Monday, October 1

Keruntuhan Akhlak Remaja

Orang yang sebaya dengan aku mungkin masih ingat soalan subject Bahasa Melayu masa kita SPM tahun 1996. Soalan karangan yang aku pilih adalah berkenaan keruntuhan akhlak remaja. Aku not really remember the exact question, but it goes something like this;

“Keruntuhan akhlak remaja kita semakin membimbangkan… bla..bla… (Some fact and figures)...bla..bla…”

Huraikan kenyataan diatas.

Aku antara student yang spot soalan ini bakal keluar. So, alangkah seronoknya aku menarikan pen diatas kertas jawapan.

Aku menerangkan dua factor yang menyumbang kepada keruntuhan akhlak remaja. Iaitu factor penolakan dan penarikan. Penolakan bermaksud perihal didalam rumah yang menolak remaja untuk keluar dan mencari hiburan diluar. Kita semua setuju jika sebuah keluarga yang bahagia most probably remaja didalam keluarga itu akan mempunyi akhlak yang baik. Almost impossible akhlak remaja tersebut boleh runtuh didalam rumah sendiri yang harmoni. Jadi factor penolakan ini menolak remaja dari kekal didalam rumah. Antara factor ini adalah hubungan renggang antara ibu dan bapa, kehidupan terabai dek kerana ibu bapa sibuk mencari wang ringgit, akhlak ibu bapa itu sendiri yang teruk seterusnya mendorong anak-anak manjadikan mereka contoh dan beberapa factor-faktor lain yang aku dah lupa.

Kemudian ada factor penarikan. This simply means, elements di luar rumah yang menarik remaja untuk keluar dan terjerumus kedalam bencana keruntuhan akhlak. Element ini dengan mudah boleh disenaraikan, seperti rakan sebaya, technology, cabaran, keseronokan, dadah, motor, dan macam-macam.

Itulah isi karangan aku dulu. 11 tahun dulu.

Aku teringat benda ini masa gathering sekolah untuk berbuka puasa. Don’t know why, but aku tiba-tiba teringat isu ini. Dan jika difikirkan, gejala sosial dikalangan remaja merupakan masalah yang tiada penghujungnya. Bayangkan, lebih 10 tahun lepas isu ini adalah isu panas, dan sekarang tidak menampakkan tanda-tanda untuk sejuk. Mungkin isunya sedikit berbeza dari segi nama dan sebutan, but ianya masih benda yang sama. Dulu dipanggil kaki lumba haram, sekarang mat rempit, dulu bohsia sekarang gadis rempit… dulu dadah-dadah murahan macam ganja dan straw, sekarang lebih kepada pil khayal. Nama berbeza tapi komitmennya untuk menjahanamkan akhlak remaja kita tetap sama.

Nampaknya kerajaan, ibu bapa, masyarakat, kita semua menghadapi isu yang cukup besar dan degil. Hampir mustahil untuk ditangani sepenuhnya. Tapi bak kata Leftenan Adnan, mungkin kita akan kalah, tapi bukan sebab kita tidak melawan.

(Tak sure releven or not contoh kenyataan Leftenan Adnan ini, tapi… boleh lah…)

Apa-apa pun Good Luck…! Kepada kita semua.

11 comments:

Anonymous said...

oo..patutla BM dapat A1..soalan skor mengena upenye..huhuhuhuh..tak aci!

Fid said...

ingat lg ko ye
aku tak ingat apa2 dah

Anonymous said...

Aku setuju dengan faktor2 yang dood kemukakan. Lebih-lebih lagi bab penolakan. Bukan tujuan aku hendak merendah-rendahkan orang lain, tapi kebanyakan mat-mat rempit, bohsia ini datangnya dari penduduk yang tinggal di flat. Yang tinggal di kawasan lain tu, lain pulak kerosakan akhlaknya.Remaja boring duduk rumah sebab takde privacy. Cuba tengok anak orang2 senang, mereka semua dok rumah main internet, main game, main apa bendalah yang boleh dimankan dalam bilik. Remaja yang tinggal di flat tidak ada privacy yang macam tu. Itulah sebab mereka mencari keseronokan diluar. Itu main point. Just my 5 cent.

Ghosto said...

oooo...betul gak la isi karangan ko ye...tepat n bernas.....good point...ptt la A1 BM ko....

jagoan said...

Jika betul ramalannya, tuah badan :D

sukun said...

oit
mana link blog aku?

Anonymous said...

makan maajun ke mike ni?maajun cap tupai ke?

Unknown said...

dood ingat lagi ko soalan tu ek..aku pun rasa jawap soalan sama cam ko gak ko amik psl isu semasa n psl remaja tu maklum le time tu kite baru remaja>D...hahahah

Mr. Right said...

Rose,
Biasa la... Budak sekolah asrama penuh. Semua soalan cikgu tolong spotkan.

fid,
Tiba2 je teringat.

edi,
Betul2. Mungkin bukan 100% tapi majority mcm kau cakap lah.

ghosto,
Mana tau BM aku A1?

Sukun,
Aku dah delete.

ramonez,
Mkn maajun? Hahahha..

alexi,
Sampai sekarang aku remaja lagi. Hahahaha...

Mr. Right said...

tertinggal...

kelisa emas,
Cikgu tolong spot, mmg la betul. :)

Anonymous said...

boring ... huarghhhh!!

Total Pageviews

. page counter