Thursday, October 18

Syabas…


BBC NewsMalaysia Astronaut Set to Launch

Reuters
Malaysia 1st Astronaut relish ‘giant leap’

Japan Today
Malaysia’s 1st Astronaut Blasts Off

CNN
Prepare for space lift

Radio Australia
Astronaut blasts into space

USA
Today
Astronaut prepare for trip to space station


Antara topic menarik yang disembangkan dengan sanak saudara masa musim raya ada perihal orang kita naik ke bulan. Itulah istilah opah dan mak su aku. Walaupun not exactly naik ke bulan, takpe lah, janji mereka sedar ada orang kita yang terbang ke angkasa. With all the media coverage around the globe impossible for me and for us to not feel the proud of sending our 1st astronaut into space. Indeed it is a big step, satu langkah besar mewakili jutaan rakyat Malaysia dan umat Islam secara keseluruhannya.

Aku juga turut berbangga dengan majority cerita angkasawan kita, setakat ini. Walaupun coverage media tempatan agak melampau, sehingga beberapa movie raya dimalam hari pun terpaksa ditangguhkan, jenuh aku tunggu. Tapi aku rasa lebih baik liputan terlebih dari terkurang. Banyak kebaikan liputan yang meluas itu. Syabas Astro, RTM dan TV3.

Satu lagi aku suka melihat gelagat Datuk JJ, susah aku nak suka dengan pemimpin BN tapi dia memang cool semasa di pusat angkasa Russia. Ucapan, jawapan dan tingkah laku dia nampak bersahaja dan relax. Beliau turut bertindak seperti ‘kurang ajar’ dengan menyatakan kita akan menghantar angkasawan lagi selepas ini sedangkan pihak NASA dan Russia tidak memberikan persetujuan lagi. Datuk JJ juga dengan penuh selamber memanggil ayah Dr. Sheikh semasa first video conference. Tindakan berani dan bersahaja Datuk JJ melihatkan kita bukan negara kerdil, kita bayar untuk segala perkhidmatan yang diberikan, kita tidak takut dengan negara-negara maju yang lain. Hahahhaa… aku suka. Aku benar-benar suka dengan tindakan beliau. Malam raya aku semakin meriah melihat gelagat pemimpin kita bertaraf Dr. yang berani dan mengambil sikap ‘tidak peduli’ semasa berhadapan dengan media asing dan wakil negara-negara besar yang lain. Beliau juga nampak penuh ilmu pengetahuan semasa mengendalikan sessi temubual, jawapan yang tepat, bernas dan berinformasi. Syabas Datuk Jamaludin Jarjis.

Aku juga tersenyum melihatkan segala aktiviti yang angkasawan kita lakukan diatas sana. Aku bukan maksudkan experiment penting yang aku tidak faham itu, tapi aku referring to trivia thing that he did. Macam memakai suit angkasawan ada bendera Melaysia, mengibarkan bendera, melafazkan rukun negara, merakamkan aksi beliau bersolat, menjamu astronaut lain dengan juadah kita, memakai baju batik, dan beberapa perkara yang menunjukkan identity kita. Cool…! Very cool. Bahkan semasa nak berlepas pun dia tunjukkan jari beliau ke lengan dia yang ada bendera kita. Penuh bermakna dan symbolic. Balik kebumi nanti confirm angkasawan kita akan dapat Datuk, dibawa kesana kemari macam Datuk Azhar Mansur dulu. Pastinya beliau akan jadi jutawan, jadi celebrity, jadi idola. Takpelah, bertahun latihan, perah minda, perah keringat, he totally deserve all the attention. Syabas Dr. Sheikh Muszaphar.

Sejak 2003, kita diberitahu kita bakal ada angkasawan sendiri. Walaupun ianya pakej percuma kerana membeli Sukhoi – 30MKM fighter jet, tapi aku tidak peduli. Aku tetap berbangga. At least kita boleh berbangga kita kaya dan mampu beli jet pejuang tersebut, kita pandai untuk negotiate untuk dapatkan seat ke angkasa dan kita ada rakyat yang berani, kuat dan cukup bijak untuk pergi kesana. Syabas Malaysia.

Sedikit perihal lucu yang boleh disenyumkan. Nampaknya apa bidang pun sekarang ini perlukan package. Untuk ke angkasa pun good look play a vital part, hahaha... judge yourself.

Di perenggan kedua article ini aku tulis aku berbangga dengan majority cerita pasal program angkasawan kita. Majority, maksudnya bukan semua. Kerana terdapat beberapa perkara yang aku confuse, pelik dan sedikit sakit hati. Pertamanya, ramai juga mulut-mulut jahat yang dapat instruction dari hati-hati busuk mengatakan beliau bukan angkasawan, bukan astronaut, cuma penumpang, space traveler. Bodoh betul, space traveler tidak dapat mandate untuk jalan experiment penting dari Europe, Japan dan beberapa uni tempatan. Lantak lah, beliau dah terbang dari bumi singgah di angkasa dan akan balik kebumi, for me itu adalah angkasawan, astronaut. Tak perlulah fikir jauh-jauh dan selidik dalam-dalam. Benda yang best didengar kenapa perlu ditukar menjadi tidak best? Bodoh betul. Cari lah idea lain untuk kutuk kerajaan. Berlambak modal lain. Banjir kilat, ferry terbakar, kes Nurin yang umpama menemui jalan buntu, Datuk Zakaria tayang istana beliau, isu Pak Lah pergi bercuti dengan suami/tunang Michele Yeoh last year dan macam-macam lagi. Kedua, pasal isu ‘1st muslim fasting and celebrate Raya in space’. Media tempatan dengan penuh confident declare sebegitu. Read this news: Arab News. So, tak perlulah carried away untuk memuji dan taksub dengan record, since Pak Arab dah berpuasa dan beraya disana lebih 20 tahun lepas…!

Dan perkara ketiga yang aku menyampah adalah berita ini:

Click untuk ke berita penuh dari Utusan Online

Apa ke peliknya orang Indonesia, ada hajat nak jadi Singapore ke?

Tidak mengapalah, hope Dr. Sheikh akan selamat kembali ke bumi dan kongsi cerita dengan kita semua. Dan aku juga berharap lepas ini kita akan menjadi ahli aktif dalam barisan negara yang berjaya explore angkasa lepas. Good luck Malaysia.

Untuk tahu all the technical details pasal cerita ini explore this site: Official Angkasawan Programme

Untuk baca blog angkasawan kita sebelum dia berlepas ke angkasa dan mungkin akan diupdate selepas dia kembali nanti, buka site ini: Angkasawan Blog


11 comments:

Unknown said...

en betul, topik yg jiwang jiwang, feeling-feeling takde ke? buatla topik pantun berkasih ke? subjek macam mana nak memahami hati wanita ke? asyik subjek heavy ngan serius je.

Farhan said...

bangang tak ingat2 utusan tu..aku kalo nbak tulis ape2 kat blog pun buat research gak skit..takut malu ngan kwn2..mgkn utusan ni tak tau malu..asal paper laku sudey..

tp aku kurang setuju la ngan dr muzaphar pi sana pakai batik..mkan satey etc..menggambarkan tahap pemikiran negara kita sekadar nak glamor n promosi pelancongan.mcm la takde tempat lain nak promote benda2 tu.seriously!!mcm budak2 aku tgk Dr SMS..lain la kalo dia pi sana tolong Nasa buat penemuan baru ke.nmpk ada gak sumbangan besar skit.bukan sekadar bagi angkasawan kat iss makan satey jer..

Anonymous said...

Setuju posting kau kali ini. Tapi aku tak berapa setuju dengan satu statement kau dan juga statement yang keluar kat media arus perdana yang program angkasawan ini adalah program percuma timbal balik pembelian Sukhoi. Orang berniaga mana nak rugi and kat dunia ni takde barang free. Mana kita tau yang Russia dah mark-up kos Sukhoi utk tampung kos train angkasawan kita. Mesti ada variation order addition brother...

Tapi aku tetap bangga... ada sumber-sumber yang rapat dan boleh dipercayai, actually Kapten Faiz lebih layak tapi due to tekanan dari pihak commercial dan penaja nak muka yang handsome dan tampan serta buat orang tertunggu depan TV maka si pakar Otopedik Dr SMS ni yang dapat... Anyway tahniah sekali lagi dan duit aku yang bayar cukai ni jugak hantar dia orang ke sana... musti mau bangga...

Noor Ariffshah said...

First Bob, Aku nak ucap selamat hari raya kepada ko, semuga hari raya ni merupakan hari raya yang tak akan dilupai sampai bila bila.

Second, Aku turut berbangga dengan kisah anak Melayu pertama ke Angkasa Lepas. Harap lepas ni akan ada lagi rakyat Malaysia yang ke bulan kelak.

Wasaalam.

lankapo said...

en nordin,
saya rasa anda banyak sangat baca majalah remaja hahaha

memnag kita harus banggalah, ada anak melayu yang naik ke angkasa. Tapi seperti kata abang ipar aku, nabi dah lama naik ker langit ke tujuh tapi kita mcam tak impressed pun

satu lagk, asal nak ditekan kan sgt jamu satay n beriani ni tak fhm aku. Betul lah org malaysia ni makan yang dipentingkan.

Mr. Right said...

en nordin,
Kau tulis article jiwang2 macam tu then pass kat aku. Aku publish disini. Credit pada kau la. Aku jiwang2 ni tak pandai sangat.

farhan,
Kita pergi sana ntah bila2 sekali. Alang2 promote la apa yg boleh. Kajian yang dia buat pun aku dengar gempak juga. Sel2 lah, penawar HIV, tulang... ntah benda2 apa lagi.

ac,
Memang dah markup price. Tapi orang dalam TUDM akan setuju kalau aku cakap beli Sukhoi lebih 'berjaya' dari bei besi buruk MIG 29 dulu.

noor,
Apa kata kita jadi manusia pertama pergi matahari?

lankapo,
Yup, kita mmg gila makan. Semua majlis mesti ada makan2.

Anonymous said...

Akhirnya aku jumpa juga blog yang tak kutuk program ini dari seorang anak muda Malaysia. terima kasih kerana tak jadi Tipikal macam kebanyakan penulis-penulis blog lain yang mengkritik program ini.

Kebanyakan orang yang mengkritik program ini memang dari cara dia menulis pun tau adalah orang-orang yang jenis tak pernah pegang buku dan tak tau apa yang dikritikkan.

Sheikh bukan pelancong (wisata kata orang Indonesia) angkasa. Dia ke sana buat experiment dengan duit kerajaan Malaysia bukan duit peribadi. Sama macam apa yang korea, jepun dan lain-lain negara buat. Sama macam Angkaswan ESA yang nak naik Discovery next week. Tapi NASA tak pulak gelar dia space participant. Cuma kita tak belanja sebanyak yang sepatutnya jadi biasalah mesti ada orang jeles. Aku tak peduli kalau NASA kata space perticipant sebabnya kita naik Soyuz. Putera Arab Saudi bila naik Challanger dulu tak pulak dia kata macam tu sebab naik kapal dia.

Memang deal Sukhoi kita mahal US$10 juta sebijik dari deal biasa, tapi kalau korang baca balik deal sukhoi tu mcm mana Sukhoi tu dah jadi mcm custom made untuk kita, sebenarnya kita naik space tu free.

Tak ada masalah Sheikh pakai baju batik kat ISS, ni menda biasa macam tradisi orang Rusia bawak pistol tradisi dia tu dan Peggy bawak cemeti..

Hmmm dan sheikh naik space atas merit. Bukan muka hensem sahaja. Diorang berdua on par.

Satay dan nasi briyani hanyalah sebahagian dari experiment..kajian pemakanan di Angkasa adalah antara experiment yang biasa..

Janganlah nak bandingkan dengan nabi kerana dia naik langit dengan mukjizat. Tolonglah jangan berfikiran sempit sebegitu. Hmm dah tau nabi naik langit, tak malu ker ilmu angkasa dipegang oleh orang bukan islam?

Hmmm nasihat aku sebelum nak komen pasal program ni, pegi baca buku dulu...

Thanks sebab sokong...

-orang MOSTI-

Anonymous said...

apela korang ni..duk komplen pasal makan satey la..pasal dapat g sana pasal muka hensem la..mcm2.
cubela bukak skit mata tu..
bukan senang nak dapat peluang g sana..tgkla negara kita..dah merdeka 50 tahun baru dapat anta sorang..bior diala nak makan satey ke..nak pakai baju batik ke..huhu..janji dia bawak beberapa kajian yang mana ade salah satu kajian ttg tulang yg diamanatkan oleh UiTM untuk dibuat kajian kat sana..kajian tu hanya dibuat beberapa hari di angkasa..n if dibuat kat malaysia it will take 15 years baru leh dapat result dia..hangpa nampak dak ape sumbangan yg dah diberi oleh Dr. Sheikh n program ni?
tu baru salah satu..banyak lagi kajian2 lain yg beri banyak manfaat pada kita semua..

moralnya..jgnla duk kutuk org je kejenye..kita sendiri pon lom tentu mampu utk pegi ke sana...sbb perlukan stamina n org bijaksana macam Dr. sheikh..org2 kat ISS pon kagum ngan Dr. Sheikh sbb dia dapat jalankan semua kajian dengan cemerlang..n cepat paham semua arahan2 yg diberi..

Malaysia Boleh!

Anonymous said...

eh..silap taip...
bukan 15 tahun..tapi 50 tahun...salah taip daaa...muehehehhe

Unknown said...

first aku nak cakap tahniah kat ko dood...selama ko buek blog nie aku dah tgk kebanyakan org yg reply kat tmpt ko ni mesti dah ade baca buku n buek kajian dah so atleast ko dah menyumbang kepada org2 yg membaca blog ko ni berfikir dah membaca buku utk menulis2 hujah2 dan komen dalam blog ko nie..so aku actually bangga la ada kawan cam ko ni dood buek org berfikir dan terus berfikir...atleast kite berfikr and explore potensi otak kite nie yg dalam kajian hanya bape percent je kite pakai..so atlest ko dah berjaya buek org2 yang baca blog ko ni naikkan potensi otak diorg naik beberapa percent lagi ngan cara dia fikir kaji n baca ape2 yg berkaitan ngan isu ko utarakan kat sini...

tahniah dr SMS

and tahniah kepada ko gak dood
:D

Mr. Right said...

orang MOSTI,
Lepas ni rekeman nama aku pergi angkasa, ok? Hahaha...Tapi nak ikut NASA punya, taknak naik telur tu, nak naik kapal angkasa, bergaya sikit.

rose,
betul2.

alexi,
Jangan la puji lebih2, aku riak nanti. Hahaha..

Total Pageviews

. page counter