Friday, October 26

Blogger Aku Tak Kenal

Disini: Blog rakan-rakan, aku cerita pasal blog my real life friends. Ada yang suka aku highlight blog mereka disini, free promotion. Ada yang tak suka, dan ada yang merajuk. Hahaha… dengan penuh jiwangnya dia merajuk dan ‘membalas’ teguran aku dengan satu posting just to mention aku salah. Macam tu punya orang pun ada.


Seperti dijanjikan aku akan listkan pula blog kepunyaan virtual friends. Kawan-kawan yang aku kenal di internet atau blog yang aku selalu lawat walaupun aku tak tau siapa empunyanya. These blogs I believe deserve the free promotion samada kerana aku ‘kenal’ mereka atau sebab blog mereka memang best gila.


http://teeklebone.blogdrive.com/

Cerita aku dengan owner blog ni memang menarik untuk diceritakan. Senang cerita, aku dah ‘kenal’ dia lebih 5 tahun tapi tidak pernah bertentang mata. Dia pakai nama Teek bila berblog dan merahsikan identity sebenar dan sebagai menghormati privasi dia, aku pun tidak akan beritahu nama betul gadis ini. Penakut. Masa mula-mula berblog dulu pun aku ada bertanyakan beberapa soalan dari dia, since dia start blogging away head of me.


http://adar.blogmas.com/

Ini blog milik Shah. Dulu dia rajin juga datang dan komen blog aku, sekarang kemana la pula menghilangnya. Latest entry di blog beliau indicate his very own blogging platform www.blogmas.com ada problem. Semoga everything akan kembali ok and all the best.


www.kennysia.com

Dia ni salah seorang celebrity blogger. Bukan celebrity yang tulis blog, macam afdlinshauki.blogspot.com atau yasminthestoryteller.blogspot.com tetapi Kenny menjadi celebrity dek kerana blog dia yang terlalu popular. Kenny cukup pandai menulis cerita yang menarik, lucu dan informative. Aku admire dia, honestly speaking kadangkala aku meniru style penulisan dia.


http://neraka2.blogspot.com/

Semusim Di Neraka (SDN). Personally aku rasa ini adalah blog paling best if we base on penulisan sahaja. Tiada gambar, tiada lawak-lawak bodoh, tiada kutuk-kutuk ahli politik, tiada copy and paste article orang lain, jarang-jarang komen isu semasa. Cuma dia berceloteh pasal kehidupan dia dengan penuh puitis dan lenggok bahasa yang begitu mengagumkan. Kadangkala lucu, kadangkala sedih, kadangkala geram… macam membaca satu novel panjang.


http://akutakpeduli.blogspot.com/

Aku rasa ini milik kawan kepada pemilik blog SDN. Mereka berdua seolah-olah sependapat dalam pelbagai isu, yang paling obvious adalah ‘tulis blog dalam Bahasa Melayu walaupun mereka fasih berbahasa English’. Mereka juga memandang sinis orang Melayu yang tidak pandai berbahasa English, macam sial. Tapi aku suka baca blog dia. Dia lebih suka komen isu semasa dan hal ehwal dunia berbanding kawan dia di SDN.


http://n32.blogspot.com/

Ini sumber utama aku pasal scenario politic Malaysia. Aku percaya 100% apa dia tulis tapi kadangkala aku tidak 100% setuju.


Itulah beberapa blog milik blogger yang aku tidak pernah jumpa, share segelas the tarik atau main bola sekali. Tapi as everybody knew, membaca blog kadangkala kita rasa seolah-olah mengenali penulis blog tersebut, kan?

Ada beberapa blog lagi seperti http://katataknak.blogspot.com, www.pengila.com, http://www.liewcf.com/blog/, http://rojaks.blogspot.com/, http://kickdefella.wordpress.com/, dan http://mob1900.blogspot.com/ yang aku biasa lawati time aku boring atau mencari idea untuk tulis apa. Mob1900 tu ada banyak poster-poster sinis mengutuk politik Malaysia, best gila.

Ok… seperti dulu juga, aku nak pesan. Bila boring, takde kerja dioffice, kepala otak tengah blur atau tengah malam lepas ‘tidor’ dengan pasangan korang boleh lawat blog yang aku nyatakan diatas. Ingat, time sebegitu sahaja. Tapi blog aku korang mesti buka setiap hari. Setiap hari buka beberapa kali sebab you will never know when exactly aku akan update. Kadang-kadang pagi, lunch hour, malam or even tengah malam bukan lepas ‘tidor’ dengan pasangan sebab aku stil bujang dan gersang. Hahahha….

Untuk meraikan posting ini, aku akan letak elemen or widget baru disebelah kanan. Dibawah tajuk Blogger Aku Tak Kenal.

Selamat berhujung minggu dan menghadiri open house. Start this evening aku ada tidak kurang 5 open house kena pergi. Private and corporate invition. So far KESAS open house is the best. Azmi (aku tahu kau baca blog aku), thanks for the invitation.

8 comments:

Anonymous said...

dood! tenkiu for the free promo. ni yang kena update consistantly nih.

did you realise that we "met" in 1998? Next year dah 10 tahun! hope it will go longer la...insyaAllah.

*ko ingat tak dood sapa kwn aku yg kata blogging ni bodoh, takde life? hahhahaha...
*pompuan min futsal somehow...nampk acceptable.

Pumpkin said...

Hahaha..Best btol pasal blog aku tak kenal ni.. dalam promote sempat kutuk lagi tu..!! 2 in 1.. Macam kopi power plak..

Anonymous said...

Sengaja letak link akubetul kat web saya!hehe..senang nak baca.mintak maap tak minta kebenaran.jgn mare..

Anonymous said...

dood, aku ada la. baru abis cuti raya.panjang tak aku cuti? maklumla keje sendiri. haha...

aku masih blur sbb seronok sgt bila tau bini aku mgandung anak sulung aku. smpi skrg pun dok hapi mcm org giler ilang akal. haha...

anyway terima kaseh sbb ckp pasal aku. blogmas.com ok je.takder problem. aku just upgrade script. pastu bila dah abis upgrade aku tak sempat nak inform dlm blog sbb aku 3-4 hari sblm raya aku pindah ke rumah baru. streamyx gn line tepon pun takder lg. lepas raya baru pasang. itu la salah satu sbb nya aku menghilang tak komen blog ko.

Unknown said...

Lama tak mai sini. Ya la sejak ada orang kata dia lengoh kepala dok tengok bawah. Betoi jugak la, lengoh la tengok bawah. Can do me a favour ka? Beat Arsenal tonight. Tak kan marah sampai sanggup kalah just to rub it in.
Thanks Dood for the 'tak kenal' stuff. Good luck tonight.

Mr. Right said...

teek,
1998? Ye lah.. gila lama siot.

Sapa yang cakap cam tu? Dah la tu.. lupa2kan la. aHahahhaa..

ep,
Takde niat nak kutuk pun, niat nak promote or bagitau je. :)

deqma,
No problemo.

Shah,
Oooo.. itu ceritanya. Tak la panjang sgt cuti kau. Next year cuti la the whole Syawal. Hahaha...

Congrats pasal bini kau. All the best.

KTN,
Hahaha... La ni lengoh sikit je sebab kena dongak ke ataih sikit. Sorry la bro, Liverpool gagal menunaikan tugas dengan jayanya. Takpe, next week Man Utd selesaikan. Ok? At least we managed to get one point semalam. Arsenal really play damn good sekarang ni.

Unknown said...

You got that right bro. Arsene Wenger's boys are playing very well tapi aku still percaya that their youth will be their undoing. For the 1st time aku lompat seronon bila Gerrard pemain yang aku paling benci dalam Liverpool score.
Good luck kepada kita and may the best team win.

Unknown said...

akhirnya jumpa juga beta blog yang sinopsiskan blog-blog lain..info bagus :)

Total Pageviews

. page counter