Showing posts with label penulis jemputan. Show all posts
Showing posts with label penulis jemputan. Show all posts

Monday, August 17

Ms. X’s Allergy

Guest blogged by Ms. X. Ini kali ke 3 Ms. X jadi guest blogger.

1. http://www.akubetul.com/2008/06/dont-annoy-me.html
2. http://www.akubetul.com/2008/07/politik-lagi.html

1st time dulu aku pujuk dia, yang kedua pula aku minta izin nak modify her long comment into posting together with another long comment from Zackos. And this time she insists aku post article ini.

Although I have to admit drama kantoi copy mengopy, tiru meniru, tembak-tembak dah selesai. Aku rasa aku dah cukup baik dengan penuh budi bahasa handle case ini, namun still ada orang kutuk-kutuk aku. Aku approve je komen kutuk mengutuk tu, rasanya aku approve semua komen cuma satu aku terreject. Seriously tak sengaja terreject. Aku terima je kutukan tu, lantak lah. Pada aku memang mustahil nak puaskan hati semua orang. Tapi Ms. X sebagai seorang kawan yang baik, yang mungkin sayang dengan aku (hahaha…) terasa bahang panasnya. And she wrote this article tanpa sebarang influence dari aku. She sends to my email and leaves to me whether to post or not. Of cause la aku akan post, takkan aku nak kecewakan kawan baik aku yang aku kenal more than 10 years semata-mata nak jaga beberapa hati orang yang aku baru nak kenal. Kan? Tulisan di bawah pun bukan ditujukan kepada peniru, tapi lebih kepada orang-orang sekelilingnya.

Ms. X has a blog but she’s not gonna tell. She prefers to remain anonymous as she doesn’t want to be stalked. Bukan pengecut cuma menghargai privacy. “pengecut” dan “doesn’t want to be stalked” ada beza, faham? <<>

-------------------------------


Ms. X’s Allergy

Aku sebenarnya nak tinggalkan komen kat previous entry Mr. Right. Ala, entry yang cerita pasal entries Mr. Right dah dicopypaste oleh orang lain tu. Tapi bila dah komen, terasa panjang pulak macam entry itself. Since dah lama tak guestblog, long overdue dah, might as well I comment as entry.

Please be informed that this entry is NOT for the Hamba Allah, he’d already apologized. As far as Mr. Right’s concern, the case is now closed. So, perlu diingat, entry ni bukan untuk Hamba Allah tu. This entry is for some of the commentors, ditujukan khas untuk sesetengah orang yg komen. Dan juga entry ni ditulis atas initiative aku sendiri, Mr. Right tak suruh & tak bayar aku. Frankly, I don’t think he can afford me. Aku pun ada pendirian & pendapat sendiri, don’t insult my ability to think.

Aku agak terkejut dengan sesetengah komen yang rata-rata agak ok dengan kegiatan copy paste ni. Kalau kasi support, I understand and I don’t mind sebab Hamba Allah tu kawan you all but menyokong aktiviti copy paste tu, memang tak patut la. Maybe sebab orang-orang yang menyokong ni pun pernah copy paste kot.

Tapi yang paling aku allergic bila aku baca argument ‘orang melayu tak maju’. Allergic betul aku. Aku tak kisah kalau korang nak kutuk Mr. Right (haha, sori la brader) tapi kutuk tu biar la logic & berakal. Orang cerita pasal kereta, engkau cerita pasal getah sayur. Apa benda?

Orang komen tu kata orang melayu takmo tolong kawan-kawan, tolong sikit nak upah, nak kredit. Tak macam bangsa lain yang tolong kawan dengan ikhlas. Allo! Orang melayu nak maju kena tiru-tiru ke? Kes ni bukan “tolong kawan”, ni kes “curi”. Tau beza ke tak antara “tolong” dengan “curi”? Nak kena buat kelas pulak kang. Or you’d prefer in English? Help and steal, got difference you know! Aku serious tak faham apa lah orang suka sangat pakai argument ‘bangsa’ ni. Hidup 1Malaysia! (Yukhs) Kalau betul takpe gak, ini salah penggunaan. Takyah la cerita bangsa-bangsa ni, geli aku. It’s all about individuals regardless of the race, religion etc.

Lepas tu, ada pulak culture orang yang bersalah dijulang sebagai hero. Orang yang mengopypaste di“tak apa”kan, orang yang dicopypaste (victim) lak yang dibelasah. Ni macam berita-berita kat TV je, orang yang report kena tangkap dan soalsiasat, orang yang bersalah tu best-best makan tempe. (sekadar contoh sahaja) Biasa la, Malaysia boleh kan?

Lantak dia la entry dia laku ke tak jual tepi jalan, the thing is the entry yg dia jual tepi jalan tu dah kena curik! Suka diingatkan, kami tengah cerita pasal kereta, bukan getah sayur.

Pasal disclosing nama tu, berbalik kepada niat la. Aku fence-sitter dalam hal ni. Tapi sendiri buat, sendiri tanggung la kan? Bukannya nak aibkan orang. Criminal “Wanted” poster tu kira aibkan ke? Ni ibarat ada mamat curik motor korang depan mata tapi biar kan la, takyah la debik belasah dia depan orang ramai, nanti dia aib pulak, mungkin harini rezeki dia nak mencuri.

Apa punya mentaliti la korang ni, mencuri pun di OK kan. Pelik aku.

Dammit Mr. Right, aku dah tolong kau ni dan aku sebagai orang melayu yang distereotype tak ikhlas, aku nak upah (please refer para 5). Kau ingat aku tolong ni free ke? You owe me nasi ayam satu, dude!


-------------------------------


Thanks Ms. X. Ok… nasi ayam, not a biggy. Just let me know when and where insyallah aku datang. Kalau weekdays aku datang sorang, so consider dating lah, kalau weekend maybe with my wife and baby. Hehe…

Untuk makluman semua orang, Ms. X masih lagi single and I believe available. So, kalau ada yang terpikat dengan beliau (just from her writings) let me know, maybe I can hook you guys together.

Pasal guestblog, aku memang menerima tulisan daripada sesiapa. Kalau aku rasa tulisan tu layak, aku akan postkan. Tak kira apa tujuan tulisan itu ditulis, nak tolong aku ke, nak tolong orang lain ke, nak luahkan perasaan ke, nak memikat awek ke, nak promote blog pun boleh. Janji tulisan yang berkualiti. Komen-komen for that particular entry Guestblogger tu perlu jawap sendiri. And for this case, Ms. X akan jawap kalau ada komen. Cuma lambat sikit lah, sebab aku still on comment moderation. So she have to wait I approve comment tu dulu then baru dia boleh jawap and aku approve komen dia pula.

Chow…!

Wednesday, July 16

Politik Lagi...

Seperti biasa, bila poll aku disebelah kanan blog ini dah dah reach more than 100 participants aku tamatkan dan letak poll baru. Ini resultnya selepas 121 jawapan diterima.

Pasal kes liwat Anwar….



Pasal kes Najib…


Pasal tampok pemerintahan Malaysia…


Korang buatlah conclusion sendiri, aku tak cukup berani nak ambil risiko kena penjara.

Politik Malaysia makin kelam kabut. Debat semalam ntah apa-apa. Macam abang lawan cakap dengan adik tadika. Si abang sibuk nak buktikan dia lebih pandai dari semua orang dan si adik pula sibuk nak kutuk peribadi si abang. Actually memang kita can’t expect anything from two politicians that tries to talk about economy. Patutnya kita suruh sahaja Anwar and his team submit their proposal in Parliament and rakyat should request Pak Lah’s team to at least read and publicize their stand regarding that suggestion. Negara lain busy pasal nak tackle masalah ekonomi, krisis makanan, krisis harga minyak, orang kita bergaduh pasal berebut kuasa. Baik dalam dan luar UMNO.

Kalau difikirkan ada betulnya juga komen Zackos dalam posting aku sebelum ini. Betulnya sedikit, tapi yang tak betulnya lebih banyak aku rasa. Since Ms.X nak balas tulisan Zackos dengan panjang lebar. Aku copy dan pastekan tulisan Zackos disini dan letakkan tulisan Ms.X selepas itu. Zackos pun dah berikan persetujuan… Thanks to both of them expecially Ms.X yang tolong ‘update’ blog aku since aku busy sangat lately. Nanti aku belanja kau makan nasi ayam.

Panjang.... So, read during your free time. Kalau tiada masa, baca sikit-sikit, sambung-sambung.

-----------------------------------------------------------------------------

Masa untuk bekerja

MELIHAT tindak tanduk pembangkang sejak akhir-akhir ini, kita dapat membuat telahan bahawa rakyat kini disogokkan dengan pelbagai isu yang berpotensi mengkucar-kacirkan masyarakat. Percubaan membuat perhimpunan haram dari semasa ke semasa telah menyebabkan kesusahan kepada rakyat. Rakyat tahu harga minyak naik, rakyat bukan bodoh.

Siaran-siaran TV dan akhbar seluruh dunia telah menceritakan segala-galanya. Negara kita antara yang terlibat. Maka, janganlah rakyat dibebankan dengan akibat perhimpunan haram seperti kesesakan lalui lintas yang juga menyebabkan penggunaan minyak yang bukan sedikit.

Pembangkang hendaklah 'bermuhasabah' diri bahawa Allah SWT telah mengurniakan kepada mereka pemerintahan di lima negeri. Sepatutnya kesempatan ini diambil untuk mentadbir negeri itu sebagai mana layaknya. Maksudnya, wujudkan pentadbiran yang amanah, cekap, telus, berhemah dan menerapkan pentadbiran Islam. Bukankah itu janji mereka ketika pilihan raya umum? Tuhan memberi kuasa di lima negeri sebagai percubaan untuk melihat kejujuran pembangkang memerintah, maka jangan tamak hendak memerintah sebuah negara. Tumpukan amanah yang ada ini. Bekerjalah dengan baik sebagaimana tuntutan agama.

Ini masa untuk bekerja. Politik adalah wadah kita memilih pemerintahan terbaik. Sebaik sahaja pemerintahan telah ada, maka bekerjalah, bukan berpolitik sepanjang masa.

Masa kini rakyat bukan 'meluat' kepada kerajaan sebaliknya 'meluat' kepada pembangkang. Ibarat kata pepatah, sudah dapat betis hendakkan peha. Sudah dapat lima negeri, hendak memerintah negara sedangkan pilihan raya umum masih jauh lagi. Rakyat simpati kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan rakan-rakan Kabinetnya yang saban hari mencari cara membahagiakan rakyat. Dengan doa restu rakyat, pegawai kerajaan dan para ulama, negara ini masih bertahan terutama dari segi keselamatannya. Maka rakyat yang setia mestilah membantu kerajaan mewujudkan ketenangan, harmoni dan keselamatan negara. Bukan menimbulkan huru hara di ibu kota atau di mana-mana jua.

Bukalah pintu hati dan mata kita, lihatlah kesusahan orang-orang lain di seluruh pelusuk dunia. Bom yang meletus di sini sana, wabak penyakit yang melanda dan bencana alam yang di luar kawalan. Kenapa kita tidak bersyukur dengan nikmat yang ada.

Bagaimanakah jika suatu hari kenikmatan ini ditarik oleh Allah SWT maka yang tidak bersyukur dengan keamanan ini bukanlah rakyat terbanyak sahaja tetapi juga bijak pandai agama yang pakar hukum hakam. Mereka bersekongkol dengan pembangkang lain untuk tunjuk perasaan dan membuat perhimpunan haram. Mereka kena bersyukur kerana masih boleh beribadat dengan selesa, membeli makanan di kedai-kedai atau menikmati suasana damai walaupun harga minyak melambung naik.

Mungkin adanya hari di mana wang tidak lagi berguna. Anda pergi ke kedai, tiada makanan yang dijual. Anda ke stesen minyak tetapi tiada lagi minyak yang boleh diisi. Wabak melanda, perang bermaharajalela dan pelbagai musibah lagi. Ketika itu anda ingin berdoa memohon ke hadrat Allah SWT agar memulihkan keamanan tetapi ketika itu negara sudah hancur. Kitalah semua yang membawa negara kepada keadaan demikian.

Marilah kita bersyukur. Bersyukur bukan hanya ucap kata sahaja. Bersyukur juga hendaklah dengan perbuatan. Maknanya, jangan menimbulkan huru hara, khianat atau sabotaj yang membahayakan negara. Usahlah kita bermain api kerana buruk padahnya.

Pilihan raya sudah selesai, sebahagian daripada tuan dan puan sudah bergelar Yang Berhormat, maka janganlah bersyarah di perhimpunan haram. Berucaplah dengan penuh sopan di dalam dewan yang mulia diiringi dengan hadis, al-Quran dan ilmu yang tinggi, bukan di selang-selikan dengan lagu 'jilat-menjilat' dan pertunjukkan tayang punggung.

- Zackos


------------------------------------------------------

Macam dulu juga, Ms. X has a blog but she’s not gonna tell. She prefers to remain anonymous as she doesn’t want to be stalked. Konon. Ini jawapan kepada Zackos oleh Ms.X

I hate talking about politics, seriously. But it seems it does makes the world these days go round, isn’t it? Sure punya lah majority of you tengok debat semalam. Tengok tak? Saya tak. I watched CSI and Pushing Daisies. Tapi sebab banyak sangat iklan, tukar jugak lah ke debat sekejap-sekejap and I get the gist of it.

Gist nye, walaupun debat ni bukan isu kalah menang tapi kalau diberi markah dari segi penyampaian dan isi kandung memanglah Sabery tu menang. Ye benar, dia boleh menang kalau lawan dengan budak sekolah rendah. Itu pun tak tentu lagi, don’t underestimate the primary school students, they are smart. Tepuk dahi tengok, itu ke seorang Menteri untuk Malaysia negara ku tercinta? Fail lah. Lagi tepuk dahi bila point point bodoh dia dijulang dengan teriakan gembira and tepukan tangan oleh penyokong-penyokongnya. Point camtu pun nak sokong ke? Bikin malu aje.

I don’t mind if you like the thing that I don’t tapi sokong tu berpada-pada lah. Right? With that in mind, ni reply khas untuk comment Zackos di posting Mr. Right “ Parlimen di kepong”.

1. Rakyat tau harga minyak naik tetapi tidak lah dengan kadar melampau esp sebab Msia pengeluar minyak dan dengan harga minyak sedunia naik, kadar keuntungan pun melipat ganda. Mana perginya keuntungan, cukai atas keuntungan, dividen dan special dividend? Ntahlah, kalau duit satu sen tu hilang, mungkin juga lah kot sebab tak significant dan kecil tapi ni duit berbillion2. Oh ye, duit tu guna untuk bayar rebate RM635 agaknya. Ye la tu. Kenapa duit subsidi ditarik dan duit rebate dikeluarkan? Itu dah macam takde effect, macam contra. Ye la, politik nak kasi nampak betapa caringnya government kita. Mengapa tidak duit rebate tu ganti subsidi je, therefore kadar kenaikan kurang. Geddit?

2. Tuhan memberi 5 negeri utk ‘percubaan’? mengapa tak buat statement “tuhan beri 5 negeri tu untuk supaya mereka lebih berusaha utk menguasai satu negara’? mengapa tidak ada statement “tuhan memberi 5 negeri tu kerana ianya pengajaran kepada yang berkuasa bahawa Tuhan dah jelak dengan penyelewangan kerajaan dan sampai masanya untuk rakyat merasa kesenangan?”. Statement tu sangat subjektif.

3. “Bekerjalah dengan baik sebagaimana tuntutan agama.” Kata anda. Tetapi tak penah menjadi practice kerajaan. Mereka tak nampak menguruskan sebuah negara, menjaga kebajikan rakyat sebagai amanah dan tuntutan agama. Cuma sebagai amanah dan tuntutan poket mereka sendiri.

4. “Rakyat simpati kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan rakan-rakan Kabinetnya yang saban hari mencari cara membahagiakan rakyat.”? Izinkan saya muntah sekejap.

5. Saya setuju kita kena mensyukuri nikmat yang ada. Saya lebih setuju kalau kerajaan mensyukuri nikmat mereka juga, sudah2 lah mencuri duit rakyat. Kerajaan patut mensyukuri bahawa rakyat Msia rata-rata masih mempunyai kesabaran, tidak seperti di Eropah yg rakyat mogok mereka melumpuhkan ekonomi selama beberapa hari.

6. Saya juga bersetuju bahawa para MP yang elected harus terus membuat kerja, jangan asyik bergaduh je and timbulkan huru-hara. Rakyat susah. Ni rata-rata perangai macam budak kecik. Budak kecik lagi matured.

You know what? I call I give credit when its due. In fact, I like/don’t like some of the ppl in the government/opposition. I don’t agree with something on both sides. I don’t like the blatant lies, stupidities and corruptions by the government. I don’t like my MP focusing on AirAsia and not so much on the constituency. I don’t like that the organizer didn’t set conditions on how to perform to this one particular band. But if it’s not right, it’s not right, right?

Zackos, alhamdulillah la saudara ni ingat pada Tuhan dan menyahut tuntutan agama. Tak macam kebanyakan para Menteri kita. Alhamdulillah. I respect your opinion but I do have my own and I hope you respect it as well.

Wednesday, June 18

Don’t Annoy Me

Guest blogged by Ms. X.

Ms. X has a blog but she’s not gonna tell. She prefers to remain anonymous as she doesn’t want to be stalked. Konon.

Itu adalah ayat dari Ms. X, True. She does have a blog but she refuse to share her blog with Akubetul’s readers…yet. Nevermind, at least she accepts my invitation to write something here. Very interesting topic she chose, stalker….So, important reminder here, read this article as it written by a woman, lady, awek… selalunya korang baca dari perspective aku, seorang lelaki. So, pandai-pandai lah adjust.


---------------------------------------------

I think a friend of mine told me that her friend normally received at least one call per day from the husband, with no other purpose but just to tanya khabar. Mind you, the couple has been married for more than 10 years and with several kids. And here they are, where the husband still behaves as if he was courting her back then! Aawww, considerate romantic men are still in existence. The men who will curse the stone which the wives accidentally stubbed, the men who will still hold our hands when walking about instead of leaving us walking alone staring at their back.

Men are not useless after all! Yay!

So Girls, keep hoping for the best though I have to tell you that I’m very skeptical lah. These species of men are very rare di muka bumi ini dan hanya exists in the movies. I think generally, women want that; we do want attention from the loved ones. Of course, it depends on what kind of women you are and your preference. I doubt the fiercely independent women want men like that as it can be considered insulting and clingy. As if we are not adult enough that you have to hold our hands. Blah la.

Guys, basically the rules are easy and simple. Just do what a gentleman do, and even more pun takpe. But yes, there’s fine line bordering ‘annoying’ and ‘insulting’.

Once, there was this guy (a guy friend ye Mr. Right, not a special someone) who called me every single night without failed! Oh my God, seriously at times I hated seeing his name appearing on my mobile. We talked almost every night, later there’s no story to talk about! Plus, hello! I do have a TV to watch and life to live. You don’t have to call every night la. And let’s not talk about sms. Please know how restrain yourself la wei. Ini tak, every hour a sms need to be send. Make things worse, every 5 minutes my mobile would “beep, beep” or whatever your sms alert sounds like. Itu stalking namanya. And it is very annoying la.

In most cases, it’s not like we don’t like you but just give us some space. There were instances also, whenever I feel like not talking, I press that ‘red’ button and the call will go straight to my voicemail. The guy who call me actually sulk! Please lah, merajuk konon. You have to remember, dah lah call and sms every hour, don’t expect us to answer and reply every single of it as we do have works to do and responsibility towards others.

As I said, everyone loves attention, BE A GENTLEMAN NOT A STALKER!

But if you’re the kind of person who flirts with everything and anything even a lamp post, then you deserve the repeating calls and smses la. You asked for it.

---------------------------------------------

For me, personally aku tidak kisah sangat kalau tunang, kawan, rakan sekerja atau sesiapa sahaja kacau aku with calls or sms. But just ikut time la. Kalau officemate call midnight and ask about work, confirm la kena maki dulu before aku layan. Kepada sesiapa yang berminat nak post something here, contact aku through email.

Tuesday, January 8

Siti Nurhaliza Bertudung.

Article sumbangan: Bunga


Kesiannya artis..semua tingkah laku diperhatikan…Kan senang if jadi cam aku dan korang. Takde orang perhati, kritik dan bla bla bla bla…hehehe..

Rasa macam tak percaya pon ada..tapi itulah realitinya. Siti Nurhaliza penyanyi nombor satu negara dah pakai tudung…Alhamdulillah…

Tapi, lepas belek-belek paper tadi, sedikit terkilan la. Tidak seperti yang aku duga, you know what I mean kan.

Ok. Few months back, aku penah la baca statement Siti yang dia akan pakai tudung lepas balik dari buat haji kan, then sekarang dia dah kotakan janji dia.

Inila gambar terbaru Siti pakai tudung tapi semi pro la pulak..hahah.haha...


Fesyen ke ape ni yek? Takpela Siti, janji bahagia. Slow-slow, maybe akan datang dapat seru nak tutup litup, nampak mata 2 biji je gitu. Tudung-tudung Siti direka khas oleh pereka ternama Bernard Chandran. Macam Hetikos Endang pon ade aku tengok..Hehehe..

Bila tengok artis-artis kita hari ni, rasa sedih pon ada. Pergi haji nak cakap kat orang, nak pakai tudung nak bagitahu press, nak menderma pon sama. Semua jenis ibadah yang nak dibuat dicanangnya. Lepas ni nak sembahyang hajat pun mungkin akan buat live telecast. Hahaha...haha.

Aku paling respek ngan Wardina, tup-tup keluar dengan imej bertudung. Siap ada nama tudung khas untuk dia. Cayalah Wardina…!


Ni gambar Siti masa kat Jeddah. Cute sangat kan kalau bertudung litup. 29 Disember yang lepas Siti dan suami selamat sampai ke tanah air setelah 2 minggu berada di Tanah Suci. I’m wondering, if Siti pakai camni terus kan manisss….

Sharing is Caring / Aku Dah Penat

Aku dah ambil keputusan untuk mengurangkan tumpuan aku ke AkuBetul.com. Most probably there will no daily update FROM ME anymore. Maksudnya mungkin aku akan hanya menulis 2-3 hari sekali. Tapi untuk memeriahkan blog ini aku akan terima article dari sesiapa yang berminat nak share cerita disini. Jika rasa diri cukup bagus, cukup berani, cukup bersedia, boleh lah hantar article ke email aku then insyallah, aku akan post disini (jika up to standard la). So, selepas ini sila perhatikan betul-betul dulu nama penulis article sebelum baca atau komen. Aku tidak namakan blogger jemputan, sebab mereka tidak akses ke dalam akaun blogger.com aku, cuma bagi article. Mungkin lebih afdal dinamakan penulis jemputan.

Reason aku mengurangkan tumpuan di AkuBetul.com:

  1. Bebanan kerja.
  2. Concentrate project-project lain.
  3. Aku perhatikan visitor dari search engine sudah meningkat saban hari.

Mungkin ini bukan langkah terbaik, but sorry I have no other option.

Peraturan simple untuk jadi penulis jemputan:

  1. Tulisan mesti original atau diberikan sumbernya.
  2. Tiada unsur racist, lucah melampau, promosi jenayah.. etc.
  3. Tidak terlalu jiwang atau some say 'seni'.
  4. Penyumbang article diharap dapat menjawap komen dari orang lain.

Lain-lain peraturan, agak-agak sendiri. Common sense lah.

To kick start, sila baca next posting.

Total Pageviews

. page counter