Showing posts with label guest blog. Show all posts
Showing posts with label guest blog. Show all posts

Monday, August 17

Ms. X’s Allergy

Guest blogged by Ms. X. Ini kali ke 3 Ms. X jadi guest blogger.

1. http://www.akubetul.com/2008/06/dont-annoy-me.html
2. http://www.akubetul.com/2008/07/politik-lagi.html

1st time dulu aku pujuk dia, yang kedua pula aku minta izin nak modify her long comment into posting together with another long comment from Zackos. And this time she insists aku post article ini.

Although I have to admit drama kantoi copy mengopy, tiru meniru, tembak-tembak dah selesai. Aku rasa aku dah cukup baik dengan penuh budi bahasa handle case ini, namun still ada orang kutuk-kutuk aku. Aku approve je komen kutuk mengutuk tu, rasanya aku approve semua komen cuma satu aku terreject. Seriously tak sengaja terreject. Aku terima je kutukan tu, lantak lah. Pada aku memang mustahil nak puaskan hati semua orang. Tapi Ms. X sebagai seorang kawan yang baik, yang mungkin sayang dengan aku (hahaha…) terasa bahang panasnya. And she wrote this article tanpa sebarang influence dari aku. She sends to my email and leaves to me whether to post or not. Of cause la aku akan post, takkan aku nak kecewakan kawan baik aku yang aku kenal more than 10 years semata-mata nak jaga beberapa hati orang yang aku baru nak kenal. Kan? Tulisan di bawah pun bukan ditujukan kepada peniru, tapi lebih kepada orang-orang sekelilingnya.

Ms. X has a blog but she’s not gonna tell. She prefers to remain anonymous as she doesn’t want to be stalked. Bukan pengecut cuma menghargai privacy. “pengecut” dan “doesn’t want to be stalked” ada beza, faham? <<>

-------------------------------


Ms. X’s Allergy

Aku sebenarnya nak tinggalkan komen kat previous entry Mr. Right. Ala, entry yang cerita pasal entries Mr. Right dah dicopypaste oleh orang lain tu. Tapi bila dah komen, terasa panjang pulak macam entry itself. Since dah lama tak guestblog, long overdue dah, might as well I comment as entry.

Please be informed that this entry is NOT for the Hamba Allah, he’d already apologized. As far as Mr. Right’s concern, the case is now closed. So, perlu diingat, entry ni bukan untuk Hamba Allah tu. This entry is for some of the commentors, ditujukan khas untuk sesetengah orang yg komen. Dan juga entry ni ditulis atas initiative aku sendiri, Mr. Right tak suruh & tak bayar aku. Frankly, I don’t think he can afford me. Aku pun ada pendirian & pendapat sendiri, don’t insult my ability to think.

Aku agak terkejut dengan sesetengah komen yang rata-rata agak ok dengan kegiatan copy paste ni. Kalau kasi support, I understand and I don’t mind sebab Hamba Allah tu kawan you all but menyokong aktiviti copy paste tu, memang tak patut la. Maybe sebab orang-orang yang menyokong ni pun pernah copy paste kot.

Tapi yang paling aku allergic bila aku baca argument ‘orang melayu tak maju’. Allergic betul aku. Aku tak kisah kalau korang nak kutuk Mr. Right (haha, sori la brader) tapi kutuk tu biar la logic & berakal. Orang cerita pasal kereta, engkau cerita pasal getah sayur. Apa benda?

Orang komen tu kata orang melayu takmo tolong kawan-kawan, tolong sikit nak upah, nak kredit. Tak macam bangsa lain yang tolong kawan dengan ikhlas. Allo! Orang melayu nak maju kena tiru-tiru ke? Kes ni bukan “tolong kawan”, ni kes “curi”. Tau beza ke tak antara “tolong” dengan “curi”? Nak kena buat kelas pulak kang. Or you’d prefer in English? Help and steal, got difference you know! Aku serious tak faham apa lah orang suka sangat pakai argument ‘bangsa’ ni. Hidup 1Malaysia! (Yukhs) Kalau betul takpe gak, ini salah penggunaan. Takyah la cerita bangsa-bangsa ni, geli aku. It’s all about individuals regardless of the race, religion etc.

Lepas tu, ada pulak culture orang yang bersalah dijulang sebagai hero. Orang yang mengopypaste di“tak apa”kan, orang yang dicopypaste (victim) lak yang dibelasah. Ni macam berita-berita kat TV je, orang yang report kena tangkap dan soalsiasat, orang yang bersalah tu best-best makan tempe. (sekadar contoh sahaja) Biasa la, Malaysia boleh kan?

Lantak dia la entry dia laku ke tak jual tepi jalan, the thing is the entry yg dia jual tepi jalan tu dah kena curik! Suka diingatkan, kami tengah cerita pasal kereta, bukan getah sayur.

Pasal disclosing nama tu, berbalik kepada niat la. Aku fence-sitter dalam hal ni. Tapi sendiri buat, sendiri tanggung la kan? Bukannya nak aibkan orang. Criminal “Wanted” poster tu kira aibkan ke? Ni ibarat ada mamat curik motor korang depan mata tapi biar kan la, takyah la debik belasah dia depan orang ramai, nanti dia aib pulak, mungkin harini rezeki dia nak mencuri.

Apa punya mentaliti la korang ni, mencuri pun di OK kan. Pelik aku.

Dammit Mr. Right, aku dah tolong kau ni dan aku sebagai orang melayu yang distereotype tak ikhlas, aku nak upah (please refer para 5). Kau ingat aku tolong ni free ke? You owe me nasi ayam satu, dude!


-------------------------------


Thanks Ms. X. Ok… nasi ayam, not a biggy. Just let me know when and where insyallah aku datang. Kalau weekdays aku datang sorang, so consider dating lah, kalau weekend maybe with my wife and baby. Hehe…

Untuk makluman semua orang, Ms. X masih lagi single and I believe available. So, kalau ada yang terpikat dengan beliau (just from her writings) let me know, maybe I can hook you guys together.

Pasal guestblog, aku memang menerima tulisan daripada sesiapa. Kalau aku rasa tulisan tu layak, aku akan postkan. Tak kira apa tujuan tulisan itu ditulis, nak tolong aku ke, nak tolong orang lain ke, nak luahkan perasaan ke, nak memikat awek ke, nak promote blog pun boleh. Janji tulisan yang berkualiti. Komen-komen for that particular entry Guestblogger tu perlu jawap sendiri. And for this case, Ms. X akan jawap kalau ada komen. Cuma lambat sikit lah, sebab aku still on comment moderation. So she have to wait I approve comment tu dulu then baru dia boleh jawap and aku approve komen dia pula.

Chow…!

Total Pageviews

. page counter