Hoki? Karate? Squash? Tenpin Bowling dan pelbagai lagi sukan yang lain. Juara sukan tidak boleh disusun dan main tangkap muat untuk menghasilkan juara berbilang kaum mengikut acuan saudara!. Juara sukan terhasil daripada faktor genetik, minat, hasil usaha yang gigih/kuat, sokongan dan galakkan dari keluarga, persekitaran dan lain-lain faktor yang menyumbang kearah untuk menghasilkan Juara Sukan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Akhir kata adakah 50 tahun mencukupi untuk mengubat barah yang telah membiak semenjak ratusan tahun dahulu? Adakah saudara menggunakan akal atau menggunakan sentimen dalam mengetengahkan perkara ini? Sesetengah individu lebih berminat untuk mengkritik menggunakan perasaan. Kerana ia mudah, tidak memerlukan penyelidikan dan kononnya mudah untuk mempengaruhi sentimen rakyat. Tetapi cara ini bukan pilihan dalam senario semasa di alaf ini, golongan muda yang berpendidikan formal/tidak formal lebih mahir menggunakan akal dalam menilai dan melihat sesuatu isu.

Nz said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

I truly agree with u.
I myself, is a Chinese. I am racist.

So what's the point of learning morale. Where's all the nilai bertolak-ansur, bertimbang-rasa?. It's more like a waste of time, the kids learning a subject that they wouldn't apply in their life.

Anonymous said...

hey, i agree with everything except that Chinese company wants to employ fluent speaking Chinese language workers is consider racist. They din't say Malays can't apply, but if Malays or Indian that can speak Chinese will can apply too. And there are many other races out there now can understand Chinese well too.

Being able to understand Chinese is an ability, not a birth right. It is a kind of qualification. Learning an extra language only gives you advantages. In case you might need to communicate with customers that speaks Chinese... who knows?

Anonymous said...

...please where can I buy a unicorn?

Total Pageviews

. page counter