Puas hati aku. 3 daily updates in a row. Dekat-dekat nak raya ni fikiran makin free la pula. Semenjak dua menjak ni aku perasan posting aku makin jiwang. Pasal kahwin, pasal birthday, pasal puasa. Ini rasa nak buat posting kontroversi sikit. Hehehe….
Di suatu petang yang hening… di kawasan perumahan yang indah permai…. 


Mereka berdua terus bersembang dalam meneruskan perjalanan.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Inilah typical perbualan gadis Melayu zaman sekarang. Aku tidak cakap semua. Tapi majoritynya sebeginilah. Tidak minat nak buat kueh, tak minat nak ambil tahu dan meneruskan tradisi dulu-dulu. Mereka lebih minat pakai baju cantik-cantik dan bercerita pasal kereta, pasal handphone. Aku tidak berani cakap scenario ini salah… aku cuma pelik ianya semakin berkembang maju dan dipupuk tanpa segan silu oleh kita semua.
Berapa kerat je anak dara yang pandai dan mahu buat kueh raya? Isteri orang even kaum ibu pun ramai yang beli atau tempah sahaja kueh. Akhirnya nanti anak cucu kita akan anggap memang membeli kueh raya dari peniaga adalah tradisi turun menurun bangsa kita. Apa lah salahnya kalau pekerja perempuan dioffice bertukar-tukar kueh raya. Seorang buat sejenis, buat banyak la. Then distribute ke kawan-kawan. Saling tukar-tukar. Budget pun save, hubungan persahabatan pun akan lebih erat. Tapi apa nak buat… semua orang busy, tak sempat dan yang penting… tak minat. Kan?Kontroversi tak posting ini? Sebenarnya dari sudut positive bagus juga, maksudnya orang kita dah makin kaya. Makin berada. Makin berclass tinggi. Buat-buat kueh raya sendiri ni bukat taraf kita lagi. Huhu..hu...Kepada yang akan balik beraya awal (esok atau lusa), berhati-hati dijalan raya. Selamat Hari Raya aku ucapkan. Maaf zahir dan batin. There might be 1-2 posting before raya. Then aku akan offline for 1 week plus, untuk beraya dan berkahwin.
Footnote 1: Aku tahu tunang aku busy dengan persiapan kahwin, sebab tu tak sempat nak buat kueh raya.Footnote 2: Footnote 1 atas tu bukan petunjuk yang aku bakal takut bini…hahahaha.. sekadar bukti aku seorang yang memahami.