Monday, December 3

Lelaki - Perempuan

Beberapa perkara yang kita kena terima pasal lelaki dan wanita. Fact… tidak perlu kaji kenapa dan bagaimana nak atasi, just deal with it. Fact sebeginilah yang membuatkan tiada guru tadika lelaki (di Malaysia) dan tiada postman wanita.

Lelaki – Gatal
Semua wanita patut tahu, tidak kira pak lebai ke, mat rempit ke, doctor ke, penjual burger ke. Asal namanya lelaki sememangnya dia gatal. Gatal dalam erti kata, suka melihat atau mendekati keindahan ciptaan tuhan yang bernama wanita. Buktinya, suruh Fasha Sandha lalu sebelah Datuk K, confirm dia akan toleh dan tengok kali kedua, walaupun Siti ada disebelah. Ok… not so good example, since tengok misai pun kita boleh agak Datuk K memang gatal orangnya. Hahaha…. Lelaki baik secara bijaknya akan cover kegatalan dia, sedangkan lelaki jahat dan bodoh akan bangga dengan sifat sebegitu.


Perempuan – Particular

Sememangnya kaum hawa dilahirkan dengan sifat sebegini. Contoh; Selalunya orang perempuan kalau nak masak mesti kena cukup bahan-bahannya. Bawang besar kena yang colour merah, colour kuning tak mahu. Kicap kena brand Kipas Udang, Tamin dah ketinggalan zaman. Kena pakai santan, tak boleh gantikan dengan susu atau minyak. Kalau tidak dapat dipenuhi, mereka tak nak masak. Mungkin sebab tu lah kedai makan makin maju sekarang, isteri / ibu makin malas memasak.


Lelaki – Gila Sukan

Tidak kira sukan lasak atau hanya virtual macam computer games. Sememangnya orang lelaki minat sukan. Mungkin ada kaitan dengan cabaran, egoistic atau hormon. Seperti aku cakap tadi, tidak perlu kaji, orang perempuan kena terima benda ini dan pandai-pandailah adjust diri sendiri. Lagi bagus kalau you can become part of ‘the game’, if you know what I mean. Hahahaha…


Perempuan – Suka emas, berlian

Tiada wanita akan menolak emas atau berlian. Kalau tak, takkan taukeh Zhulian pun boleh kaya dengan hanya jual emas tiruan. So, para suami kalau nak menambat hati isteri atau rasa nak berikan hadiah pada isteri, belikanlah apa-apa yang ada kaitan dengan emas dan berlian, murah pun takpe. It’s a safe gift, confirm berjaya tidak seperti bunga, teddy bear, baju atau alat solek.


Lelaki - Minat machine

Tidak kira apa jenis, sememangnya orang lelaki obsess dengan mechanical machine. Ada yang gila motor, kereta, robot, kapal terbang, computer, remote control toy. Kegilaan ini akan mengikut kemampuan, keadaan semasa dan kawan-kawan. Bagi orang perempuan, selagi pasangan anda tidak mengabaikan perkara-perkara wajib yang sepatutnya, biarlah mereka bermain dengan machine mereka. Kalau difikirkan lebih baik dia main dengan machine daripada main dengan perempuan lain, kan?


Perempuan – Pemalu

Tidak perlu suruh mereka buat anything yang boleh attract people attention. Mereka mesti tidak akan buat. Ada bagusnya sifat ini.



Masa mula nak tulis article ni tadi rasa macam banyak je idea. Tapi rupanya banyak point yang overlap. Contoh, lelaki - simple… sama seperti perempuan - particular. Lagipun banyak point yang rasanya lelaki dan perempuan share. Contoh, perempuan suka shopping, padahal lelaki pun suka. Cuma range barangan yang orang perempuan suka scopenya besar compare to lelaki. Sebab tu perempuan boleh tawaf satu hypermarket. Aku juga tidak mahu sentuh lame point, macam lelaki - ego tinggi. Come on, ego very subjective lah. Perempuan pun ada ego, mungkin lain cara ekspresinya.

Jangan kutuk aku, aku sedar aku sendiri belum kahwin dan tidak arif perihal lelaki-perempuan. Tapi kita tidak semestinya perlu jadi Shebby Singh untuk komen game bolasepak, kan?


P/S: Kepada lelaki atau perempuan yang rasa diri kau tidak mempunyai sifat diatas. You should take some action, something wrong with your system. Hahaha….

10 comments:

Anonymous said...

Aku suka baca blog kau.tiap2 hari aku masuk.wee tadi aku tengok kau tak update lagi aku tengok 2 kali lagi masih tak update lepas tuh baru update.heee

Helena said...

mmm.... mr. fuiyoh pun ada..... hehe

Helena tak suka jewellery and diamonds..... Napa yer, tolong analyze sikit? Rimas la sangat..... yg pakai ni pun sebab kena pakse.... hehe

Fid said...

dood...
Aku wanita,isteri dan ibu..Tetapi aku tak suka...barang kemas..buktinya mmg aku tak pakai apa2 pun!

Aku boleh memasak walau tak cukup bahan...Ni aku belajar sejak aku pi dok obersi dan sejak aku jd ibu...sbb most of the time anak aku mcm bg 'signal' kat aku..."use ur brain mum!" so sejak aku ada anak ni aku jd lg kreatif bab memasak walau tak cukup bahan...dan masak dok obersi mmg bahan susah nak dpt....(ada tp susah sikit) so guna apa yg ada..kreatif2...

coretan ko pasal masak with full ingredient and jewellery tu aku rasa agak lapok..sbb most of my friends mmg jenis tak suka jewellery..dan boleh masak tanpa bahan yg org kata perlu ada...(tak de la nak masak sup ikan..ikan diganti dgn mutton plak...bawang etc tu laa)
pendapat aku 2 senarai kat atas yg ko buat tu agak lapok and only valid to perempuan yang kurang pendedahan tentang ilmu alaf baru ni...ataupun perempuan tu cerewet horhorhor
kihkihkihkih...

Mr. Right said...

Barang kemas tu confirm la mmg perempuan gila. Maybe bukan semua. Kalau tak, takkan kedai emas makin maju, macam aku tulis tu... taukeh Zhulian pun boleh kaya. Org laki mana ada beli emas utk diri sendiri, non muslim pun pakai sebentuk cincin dan rantai tu je.

Maybe contoh memasak tu tak berapa tepat. Aku cuma nak cakap perempuan particular pasal byk perkara. Maybe aku patut guna contoh lain.

sukun said...
This comment has been removed by a blog administrator.
shafarina said...

Mcm Helena juga, aku tak taksub barang kemas. Cincin tunang dan kawen aku pun entah mana hilang ntah.

Tapi bab particular mmg betul. :)

Afterall, aku perempuan yang normal la kan.

Anonymous said...

Setuju dengan pendapat Helena, Wan dan Fid pasal tak semua wanita suka barang kemas.

Aku jantan ya,bukan pompuan dan ini pengalaman aku jadi suami.

Every year memang aku ada budget allocation utk belikan wife aku barang kemas average at RM3,000.00. Tapi budget ni tak pernah digunakan atau guna pun tak habis. So kira burst kat poket aku la he he he he he...

Tapi anak pompuan aku yang umur 7 tahun memang nampak taksub sikit kat barang kemas. Semua aksesori dia nak. Bila time raya atau cuti sekolah dia sibuk nak melaram dengan koleksi dia. Nasib baik dia tahu takleh pakai gi sekolah. Kalau tau mahu classmate dia panggil Mami Jarum...

Anonymous said...

Sorr ya Mr Right... Ano kat atas tu adalah aku 'ac'.

Apasal lain na fomat identity kau ni....

Mr. Right said...

ac,
Blogger tukar sikit cara nak komen. Dorg tak nak bagi pengomen tinggalkan link ke web mereka sendiri. 'no follow'.. somting like that la. Bukan aku yg tukar setting.

All,
This kinda difficult and not so important topic to discuss, so sorry if aku tak answer all the komen. :) Aku hargai, cuma malas nak fikir untuk jawap. Aku tulis posting ni pun suka2 je.

Anonymous said...

But, u stil can't differetite me as lad or lady, can't u Mr Right?

Total Pageviews

. page counter