Semakin meningkat usia, kita akan merasakan masa semakin pantas berlalu.
Masa sekolah rendah, aku benci subject English, jadi bila setiap kali class English aku akan rasa cukup lama. 45 minit rasanya macam lama sangat. Duduk diam-diam tidak mahu attract any kind of attention supaya tidak kena bangun dan jawap soalan. Nak tunggu 10 minit sebelum masa rehat, punyalah lama. Dan ½ jam masa rehat tu aku sempat makan, main galah panjang, main ice cream bola dan kadang-kadang even sempat pergi curi tongkat basikal alloy milik musuh ketat aku. Sekarang time lunch hour mungkin hanya sempat beratur di bank dan hisap rokok beberapa batang.
Kemudian, bila dah meningkat remaja, aku sering gunakan ungkapan…”tahun depan” untuk menunjukkan perkara itu tidak akan berlaku atau lambat lagi akan berlaku. Contohnya, kalau ada member bertanya, bila agaknya dia nak merasa aku belanja dia makan… aku jawap… “tahun depan” je lah… Since for teens, tahun depan tu lambat lagi. Walaupun perbualan tu pada bulan December.
Tapi sekarang, aku rasa masa begitu pantas berjalan. Rasa macam semalam je aku tengok Steve Mcmanaman gelecek bola masa pakai jersey
Tidak tahu la orang lain, but for me memang masa seakan-akan lari laju sangat. Aku tidak sempat nak kejar.
Duluuuu… ada sebuah rancangan dia RTM, Beyond 2000. Rancangan yang memaparkan innovation terkini. Segala jenis rekaan terbaru dan futuristic. Masa tu, aku bayangkan lepas tahun 2000 kereta semua tiada roda, tidak lagi guna petrol dan semua macam hovercraft. Sebulan lagi dah tahun baru, 2008. Dah hampir lapan tahun kita berada di ‘Beyond 2000’, kebanyakan paparan di rancangan tu tidak menjadi kenyataan pun, mungkin masih diperingkat kajian lagi kot. Tidak pula mereka buat rancangan baru, Beyond 3000… Aku dengar mereka tukar nama program tu kepada Beyond Tomorrow. Ini menunjukkan pakar-pakar rekaan pun gagal mengejar masa. So, aku tidak keseorangan dalam perkara ini.
Kadang-kadang aku terfikir, perlu ke kita kejar masa? Atau biarkan je ia berlalu. Just enjoy what we have now and prepare something for near future.
Damn, kenapa aku macam sentimental and jiwang je ni?
8 comments:
kau jiwang dan sentimental kerana kau dah semakin tua..hehehehe
sedar tak sedar umor kita pun nak masuk 30 an dah hehe
dulu masa 20 an rasa cam muda jerk, ni bila dah jadi bapak gagahahah
sendiri mau ingaqtlahhh
dood..
lama aku tgk signature ko ym..tapi baru la ni tergerak nak masuk blog ko...
anyway..it's a rare case to see a guy..(big guy:)...)blogging..and coincidentally a guy in which aku kenal personally...
keep up the good work...aku kat sabah la ni...bila turun KK roger aku la...
aku nye photo diary
aiesha.fotopages.com
haha... jiwang ko dood. agaknya ko dah tiba masa dah. Masa pe? masa utk kahwin dood.
minggu ni blk la kg bincang gn mak ko utk uruskan perkahwinan ko.
Hi..
Time is running fast, but personally i like it that way.Because I am so eager to know what are the things that I did yesterday that might effect things today.Or what are the dreams of yesterday that might become reality today...
And sometimes, time heals..as what most people say.Its a good things,though...
p/s : "Beyond Tomorrow" is my favourite show..same goes to "Beyond 2000"..
beyond tomorrow on TV1, every saturday, 7 pm - 8 pm.
ko dh terlepas byk benda best la dood.
edi,
Betul.... kot.
lankapo,
A'ah ya. Kau dah jadi bapak. Cam tak caya je.
Joe,
Oi..! Maybe early nex year aku ada project kat Airport KK. Insyaallah aku akan contact kau.
adar,
Dah bincang dah...!
ipoh lads,
Wah... good one. Betul lah, tidak perlu kejar masa.
Teek,
Takde ahh... mana ada best. BEst lagi Myth Buster.
Post a Comment