Showing posts with label merdeka. Show all posts
Showing posts with label merdeka. Show all posts

Friday, August 29

Selamat Hari Merdeka dan Selamat Menyambut Ramadhan

Selalunya kalau ada date-date penting seperti merdeka atau menyambut bulan puasa bloggers akan buat posting yang meriah. Penuh simbolik dan panjang berjela-jela. Ini lah time nak stand out diantara banyak-banyak posting with the same topic yang akan dipostkan oleh hampir semua bloggers.

Sadly aku busy gila. So, tahun ini aku tak terlibat la dalam membuat posting yang best sempena merdeka atau menyambut Ramadhan. Sepanjang minggu aku busy dengan kerja dan persiapan kahwin, weekend pula aku akan busy kesana-kemari. Tidak menarik pun untuk aku nyatakan disini.

Walaupun tidak diselitkan dengan puisi, gambar cantik-cantik, kata-kata nasihat, peringatan atau benda-benda lain…aku still nak wish kepada rakan-rakan disini:


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 51


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan


Selamat bercuti…



Kalau rasa inginkan blogpost yang lebih committed untuk topic merdeka dan ramadhan boleh la baca postings aku tahun lepas…

1. Merdeka 50 Tahun
2. Plagiarism diambang Merdeka
3. Ramadhan Al-Mubaraq
4. Suami Isteri Bersahur


Kalau ikut tahun lepas, sepanjang bulan puasa hits blog aku akan naik. Maybe sebab pekerja tidak keluar lunch, instead membaca blog time rehat dan ramai buka internet sebelum tunggu berbuka dan sahur..kot. So, aku berjanji akan memperbanyakkan posting time bulan puasa nanti, insyallah. Seperti juga janji aku tahun lepas, sepanjang bulan puasa aku akan mengurangkan mengutuk atau memaki orang dalam tulisan aku. Harap semua orang faham...

Sekian…


Thursday, August 30

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Today will be the last day berkerja. Ramai akan cuti 3 hari. Balik kampung, pergi makan angin, pergi shopping. Menikmati nilai kemerdekaan. Malam ni pula ada concert, ada bunga api, ada temasya. Budak muda ramai akan bergembira. Lambang kita dah merdeka, boleh buat apa sahaja, boleh bergembira. Pekerja-pekerja asing pula akan menikmati kemodenan ibu kota dengan melawat KLCC, KL Tower, Eyes of Malaysia..etc. Bukti kita ni rakyat yang baik, benarkan orang asing tumpang sekaki kemerdekaan kita. Kita dah cukup berpengalaman, 50 tahun. Kalau manusia, dah bercucu, mungkin bercicit. Kalau rajin, nak compare ini list tahun kemerdekaan negara-negara lain. - here. Simple comparison, Ghana juga merdeka 1957, aku rasa aku lebih rela tinggal di Malaysia compare to Ghana.

Time cuti, hits blog aku akan kurang, maksudnya tak ramai orang masuk. Tak ramai orang guna internet dirumah. Masing-masing gunakan internet free di office. Jadi instead of post entry pasal kemerdekaan esok, the exact date. Aku choose to sent it today.


Aku tak reti nak tulis pasal ERTI KEMERDEKAAN. Pada aku merdeka simply means bebas, tiada orang kongkong. Tiada orang boleh tonjol kepala atau fikiran aku. Erti yang lebih mendalam, lebih puitis, lebih memenatkan kepala otak, aku tak tahu. Aku tidak cukup jiwang untuk mendalami benda tu.

Aku biasa kutuk ‘Malaysia’ di blog ini. Aku kutuk pemimpin. Aku kutuk squad bolasepak. Aku kutuk pemerintah. Aku kutuk macam-macam. Walaupun aku tak directly kutuk Malaysia. Tapi virtually, aku kutuk benda disekeliling aku, benda yang kena mengena dengan Malaysia. Adakah aku kutuk meaning aku tak sayang? Gilo. Tak sayang Malaysia habis tu nak sayang negara mana lagi. Sedih aku dengar blogger yang konon-konon cool dengan menulis mereka fed up with Malaysian and mereka ingin hidup di luar negara. Bodoh. Malas aku nak bagi link percuma kepada blogger bangang macam ini. Ada. Percayalah ada. Pada mereka, rakyat Malaysia bodoh, pemimpin kita bodoh, semuanya bodoh. Aku pun kadang-kadang fikir macam tu, tapi solution aku bukanlah dengan bercita-cita nak keluar dari Malaysia. Itu solution pengecut. Solution mereka yang konon-konon rasa cool, too cool to be Malaysian. Solution aku adalah dengan make fun about them. Blog pasal kebodohan mereka dengan harapan mereka akan sedar, akan jadi bijak… macam aku :).

Aku tidak tahu kenapa aku sayang Malaysia. Silap, aku tahu… aku rakyat Malaysia jadi kena lah sayang Malaysia. Takkan rakyat Malaysia nak sayang Benin pula. Maksud aku, aku tak tahu apa yang boleh dibanggakan pasal Malaysia.

Dulu aku ada tulis puisi, konon-konon nak masuk pertandingan kemerdekaan. Tapi puisi tu terhilang sebab PC office aku bertukar menjadi machine yang bodoh. Puisi tu lebih kurang macam ini.


Aku Sayang Malaysia

Main bola Brazil lah ligat
South East Asia Thailand pula hebat
Malah Singapore pun kita gagal sebat
Bolasepak bukan lah penambat


USA negara terkaya
Saham sana jatuh… Kita pun terkena
Mereka boleh main matawang kita
Ekonomi, kita bukan kuasa


Sungguh indah Gunung Fuji
Sungguh cantik pantai Hawaii
Kota Paris syurga membeli
Pelancongan kita belum hebat lagi


Di Asia Jepun termaju
Industri, electronic mereka peneraju
Kita masih kehilir kehulu
Nak lawan kemajuan kita tak mampu


Hidup majmuk aman damai
Pelbagai kaum tidak bercerai
Benarkah sebegitu permai?
Rasanya kerajaan tipu orang ramai


Rahsia kita adalah perpaduan
Tiada bos, tiada orang suruhan
Padahal itu semua hanya rekaan
Di parlimen, di kedai kopi, ada pergaduhan


Aku tak puas hati dengan pemerintah
Otak mereka layak dijual murah
Perlu dicuci, perlu dibedah
Keringat rakyat habis dikerah


Tiada alasan boleh diberikan
Tiada nilai boleh dibanggakan
Tiada sebab boleh digunakan
Tiada apa-apa boleh dikatakan


Tapi aku Sayang Malaysia.


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan…



Total Pageviews

. page counter