Wednesday, October 10

Happy Syawal

Aku start bercuti hari ini (Rabu) dan akan kembali bekerja next Wednesday. Malam ini berbuka dengan opah aku, esok insyallah dengan rakan-rakan kampong di masjid dan malam raya berbuka dengan adik beradik. Most probably aku tidak update blog sepanjang musim raya. Laptop rosak, malas nak pergi cyber cafĂ©, lagipun tidak banyak masa terluang dikampong berbanding di tempat kerja… Hahahaha…

Seperti aku pernah tulis disini, kedatangan raya memang tidak begitu menggembirakan aku. Keseronokan Ramadhan pasti akan aku rindui. Hilai tawa jiwa aku menikmati juadah berbuka puasa, beramah mesra dengan kenalan lama dan baru dimajlis berbuka, kepedihan hati melihat rakan-rakan tidak puasa minum air dan menghisap rokok dan pelbagai keindahan Ramadhan yang lain.


Tidak mengapa, mari kita sama-sama raikan kejayaan kita mengharungi ibadat puasa. Menyambut kehadiran Syawal dan membuktikan keunggulan kita menghadapi rintangan Ramadhan. Semoga kita telah mendapat manafaat dari ibadat puasa yang kita kerjakan, insyaAllah…..


So, aku nak ucapkan…


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Since aku selalu kutuk pelbagai pihak di blog ini, seperti kebiasaan umat Islam yang lain, aku juga menumpang keberkatan Syawal untuk memohon maaf.


MAAF ZAHIR DAN BATIN


Ok, selamat bercuti… Jangan lupa kirim salam aku kepada sanak saudara korang semua. Ingat, aku kirim salam pada mereka. Tanggungjawap korang untuk sampaikan salam aku. Maybe not all, but I leave it to you guys to decide who should 'know' me. :)

Assalamua’laikum…


4 comments:

Anonymous said...

bos,
thn ni xde duit rayer ker...huhuhu...tp nak buat camna xleh menderhaka ngan bos ni...tkut cuti cancel..selamat ari raya maaf zahir sbb tau byk buat salah...

Anonymous said...

Bro,
Gua dah sampaikan salam lu kepada nenek dan atuk gua. Penat juga gua nak terangkan sapa lu.

-Husin Lempoyang-

Anonymous said...

Mr. Right,
Memang kau ni dah glamer. Aku nak kirimkan salam kau kepada sepupu aku. Tiba-tiba dia cakap dia memang selalu buka blog kau. Lepas tu kami boleh bersembang pasal kau berjam-jam. Sepupu-sepupu lain pun join. Hihihihi. Persiapan raya kami diselang selikan dengan cerita-cerita kau.

Aku lelaki, tapi sepupu aku perempuan, dia cakap kawan kelas dia yang perempuan semua suka baca blog kau. hihihihi.

Mr. Right said...

sue,
Cepat la datang kerja. Carbon machine fax dah abis, aku dengan raj tak tau macam mana nak tukar.

husin,
Laaa... nenek, kirimkan la pada sepupu sepapat kau yang cun dan comel. Hahaha...

ano,
Biasa-biasa, aku tau ramai gadis2 university minat kat aku. Aku mengandaikan sepupu kau tu budak uni, takkan budak bawah umur sekolah menengah minat kat aku kot. Jemput sepupu kau datang rumah aku beraya, bukan kau, sepupu kau sahaja. Hahaha...

Total Pageviews

. page counter