Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Thursday, September 25

Tradisi Membeli Kueh Raya

Puas hati aku. 3 daily updates in a row. Dekat-dekat nak raya ni fikiran makin free la pula. Semenjak dua menjak ni aku perasan posting aku makin jiwang. Pasal kahwin, pasal birthday, pasal puasa. Ini rasa nak buat posting kontroversi sikit. Hehehe….


Di suatu petang yang hening… di kawasan perumahan yang indah permai….




Mereka berdua terus bersembang dalam meneruskan perjalanan....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Inilah typical perbualan gadis Melayu zaman sekarang. Aku tidak cakap semua. Tapi majoritynya sebeginilah. Tidak minat nak buat kueh, tak minat nak ambil tahu dan meneruskan tradisi dulu-dulu. Mereka lebih minat pakai baju cantik-cantik dan bercerita pasal kereta, pasal handphone. Aku tidak berani cakap scenario ini salah… aku cuma pelik ianya semakin berkembang maju dan dipupuk tanpa segan silu oleh kita semua.

Berapa kerat je anak dara yang pandai dan mahu buat kueh raya? Isteri orang even kaum ibu pun ramai yang beli atau tempah sahaja kueh. Akhirnya nanti anak cucu kita akan anggap memang membeli kueh raya dari peniaga adalah tradisi turun menurun bangsa kita. Apa lah salahnya kalau pekerja perempuan dioffice bertukar-tukar kueh raya. Seorang buat sejenis, buat banyak la. Then distribute ke kawan-kawan. Saling tukar-tukar. Budget pun save, hubungan persahabatan pun akan lebih erat. Tapi apa nak buat… semua orang busy, tak sempat dan yang penting… tak minat. Kan?


Kontroversi tak posting ini? Sebenarnya dari sudut positive bagus juga, maksudnya orang kita dah makin kaya. Makin berada. Makin berclass tinggi. Buat-buat kueh raya sendiri ni bukat taraf kita lagi. Huhu..hu...

Kepada yang akan balik beraya awal (esok atau lusa), berhati-hati dijalan raya. Selamat Hari Raya aku ucapkan. Maaf zahir dan batin. There might be 1-2 posting before raya. Then aku akan offline for 1 week plus, untuk beraya dan berkahwin.


Footnote 1: Aku tahu tunang aku busy dengan persiapan kahwin, sebab tu tak sempat nak buat kueh raya.


Footnote 2: Footnote 1 atas tu bukan petunjuk yang aku bakal takut bini…hahahaha.. sekadar bukti aku seorang yang memahami.

Monday, September 8

Kepala Otak Jammed

Last week aku cuma mampu update blog sekali sahaja. Aku rasa I should stop apologizing for not updating this blog frequently, orang pun dah boring kot baca alasan aku. Busy…busy…busy. Maybe aku tak busy physically, tapi kepala otak aku yang busy. Takde banyak masa untuk berfikir pasal blog. Macam-macam benda kena fikir dan ada banyak benda kena setelkan. Sedaya upaya aku try not to update blog with crappy posting atau simply post forwarded email yang setiap hari singgah di inbox email.

Ok… seperti biasa paragraph atas tu adalah sessi aku whining about my personal life. And as usual, I don’t think ramai orang interested to know more about it. Semua orang ada masalah sendiri yang sudah, sedang dan akan diselesaikan. Right?

Inspired by my experience last week, aku nak campak idea untuk selesaikan antara masalah terbesar negara kita. Jumaat lepas aku nak berbuka dengan abang aku di rumah dia di Ulu Klang. So, lepas kerja aku drive ke rumah dia dari Petaling Jaya. Imagine, from PJ ke Ulu Klang aku terpaksa habiskan lebih dari dua jam. Panas je hati aku terpaksa berbuka dalam kereta. Nasib baik sempat singgah Petronas beli air juice oren dan kacang. Aku tersangkut dalam jem di beberapa tempat. Perjalanan dari PJ ke Ulu Klang ambil masa yang hampir sama dengan perjalanan aku balik kampong ke Teluk Intan, ada ke patut? So, biar aku try bagi suggestion cam mana nak settelkan masalah jalan jem especially time bulan puasa. Macam biasa idea aku ada yang logic dan tidak kurang yang mengarut, dan melampau. Ada yang serious dan tentunya ada yang mampu buat korang at least tersenyum.


1. Kereta Dijalanraya Ikut No. Plate

Dah lama aku fikir benda ni. Bunyi macam mengarut tapi aku rasa ada juga logicnya. Kerajaan patut hanya benarkan kenderaan persendirian berada dijalanraya mengikut nombor plate. Pada hari ganjil (1,3,5…. haribulan) hanya kereta bernombor pendaftaran ganjil sahaja should be on the road. Sama seperti pada hari genap hanya plate kereta persendirian genap sahaja yang kita patut lihat diatas jalan. Dengan cara ini orang ramai akan TERPAKSA menggunakan public transport atau berkongsi kereta untuk pergi dan balik kerja. Kita semua sedia maklum rakyat Malaysia memang suka dipaksa dalam apa hal sekalipun. Bagi mereka yang betul-betul mampu sahaja yang akan membeli lebih dari satu kereta. Mungkin peraturan ini boleh diapply hanya untuk jalan-jalan penting yang selalu sesak. Aku percaya dengan cara ini at least ¼ kereta akan berkurangan di jalanraya.


2. Non-Malay Cooperation.
Last Friday masa tersangkut dalam jem aku tengok kiri kanan bukan semuanya orang Melayu. So, aku harap non-Malay boleh bagi chance kepada kami yang nak berbuka puasa untuk memiliki jalanraya dari pukul 5-7 petang disepanjang bulan puasa ini. You guys maybe can stay kat office till night, or hang out di mamak, shopping complex atau kat mana-mana dulu. Tidak perlulah sama-sama rushing untuk balik rumah. I know, no way government can impose such rule. Ultra sensitive non-Malay akan marah, merajuk, sedih dan mungkin ada yang akan mengamok. So, aku sekadar minta tolong kepada my Chinese and Indian friends to re-schedule your plan just during this Ramadhan month.


3. Pakat-pakat Berbuka di Office
Aku tidak simply suka-suka minta orang lain (non-malay) to adjust their lifestyle for me. Aku sendiri pun akan cuba tidak menyesakkan jalanraya everyday. So, aku minta kepada orang bujang seperti aku yang tidak ada komitmen dirumah, lebih baik berbuka di office atau kawasan yang berdekatan. Biarkan mereka yang sudah berumah tangga untuk balik berbuka dengan keluarga. Tidak perlulah bertungkus lumus meredah jem sekadar nak beli nasi bungkus di bazaar ramadhan dan makan seorang diri di rumah. Better kau berbuka dengan stranger di kedai makan or memeriahkan majlis berbuka di masjid dekat dengan office.


4. Laporan Trafik Yang Lebih Bagus
Disemua radio station ada laporan traffic. Yang bestnya setiap hari akan cakap benda yang sama. “Jalan sesak di sini, sini, sana, sana, situ, situ”. Memang everyday jalan yang sesak adalah jalan yang sama unless ada accident, traffic light rosak atau ada roadblock kerana perhimpunan haram. So, aku rasa radio station should upgrade their traffic report. Instead of just tell us mana jalan jem, lebih baik beritahu laluan mana yang patut diambil. Kadang-kala ada pendengar yang beritahu alternative route, tapi radio station should equip themselves with such information and help road user exact detail on how to avoid traffic jem. Better kalau ada radio station yang memang dedicated to help us dalam hal ini. Maybe nama radio station tu taffic.fm or freeflow.fm.


5. Improve Public Transport
Ok, semua orang tahu fact ini. Even Pak Lah dah test dan masukkan benda ini dalam bajet next year. Tapi aku rasa solution yang lebih drastic diperlukan. Contohnya, sediakan perkhidmatan bas percuma untuk laluan penting. Disepanjang highway, seperti NKVE, KESAS dan Federal Highway sepatutnya disediakan bas percuma. Bas-bas tempatan juga boleh diberikan percuma. Kalau kerajaan tidak mampu subsidikan maybe costnya boleh dimasukkan dalam cukai pintu, cukai jalan or apa-apa cukai. Pakar-pakar pengiklanan juga boleh membantu dengan mengexploitasikan jumlah penumpang yang ramai dan menggunakan keuntungan untuk cover cost operasi. Apabila sudah disediakan public transport percuma, bas berbayar tidak harus dihapuskan. Sebaliknya tambangnya maybe boleh dinaikkan. Bas berbayar ini akan menjadi pilihan mereka yang berstatus tinggi atau mereka yang nak berlagak. Berikan pilihan kepada pengguna, samada nak naik bas free yang sesak atau bas berbayar yang lebih selesa. Aku percaya choices sebegini akan mampu mengurangkan traffic jem.


6. Waktu Kerja yang Pelbagai
Tidak salah aku rasa kalau pejabat tak kira swasta atau kerajaan mempelbagaikan time masuk dan balik kerja. Communication antara offices bukan berlaku setiap masa. Sekarang ni most offices masuk kerja within 8:00 am to 9:00 am, maybe waktu itu boleh diextendkan lagi dari pukul 7:30 ke pukul 10 pagi. Jadi waktu jalan jammed akan distretchkan 3 jam lagi untuk pergi dan balik kerja. Kalau takut synchronization antara pejabat terganggu, maybe time bekerja boleh disamakan mengikut sector.


Ok stop here. Takde idea lagi dah, tolong throw your opinion kalau ada yang menarik. Chow… nak kembali membebankan kepala otak aku dengan real life problem. Seronoknya…

Tuesday, September 2

Poll Result and New Poll (Ramadhan)

Seperti biasa, when my poll at the right hand side reached 100 responses I will stop and display new poll. Previous poll received 116 responses, since it is not very interesting topic so, it took almost 2 months to complete. Kalau poll pasal politic beberapa minggu dah dapat beberapa ratus responses.

Ok, so if anyone interested, here the result from previous poll.

Surprisingly 80% of this blog reader is not my real-life friends. Aku selalu ingat kawan-kawan aku sahaja yang baca blog ini, rupanya tidak. Almost all my friends know about this blog and ramai juga yang aku rasa responded to this poll tapi still only cater 20% of overall reader, meaning aku ada potential to double or triple numbers of my friends if aku usahakan untuk mengenali semua pembaca blog ini. Interesting…

Remaining of the poll is about broadband, in particular for Malaysia. Nothing surprise me, majority of Malaysia Internet user subscribes to TM Net line, most of them feel the line just OK since they only use it for basic broadband applications and nobody really sure whose to blame for our slow moving broadband technology.

That result from previous poll that I mentioned took almost 2 months to receive 100 responses. Sebelah kanan tu dah ada poll baru. First, aku nak minta maaf kepada non-muslim sebab that poll only for muslim. Kalau still interested to response, answer la on behalf of your friend. Ask your friend the same question and exploit the answers here.

Before aku suruh orang lain jawap biar aku beritahu jawapan aku dulu.

1. Bila Start Puasa Penuh?
Aku duduk kampung. So, masa sekolah rendah lagi aku dah berjaya puasa penuh sebulan. Tak silap aku masa darjah 2 atau 3. Parent tidak berikan hadiah apa-apa pun, cuma reward yang paling best adalah berlagak dengan kawan-kawan, member sekolah dan member kampung. Boleh brag berbulan-bulan even bertahun tu.

Typical ayat kutukan:

“Ala… kau tu puasa pun tak penuh ada hati nak ________”

Blank space tu boleh diisi dengan pelbagai perkataan, contoh:

1. mengorat perempuan…
2. menang main guli…
3. jadi Ultraman…
4. katam Quran dulu dari aku…

So, memang seronok boleh puasa penuh dan ada kawan yang gagal puasa penuh. Boleh kutuk sampai next year. Hahaha....


2. Bersahur?
Yes, aku mesti bersahur. Kalau gagal bangun sahur siangnya aku akan rasa nak mati…tidak semestinya aku makan bersungguh time sahur. Selalunya memang makan bersungguh macam nasi, roti, mee, etc. But kalau tak sempat buah kurma, air susu, biskut or even air kosong pun jadi lah. But aku mesti sahur. If aku gagal bangun, siangnya pasti aku akan tidor hampir sepanjang hari. Kalau hari kerja aku akan pergi sembahyang zuhur dari pukul 12 tengah hari hingga 3 petang. Akan berlaku lah perang dengkur antara aku dengan beberapa pak guard di surau. Hahaha…


3. Bajet Bazar Ramadhan.
Aku jarang set bajet. But on average aku akan habiskan around RM10-RM20. Air RM2, main course (nasi, mee, bihun) RM5, 2nd main course (murtabak, roti john, rojak) RM3, kueh muih (popia, karipap, roti jala) RM2, lain-lain (buah, kurma, taufufa, ayam percik) RM3. So total belas-belas ringgit. Talking about bazaar ramadhan, semalam aku dengan member-member pergi bazaar di Stadium Shah Alam. Di area Shah Alam, sanalah bazaar paling besar dan happening. Seronok juga jalan-jalan melihat gelagat manusia mengikut nafsu.

Cuma aku still tak faham dengan perangai perempuan-perempuan bodoh yang datang ke bazaar dengan pakaian seksi. Bazaar Ramadhan di Shah Alam confirm yang datang majoritinya Melayu yang sudah penat berpuasa sepanjang hari. Kalau bazaar di Petaling Jaya atau Teluk Intan memang banyak non-Malay share the food fiesta, tapi di Shah Alam memang 100% Melayu. Memang ramai orang perempuan tak kira anak dara, bini orang atau makcik-makcik yang tanpa segan silu tayang dada, betis, perut masa membeli belah di bazaar. Aku tidak berani menyentuh status puasa mereka, tapi tindakan berpakaian sexy di bazaar ramadhan memang menunjukkan mereka kekurangan sel otak. Sebelum aku menambah dosa dan mengurangkan pahala puasa dengan mengutuk, lebih baik aku move to next point.


4. Best Food for Buka Puasa

This one no doubt la… my mum’s the best. Mak aku bakar ikan, gulai tempoyak, sotong masak merah, sambal tempoyak, kerabu… Fuh. Memang sedap gila. Next weekend aku nak balik kampong nak berbuka 2 kali dengan mak aku. Kalau dirankingkan, maybe aku prefer Seafood Steamboat better than buffet.


5. Bajet Raya
Aku jarang setkan bajet. Semenjak kerja, aku tidak limitkan pembelian baju, kasut, seluar hanya time raya. Jika perlu aku beli dan jika ada duit lebih, aku beli je. For Raya, aku akan beli kain baju Melayu beberapa puluh ringgit dan bagi mak aku jahitkan. Maybe sepasang kasut baru dan beberapa t-shirt. Tidak pernah lebih RM500.


That’s it, answers to my own poll. So, please spare your time and take part dalam poll terbaru aku.



Friday, August 29

Selamat Hari Merdeka dan Selamat Menyambut Ramadhan

Selalunya kalau ada date-date penting seperti merdeka atau menyambut bulan puasa bloggers akan buat posting yang meriah. Penuh simbolik dan panjang berjela-jela. Ini lah time nak stand out diantara banyak-banyak posting with the same topic yang akan dipostkan oleh hampir semua bloggers.

Sadly aku busy gila. So, tahun ini aku tak terlibat la dalam membuat posting yang best sempena merdeka atau menyambut Ramadhan. Sepanjang minggu aku busy dengan kerja dan persiapan kahwin, weekend pula aku akan busy kesana-kemari. Tidak menarik pun untuk aku nyatakan disini.

Walaupun tidak diselitkan dengan puisi, gambar cantik-cantik, kata-kata nasihat, peringatan atau benda-benda lain…aku still nak wish kepada rakan-rakan disini:


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 51


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan


Selamat bercuti…



Kalau rasa inginkan blogpost yang lebih committed untuk topic merdeka dan ramadhan boleh la baca postings aku tahun lepas…

1. Merdeka 50 Tahun
2. Plagiarism diambang Merdeka
3. Ramadhan Al-Mubaraq
4. Suami Isteri Bersahur


Kalau ikut tahun lepas, sepanjang bulan puasa hits blog aku akan naik. Maybe sebab pekerja tidak keluar lunch, instead membaca blog time rehat dan ramai buka internet sebelum tunggu berbuka dan sahur..kot. So, aku berjanji akan memperbanyakkan posting time bulan puasa nanti, insyallah. Seperti juga janji aku tahun lepas, sepanjang bulan puasa aku akan mengurangkan mengutuk atau memaki orang dalam tulisan aku. Harap semua orang faham...

Sekian…


Wednesday, September 19

Cerita Ramadhan: Benarkah Syaitan Dirantai?

Soalan
Penceramah selalu kata pada bulan Ramadan semua syaitan dirantai tapi saya lihat orang buat maksiat dan mungkar semacam je, macam mana tu ustaz?

Jawapan

Syaitan di rantai pula mempunyai beberapa makna tafsiran. Ada juga yang bertanya, jika syaitan dirantai pada bulan Ramadan, kenapa masih ada gangguan syaitan? Ada hamba Allah berkata bahawa dia nampak makhluk itu pada bulan Ramadan.


Makna syaitan dirantai:


1. Secara zahir iaitu memang syaitan dirantai sepanjang bulan Ramadan. Ia menjadi tanda kepada para malaikat dengan kedatangan Ramadan dan bertujuan mencegah syaitan daripada menganggu manusia Muslim.


2. Isyarat kepada banyak pahala dan kurang dosa.


3. Syaitan menjadi lemah pada bulan Ramadan dan kurang aktif.


* Petikan daripada buku Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang PUASA Tapi Anda Malu Bertanya, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.


- Copy and paste dari Bicara Agama, Utusan

Gambar from forwarded email. I think everybody received this picture every year.

Dari aku budak lagi aku musykil pasal perihal syaitan dirantai dibulan puasa. Akal kanak-kanak aku selalu berfikir, syaitan musuh Allah, kenapa Allah rantai dia dibulan Ramadhan sahaja, rantai lah forever. Tapi aku memang confident syaitan tiada masa itu, jika disuruh berjalan tengah malam ke kubur pun aku berani. But if we believe what reporter said, here, memang syaitan masih bermaharajalela. Maybe not in physical form but very much in our ownself. Itu bukan syaitan rasanya, itu nafsu serakah. Tapi binatang yang dilaporkan itu memang melampau, dia buat penderaan sexual keatas kanak-kanak tersebut sehingga mati. Gila... memang betul-betul gila.

Aku memang tidak arif agama, cuma cerita syaitan dirantai memang menarik untuk diperkatakan. Pada aku, apalah salahnya kita anggap sememangnya 100% syaitan dirantai sepanjang bulan Ramadhan. Jadi segala tindak tanduk kita purely influence by our own self. Maknanya, jika kita buat salah, engkar suruhan Allah, sememangnya NAFSU kita yang menyeru kita berbuat demikian. Bukan dengan godaan syaitan, bukan dengan bisikan iblis, bukan dek kerana tertipu dengan pujuk rayu makhluk dilaknat Allah itu. Jadi bila kita fikir sebegitu insyallah kita akan mampu melawan godaan tersebut, kerana ianya cumalah nafsu kita sendiri. Takkan sebahagian dari diri kita sendiri pun kita tak mampu lawan. Lemah sangat rasanya jika begitu.

So, even though ada cerita menarik di tv kita still akan mampu menggerakkan otot-otot untuk ke surau atau masjid berterawih. Dan walaupun ada pelbagai jenis juadah di pasar Ramadhan kita berupaya untuk memilih hanya untuk mengenyangkan perut, bukan memuaskan nafsu. Aku selalu setkan apa aku nak beli dahulu sebelum pergi bazaar. Nak selamat, setkan ikut harga. Let say, today aku akan spent maximum RM10.00. So, kalau dah beli ayam percik RM5.00 ada balance RM5.00 sahaja untuk kueh dan air. If terlebih juga, esok kurangkan ke RM8.00, then diteruskan sehingga tidak membazir.

Sama-samalah kita melawan NAFSU dibulan Ramadhan. Insyaallah.

Ada macam tazkirah di surau selepas terawih tak entry kali ini? :)



P/S: Aku tidak berani memberi contoh nafsu syahwat, since aku belum kahwin. Tapi yang dah kahwin tu surely you guys know better than me. Dare to share your experience? Heheheh...

Tuesday, September 11

Ramadhan Al-Mubaraq

Aku curi dari website Bluehyppo

Malam ini tengok anak bulan, musim hujan, rasanya tak nampak. So, most probably umat islam akan start puasa on Thursday. Esok sempat lagi main badminton. Bulan puasa badminton session tiada, sebab dewan digunakan untuk jualan gudang. macam sial... bukan murah pun, sama saja macam uptown atau petaling street.

Kalau boleh diberhentikan waktu, aku akan memilih untuk berada di bulan puasa sepanjang masa. Aku teramat suka bulan Ramadhan. Aku antara insan-insan yang akan rasa sayu bila munculnya Syawal. Tarikan baju baru, juadah hari raya, berjumpa sanak saudara, semuanya gagal membuatkan aku gembira. Weird, since I not religious kind of guy, jangan kata sembahyang terawikh, sembahyang fardhu pun ada yang tertinggal. Ada beberapa reasons aku suka bila sampainya Ramadhan.


Yang paling utama adalah kehidupan harian ada tujuan, ada target. Bangun tidor pagi-pagi dalam minda dah disetkan, pukul 7 something adalah matlamat hidup aku hari ini. Tiada nikmat sebegitu dibulan-bulan lain. Kemudian sebagai orang Islam aku turut gembira kerana dari ilmu agama aku yang cetek ini, tak salah aku dibulan Ramadhan setiap ibadat berlipat kali ganda pahalanya. So,
Ramadhan umpama bulan mendapat bonus dan mendapat discount card, which way you want to look at it. Reason yang ketiga, tentunya makanan. Unofficially or maybe dah jadi official, bulan puasa adalah bulan pesta makanan di Malaysia. Segala jenis makanan kita boleh jumpa. Kalau bulan-bulan lain cuma ada sejenis murtabak, tapi di bazaar ramadhan ada murtabak Johor, murtabak Singapore, murtabak mamak, murtabak Melayu dan ada juga murtabak ayam tanpa ayam. Macam-macam. Belum lagi aku senaraikan jenis kueh mueh. Perihal bazaar Ramdhan rasanya boleh dijadikan satu entry, next time, maybe.

Satu lagi sebab aku suka bulan puasa adalah nikmat berbuka. Ahhhhhh…..! Syok gila. Aku kena menuntut dengan A Samad Said dulu setahun dua, baru aku berupaya menggambarkan betapa seronoknya nikmat berbuka. Tabiat aku, aku tidak suka berbuka seorang diri. Mungkin hari-hari biasa aku tidak kisah makan secara solo, but not during fasting month. Aku akan cuba pastikan ‘upacara’ berbuka puasa aku berteman, berkumpulan, beramai-ramai. Dari 1st day aku dah mula merancang, few days with my mum, with my sibling, with girlfriend, colleagues, uni friends, schools friends, member-member Shah Alam… fuh, kena pandai-pandai bahagi masa. Weekend mesti akan wujud conflict, majlis disana, majlis disini.


Seperti juga Syawal, kehadiran Ramadhan secara automaticnya akan membuatkan kita terimbau kenangan-kenangan silam. Kisah sedih dan lucu silih berganti ditayangkan di layar fikiran. Aku, tentunya pengalaman berpuasa, berbuka dan berterawikh dengan arwah abah, tersangat indah bila dikenangkan. Arwah abah aku juga seorang ahli makan (macam aku), aku masih teringat pukul 3 ke 4 petang sebelum tunggu asar, aku dan arwah abah akan terlentang diatas lantai jubin, sejuk. Mak aku akan gelak, “Kesian… beruang lapar”. Hahahaha…. Semasa kecil (umur, bukan saiz badan), banyak kenangan menarik berpuasa dengan rakan-rakan. Pergi mandi sungai sepanjang hari, curi buah di kebun orang, berbuka di masjid, curi buah kurma masa orang sembahyang terawikh… Hahaha… nakalnya aku dulu. Kemudian ada pula kenangan di sekolah. Curi makanan, tak puasa disebabkan sebungkus maggi, lari dari ustaz yang ajak pergi sembahyang terawikh, suruh budak ambil makanan sahur, main mercun… macam-macam. Semuanya akan mengembalikan senyuman dimuka aku. Alam university juga penuh dengan nostalgia bulan Ramadhan. Masak beramai-ramai, cari makanan di bazaar, masak untuk kawan-kawan time sahur dengan masa tinggal 15 minit. Hahahaha… Sekali lagi semua kisah-kisah menarik ini aku rasa layak untuk dijadikan entry-entry menarik nanti.


Dari kecil aku sudah dididik untuk ‘menikmati’ bulan Ramadhan. Mungkin kerana kami tidak kaya, atau sebab-sebab lain, ibu bapa aku tidak pernah ‘sogok’ aku dengan wang ringgit sebagai balasan berpuasa. Seingat aku, aku tidak pernah dijanjikan apa-apa. Aku cuma diberitahu puasa itu wajib untuk orang dewasa, bagi kanak-kanak pula siapa yang puasa boleh dikira sebagai matang dan dewasa. Seperti kanak-kanak lain, aku mahu ‘menjadi dewasa’ secepat mungkin, supaya boleh membuat keputusan sendiri, boleh belanja duit sesuka hati, boleh buat apa orang dewasa buat. Beralasan itu sahaja aku memaksa diri untuk berpuasa. Samaada ibu bapa aku teramat bijak kerana menggunakan taktik tersebut atau ianya berlaku tidak sengaja, wallahualam.


Sempena Ramadhan yang mulia ini aku akan kurangkan posting yang kurang ajar. Aku akan cuba sedaya upaya untuk menahan diri dari melepaskan geram dengan menulis segala jenis kutukan dan makian terhadap perkara-perkara yang menyakitkan hati aku. Aku rasa itu antara reason kita berpuasa, infect that the real meaning if I not mistaken. Menahan diri… so, aku akan cuba menahan diri dari mengutuk. Susah ni… Hope you guys will help me. Hahaha.. aku akan cuba perbanyakkan jenaka dan benda-benda santai untuk merehatkan fikiran. Insyallah, jika dapat sumber menarik, Islam related materials juga akan aku selitkan sebagai santapan rohani kita.


So, ingatkan aku jika aku terlupa… aku berhutang cerita bazaar Ramadhan, kisah lucu bulan puasa masa kecil, masa sekolah dan masa university. Juga akan aku tulis pasal insan yang malas berpuasa. Terkejut juga aku bila masuk alam pekerjaan, aku terjumpa ramai manusia bangang yang malas puasa.


Izinkan saya akhiri tulisan saya ini dengan serangkap pantun. (Hahaha, macam ucapan wakil rakyat)….Cancel, aku rasa lebih afdal aku letak gambar ini berserta sepotong hadis.

Gambar dari sini. Hadis dari sini

Total Pageviews

. page counter