
BBC News – Malaysia Astronaut Set to Launch
Reuters – Malaysia 1st Astronaut relish ‘giant leap’
Japan Today – Malaysia’s 1st Astronaut Blasts Off
CNN – Prepare for space lift
Radio Australia – Astronaut blasts into space
USA Today – Astronaut prepare for trip to space station
Antara topic menarik yang disembangkan dengan sanak saudara masa musim raya ada perihal orang kita naik ke bulan. Itulah istilah opah dan mak su aku. Walaupun not exactly naik ke bulan, takpe lah, janji mereka sedar ada orang kita yang terbang ke angkasa. With all the media coverage around the globe impossible for me and for us to not feel the proud of sending our 1st astronaut into space. Indeed it is a big step, satu langkah besar mewakili jutaan rakyat Malaysia dan umat Islam secara keseluruhannya.
Aku juga turut berbangga dengan majority cerita angkasawan kita, setakat ini. Walaupun coverage media tempatan agak melampau, sehingga beberapa movie raya dimalam hari pun terpaksa ditangguhkan, jenuh aku tunggu. Tapi aku rasa lebih baik liputan terlebih dari terkurang. Banyak kebaikan liputan yang meluas itu. Syabas Astro, RTM dan TV3.
Satu lagi aku suka melihat gelagat Datuk JJ, susah aku nak suka dengan pemimpin BN tapi dia memang cool semasa di pusat angkasa Russia. Ucapan, jawapan dan tingkah laku dia nampak bersahaja dan relax. Beliau turut bertindak seperti ‘kurang ajar’ dengan menyatakan kita akan menghantar angkasawan lagi selepas ini sedangkan pihak NASA dan Russia tidak memberikan persetujuan lagi. Datuk JJ juga dengan penuh selamber memanggil ayah Dr. Sheikh semasa first video conference. Tindakan berani dan bersahaja Datuk JJ melihatkan kita bukan negara kerdil, kita bayar untuk segala perkhidmatan yang diberikan, kita tidak takut dengan negara-negara maju yang lain. Hahahhaa… aku suka. Aku benar-benar suka dengan tindakan beliau. Malam raya aku semakin meriah melihat gelagat pemimpin kita bertaraf Dr. yang berani dan mengambil sikap ‘tidak peduli’ semasa berhadapan dengan media asing dan wakil negara-negara besar yang lain. Beliau juga nampak penuh ilmu pengetahuan semasa mengendalikan sessi temubual, jawapan yang tepat, bernas dan berinformasi. Syabas Datuk Jamaludin Jarjis.
Aku juga tersenyum melihatkan segala aktiviti yang angkasawan kita lakukan diatas sana. Aku
bukan maksudkan experiment penting yang aku tidak faham itu, tapi aku referring to trivia thing that he did. Macam memakai suit angkasawan ada bendera Melaysia, mengibarkan bendera, melafazkan rukun negara, merakamkan aksi beliau bersolat, menjamu astronaut lain dengan juadah kita, memakai baju batik, dan beberapa perkara yang menunjukkan identity kita. Cool…! Very cool. Bahkan semasa nak berlepas pun dia tunjukkan jari beliau ke lengan dia yang ada bendera kita. Penuh bermakna dan symbolic. Balik kebumi nanti confirm angkasawan kita akan dapat Datuk, dibawa kesana kemari macam Datuk Azhar Mansur dulu. Pastinya beliau akan jadi jutawan, jadi celebrity, jadi idola. Takpelah, bertahun latihan, perah minda, perah keringat, he totally deserve all the attention. Syabas Dr. Sheikh Muszaphar.
Sejak 2003, kita diberitahu kita bakal ada angkasawan sendiri. Walaupun ianya pakej percuma kerana membeli Sukhoi – 30MKM fighter jet, tapi aku tidak peduli. Aku tetap berbangga. At least kita boleh berbangga kita kaya dan mampu beli jet pejuang tersebut, kita pandai untuk negotiate untuk dapatkan seat ke angkasa dan kita ada rakyat yang berani, kuat dan cukup bijak untuk pergi kesana. Syabas Malaysia.
Sedikit perihal lucu yang boleh disenyumkan. Nampaknya apa bidang pun sekarang ini perlukan package. Untuk ke angkasa pun good look play a vital part, hahaha... judge yourself.

Di perenggan kedua article ini aku tulis aku berbangga dengan majority cerita pasal program angkasawan kita. Majority, maksudnya bukan semua. Kerana terdapat beberapa perkara yang aku confuse, pelik dan sedikit sakit hati. Pertamanya, ramai juga mulut-mulut jahat yang dapat instruction dari hati-hati busuk mengatakan beliau bukan angkasawan, bukan astronaut, cuma penumpang, space traveler. Bodoh betul, space traveler tidak dapat mandate untuk jalan experiment penting dari Europe, Japan dan beberapa uni tempatan. Lantak lah, beliau dah terbang dari bumi singgah di angkasa dan akan balik kebumi, for me itu adalah angkasawan, astronaut. Tak perlulah fikir jauh-jauh dan selidik dalam-dalam. Benda yang best didengar kenapa perlu ditukar menjadi tidak best? Bodoh betul. Cari lah idea lain untuk kutuk kerajaan. Berlambak modal lain. Banjir kilat, ferry terbakar, kes Nurin yang umpama menemui jalan buntu, Datuk Zakaria tayang istana beliau, isu Pak Lah pergi bercuti dengan suami/tunang Michele Yeoh last year dan macam-macam lagi. Kedua, pasal isu ‘1st muslim fasting and celebrate Raya in space’. Media tempatan dengan penuh confident declare sebegitu. Read this news: Arab News. So, tak perlulah carried away untuk memuji dan taksub dengan record, since Pak Arab dah berpuasa dan beraya disana lebih 20 tahun lepas…! Dan perkara ketiga yang aku menyampah adalah berita ini:
Click untuk ke berita penuh dari Utusan Online
Apa ke peliknya orang Indonesia, ada hajat nak jadi Singapore ke?
Tidak mengapalah, hope Dr. Sheikh akan selamat kembali ke bumi dan kongsi cerita dengan kita semua. Dan aku juga berharap lepas ini kita akan menjadi ahli aktif dalam barisan negara yang berjaya explore angkasa lepas. Good luck Malaysia.
Untuk tahu all the technical details pasal cerita ini explore this site: Official Angkasawan Programme
Untuk baca blog angkasawan kita sebelum dia berlepas ke angkasa dan mungkin akan diupdate selepas dia kembali nanti, buka site ini: Angkasawan Blog