The whole day hujan, lepas sembahyang Jumaat aktiviti shopping dimulakan. Aku dan abang aku sekadar tunggu akak, makcik-makcik dan mak aku bershopping sakan di infamous Pasar Payang. Walaupun raya kedua, still banyak kedai buka, meriah lah mereka membeli kain batik, baju batik, barang perhiasan dan macam-macam lagi. Jenuh aku jadi tukang angkat barang.
Malamnya kami pusing Bandar Kuala Terengganu hampir 10 kali mencari kedai makan yang ada ikan bakar.
Esok paginya, aku dengan anak sedara sempat pergi bermain di tepi pantai sambil menunggu the main event. Habis jugalah duit aku 30 ringgit membeli layang-layang untuk mereka.
Tengah hari, kami pergi ke rumah awek aku. Terkejut aku melihat begitu ramai sedara mara dia menunggu. Meriah…meriah.
Selesai semua acara, kami beredar dari rumah tunang aku lebih kurang pukul 1:30 petang. Singgah sebentar di Masjid Terapung dan terus bergerak balik ke Teluk Intan, kerana esoknya ada majlis orang kahwin yang abang aku terpaksa hadiri.
So,
Actually posting ini, aku cuma nak cakap:
AKU DAH JADI TUNANG ORANG.
Aku berbelah bagi juga samada perlu atau tidak aku beritahu semua orang yang aku dah bertunang. Tapi setelah mendapat nasihat dari family dan rakan-rakan, mereka kata perlu dihebahkan. Supaya tingkah laku kami dapat diperhatikan. Jika ada sesiapa nampak aku menggatal, buat tak senonoh boleh lah tegur. Hahaha…Tegur aku, bukan report kat tunang aku.
Kepada Faizal, Nasrul (officemate) dan Lobo (member uni)… sama-samalah kita menghadapi zaman bertunang. Since aku yang paling akhir akan kahwin, jangan lupa ceritakan pengalaman korang nanti kepada aku. Dan jangan lupa ajak aku pergi Nilai untuk shopping barangan kahwin. Best sangat ke kat
Next year adalah Visit Terengganu Year. So, jom pergi Terengganu ramai-ramai.
P/S: Tayar 18 inch, 225/45 tidak mungkin boleh dicari di Terengganu. Seluruh Terengganu tidak ada. So, kalau ada kaki kereta dari Terengganu sembang besar sangat suruh dia balik kampong dan jadi taukeh tayar. Hahaha…
24 comments:
kau bertunang??
tahniah dan tahniah.
ko sorang je yang lambat kun!!!
tahniah dood
selamat bertunang and menjadi tunang org
banyak dugaan time bertunang nie..:D.sabo2 kan le diri ko tu dood
Alhamdulillah
Tahniah atas pertunangan...
Cayalah Bro.....
Tunang gak ko.....
Kena cecepat bagi Quran nie...:)
Selamat menempuh alam pertnangan....banyak bersabar kay...and banyak bersabar dan banyak banyak bersabar.....
Chal's
ingat kan cerita betul2 sal cuti-cuti malaysia. p bertunang rupanya.
bila nak kenduri nih...?
Tahniah dah bertunang... bile nikahnye? katne kampung tunang? asben aku org tganu gak... kat chabang tiga (berdekatan dgn losong - tempat kepok yang glemer) bley ler raya nanti2 beraya ke umah... hehe...
Congratulation. dood!
Bro...
Congratulations...
Hehehe.....
congratulations..... diharap dapat jaga tata susila sebagai tunangan orang ..... hehe
sukun,
tq.
en nordin,
Betul. Betul. Betul.
piye,
Dugaan? Best...best.
fid,
Tima kasih.
Chalok,
Sabar?...ok noted.
skynett,
Kenduri apa? Kenduri bersunat ke? Dah lama dah... Hahahhaa.
ilynj,
Kg tunang aku kat atas gong.
ipoh lads,
Thanks.
edd,
Thanks. Aik, kenapa ada gelak hehehe tu? Ermmm...
helena,
Itu lah diharapnya. Dan diharap rakan2 semua boleh membantu utk ingatkan aku. :)
congrat...jgan lupa ajak aku kalo kenduri kat telok anson...byk bersabo...byk bersabo...dugaan...dugaan.....jgn anggap next step ko dh tentu leh kawin...byk cacamarba lagi...moga kalian disatukan jugak satu hari nanti..amin
tahniah ye...
Pasir Panjang la Cik Abe..huhu
ilynj..kat losong? bes tu..kepok lekor..eheheh
Apalah bengong ko niee.....kampung tunang pun tak tahu...boleh konpius lak...nie ingat kg mana lak nie...hehehe...otai...otai....mawarlah nie....:)
Chalok
syabas dood. Kau dah selangkah ke arah rumah yang ada tangga. Patutle sanggup pi cuti ke terengganu walaupun time monsoon.
wahh!! ko tunang senyap2 je ek...huhu!! len kali ajak la aku, bole aku tumpang g jln2 kat ganu tu..haha!! wei, man u dah dok atas tu..hahaha!!4-0 tu..
MU dok atas.... hua hua hua hua .... sampai end season la tu....
ramonez,
Insyaallah, aku akan jemput... Amin....
cik henr,
thanks.
rose,
Sori... lupa.
ano (chalok),
Yang satu lagi tu kg tunang no 2. Hahaha....
edi,
Lautan api lagi ku renangi, apalah sangat air banjir. Cewah... hahaha..
badrul,
Nak ikut? Sori tak muat keta. Ko bila pulak?
ac,
Kejap je tu
sorry lama tak singgah sini,,,
aku ingat ko tka mo cerita hehe
Bila sukun cakap baru ler aku dtg sini..
mana gamba ko nya
sebelum tu tahniah, semoga apa yang dirancang dipermudahkan :)
Bila org cakap masa bertunang ni banyak dugaan, hehe aku gelak jer..tapi bila dah kena hehe
baru tahu...
selamat bertunang...welcome to the club.Dapat orang ganu yer...ater baru le tau mike ase teluk ensen yer...Hai le Teluk ensen...rindunyer teman.
dood dah bertunang. tahniah wei...
bila nak langsung?
tak silap aku, tarikh ko bertunang sama gn tarikh tunang sepupu bini aku. masa tu aku ikut rombongan depa g kuala kubu baru g meminang. keke...
cuti sekolah ni mmg musim bertunang gn mengawan(kahwin). Bagus la.
Post a Comment